Pengalaman Apply Kerja Pembantu, Rupanya Jadi Hamba Di Batu Feringghi, Penang

Pada umur 23 tahun, zaman ni Rina tengah mencari kerja part time sementara cuti semester. Well, sisrina memang seorang yang hard working since study di uitm lagi. Pada cuti semestar penggal lepas, sis telah menjadi pembantu untuk seorang owner bisnes yang kaya gitu, memang best pengalamannya.  

Bagi cuti penggal seterusnya pula, sis ada apply sebuah kerja ni. Agak horror juga kisahnya. Jom sis nak story kat sini sebab sampai sekarang pekerjaan ini masih ada lagi diiklankan. Wallahualam.

Akibat sis sejenis suka kerja sendiri, nak bisnes lah, tak nak kerja yang macam terikat seperti kilang, kfc, mcd dan macam-macam lagi tu waktu cuti belajar. So sis decide cari kerja direct terus dari orang luar. Berani kan sis? Memang berani hihi.



Dipendekkan cerita, sis masuk salah satu laman iklan percuma berkaitan kerja. Ramai orang post iklan kat situ untuk cari staff dan lain-lain. Ada satu iklan ni, memang dia tulis mencari pembantu di ofis dan rumah, tak perlu ada pengalaman. Rasa macam ok lah kan bagi orang yang fresh graduate macam sis waktu tu. 

Jadi, lepas hantar detail, mereka hubungi sis untuk interview. Katanya interview secara online di Yahoo Mesenger (YM).


 Lalu sis pun BUZZ dia di YM. Zaman itu memang zaman YM. Orang layan YM tu macam mana orang layan Facebook zaman sekarang ni. Kiranya memang ramai aktif 24 jam kat YM. Dalam handphone pasti ramai yang install YM ni. So ia juga menjadi medium org berhubung, webcam dan lain-lain. So, sis tak hairanlah dia nak iv di YM. 

Kami pun berbual dan chat di YM. Nama sebenarnya (tak boleh nak mention sini atas sebab keselamatan) tapi sis gelar dia Puan Jar. 

Puan Jar memperkenalkan dirinya sebagai pembantu peribadi kepada Puan A (bukan nama sebenar). Katanya, dia ingin cari pembantu buat Puan A yang boleh membantu puan A di ofis dan juga rumah.

Dalam otak sis, sis fikir mungkin kena buat kerja pejabat di ofis dan dirumah ataupun juga mungkin buat kerja rumah macam maid kemas rumah tu. BTW bagi sis tu perkara biasa, sebab pernah hidup susah sejak kecil. So time belajar universiti kalau kerja maid kemas rumah, masak tu pun sis nak je. hehe. 

Illusration of French Maid Element - Download Free Vectors ...
Gambar hiasan kikiki

Maka, lepas kenalkan diri pada Puan Jar, umur, tempat menetap, kenapa nak kerja, kelayakan dan lain-lain lagi. Puan Jar ada juga bertanya pada sis berat badan dan tinggi sis. So kita bagitau jela time tu berat 45 dan tinggi 150 kot. Tak ingat dah.

Puan Jar kata sis macam kurus jeee dan tak berapa gemuk. Eh pelik juga time tu. Kenapa pula puan ni? Nak cari pekerja gemuk atau berisi ke cam ne tu? Tak sedar sis tertanya pula.

Lalu puan Jar menjawab...

"Akak kesian tengok adik ni, muda-muda nak kerja sini."

Sis pun pelik, kenapanya, gaji mahal kot RM 5,000 dia offer, sapa tak nak kan! Tambah-tambah time cuti sem ataupun sebab kami ni budak muda. Memang nak la kerja gaji tinggi.

"Puan A offer dekat sapa-sapa yang nak kerja sebagai pembantu dia RM 5,000 dan dia kalau ke oversea memang belikan macam-macam dekat pembantu dan orang-orang gaji kat rumah dia tu. Memang adik akan hidup mewah sangat kalau kerja dengan dia. Tukang masak dia semua bergaya macam pramugari, tak ada sapa pun selekeh kalau kerja dengan dia. Duit berkepok".  Kata Puan Jar.

Eh lagi tak sabarlah sis nak kerja. Oklah puan, saya memang berminat untuk kerja ni. Bila boleh saya mula masuk kerja? Tanyaku kepada Puan Jar.

Dia terus membalas. 

"Awak konfim ke ni?"

Konfirm. Kenapa ya?

Puan Jar berkata, "Ok ini akak bagitau kat awak siap-siap sebab tak nak lah awak lari pula nanti. Sebenarnya, puan minta akak carikan pekerja yang boleh handle dia. Puan A tu bangsa Sigh, sebelum ni ada orang jadi pembantu dia, tapi excident dan sudah berhenti".

Ya kak, saya setuju jadi pembantu dia. Jawabku cepat-cepat.

Terus Puan Jar bercakap tanpa henti lagi:

"Jobskop kerja dia amat banyak dan berat sekali, first awak kena urus dia di pejabat, buat air dia semua, kemudian teman dia pulang ke rumah, and then kena angkat dan gendong dia turun naik tangga rumah, pastu basuh berak dia, bagi mandi dia dan banyak lagi. Kalau dia suruh, semua tu awak kena buat. Pendek kata dia memang nak cari pembantu yang boleh jadi hamba dia. Dia sihat tak sakit apa, tapi dalam rumah tu, dia asyik nak kita dukung dia saja dan takkan berjalan sendiri. Kalau dia tak puas hati ngan kita, dilibasnya dengan tali pinggang" 

Kata Puan Jar lalu mengeluh nafas.

PERGHHHHH. Allahu. Terdiam jap aku dengar. Ini first time aku dengar kerja pembantu macam tu. Ini memang teruk sangat. Memang jadi hamba tu. Berak mak ayah pun kita belum pernah basuh lagi, inikan nak basuh berak majikan yang sombong tak nak berjalan sendiri tu.

Sungguh terdiam sis kat situ. Pada umur 23 tahun, ada orang offer kerja macam tu dengan gaji RM 5,000. Mampuih! Rasa nak patah tulang belulang nak jadi hamba dia. Pergh dah la katanya rumah 4 tingkat pulak macam istana. Matilanak.

Lastly, sis kata dekat Puan Jar, saya semua okey tapi kudrat tak banyak pulak. Kikiki. So Puan J faham. Sis pun berterima kasih kat dia sebab bagitau sis dan tak selindung. 

Puan J cakap, jangan hebohkan nama dia dekat orang ramai sebab takut Puan A tahu. Dia pun dah macam terpaksa dengar cakap Puan A tu. Sampai nak kena tolong cari sesapa nak jadi hamba untuk Puan A. Puan J macam takut-takut, tapi katanya: "takpe akak cari orang lain yang minat kerja hamba ni. Akak pun tersepit ni."

Kesian tengok dia. Tapi apa boleh buat. Kita tak baik nak judge orang. Mungkin dia terpaksa kerja dengan puan A sebab nak sara hidup dan family dia kan. Mungkin dia berjuang cari kerja lain. Who knows. Apapun dia baik sebab bagitau siap-siap apa akan jadi.

Rupa-Rupanya


Btw, sis ingat sis sorang je kena offer kerja ni, selepas sis post dekat facebook pasal hati-hati ada kat penang nak cari hamba untuk bekerja (Post lama time umur 23 dulu), tiba-tiba ada kawan sekolah menengah sis pm dekat facebook.

Katanya dia pun pernah diinterview dan diceritakan benda yang sama. Naseb baikla akak tu memang cerita hal sebenar pasal kerja ni. Cubala korang bayangkan kalau kita tak diberitahu kerja tu, entah-entah dah macam-macam kita kena buat. Haih. Risau-risau. Tak de report polis sebab puan A tu memang bayar mereka banyak untuk dijadikan hamba.

Apapun, korang jangan fikir zaman sekarang moden tak ada kes hamba-hamba ni. Masih ada lagi. Cari pembantu pejabat, tup tup rupanya nak cari hamba. Majikan perempuan gais!  Tak mustahil ada juga majikan laki nak cari hamba. Adududunia. 

Dah kaya-kaya, patutnya jadi tuan, bukan jadi tuhan! Kita semua ni hamba Tuhan iaitu Allah SWT je. Bukannya jadi hamba yang nak dengar cakap majikan yang merepek ni.

Done throwback 

Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...