Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 5 Februari 2019

BARU MULA MENIAGA? 5 CARA PASARKAN PRODUK ANDA



Permulaan untuk apa jua aktiviti (dalam konteks ini perniagaan) adalah merupakan satu langkah yang sukar terutamanya jika produk yang ditawarkan oleh anda adalah unik dan tidak mempunyai sangkut paut dengan mana-mana syarikat besar. 

Pelbagai aspek perlu dirancang seperti saingan produk tempatan dan antarabangsa, aspek keberkesanan produk dan pemasaran. Pemasaran, walaupun nampak mudah, adalah satu aspek yang sukar untuk dilaksanakan berikutan ia memakan masa yang lama atau bajet yang besar untuk memastikan kelarisan produk. Bersama dengan artikel ini, saya sertakan 5 cara untuk anda memasarkan produk anda dengan lebih berkesan.

1.  SOSIAL MEDIA

Image result for social media
Tidak dapat dinafikan bahawa sosial media merupakan tulang belakang komunikasi dan perhubungan dalam era teknologi ini. Ia merupakan ruang untuk mengutarakan pendapat, meluahkan perasaan, e-pendidikan dan pemasaran produk. Sebahagian majoriti masyarakat Malaysia (atau dunia) daripada pelbagai jenis latar belakang aktif menggunakan sosial media sama ada untuk keperluan peribadi, kerja atau untuk mencapai objektif tertentu. 

Pada tahun 2016, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganggarkan 21.9 juta  rakyat Malaysia menggunakan sosial media dan 97.3% daripada jumlah tersebut aktif menggunakan Facebook. Ini merupakan satu peluang keemasan buat peniaga untuk memasarkan produk mereka secara online dan dalam masa yang sama mencari pengalaman berkaitan dengan perniagaan mereka. Pelbagai aspek perlu diambil berat jika anda ingin memulakan perniagaan anda secara online, sebagai contoh, jenis sosial media yang anda ingin guna. 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, majoriti rakyat Malaysia menggunakan Facebook diikuti dengan Instagram (56.1%). Jika anda berniaga di laman sosial Twitter, anda hanya mempunyai akses kepada 26.6% rakyat Malaysia yang menggunakan sosial media dan ini adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan perniagaan yang dipromosikan di Facebook  dan Instagram. Fikir dan rancang strategi perniagaan anda.

2. TAWARKAN PRODUK SECARA PERCUMA UNTUK JUMLAH TERTENTU

Related image
Jika anda ingin menawarkan produk baru dalam perniagaan anda, tawarkan produk tersebut secara percuma kepada beberapa orang pelanggan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan kualiti produk. Ini merupakan langkah biasa buat kesemua peniaga yang ingin menjual produk baru bagi mendapatkan testimoni untuk digunakan sebagai alat promosi untuk melariskan produk. 

Jika anda ingin menawarkan perkhidmatan atau produk online seperti perisian komputer dan sebagainya, berikanlah tempoh percuma untuk pelanggan supaya mereka dapat menilai fungsi, keberkesanan dan kemudahan yang ditawarkan sebelum mereka mengeluarkan duit daripada poket mereka sendiri. 

Pemberian produk secara percuma untuk tempoh tertentu dapat memberikan impak yang positif kepada kadar penjualan produk seterusnya menentukan kelarisan produk di masa akan datang.

3. INSENTIF DAN REKOMENDASI

Image result for program affiliate agent
Program insentif ini dapat meluaskan perniagaan anda dengan lebih cepat kerana ia melibatkan sejumlah perkerja yang memasarkan produk anda kepada pelanggan. Kebiasaannya, program rekomendasi ini dapat disertai oleh pelanggan asal dan jika mereka berjaya menjual sejumlah produk, insentif bakal menyusuli. 

Taktik ini diamalkan oleh sebahagian besar syarikat antarabangsa seperti Amazon Affiliate Program dan ia merupakan satu strategi perniagaan yang efektif. Insentif boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti wang, hadiah, potongan harga untuk produk tertentu dan baucer. 

Semakin besar insentif yang dijanjikan, semakin sengit persaingan di antara pekerja dan ini dapat memberikan impak yang positif kepada kelarisan produk.


4. LOKASI YANG STRATEGIK

Image result for lokasi kedai
Jika anda ingin menyewa lot kedai, pastikan kawasan tersebut merupakan kawasan yang strategik. Ini merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan kelarisan produk dan jika ia tidak dirancang dengan teliti, ia dapat memudaratkan perniagaan anda dalam jangka masa pendek atau panjang. 

Jika anda ingin menjual peralatan perubatan, pastikan kedai anda berhampiran dengan kawasan hospital atau klinik untuk mempromosikan produk kepada target sasaran yang relevan. Seperti yang dibicarakan dalam tips yang pertama, jika anda ingin menjual produk secara online, pastikan sosial media yang digunakan oleh anda mempunyai  jumlah pengguna yang ramai untuk meningkatkan penjualan produk dan keuntungan yang bakal anda perolehi.


5. KHIDMAT PELANGGAN YANG TERBAIK
Related image
Konsep perniagaan yang harus diamalkan oleh anda adalah perniagaan yang mesra pelanggan. Ini bukan sahaja dapat mewujudkan kepercayaan pelanggan kepada produk yang dibeli, malahan kepercayaan mereka terhadap anda sebagai penjual produk. 
Layanilah segala aduan dan cadangan pelanggan dengan bijak dan berhemah. 

Ini dapat melahirkan pelanggan yang setia dan dalam masa yang sama meluaskan perniagaan anda melalui rekomendasi pelanggan tersebut kepada pelanggan yang lain. Jika anda merancang untuk mewujudkan servis khidmat pelanggan meggunakan telefon, pastikan operator yang dilantik mempunyai sikap yang baik dan pertuturan yang sopan untuk mengelakkan masalah di antara anda dan pelanggan di masa akan datang.

Image result for perniagaan
Permulaan perniagaan memang sukar buat kesemua peniaga namun, jika dipraktikkan dengan betul, anda dapat meningkatkan kadar penjualan produk dalam masa yang singkat. Jika anda masih merancang untuk mengeluarkan produk atau memulakan perniagaan untuk produk tertentu, fikirkan perkara berkaitan dengan sasaran produk tersebut. 

5 tips di atas boleh diamalkan buat peniaga yang masih bergelut dengan penjualan produk namun perlu diingatkan, kelarisan produk anda akan bergantung kepada strategi yang dirancang oleh anda sendiri. Fikirkanlah dengan teliti.


Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages