Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN. Papar semua catatan

15 Makanan Cepat Kenyang Dengan Lama Sepanjang Hari

3:56 PTG 1


Dalam tempoh menurunkan berat badan, mengurangkan jumlah makanan yang diambil
adalah sesuatu yang amat diidamkan oleh semua orang. Tetapi masalahnya mereka sering
lapar sepanjang masa. Ini merupakan salah satu sebab utama mengapa kebanyakan orang
gagal bertahan untuk DIET dalam masa seminggu.
Namun tahukah anda, perut anda yang sering lapar boleh menjadi kenyang tanpa
memakan kalori tambahan?


Bagaimanakah caranya? Sebenarnya, makan makanan tertentu akan memberi isyarat kepada
otak anda bahawa anda sudah kenyang dan mengurangkan selera makan anda. Jom kami
senaraikan 15 makanan cepat kenyang dengan lama sepanjang hari.




1. Avokado



Makan separuh daripada avokado pada waktu makan tengah hari dapat membantu anda
merasa kenyang sepanjang waktu petang. Kebanyakan orang yang mengamalkannya
merasakan 22% lebih kenyang dan mempunyai 24% keinginan yang lebih rendah untuk makan.
Biasanya ia akan menjadi tiga jam lebih lewat daripada waktu makan kebiasaannya. Makanan
cepat kenyang ini juga menjadi kegemaran mereka yang suka bermain gim.


2. Sup



Orang yang makan semangkuk sup sebelum makan tengah hari biasanya dapat mengurangkan
jumlah pengambilan kalori semasa makan sebanyak 20%. Sup dapat memenuhi selera makan
anda kerana ia mempunyai banyak bahan seperti sayur, ayam, rempah ratus dan sebagainya.
Apa yang penting, jumlah kalori dalam sup adalah amat rendah.


3. Serbuk Cili



Anda mungkin sudah tahu bahawa capsaicin, sebatian dalam cili yang dapat meningkatkan
metabolisme anda. Penyelidikan terbaru dari Universiti Maastricht di Belanda menunjukkan
bahawa menambahkan cili pada makanan anda juga dapat mengawal selera makan anda.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Appetite ini, mendapati bahawa menambahkan 1/4 sudu
teh lada cabai pada setiap hidangan meningkatkan rasa kenyang. 

Sehari Boleh Makan Telur Berapa Kali?

4. Telur



Mulakan hari anda dengan telur akan membuatkan anda kenyang sehingga waktu makan
tengah hari. Penyelidikan dari University of Missouri di Columbia menunjukkan bahawa makan
sarapan 300 kalori yang terdiri daripada 30 hingga 39 gram protein dapat mengurangkan rasa
lapar dan meningkatkan rasa kenyang pada waktu antara sarapan dan makan tengah hari.

Lebih-lebih lagi, penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang bersarapan pagi dengan
makanan yang protein tinggi akan mengambil lebih sedikit makanan berkalori sepanjang hari.


5. Oatmeal



Oatmeal biasanya akan membuat anda merasa kenyang lebih lama. Pemakan oatmeal akan
berasa kenyang lebih lama, dan mereka juga akan mengalami penurunan rasa lapar yang lebih
tinggi.

Oatmeal lebih tinggi serat dan protein dan mempunyai jumlah beta-glukan-gula yang lebih
tinggi yang memberikan khasiat kepada jantung dan penghidratan berbanding dengan bijirin
segera yang lain.


6. Protein Whey



Protein whey salah satu daripada dua protein yang membentuk produk susu. Menurut kajian
yang diterbitkan dalam jurnal Appetite, orang yang minum protein whey akan makan 18%
kurang dua jam kemudian. Ini kerana ia merupakan sejenis makanan cepat kenyang.


7. Kentang



Sama ada anda lebih suka memakannya dengan sedikit kayu manis dan madu, kentang adalah
makanan wajib di setiap menu. Tidak kira sama ada anda ingin menurunkan berat badan atau
bersenam, kentang adalah makanan yang amat baik untuk tubuh badan anda.

Satu biji kentang biasanya mempunyai sedikit daripada 100 kalori, tetapi ia kaya dengan serat
dan vitamin A!

coklat gelap - Nona

8. Coklat Gelap



Apabila anda inginkan sesuatu yang manis, pastikan anda makan coklat gelap! Penyelidikan
menunjukkan bahawa coklat gelap dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan
melindungi jantung dan otak.

Makanan cepat kenyang ini juga dapat membantu mengurangkan keinginan untuk makanan
manis dan masin, menurut kajian dalam jurnal Nutrition & Diabetes. 


9. Jeruk



Umumnya, jeruk mempunyai asid lemak rantai pendek (SCFA) dan penyelidikan baru-baru ini
di Annals of The New York Academy of Sciences mendapati bahawa jeruk membantu
memperkuat ikatan antara usus dan otak.

SCFA merangsang pengeluaran hormon yang melintasi penghalang darah-otak dan
mengurangkan nafsu makan. Makanan yang diperam juga mempunyai probiotik, bakteria
sihat yang membantu pencernaan.

Beberapa pakar percaya bahawa probiotik dapat mengurangkan selera makan dan membantu
menurunkan berat badan.


10. Kacang



Tahukah anda, kacang adalah makanan yang kaya dengan sumber protein yang juga
mengandungi serat, antioksidan, vitamin B, dan zat besi. Makan lebih banyak kacang juga
boleh membantu mengawal selera makan anda.


11. Epal



Makan sebiji epal kira-kira setengah jam sebelum makan akan membuatkan anda kenyang,
jadi anda akan makan lebih sedikit. Epal yang merupakan makanan cepat kenyang ini
mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh badan kita.

Minum Air Biji Chia dan Lemon Setiap Pagi, Berat Badan Turun dalam ...

12. Biji Chia



Sebahagian besar daripada kita biasa dengan makanan super hebat ini! Karbohidrat yang
terdapat dalam biji chia adalah dalam bentuk serat dan amat bagus untuk badan. Selain itu,
apabila anda menambahkan air ke biji chia, mereka akan mengembang dan melekat bersama
untuk membuat tekstur seperti gel yang pasti akan mengenyangkan perut anda.


13. Brokoli



Brokoli adalah sebahagian daripada keluarga sayur-sayuran yang dikaitkan dengan risiko
mendapat barah yang lebih rendah. Satu cawan brokoli cincang mengandungi 2g serat dan
3g protein. Ianya juga mengandungi lebih dari 100% keperluan harian anda untuk vitamin C
dan K dan juga merupakan sumber vitamin A, folat dan kalium yang baik.


14. Barli



Barli adalah makanan cepat kenyang dan pemenang serat di antara semua bijirin. Hanya satu
cawan barli mengandungi serat sebanyak 16g. Barli juga menyediakan peratusan tinggi
keperluan harian seperti mangan dan selenium.


15. Kurma Ajwa Rihura



Seperti yang kita ketahui, kurma juga adalah antara makanan yang pasti membuatkan kita
berasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana mengandungi sumber protein dan vitamin
yang tinggi.

Dengan pengambilan 7 biji kurma, ia sudah mencukupi untuk badan anda dalam satu hari.
Selain merupakan makanan cepat kenyang dengan lama sepanjang hari, ia juga meningkatkan
tenaga, membanyakkan susu badan dan lain-lain lagi kebaikan.






Klik Whatsapp untuk dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah:






Rujukan


1 - What are the most filling foods?


2 - 9 Fiber & Protein-Rich Foods to Keep You Full


3 - 12 Foods That Make You Eat Less

Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

2:56 PTG 2
Selalu kalau sis dekat RNR je sis singgah masuk kedai roti Harolds' Bread ni.  Ada dua RNR yang selalu singgah ada Harolds' Bread iaitu RNR Rawang dengan apatah. Tak ingat dah haha. Tapi roti dia tu yang buat kita takkan lupa. Pelbagai aneka roti Harolds' Bread yang sedapppp amat.

Antaranya adalah roti pizza, tart, coklat, kaya, chicken floss dan lain-lain lagi. Memang tak dinafikan Harolds' Bread ini kaya dengan pelbagai jenis roti yang sedap, enak dan lazat. Kalau masuk ke sini, semua roti kita kena selidik dulu, baru boleh beli.

Lihat gambar dibawah untuk jenis-jenis roti yang dijual di Harolds' Bread.

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Erm, banyaknya roti. Nampak soft dan gebu je kan. Sedap tu kalau masuk mulut, rasa dia dan bau pun mesti harum. Favourite sis adalah roti yang perisa pizza tu, ada sosej dan sos merah.. Ermm. Kalau singgah sini wajib beli yang tu. Selain tu, Harolds' Bread ini juga menjual pelbagai jenis kek. Wah, peminat kek pun kena singgah sini.

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Potato Bread tu yang ada kuning-kuning sikit. Yang tu, kanak-kanak memang suka, Dahlah sedap, bau harum, tak pedas. Memang boleh makan sahaja je macam tu, tak perlu cicah-cicah milo lah , apalah.

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Yeeee, Kalau makan roti kosong macam ni makan sahaja pun dah sedap. Serius tak tipu. Kelembutan adunan roti ni memang buat kita semua terpukau dan berselera. Erm. Apa kata korang beli satu yang ni kalau datang ke Harolds' Bread!

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap


Sis singgah situ beli kegemaran ni, apa lagi kalau bukan Kek Newyork Cheese Cake. Masyallah. Ini kalau dah ambil gambar, kena update di blog dulu, baru tak rasa bersalah nak padam gambar dari fon. hehe. So, inilah dia my penawar hati duka yang laaraa. Emm sedap.

No photo description available.

Image may contain: food

New york cheese cake macam ini juga la rupanya. Sama macam secret recipe punya. Tapi yang ni macam besar emmmm. Excelly sama je tau.


Okey, bayangkan roti-roti tu 2 orang je makan. Haa, apa lagi sampai malam tak abes-abes. Makan dalam hotel sambil tengok movie.  Yang kanan tu memang feveret i, wajib beli! 

Hermm bilalah nak makan lagi ni.. Tak sabarrrrr.

Tempat Makan Di Terengganu Rugi Tak Datang

6:54 PTG 0


Terengganu..

Sebut sahaja tentang negeri Terengganu kita pasti akan terfikir akan penyu.selain dari itu makanan paling terkenal di negeri Terengganu adalah keropok lekor.jika anda dating ke Terengganu kalau tidak merasa keropok lekor Terengganu sia sia percutian anda.Sebut pasal makanan dan keropok lekor,di Terengganu juga terdapat beberapa tempat kedai makan yang menarik dan sedap.Mari kita lihat antara 6 tempat kedai makan yang terbaik di Terengganu.



1.  Nasi Dagang Kak Pah. No.30, Pantai Batu Buruk.


Untuk sarapan pagi,tempat yang paling disyorkan adalah di sini Nasi Dagang Kak Pah.Nasi Dagang Kak Pah yang terletak di Pantai Batu Buruk ini memang mempunyai jenis makanan yang sangat menyelerakan.Sambutan di kedai ini sangat amat memberangsangkan .Jika anda beratur Panjang pun tidak sia sia.Konsep kedai ini adalah duduk di meja mana pun harus membuat pesanan air di kedai tersebut tapi,makanan boleh buat pesanan di kedai lain.kerana tempat duduk agak terhad.Selain Nasi Dagangnya,terdapat juga nasi lemak dan sebagainya.


Related image


2.  Firdausy Seafood Pantai Teluk Ketapang

Firdausy Seafood adalah antara warung yang terdekat dengan pekan Kuala Terengganu.Disini terkenal dengan makanan makanan seafood yang sangat segar.Antara yang menjadi perhatian dan pilihan para pelanggan yang singgah di warung ini adalah sotong dan udang celup tepung.Kesegaran terasa seperti baru diambil terus dari laut.bagi para penggemar makanan seafood atau celup tepung,harus singgah di warung ini.




3. Warung Atap Nipah

Warung Atap Nipah juga terdapat di sekitar Kuala Terengganu, terdapat pelbagai pilihan makanan terutamanya untuk sarapan.Sangat banyak pilihan disini seperti nasi lemak,nasi dagang,nasi kuning,keropok lekor pun stim pun ada,dan paling menarik sekali adalah Churros.Jarang terdapat di kedai kedai lain.



Related image

Related image

4.  Restoran Mat Bijai, Jalan Sultan Sulaiman





Jika anda buat carian di Google tempat carian makan di Terengganu,tempat ini akan keluar dahulu dalam senarai carian.Antara kelebihan di kedai ini adalah makanan dihidangkan dengan cara seperti kaum minang.Jika anda inginkan lauk pauk masakan melayu asli terutama dari Terengganu,dataglah ke Restoran Mat Bijai yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman.



5. Restoran Singgang Budu

Bagi anda yang mencari tempat makan tengah hari di Kuala Terengganu yang menyediakan juadah makanan setempat,datanglah ke restoran Singgang Budu.Menu utama disini adalah singgang iaitu satu jenis menu yang jarang dapat dijumpai di negeri lain.Masak singgang disini juga terdapat pelbagai jenis singgang seperti ikan singgang,daging singgang,sotong singgang & terdapat juga lauk pauk yang lain yang tidak kurang menariknya.





6. Nasi Kukus Sempoi Alias 2

Makan makanan yang terdapat di Nasi Kukus Sempoi Alias 2 adalah sesuai untuk waktu tengahari & panas berserta dengan minuman utama di kedai ini adalah The Ping Buih Aiskrim memang satu kombinasi yang cukup menarik untuk anda cuba.Jarang terdapat di mana mana kedai makan di sekitar Kuala Terengganu ini.

Related image


7.   Dapo Pata Kontena

Lokasi yang terletak betul betul di tepi pantai menjadikan destinasi utama pada yang berkunjung di Terengganu.Terletak di Pantai Tok Jembal hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu menjadikan tempat ini tempat paling manjadi daya tarikan yang sangat kuat dan menarik.Menu makan disini juga bercampur campur dari makanan santai, makanan melayu bahkan makanan dari barat.jika anda tiba di Terenganu melaui kapal terbang terutamanya,mahupun kenderaan darat.anda haru cuba sendiri untuk merasai menu menu yang terdapat di Dapo Pata Kontena.


Image result for dapo pata kontena



Kesimpulanya, terdapat lebih banyak lagi tempat tempat makan yang menarik di Terengganu yang boleh anda lawati dan yang pasti tidak akan menghampakan diri anda.Dan pati anda akan kembali melawat Negeri Terengganu kembali.





Rujukan 


Promosi Peria Goreng Kuala Lumpur Murah Terbaik 2019/2020

4:38 PTG 0
Adakah anda penggemar peria goreng? Peria goreng Kuala Lumpur banyak terdapat di pasaran tetapi tahukah anda Peria Goreng Kuala Lumpur sedap dan murah yang menjadi pilihan ramai adalah Peria Goreng Chrunchy?

Peria Goreng Chruncy adalah peria goreng Kuala Lumpur yang di masak dengan menggunakan resepi sendiri dan ia mempunyai aroma yang tersendiri. Pastinya setiap gigitan memberikan kerangupan yang tidak dapat disangkal lagi. Peria goreng Kuala Lumpur ini mempunyai kelazatan dan kesedapan superb sebab tak rasa pahit seperti peria lain pun.  

Peria goreng Kuala Lumpur yang terkenal, sedap dan murah ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan terbaik untuk anda.  Ia sesuai untuk dinikmati oleh lelaki dan wanita tidak kira umur. Malah peria goreng Kuala Lumpur ini disarankan untuk anda yang mempunyai masalah kesihatan, ingin bersihkan darah dan lain-lain lagi.  Untuk wanita berpantang juga, ia boleh dijadikan makanan ruji untuk anda.  

Jom kami kenalkan anda dengan Peria Goreng Chrunchy yang merupakan peria goreng Kuala Lumpur yang paling sedap ini.



Peria goreng Chrunchy amat sedap, halal, selamat dimakan dan memang wajib anda rasa.  Sama ada orang Kuala Lumpur, Selangor atau mana-mana sahaja, memang rugi jika anda sendiri belum merasai keenakan peria goreng chrunchy, peria goreng Kuala Lumpur ini.  Tambahan pula, memang banyak khasiat buah peria untuk anda nikmati.  Jom lihat khasiat Peria Goreng Chruncy , Peria Goreng Kuala Lumpur yang wajib anda rasa ini.



Perbezaan Peria Goreng Chrunchy Dengan Peria Lain



Peria Goreng Chrunchy - Meningkatkan Imunisasi Badan Dan Baik Untuk Kesihatan

Tubuh badan akan lebih sihat, sistem imunisasi dan antibody badan anda juga menjadi lebih kuat dengan mengamalkan Peria Goreng Kuala Lumpur. Peria goreng Kuala Lumpur ini kaya dengan vitamin dan mineral yang membina tubuh badan untuk lebih baik.

Peria Goreng Chrunchy - Menambah Tenaga Seluruh Tubuh Badan 

Peria goreng Kuala Lumpur ini berbeza dengan peria yang lain kerana ia 100% memberikan anda tenaga dan kekuatan untuk memulakan hari anda.  Anda boleh jadikannya sebagai makanan tambahan atau kudap-kudapan sepanjang hari anda.

Peria Goreng Chrunchy - Terbaik Untuk Atasi Kencing Manis Dan Darah Tinggi

Peria goreng chrunchy 100% membantu anda menurunkan bacaan darah tinggi dan atasi kencing manis yang anda alami.  Apa kata anda nikmati dan rasai sendiri peria goreng kuala lumpur terbaik ini.


Yang Paling Best Tentang Peria Goreng Chrunchy Adalah

Peria Goreng Chrunchy - Rangup Dan Chrunchy

Kunyahla bagaimana sekalipun, peria goreng Kuala Lumpur ini memang rangup, sedap dan chrunchy! Memang sedap kunyah peria goreng chrunchy ini sambil menonton televisyen, buat kerja, makan di pejabat, untuk majlis, birthday party dan lain-lain lagi.


Peria Goreng Chrunchy - Packing / Bungkusan  Berkualiti Dan Kedap Udara

Peria Goreng Chrunchy dibungkus dengan bungkusan kedap iaitu balang sederhana besar. Harganya pun murah sangat iaitu RM10 sahaja untuk 1 bekas.  Serius sedap! Murah pula tu.

Peria Goreng Chrunchy - Peria Goreng Kuala Lumpur Paling Murah

Dengan RM10 sahaja, anda boleh dapatkan satu balang peria goreng yang paling rangup dan sedap di Kuala Lumpur.  Memang berbaloikan untuk anda dapatkan peria goreng Kuala Lumpur tersedap dan murah ini.


Peria Goreng Chruncy - Rempah Dan Aroma Peria Goreng Yang Harum

Peria goreng Kuala Lumpur ini disalut dengan rempah tepung resepi mereka yang tersendiri dan terbukti sedap berkhasiat.  Aroma peria goreng ini juga harum dan berbau wangi. Tak percaya? Jom nikmati dan rasai sendiri kesedapannya.


Lihat Apa Kata Mereka Setelah Merasai Sendiri Peria Goreng Chrunchy



Makan Peria Goreng Kuala Lumpur ni dengan nasi pun boleh! Memang sedap!

















Krup Krup Krup je bila gigit peria goreng Kuala Lumpur ini. Patutlah ramai orang borong beli banyak-banyak peria ni. Sis sendiri pun dah beli 3 kali. Tiap-tiap minggu beli, serius tak tipu!


Jom dapatkan Peria Goreng Kuala Lumpur ini sekarang! 



Instagram: Peria Crunchy


\

Cara Buat Rambutan Asam Boi Sedap Gila - RESEPI RAMBUTAN ASAM BOI

10:38 PTG 0





Rambutan Asam Boi sedap sangat rasa masam manis! Nak tahu cara-cara sediakannya? Mudah saja. Sebelum tu, korang tahu tak rambutan asam boi ini boleh buat korang punya otot-otot punggung dan urat-urat badan tu taknak bergerak ke tempat lain sebab nak habiskan rambutan asam boi ni sampai habis. Haha.


Selain menjadikan korang ketagih nak makan semangkuk, sebalang atau seperiuk rambutan asam boi ni, buah manis sedap ini juga sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan sebab ia menambah air di dalam badan dan meningkatkan tenaga bagi badan-badan yang lemah. Tapi awas, jangan makan rambutan asam boi ini berlebihan sebab dikhuatiri anda akan demam dan batuk-batuk!

Ada kawan-kawan yang tanya, macam mana nak buat Rambutan Asam Boi ni? Okey, rina share kat sini caranya, sangat mudah dan senang. 






Cara Buat Rambutan Asam Boi 
RESEPI RAMBUTAN ASAM BOI


  1. Kupas buah rambutan dan buang kulit-kulit rambutan
  2. Letak isi rambutan di dalam sebuah mangkuk yang mudah untuk anda gaul
  3. Potong cili api hijau dan merah untuk lebih pedas dan menjadikan warna menarik
  4. Masukkan cili api yang dipotong ke dalam mangkuk berisi rambutan
  5. Masukkan asam boi atau asam ko atau serbuk asam ke dalam mangkuk tersebut
  6. Gaulkan dengan sudu dengan cara menterbalik-balikkan kandungan dalam mangkuk tu supaya semua rambutan itu kena asam dan cili api dengan rata.
  7. Rambutan asam boi anda dah siap untuk dimakan!




Rambutan Asam Boi macam ni pun korang boleh jual atau buat bisnes. Tapi tak bolehla nak post. Nanti takut kalau sampai lambat tak tahan pula. Kecuali lah kalau korang ada cara lain buat dia tahan lama, mungkin buat rambutan asam boi jeruk ke,. yang itu boleh tahan lama. 

Rambutan asam boi ni boleh korang letak dalam balang macam balang kuih raya tu untuk jual. Macam tu sangat kukuh, tahan dan berkualiti.  Jom cuba buat rambutan asam boi!


WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...