RINA ZUL : Kisah TTC
Memaparkan catatan dengan label Kisah TTC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah TTC. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2021

Nak TTC Balik? Tiba-Tiba Suami Cakap Sesuatu ...


Harini sayu sangat. sunyi sepi, terharu, sedih macam-macam perasaan ada sebab suami telah bagitau sesuatu dekat sis Rina. Untuk pengetahuan, mula dari bulan puasa sampai lepas raya dan sehinggalah sekarang kami tak mula usaha TTC (ikhtiar hamil) lagi. Maybe sebab dua dua busy giler dan tunggu betul-betul keduanya tenang.




Maklumlah suami dah jadi salah seorang frontliner, jadi saja bagi rehat cukup-cukup dulu disamping isteri nak stabilkan hormon, nak cantikkan waktu subur dulu dan paling penting nak detoks tubuh dulu. Sama-sama faham bab ini sebab kitorang ada bincang dulu, bagi semua selesai barulah ikhtiar semula.


Selepas raya dan nak masuknya bulan Jun 2021 semalam, suami ada bagitau kerja dia alhamdulillah dah stabil. Katanya nak belanja susu Efferty sebab dia tahu rina memang suka gila minum susu tu sebab diperbuat dari kurma , madu dan makanan sunnah juga. Ayat dia cakap tu berbunyi macam ini, "Lepas ni, susu u nak minum, vitamin, folic asid, apa-apa produk untuk ttc semua biar i yang belikan." huuuuu. sebagai seorang wanita bekerjaya ada duit poket sendiri, 1st time sis raya sebak sangat. 


Tetiba air mata mengalir. Eh kau dah kenapa ni rina. Ya sebab sebelum ni barang-barang personal macam tu rina akan beli sendiri. Tapi duit nafkah suami bagi tiap bulan juga. adakala rina beli barang-barang guna duit rina, adakala guna duit dia beli tu. Tapi rupanya kalau laki bagi duit dan laki tolong belikan terus barang yang kita nak..rupanya perasaan tu macam lain macam rupanya. Tak sangka pula air mata mengalir kahkah. 


Sebenarnya tak jatuh lagi air mata, tapi lepas dia sambung ayat ni baru jatuh.. "Barang-barang yang u nak, untuk ikthiar semua ni i belikan lepas ini, mungkin dengan hasil titik peluh i , ada keberkatannya dan Allah nampak usaha i pula." haaa. nampak usaha dia tu. hihi. Sebelum-sebelum ni husband pun ada pergi check up di hospital, agaknya dia ingat itu aje kot usaha patut dia buat. Haa banyak lagi tau sebenarnya kalau laki nak cuba ikhtiar juga. selain dari mengurangkan rokok.


Tapi kali ni ikhtiar mr.husband ini adalah nak beli kan apa-apa jer barang isteri nak. Haa bolehlah amik kesempatan kikiki. Jadi, i Is suka sangat berangan apa nak beli kat watson atau farmasi sebelum tidur hahaha. Apa-apapun this entry cuma nak share story TTC journey dan kisah peribadi saja. 


Thanks for reading! :)

Tags

Agama (37) ajwa (2) amway (7) Anak (1) BARANG RUMAH (1) bisnes (6) BLOGGER (3) cara buat duit (1) Doa (1) Info (5) inspirasi (2) kecantikan (4) kejayaan (1) kekeluargaan (1) kerjaya (3) kesihatan wanita (2) kewangan (7) Kisah TTC (1) MAKANAN (6) Peluang bisnes (3) Pemakanan (7) Peribadi (34) perniagaan (3) produk rihura (1) Resepi (2) review (13) rihura (8) suami isteri (1) wanita (1)