Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi. - Rina Zul

Ahad, 23 Jun 2019

Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi.

Dipetik dari Wardatus Solehah di Facebook Beliau, ini pendapat dan kisahnya berkaitan 'Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi.'



Ada orang kata,

"Jangan kahwin dengan orang yang ada degree, master & phd, ego mereka lebih tinggi.
Susah nak tegur dan susah nak didik."

I'm disagree this statement.
Tak setuju, sebab bukan semua macam tu.
Bukan majoriti begitu. Saya rasa sebahagian kecil sahaja.
Supervisor saya kahwin dengan sama doktor.
Dia bernikah lewat umur 29 tahun, masa itu beliau tengah sambung belajar phd.
Tunang (suami dia sekarang) pun sama tengah belajar phd time tu.

Saya tanya dia,

"Doktor tak kisah ke orang cakap anak dara tua?"

"Mulut orang sampai bila tak boleh tutup, yang penting kita jelas matlamat.
Kita tahu nilaian ilmu. Nak bina rumahtangga yang terbaik pun dengan ilmu.
Lewat takpe, sama-sama bina diri sebaiknya."

Subhanallah. Sejuk hati dengar perkongsiannya.
Dia seorang wanita kuat dan tabah.
Pelajar cemerlang setiap semester dan seorang yang sangat rajin mengkaji ilmu.
Maka tak peliklah dia dapat pegang jawatan Ketua Jabatan, walaupun umur baru 40-an.
Seseorang yang terdidik dengan ilmu yang benar, tak kisah ilmu agama atau ilmu apapun.

"Semakin dalam dia belajar, semakin dia kenal Tuhannya."

Itu baru benar-benar berilmu.
Semakin dia belajar, semakin dia tunduk, patuh, tawaduk, rendah diri, rendah hati dan jauh dari sifat takabbur.  Jauh dari sifat egois dan sikap ingin berbahas untuk berbalah.
Dia bersikap menerangkan, bukan memerintahkan.
Dia bersikap walau tegas tapi tetap lembut, tolak ansur dan berhikmah. Jauh dari panas baran dan cepat melatah.
Dia menyuarakan pandangan bukan untuk merendahkan orang lain, tapi untuk memperbetulkan apa yang tersilap kefahaman atau pegangan.
Itu sikap sebenar orang berilmu.

Jika sebaliknya, maka ilmu itu tak menjadi manfaat padanya. Sia-sia jika hanya nak tunjuk hebat.
Sedangkan ALLAH yang paling hebat, sudi berikan secicip ilmu tu pada manusia.
Manusia tak punya apa-apa, semakin banyak belajar, semakin fahamlah dia bahawa dia cuma hamba yang kerdil, lemah dah hina.
We are nothing.

Pasangan tidak mahu menerima teguran itulah sebenarnya yang ego.
Tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu memperbaiki kesilapan.
Tegur sikit dah melenting.

Salah sebab sijil atau sikap peribadi ?

Maka usahlah disalahkan sebab seseorang itu ada pangkat "degree", "master" atau "phd".
Tapi soal tolak ansur, komunikasi dan perbincangan antara pasangan itulah paling terpenting dalam keharmonian rumahtangga.




Biasa perempuan zaman sekarang belajar lebih 'tinggi' sikit dari lelaki.
Namun bukan semua perempuan yang belajar tinggi tu susah nak diajar.
Sebab sifat wanita fitrahnya lembut dan mudah dididik jika kena cara dan gayanya.
Sifat mendidik dan memimpin tu ada pada lelaki sebagai ketua.
Tinggi mana belajar seorang perempuan, tetap wajib dia hormat dan taatkan suaminya.
Martabat seorang suami lebih tinggi dari segala sijil-sijil yang ada.
Buanglah persepsi tersebut.

Ramai kenalan saya yang belajar degree, master, phd sangat-sangat baik akhlak dan peribadi.
Malah jauh lebih bagus akhlak dan sikap rendah hati mereka sebab ketinggian ilmu mereka.
Humble, mudah berbincang, mudah ditegur, pandai berkomunikasi, berpandangan jauh.
Bertuah sebenarnya siapa miliki mereka-mereka ini.
Tak ramai, ibarat permata tersembunyi.

Maka, kenali dulu mereka sebelum 'judge' begitu begini.
Kenal dulu, baru tahu setara mana.💁


Dipetik Dari:  Wardatus Solehah

1 ulasan:

sis gee berkata...

yes betul! kenal dulu sebelum judge!!