Sebab Perlu Minum Air Masak 3 Liter Sehari

Doktor marah kalau kita tak cukup air dalam badan. Tambah-tambah kalau nak ikhtiar hamil tu, kena ada darah banyak dalam badan (bak kata bidan). Jadi, untuk hasilkan darah, air dan makanan berprotein amat penting. Yang paling mudah adalah air..air dan air..

Tidak ada rahsia lagi bahawa air sangat penting untuk kesihatan anda. Malah, air terdiri daripada 45-75% berat badan anda. Ia turut memainkan peranan utama dalam kesihatan jantung, pengurusan berat badan, prestasi fizikal, dan fungsi otak.

Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan air boleh memberi banyak manfaat kesihatan. Di sini terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu minum air masak 3 liter sehari. Jom kita lihat satu persatu.

Image result for minum air masak

1 - Menyokong Kesihatan Secara Keseluruhan

Air diperlukan untuk pelbagai proses tubuh dan hampir setiap aspek kesihatan dan kesejahteraan. Khususnya, fungsi air ini adalah membantu mengawal suhu badan, mengangkut nutrien, mengekalkan fungsi otak dan meningkatkan prestasi fizikal.

Tidak mendapat air yang secukupnya boleh memudaratkan tubuh badan, berpotensi menyebabkan kesan sampingan seperti loya, keletihan, sembelit, sakit kepala, dan pening. Aduh rupanya sebab itu kita sering migrain, sakit kepala dan letih-letih. Ermm. Boleh jadi sebab kurang air juga sistem imunisasi kita rendah, antibodi jadi lemah.

Oleh itu, minum 3 liter air sehari boleh membantu anda memenuhi keperluan penghidratan anda untuk menyokong kesihatan yang lebih baik.


2 - Dapat Mengurangkan Berat Badan

Meningkatkan kadar pengambilan air boleh membantu penurunan berat badan. Jadi, minum air sebelum makan sangat berguna, kerana ia dapat menggalakkan perasaan kenyang dan mengurangkan selera makan.

Satu kajian mendapati bahawa minum 500 ml air sebelum sarapan juga dapat mengurangkan jumlah kalori sebanyak 13%. Minum air pun boleh meningkatkan metabolisme badan sementara dimana dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar sepanjang hari.

eh, tak boleh jadi nih! Kalau nak kurus, memang kena minum air 3 liter sehari tau!


3 - Dapat Mencantikkan Kulit

Sesetengah kajian mendapati bahawa minum lebih banyak air dapat membantu dalam menjaga kecantikan kulit. Di samping itu, kajian juga mendapati bahawa peningkatan pengambilan air mengurangkan kekeringan dan kekasaran pada kulit serta meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghidratan. Kulit akan cantik, lembut dan halus.

Image result for minum air masak

4 - Membantu Proses Pencernaan

Terdapat pelbagai kajian mengaitkan pengambilan air rendah akan mengakibatkan risiko sembelit yang lebih tinggi. Oleh itu, minum lebih banyak air boleh membantu proses pencernaan dengan lancar dan masalah sembelit dapat diatasi.


 5 - Mencegah Penyakit Berkaitan Dengan Ginjal

Satu kajian mendapati bahawa minum air masak 3 liter sehari juga dapat mencegah masalah ginjal ataupun buah pinggang. Kerana, kebanyakan penyakit berkaitan ginjal tidak dapat dielakkan zaman kini. Ada sahaja masalah penyakit-penyakit baru melibatkan ginjal.

Risau bukan? Itulah sebabnya kita perlu minum air masak 3 liter sehari! Nak tak nak, demi kesihatan lebih baik kita bertindak.

Minum air masak 3 liter sehari ini mempunyai banyak manfaat yang bakal menyelamatkan kesihatan kita.

Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...