PATI KURMA SESUAI UNTUK MAKANAN BUBUR ANAK - RINA ZUL

Sabtu, 5 Jun 2021

PATI KURMA SESUAI UNTUK MAKANAN BUBUR ANAK


Ramai ibu-ibu pasti tahu khasiat kurma untuk dijadikan makanan anak, ibu boleh campurkan pati kurma ke dalam bubur anak dikisar bersama bahan-bahan bubur yang lain seperti sayur-sayuran, ayam dan lain-lain lagi.  Bubur anak juga penting kerana adanya zat dan khasiat seperti fiber, vitamin, mineral dan lain-lain. 

Pati kurma akan memudahkan ibu-ibu untuk menyediakan bubur atau makanan anak. Sudah pasti khasiat kurma ini dapat mengatasi masalah sembelit anak-anak, dapat meningkatkan tumbesaran anak, menguatkan tulang, rambut, gigi dan kuku anak. Namun menarik lagi, ia dapat menjadi brain booster bagi anak, pendek kata, minda lebih cergas, mudah mengingat dan menghafal.

   
          

Biarpun anak masih kecil, tapi dengan mengamalkan makanan kurma secara asas, atau mencampurkannya ke dalam makanan anak, anak akan merasa khasiat dan zat kurma tersebut. Dan pati kurma juga merupakan makanan mudah untuk digunakan dalam makanan anak kerana kurma mempunyai tekstur lembut, pekat lembut, cair setelah dijadikan pati kurma. 


Selalunya ibu-ibu pasti cenderung menghasilkan makanan bubur anak dengan menggunakan sayur-sayuran seperti berikut:

Ubi kentang
Karot
Brokoli
Labu
Bayam 
Sawi 
Kacang Peas
Daun Sup
Isi ayam
Isi ikan

dan banyak lagi. 


Sedar atau tak, dengan menggunakan isi kurma Ajwa juga, ia mempunyai zat sama seperti sayur-sayuran. Sebenarnya ia lebih daripada itu. Ia boleh digunakan untuk menggantikan sayur-sayuran kerana bukan sahaja penuh serat, tetapi juga sarat dengan kalsium. Tetapi awas, bukanlah untuk semua kurma kerana jika salah pilih kurma, kemungkinan kurma yang anda pilih tu telah diawet oleh gula! 

Ya, sebenarnya, ramai tak tahu kurma yang murah-murah atau lain tu, kebanyakannya diawet gula. Tetapi, hanya 1 jenis kurma di dunia ini yang amat sukar diawet dan tak diawet gula iaitu kurma Ajwa asli daripada Madinah. Penting untuk gunakan kurma ajwa yang asli ditanam di Madinah. Sebab sekarang ni banyak kurma ajwa ditanam di Tunisia, Iran, China, Indonesia tetapi claim cakap ditanam dekat Madinah. So korang pilihlah betul-betul kurma Ajwa yang trusted, certified original Madinah!


Nak tahu kurma Ajwa yang betul-betul original Madinah? Kurma Ajwa trusted, menjadi pilihan ramai , segar dan stok baharu dan paling penting adalah certified original adalah Kurma Ajwa Original Madinah daripada Rihura. Kurma Ajwa Rihura ni memang konsepnya Kurma Ajwa Premium Mampu Milik.  Dengan kualiti premium dan export, ia dipilih antara buah terbaik dan segar. Itulah maksud kualiti premium dan eksport tu. Ibu hamil, ibu menyusu dan ibu yang nak buat makanan anak menggunakan kurma, pasti akan pilih kurma Ajwa yang original, segar dan kualiti terbaik daripada ladang Madinah kan? Alhamdulillah.



Cara Buat Pati Kurma Untuk Makanan Bubur Anak


Korang boleh pilih kurma Ajwa Madinah Rihura ini untuk dijadikan pati kurma. Caranya mudah, ambil beberapa biji kurma ajwa ini, tak kisahlah berapa biji pun, mengikut kuantiti atau jumlah pati yang anda nak buat. Kalau nak cuba sikit dulu, boleh try buat dalam 10 biji isi kurma. Basuh, buang bijinya dahulu.



Kemudian, masukkan sedikit air dalam pengisar dan blend bersama isi kurma tu. Lepastu, agak-agak ia pekat ala-ala cair, sesuai dijadikan sebagai pati, korang boleh stop blend. Boleh terus disimpan dalam peti sejuk dan digunakan untuk campur dalam susu, dijadikan susu kurma ajwa ataupun boleh juga ambil 1-3 sudu untuk dicampur dalam makanan bubur anak.  Mudahnya cara buat pati kurma ajwa untuk makanan anak ni!




Inilah dia rupa pati kurma yang sangat fresh, sedap dari dapur siap dah. Oh ya, untuk buat pati kurma ajwa ni, korang boleh jer blend dan simpan peti sejuk. Satu lagi, kalau korang nak masak atas api pun boleh isinya, itu untuk ketahanan juga kalau korang suka simpan di luar suhu sejuk. Cuma kalau fresh terus masuk peti sejuk tu rasa dia lagi macam semulajadilah.

Okey lepas siap, anytime korang nak buat bubur anak, korang masukkan jer isi pati kurma ajwa tu ke dalam bubur dan masak sekali bubur tu. Bawah ni adalah gambar bubur karot campur kurma ajwa rihura dan campur labu. Memang berselera sungguh anak makan! Ini pun ibu dia berkongsi cerita, so rina letakkan gambar ini kat sini so korang boleh dapat idea untuk masak bubur makanan anak dengan mencampurkan kurma ajwa yang sedap ni. Alhamdulillah :)

                                          Gambar bubur labu lobak ajwa


PATI AJWA JUGA BOLEH GUNA UNTUK BUAT SUSU KURMA AJWA


MasyaAllah sedapnya bila dapat minum susu kurma, tapi dapat minum susu kurma Ajwa adalah luar biasa! Lebih segar, lebih sedap dan bertenaga. Sambil-sambil buat makanan bubur kurma ajwa anak, korang pun boleh guna kurma Ajwa Madinah Rihura ini untuk buat susu kurma freshh direct dari kurma ajwa segar. Nikmatnyaaaa Ya Allah.




ROTI TELUR KURMA AJWA


Korang juga boleh guna pati kurma ajwa tadi untuk buat roti telur kurma ajwa, sumpah memang sedap. rasa telur digabungkan dengan sedap kurma ajwa rihura ni pergh memang marveles. Mana tahu 2022 ni ada kafe atau kedai-kedai yang dah start buat menu Roti telur kurma ajwa, tapi awas, kurma ajwa rihura ni memang rasa sedap tak muak macam kurma lain , tak terlalu manis okey!




Boleh guna pati kurma atau guna isi kurma untuk buat roti ni. Nanti rina share resepi Roti telur kurma ajwa ni juga. Kalau tengok gambar pun mesti korang faham juga dah terus boleh buat ni.

Menarik sangat kan? oh ya, kalau berminat nak tengok apa resepi dari ajwa yang korang boleh buat lagi, atau tips nak masak guna kurma ajwa, buat makanan anak dan sebagainya korang juga boleh join group FB Peminat Kurma Ajwa Madinah.

Yang penting, jangan tertipu dengan kurma ajwa yang bukan original di luar sana. Korang boleh cari Kurma Ajwa Rihura sebab yang ni memang direct dari Madinah. Alhamdulillah ia juga ada certificate original juga dari Saudi Arabia. 

Dengar cerita, Rihura selalu buat promosi dan happy hour, harga dia memang mampu milik sangat Alhamdulillah. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik details di bawah.


Wasap Rihura

Facebook Rihura

Instagram Rihura

Beli di Shopee 

Tiada ulasan: