Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

TENTANG PENULIS





Nama diberi adalah Zushazrina Binti Zulkifli dan lebih dikenali dengan nama panggilan Rin atau Rina. Berumur 26 tahun dan menetap di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Pulau Pinang Pulau Mutiara, saya merupakan bekas pelajar St.George's Girl School, Penang dan telah menamatkan Pengajian di University Teknologi Mara (UiTM) Jengka dan Perak bagi Bachelor Degree of Office Management, Major Business Management suatu masa dahulu.  

Sejak zaman Universiti lagi, saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan online dan mengikuti kelas Pemasaran digital dari mereka yang telah berjaya iaitu Dr. Azizan Osman. Saya bermula dengan meniaga barang-barang wanita seperti aksesori, eyeliner dan ebook serta berjaya membina empayar Gedung Barang Wanita Borong.  Namun, budak fresh graduate kalau tak kena kerja dengan orang, memang tak sah. Itu mentaliti orang lain tetapi saya ambil itu sebagai sesuatu yang positif untuk saya menimba ilmu dan pengalaman.  

Akhirnya saya bekerja di MBSB (Malaysia Building Society Berhad) sebagai seorang Admin Processing Document untuk menimba pengalaman kerja dengan syarikat.  Dengan prestasi dan pengalaman yang amat bernilai, saya ditawarkan bekerja di sebuah Bank yang ternama di Malaysia iaitu MAYBANK Berhad sebagai Consumer Sales Executive. Saya fokus kepada perkhidmatan pelanggan dalam penjualan Kad Kredit, Personal Loan, Loan Rumah, ASB, Insurans dan sebagainya.  Saya juga pernah berkhidmat di sebuah Agensi Bank iaitu UTS Marketing Solution sebagai seorang Telemarketing dan kemudiannya menjadi Team Leader.  Pengalaman menangani pelanggan secara offline dan online, telefonis serta membina dan memotivasi Team amat menyeronokkan.

Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Saya:

Pernah berkhidmat sebagai Executive merangkap Secretary & Admin secara praktikal di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan turut bekerja sama dengan Dato' Rashid (Timbalan Ketua Pulau Pinang) dan Dato' Lim Guan Eng (Ketua Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu).

Merupakan Peserta Program 'Aku Ikon Patriotik' Tv3 berkonsepkan Explorace dan Soal Jawab tentang Sejarah Negera, dalam mewakili Negeri Pulau Pinang.

Merupakan Private Tutor Mandarin separuh masa di Pulau Pinang sebelum saya berpindah di Kuala Lumpur.

Pernah mengendalikan perniagaan makanan Food Delivery di Kuala Lumpur berasaskan makanan tengahari, makanan berpantang dan sandwich.

Kerjaya Sekarang


Kerjaya saya sekarang pasti tidak seperti yang anda fikirkan.  Saya memilih untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan secara online sahaja. Menjadi Freelancer Online sangat menyeronokkan kerana pendapatan unlimited berdasarkan Effort kita, tetapi menjadi Owner Business adalah Passion atau keutamaan saya dalam bergelar seorang Usahawan Berjaya.  

Kini, saya mempunyai 2 Perniagaan Utama iaitu Sandwich Borong Kuala Lumpur, Ashrin Food yang mempunyai beberapa pekerja dan runner. Penghantaran sandwich ke Petrol, Shell dan stesen minyak lain dan juga untuk event bagi mereka yang inginkan.  Saya juga telah mengeluarkan Jus Herba Sunnah Wanita Pertama di Malaysia berasaskan Kurma, Madu, Habbatusauda dan herba terpilih yang lain.  

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan, menulis adalah hobi dan minat saya. Saya juga menulis untuk beberapa buah blog serta menyediakan copywriting (Blog/Fb/Ig) untuk mereka yang memerlukan di samping ingin berkongsi ilmu mengenai perniagaan dan kewangan.  

Cara Lain Saya Jana Pendapatan Lumayan?

Saya berkecimpung dalam beberapa projek penulisan secara freelance dan fulltime serta bergerak aktif secara online sebagai penulis bebas dan copywriter.  Dengan pengalaman menulis copywriting, Blog Rinazul turut menawarkan servis copywriting kepada peniaga bisnes yang kecil-kecilan dan juga besar-besaran.  Antara hasil penulisan yang saya hasilkan adalah artikel untuk website, blog dan majalah, copywriting untuk google, fb dan sebagainya, skrip drama TV, cerpen dan juga novel.


Perlukan Khidmat Saya?

Sekiranya anda ingin bekerjasama, untuk menaikkan produk atau servis anda atau ingin menjana pendapatan secara mudah dan padu, jangan segan untuk hubungi saya.  Boleh terus Whatsap atau Email terus kepada saya.

Email:  rinhijabist@gmail.com
Whatsapp:  010-5012717




Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages