Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya - RINA ZUL

Sabtu, 19 Disember 2020

Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. 

Ramai yang masih tertanya-tanya, bila waktu solat taubat yang kita boleh buat. Ramai yang sedia tahu bahawa solat taubat lebih baik dibuat pada pertengahan malam, tetapi pada masa-masa yang lain macam mana pula? Boleh dibuat tak?

bila masa solat taubat


Sebenarnya, waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Waktu yang haram untuk solat taubat adalah waktu berikut:-

  • Sesudah solat subuh
  • Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.

Seperti yang dinyatakan tadi, solat ini lebih afdhal (digalakkan) dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta. Teruskan buat solat taubat, tak perlu tangguh-tangguh. Ia juga boleh dibuat dalam 2, 4 atau 6 rakaat. Tiada masalah!

8 ulasan:

marsha berkata...

Terima kasih atas perkongsian Rin. Kiranya lepas tahajjud boleh terus buat solat taubat kan

Cik Min berkata...

Bagusnya perkongsian ilmiah macam ni..saya suka. Btw sy dh follow ye..

Mrs Pip berkata...

kita jalan-jalan kat sini.
tq share info Rina.

Yaya Azura berkata...

Terima kasih atas perkongsian.

Shalimar Yusof berkata...

Info yang bermanfaat sangat nii.. tq sharing Rina

kisah si dairy berkata...

insyallah..suka buat tengah malam..sebab mase tu lah rasa waktu yang paling syahdu untuk kita meminta-minta kepadaNya kan

CXopportunities berkata...

Cx pernah dengar ceramah ustz. Katanya, buatlah solat taubat waima sekali dalam hayat kita. Cuba buat. Jika berkesempatan dan mampu, setiap tahun cuba buat sekali. Bila dah biasa, nanti kita akan rajin solat taubat.

Semoga kita tergolong dlm golongan yg diterima taubatnya. Amin

Abam Kie berkata...

terima kasih atas perkongsian ye. Betul tu..kita kena lekas2 bertaubat bila melakukan dosa. Done follow back... TQ.