Memaparkan catatan dengan label Fesyen / Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fesyen / Beauty. Papar semua catatan

Tips Pilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Rendah

3:46 PTG 0
Tips Pilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Rendah
Penampilan semestinya perkara yang amat penting bagi seseorang terutama sekali kaum hawa. Lazimnya, wanita ini amat menitik beratkan soal penampilan. Tambahan lagi bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian.

Jika tersilap memilih pemakaian akan kelihatan pelik dan tidak sesuai. Di sini, jom saya kongsikan pakaian sesuai untuk wanita rendah.

Imej yang berkaitan

1. Warna Pakaian


Anda haruslah bijak memilih warna pakaian. Hadkan warna pada pakaian, sebaiknya satu atau dua warna sahaja. Semakin banyak warna pada pakaian, anda akan kelihatan rendah.

Elakkan memakai pakaian terang. Sebaiknuya pakailah pakaian yang gelap kerana ia akan menambahkan kesan tinggi pada badan. Jelas?

2. Ukuran Pakaian


Memakai pakaian terlalu ketat untuk kelihatan ramping itu adalah perkara yang salah. Hal ini kerana ia akan lebih menampakkan bahagian tubuh anda. Jangan sesekali pakai baju ketat jika anda rendah!

Memakai pakaian terlalu longgar juga tidak sesuai kerana ia akan membuatkan saiz anda kelihatan besar. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai bagi tubuh anda.

Hasil carian imej untuk pakaian wanita rendah hijab

3. Motif Dan Corak


Motif dan corak pada pakaian juga memainkan peranan penting untuk masalah ketinggian. Elakkan memakai pakaian bercorak melintang kerana ia akan menyebabkan tubuh anda kelihatan rendah. Dah lah rendah, nampak debab pula. alamak alamak. Tolong!

Pakaian dengan rekaan corak garis menegak di tengah badan akan mencipta ilusi seolah anda kelihatan tinggi. Pakaian yang penuh dengan hiasan juga tidak sesuai untuk wanita rendah. Sebaiknya pilih rekaan yang ringkas sahaja.

4. Blazer Dan Cardigan


Pemakaian blazer, cardigan atau jaket yang terlalu labuh membuatkan anda kelihatan rendah. Anda hendaklah memilih blazer atau jaket yang sesuai dengan tubuh anda. Caranya mudah, pilih jaket yang labuhnya sama atau hampir dengan jari tangan ketika tangan rapat ke badan.

5. Kasut Tinggi


Kasut tumit tinggi merupakan elemen yang sesuai untuk wanita yang rendah. Selain membuatkan anda kelihatan tinggi, ia juga akan memberi kesan ramping pada tubuh anda. Disamping kasut tumit tinggi, anda juga boleh mengenakan kasut atau selipar yang sederhana tinggi.

Hasil carian imej untuk pakaian wanita rendah hijab




Demikianlah 5 pakaian sesuai untuk wanita rendah. Ciri-ciri pemakaian yang disebutkan di atas adalah baik dan sesuai bagi wanita rendah. Namun, tidak dinafikan bahawa sebaik-baik pakaian adalah yang menutup aurat dan sopan. Semoga dapat membantu!

5 Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Gemuk. Tak Nak Orang Mengata, Ikut Cara ni!

8:05 PG 0
5 Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Gemuk. Tak Nak Orang Mengata, Ikut Cara ni!
Biasanya kita asyik cakap tentang orang kurus je kan? Jarang kita lihat tips-tips di luar sana yang dikongsikan akan bagaimana wanita gemuk macam kita ni nak bergaya kan? Opps. Ha, boleh dikatakan Rin dah makin gemuk tau sejak haritu. Tapi sekarang menurun sikit dah berat tu. Gemuk tu citer lama. Sis Redha. Sis Pasrah. kehkeh.

Tentu ramai yang dilema sekarang ni kan? Dan kita pasti asyik terfikir, nak beli baju macam mana la untuk menyorokkan lemak berlebihan kita ni, betul tak? Disebabkan masalah inilah, saya terbuka hati nak share dengan korang pakaian sesuai untuk wanita gemuk macam kita ni. Sis (dulu-dulu okey).
hijab all black

1. Pilih Pola Baju Yang Sesuai

Korang tahu tak pola apa paling selamat untuk wanita berbadan gemuk a.k.a chubby? Jawapannya adalah pola baju corak berbelang ataupun sering dikenali dengan stripe. Pola baju jenis stripe menegak ini akan membuatkan korang kelihatan lebih kurus dan tinggi sedikit.

Kalau korang pilih corak berbelang mendatar, ianya akan membuatkan badan korang akan kelihatan lebih besar, lebar serta lebih pendek a.k.a ‘ketot’. Hehe… Kalau korang tak suka jenis stripe, korang boleh gayakan dengan pakaian bercorak bunga-bunga kecil. Kalau bunga besar ianya akan menampakkan badan korang lagi kembang tau. Kalau nak beli kain buat baju raya tu, bukat setakat ukur badan di baju sendiri, tapi kena cari corak kecik-kecik tau!


2. Pilih Kasut Yang Bagus

Mesti korang tertanya-tanya apa kena mengena kasut yang comel dengan nak nampak kurus ni kan? Sebenarnya ada kena mengena dua perkara ni.

Bila korang pakai kasut yang cantik, pasti orang akan beralih perhatian kepada kasut yang kita pakai. Pastikan pakaian dan kasut tu matching tau, baru lah nampak cantik nanti. Serius kasut ni ada auranya juga. Kasut cantik pun boleh buat orang nampak kita macam kurus. Sis pernah alaminya. Nasib baik sis pakai kasut feveret sis ni!

Image result for peach kasut


3. Elak Memakai Baju Yang Kembang di Bahagian Bawah

Elakkan memakai baju yang kembang bahagian di bawah. Sebabnya kalau  kita ni jenis rendah atau pendek, baju kembang tu akan menampakkan yang ni kita lagi pendek tau. Jadi, elakkan memakai baju yang kembang di bahagian bawah.


4. Elak Memakai Skirt Atau Seluar Terlalu Kembang

Konsepnya sama macam langkah ke tiga juga. Tapi misalnya kalau korang jenis chubby dan tinggi, sesuai je nak pakai skirt atau seluar yang kembang kerana ia akan menampakkan lagi ketinggian korang. Cuma kalau gemuk dan pendek tu, harap maaf, tolong jangan pakai benda yang kembang-kembang di bahagian bawah, takut orang mengata kita lagi gemuk.

Aduduudu sis tegur sebab sis sayang semua tau. Harap-harap pas ni orang yang kurus keding semua tu dah tak mengata kat kita. Cukuplah ikut 5 cara pilih pakaian sesuai untuk wanita gemuk ni!


Kesimpulannya, untuk wanita macam kita yang bersaiz chubby atau gemuk ni (terpaksa direct to the point sebab nak bagi diri sendiri tersedar) , kita kena yakin tau. Bila yakin, barulah nampak cantik, betul tak? Bak kata pepatah “belum cuba, belum tahu”. Cuba dan redah je k?


Jom baca juga:

Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus


Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus

11:11 PTG 0
Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus

Teringat zaman rina kurus dulu. Masyallah. Skirt, jeans, pineform, pergghhh semua baju boleh aku rembat dan gayakan. Ish ish. Kini, nak pakai seluar jeans pun daku rasa serba salah terhadap tubuh badan sendiri. Dulu 5 tahun berturut-turut rina kekalkan 48 KG. Sehinggalah masuk alam pekerjaan melonjak sehingga 78 KG. Hamik kau!

Kebanyakan daripada kita sentiasa bermimpi untuk mempunyai badan yang sempurna, tanpa lemak yang tidak diingini di sekitar paha, pinggang ataupun di bahagian muka kita. Dan bagi anda yang kurus di luar sana, anda biasanya bertuah dan senang untuk memilih pakaian dengan bermacam-macam rekaan di luar sana.

Jom ikuti Rina membincangkan cara berfesyen dan cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus.  Mudahnya jadi wanita yang kurus, bolehje selalu kelihatan menarik tanpa menaikkan berat badan untuk berfesyen. Kalau yang gemuk pun, kena tahu juga cara pakaian sesuai untuk wanita gemuk.

Apa-apa pun, jom kita lihat cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus!

Image result for pakaian wanita kurus


1 - Elakkan Memilih Pakaian Yang bercorak Garisan Menegak

Jika garis-garis menegak adalah pilihan terbaik bagi mereka yang berukuran besar, maka bagi wanita yang kurus itu adalah pilihan yang salah. Jalur menegak akan menampakkan badan anda menjadi lebih kurus dan langsing dan ianya akan membuat anda kelihatan sangat-sangat kurus.

Haa.. Jadi anda kena pilih pakaian yang bercorak mendatar supaya ianya nampak lebih cantik dan sedikit berisi. Kiranya corak yang bertentangan. Jika kurus, ambil corak bunga besar ke apa yang besar-besar okey!


2 - Katakan Tidak Kepada Kasut Bertumit Tinggi

Seperti dalam hal jalur menegak, kasut tumit tinggi juga akan memberikan kesan yang sama. Dengan melihat lebih tinggi daripada anda sebenarnya, anda akan kelihatan seperti garis geometri lurus atau pembaris tanpa lengkung. Kehkeh. Jadi anda harus mengelakkan mengenakan kasut yang bertumit tinggi.


3 - Pilih Warna Cerah

Jangan ragu untuk memilih mana-mana warna yang anda suka kecuali warna yang gelap. Hitam, coklat, kelabu atau sebarang warna gelap akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing.

Jadi, anda perlu pilih mana-mana warna yang terdapat pada warna pelangi. Jika anda mahu melihat lebih berisi, pakai pakaian yang berwarna neutral dan bermain dengan kontra warna. Berikan kebebasan kepada imaginasi anda dan anda mungkin akan membuat pilihan yang betul.

Related image

4 - Pakai Sweater Yang Lebih Longgar

Sweater longgar akan membuat anda berasa lebih yakin. Dan untuk lebih cantik, kenakan juga dengan skirt atau seluar yang saiznya ketat sedikit. Hasilnya pasti menakjubkan. 

Tapi sweater kan panas, jadi cukuplah anda gayakan baju berlengan panjang tetapi mempunyai corak.


5 - Jangan Gunakan Tali Pinggang

Kita semua tahu bahawa memakai tali pinggang di bahagian tengah pinggang membuatkan seseorang kelihatan lebih langsing, jadi ini pasti bukan aksesori yang sesuai untuk anda pakai.


6 - Gunakan Selendang

Selendang bukan sahaja aksesori fesyen yang menakjubkan yang menambah keanggunan dan kewanitaan kepada rupa wanita, tetapi ia juga membuat seorang wanita kurus menjadi sangat cantik apabila memakainya.

Semua orang tahu kuasa aksesori kecil ini kan. Selendang akan menjadikan leher anda kelihatan lebih pendek dan sangat cantik.

Related image

Kesimpulannya, bagi para wanita yang kurus, anda bebas untuk memilih gaya pakaian anda. Apa yang penting adalah kena pandai memilih tona warna, corak dan juga elakkan memakai ataupun memilih warna yang gelap seperti saya katakan tadi. Jadi, selamat mencuba!





Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Tinggi [MUDAH & PANTAS]

3:28 PTG 0
Waktu Rina sekolah rendah dan menengah, rina tergolong dalam golongan yang rendah.
Tapi tak tahu macam mana sejak masuk universiti rina rasa rina jadi tinggi. Opss okey salah satu
sebab hari-hari pakai heels waktu study. Tapi sejak tinggal heels dah rasa lebih tinggi daripada biasa..
Opss tak juga, baru teringan kawan-kawan rina kebanyakan yang rendah. No wonderla rina rasa
macam rina tinggi.

Yang pasti sejak masuk alam kerja ni serius rina tinggi walaupun kasut tutup tak ada tapak tu yang
dipakai hari-hari. Tahlah, mungkin ada sesuatu kot yang membuatkan rina terasa lebih tinggi dari
biasa ni. Mungkin hormon, atau sebab bersukan..atau sebab banyak berjalan mungkin?

Image result for wanita tinggi hijab
Imej via [tribunnews]

Apapun waktu rina tinggi, terasa sesuatu yang sukar bab pakaian ni. Kenapa tah, waktu tu rina rasa
pakai baju apapun macam nampak tinggi ja. Pasti silap gaya ni. Aduhhh. Lama kelamaan lepas tu baru
rina tercari-cari apakah pakaian yang sesuai untuk wanita tinggi.

Adakah anda pun terasa diri tinggi dan sukar untuk mencari cara berpakaian yang sesuai? Mari kita lihat
bagaimana cara untuk berpakaian yang sesuai apabila anda mempunyai badan yang tinggi.
Disini terdapat beberapa cara berpakaian yang sesuai untuk wanita tinggi yang boleh anda ambil contoh.
Mungkin sedikit sebanyak ia akan membantu anda.



1. Mengenakan Kain Yang Labuh


Seorang wanita yang mempunyai badan yang tinggi perlu memakai kain yang labuh untuk
menyesuaikan dengan penampilan mereka. Jika mereka memakai kain yang labuhnya hanya 3 per 4
daripada ketinggiannya, ia akan menampakkan satu gaya yang tidak kena dengan bentuk badan anda
dan kaki anda akan kelihatan lebih panjang. Jadi, ingat… anda kena pakai kain yang labuh tau?

Sejak itu, rina pun pakai skirt yang labuh labuh gitu. Oh ya, time tu dah kurangkan pakai heels!




2. Elakkan Memilih Baju Yang Berlengan Pendek



Untuk baju pula, anda haruslah mengelakkan daripada memakai baju yang berlengan pendek. Apabila tubuh anda yang tinggi mengenakan baju yang berlengan pendek, ia akan menampakkan seolah-olah anda memakai pakaian yang singkat. Jadi, anda haruslah memakai baju yang berlengan 3 per 4 panjang barulah sesuai dengan ketinggian badan anda.

Jika baju anda berlengan panjang pula, anda kena lipat sedikit lengan baju anda untuk menampakkan saiz badan serta gaya yang ideal untuk ketinggian anda. Maksudnya, jangan terlalu panjang sehingga menampakkan lengan anda panjang dan tidak kena pula dengan baju tersebut.

Related image
Imej via [aliexpress]



3. Memilih Warna Yang Sesuai



Elakkan dari memilih warna baju dan kain yang monochromatic iaitu warna yang sama. Biasanya, baju
dan kain berwarna sama ini akan menampakkan anda punya ketinggian akan jadi lebih tinggi. Jadi, untuk
kain, dicadangkan memilih warna yang gelap dan baju pula bercorak yang cerah. Mempunyai bentuk
badan yang tinggi ni biasanya bab-bab corak pada baju, apa-apa corak pun tidak mengapa, asalkan
coraknya bukan garisan menegak.



4. Mengenakan Aksesori Yang Besar



Untuk anda yang mempunyai ketinggian yang tinggi, disarankan memilih aksesori serta perhiasan yang
besar-besar untuk menyesuaikan dengan penampilan anda yang tinggi.

Jika anda bertubuh tinggi dan mengenakan aksesori yang kecil, ianya akan kelihatan seolah-olah anda
memakai aksesori kepunyaan adik anda yang kecil. Hehe..kelakar kan? Jadi, elakkan daripada memakai
aksesori serta beg yang kecil.



5. Elakkan Memakai Kasut Yang Bertumit Tinggi



Biasanya jika anda yang berbadan tinggi, kasut yang perlu anda pakai adalah kasut yang bertapak rata dan rendah. Jadi, elakkan dari memilih kasut yang bertumit tinggi ya? Nanti orang gelar zirafah pula. Aduh, sis tidak sanggup digelar sebegitu rupa.

Oh ya, dulu pernah zaman sis sekolah, ada seorang kawan ni memang tinggi yakmat lah, dia mengenakan kasut sekolah pun memang tinggi mengalahkan semua guru lelaki pula tu, tapi apabila sudah dewasa dan terjumpa semula. Dia berfesyen yang sesuai dan pandai mengenakan pakaian yang sesuai untuk wanita tinggi, terus nampak dia tak berapa tinggi. Cantik sangat. Ni semua sebab si dia pandai memilih gaya pakaian! Hebatkan!

pakaian wanita tinggi
Imej via [murah.netpriceupdate]

Kesimpulannya, wanita yang memiliki badan yang tinggi akan kelihatan cantik jika mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan ketinggian mereka. Selain itu, memakai pakaian yang lebih longgar juga dapat memberikan penampilan yang sesuai juga. Jika anda tidak pernah mencuba cara ini, bolehlah mencubanya hari ini dan lihatlah hasilnya. Pasti ia memberikan hasil yang cantik dan anggun.

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...