Runner Kuala Lumpur Terbaik di Semua Kawasan Sekitar Kuala Lumpur - Rina Zul

Isnin, 21 Januari 2019

Runner Kuala Lumpur Terbaik di Semua Kawasan Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum Semua.. 

Bukan selalu nak cerita hal-hal kerja, tapi kali ni Rin nak kongsi sikit pengalaman menggunakan servis Runner Kuala Lumpur ni. Macam yang korang tahu, Rin 100% menggunakan servis runner untuk penghantaran Sandwich borong dari Ashrin Food. Boleh dikatakan setiap hari kami menggunakan khidmat runner untuk hantar sandwich ke UTM, Petronas, Caltex dan lain-lain lagi client kami. Of course la runner Kuala Lumpur!


Adakalanya pelanggan datang dari pelbagai tempat selain dari KL, Setapak, Gombak ni, jadi satu runner memang tak cukup. Runner setiap pagi untuk ke tempat yang hari-hari hantar adalah runner lain. Selain runner tu, Rin ada gunakan perkhidmatan satu lagi runner  kuala lumpur khas nya untuk menghantar sandwich, beli barang dan menghantar barang jualan Rin seperti Jus Aimra'a ke pejabat post. 

Kadang kala pelanggan order sandwich box dan sandwich single untuk pejabat mereka, semua itu Rin menggunakan perkhidmatan Runner Nuri Express Delivery ataupun NED.   Sudah pastilah Nuri Delivery ini adalah runner Kuala Lumpur.


Kalau korang nak tahu, Runner Nuri Delivery ini adalah seorang anak muda yang bekerjaya sebagai runner dan berpengalaman! Servis runner Nuri Delivery ni memang TipTop sangat. Bayangkanlah, dia memang betul-betul memahami kita sebagai pelanggannya.  Sesiapa yang mencari runner kuala lumpur untuk servis-servis penghantaran, runner kuala lumpur Nuri Delivery inilah paling Terbaik!


Sebelum tu, mari kita lihat servis yang ditawarkan oleh Nuri Delivery ini.


> Hantar barang sampai depan pintu rumah anda
> Beli makanan di restoran/kfc/kedai untuk anda
> Beli barang di Farmasi atau urusan lain
> Hantar barang kepada pelanggan
> Hantar dokumen atau edar flyers
> Renew lesen memandu dan roadtax/insuran kereta
> Surprise delivery untuk tersayang
> Bantu anda post barang ke pejabat post
> Bantuan lain / Bantuan kecemasan

Banyak lagi servis yang boleh anda gunakan bersama Runner Kuala Lumpur Nuri Delivery ini.

Image may contain: one or more people, people sitting and shoes



Jom ketahui Konsep Nuri Delivery, Runner terbaik Kuala Lumpur ini:


  • Anda hanya perlu wasap sahaja tanya dia, sama ada nak minta tolong beli barang, beli makanan, hantar dokument, hantar barang ke pejabat post dan apa sahaja urusan anda perlukan. Dia akan kata 'Never Say Tak Boleh'! Pastinya urusan anda akan selesai dan lebih mudah.
  • Nuri Delivery akan datang ke lokasi anda untuk mengambil barang anda dan menghantar ke tempat yang anda mahukan. Jika anda mahukan Nuri Delivery membeli barang atau shopingkan untuk anda, tiada masalah.
  • Harga servis yang ditawarkan oleh Nuri Delivery tidak mahal. Standard harga yang digunakannya adalah mengikut km, kuantiti barangan dan lain-lain lagi. Rin tertarik hati untuk menggunakan servis Nuri delivery salah satu sebabnya adalah kerana harganya yang murah dan berbaloi. Lagipun memang berbaloi untuk orang KL gunakan khidmat runner Nuri Delivery ni!
  • Paling best sekali, Runner Nuri Delivery memang pantas, cepat dan tepati masa.. bukan sekali, tapi banyak kali dah Rin gunakan perkhidmatan Runner Nuri Delivery ni. Setiap kali guna khidmat Nuri Delivery, mesti tepati masa.  Ada suatu hari nak hantar sandwich 5 pagi pada customer, sharp 5pagi tu Nuri Delivery pun memang dah sampai tunggu depan rumah.

No photo description available.

Nuri Delivery cover Area ini:


Sentul | Gombak | Setapak | Danau Kota | Cheras | Ampang | Tun Razak | KLCC | Wangsa Maju | Setiawangsa | Ulu Klang | Keramat | Bukit Bintang | PJ | Damansara | Klang | Kepong | Kampung Baru dan banyak lagi.

Whatsapp sahaja Nuri Delivery dan sertakan lokasi pengambilan barang dan penghantaran barang anda!

Klik Whatsapp:  http://www.wasap.my/+60169602236/NuriDelivery-viaBlogRinazul


Tiada ulasan: