Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes | BERNIAGA SAMBIL BEKERJA

9:14 PTG 3
Ramai orang yang suka buat bisnes sendiri, tapi dalam masa yang sama masih lagi bekerja makan gaji. Tak kiralah berkerja swasta atau kerajaan, situasinya tetap sama dimana anda bekerja dari 8 pagi sehingga 6 petang begitu. Bermaksud, mungkin masa dari 8 pagi sehingga 9 petang tu anda perlu lakukan kerja hakiki dan tak dapat buat bisnes.

Itu adalah satu hal yang kita semua perlu sedari.  Memilih untuk menjalankan perniagaan ketika masih bekerja adalah sesuatu yang sangat baik dan menguntungkan. Tidak salah jika anda bekerja tetapi ingin berniaga. Malah, banyak manfaat yang boleh anda dapatkan.

Cuma, ramai yang mempunyai masalah dimana mereka tidak tahu cara membahagikan masa dengan betul. Sekiranya anda bekerja, masalah masa adalah yang utama kerana pada malam hari, adalah masa yang anda sering gunakan bersama keluarga dan anak-anak pula. Justeru, bila masa yang sesuai untuk berniaga?

Sebenarnya, berniaga atau perniagaan adalah sangat subjektif kerana ia terpulang kepada anda sama ada anda berniaga secara online atau offline. Jika offline, ya ia akan memakan masa anda dengan lebih lagi kerana anda perlu set up kedai, tempat jualan, ambil barang dan lain-lain perkara lagi.

Manakala jika anda berniaga secara online, anda dapat menjimatkan masa namun tidak bermakna anda tak perlu buat apa-apa ye, takut-takut perniagaan anda tak berjalan pula nanti.

Sama ada online atau offline, anda harus bahagikan masa kerja dengan masa berbisnes dengan betul. Jom lihat cara bahagikan masa kerja dan bisnes yang harus anda ikuti.

Imej yang berkaitan

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#1 Pilihan Bisnes, Platform Dan Target Audience


Pilih bisnes yang mudah, sesuai dan menggunakan platform yang terkini. Pilihan apa produk anda nak jual penting kerana anda perlu pastikan ia mendapat banyak permintaan, mungkin target audience pun berdekatan dan sesuai dengan anda. 

Sebagai contoh, anda kerja di pejabat, anda boleh buat bisnes makanan (kerepek) atau bahan kering atau pun juga boleh jual tudung. Sebabnya, target marketing berdekatan anda adalah orang di pejabat anda sendiri. 

Namun tiada masalah jika anda nak jual produk lain, sebab anda boleh jual dari internet sahaja dan tak perlu fokus di pejabat pun. No worries.

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#2 Sediakan Bahan Marketing Secukupnya


Jangan jadi macam lalang, tak ada pendirian. Anda perlu tetap dengan pendirian anda. Ada orang cepat sangat kecewa, down dan takkan buat apa-apa untuk bisnes dia. Sebenarnya, hal pertama sebelum anda all out promote adalah, anda perlu sediakan bahan merketing dahulu. 

Sediakan copywriting atau ayat iklan banyak-banyak, nanti pada masanya anda cuma schedule sahaja iklan tersebut untuk naik di blog dan juga page facebook. jadi, anda dh jimat masa kat situ. Mudah kan?

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#3 Gunakan 1 Jam Sehari Untuk Marketing 


Jika anda bekerja dari pagi sampai petang, masa yang ada sama ada malam, atau selepas subuh setiap hari, boleh anda gunakan untuk buat marketing. Sabtu ahad pula, anda boleh all out all day untuk marketing. Tanpa marketing, biasa umpama kosong je tau sebab dalam bisnes, kita kena buat orang kenal dan nampak kita ya. Semua sifu bisnes akan cakap macam tu. So please. Dengarlah nasihat ini ya sayang semua!



Imej yang berkaitan

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#4  Sedia Korbankan Masa


Tolong korbankan masa anda selama anda berbisnes sambil bekerja. Jika anda tak nak korbankan masa, sia-sia sahaja lah impian perniagaan anda. Oh ya, korbankan masa juga bermaksud anda perlu memperuntukkan masa anda untuk mengembangkan bisnes.

Buatlah jadual harian dimana pada pukul berapa anda harus fokus pada marketing dan bisnes. Sama ada marketing di fb, ig dan sebagainya tiada masalah. Namun, wajib anda lakukan. Korbankan sedikit masa setiap hari. Barulah ada hasilnya. Tanpa menuai padi, padi takkan tumbuh sendiri. Faham kan?

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#5  Jangan Sesekali Buang Masa


Ada masanya kita rasa malas tak nak buat apa-apa, ada masanya kita jadi rajin. Tak kisahlah apapun kita nak buat, yang penting jangan buang masa. Daripada kita buang masa, banyak hal kita boleh lakukan. Biarpun tak buat marketing, kita boleh buat research pasal produk jualan kita, cari database dan macam-macam lagi. 

Dalam bisnes ni banyak jalan dan strateginya, tapi yang penting untuk permulaan adalah pengurusan masa yang ramai terlepas pandang. Mulai hari ini, peruntukkan masa anda setiap malam untuk bisnes ( jika anda kerja pagi sampai petang). Kalau yang tak kerja tu, anda boleh buat jadual dari pagi sampai petang, untuk fokus bisnes.

Semoga bermanfaat!




5 Cara Jana Pendapatan Di Internet [DISARANKAN JUTAWATAN INTERNET INI]

4:53 PTG 0
5 Cara Jana Pendapatan Di Internet [DISARANKAN JUTAWATAN INTERNET INI]
Idola saya adalah Tuan Irfan Khairi yang merupakan seorang usahawan muda di Malaysia. Ketika itu, saya berumur 18 tahun sudah membaca banyak berkaitan beliau. Sungguh bisnes dan ilmu kewangan saya, banyak diinspirasikan berdasarkan ceramah dan tips-tips dari Beliau.

Di sini, jom saya kongsikan 5 cara jana pendapatan di Internet yang boleh anda lakukan dengan serius untuk menjana pendapatan. Anda akan berjaya sekiranya anda benar-benar fokus melakukan cara ini. Pilih mana satu yang memudahkan anda. Lakukanlah satu demi satu dan penuh fokus.

Image result for e commerce


1.  E-Commerce


E-commerce adalah laman web jualan. Pendek kata, anda boleh jana pendapatan di internet dengan menjual produk.  Seperti Amazon.com, Zalora, atau Lazada dimana anda boleh menjual baju atau produk secara online.

Banyak pendapatan boleh dijana dari sini tetapi kos permulaannya agak tinggi seperti kos modal barang, internet, platform, pekerja untuk menghantar barang dan lain-lain lagi. Margin keuntungannya agak rendah. Namun, ramai yang minat dengan cara jana pendapatan di Internet ini kerana anda seolah-olah punyai bisnes sendiri dan kedai online sendiri.

Caranya adalah anda boleh mendapatkan produk dari pemborong tempatan, cina atau mana-mana, kemudian anda jual di internet semula.


2.  Affiliate Program


Daftar sebagai affiliate, kaji dan ketahui produk mereka. Penting untuk anda mendaftar dan menjadi seorang ahli affiliate. Namun, sebelum itu pilihlah dahulu produk dan syarikat affiliate mana yang ingin anda jual.

Contohnya buku, kemudian anda jual buku tersebut di blog anda. Dengan cara link ke blog jualan tersebut berdasarkan link yang telah diberikan kepada anda untuk promote. Tak perlu ada bisnes sendiri, cuma promote bis orang lain di blog anda. Mudah kan! Link url diberikan untuk anda promote. 

Tak perlu pegang stok, tapi boleh jual apa sahaja produk mereka..Contohnya jadi affiliate zalora, lazada dan sebagainya. Kena anggap sebagai perniagaan full time anda walaupun ia cuma berkongsi dan share link.  Untuk berjaya dalam affiliate, anda bukan sahaja share link tetapi anda juga perlu menganggapnya sebagai perniagaan utama anda dengan multiplekan marketing seperti buat blog untuk cerita pasal produk, tips dan sebagainya. 


3.  Pengiklanan Dalam Blog


Pengiklanan dalam blog adalah salah satu cara jana pendapatan di internet yang disarankan oleh Jutawan Internet Irfan Khairi.  Contohnya, anda boleh daftar online dengan Google Adsense, Pay Per Click dan lain-lain lagi. 

Cara ini memerlukan anda membuat content yang banyak. Sebagai contoh, anda menulis berkaitan travel di blog, jadi google adsense akan menaikkan iklan berkaitan travel kepada anda. Kemungkinan pembaca akan menekan iklan tersebut, jadi anda juga akan mendapat pendapatan di situ.

Image result for PENDAPATAN INTERNET

4.  Youtuber


Menjana pendapatan dari youtube melalui google adsense juga. Adsense adalah iklan awal yang keluar di youtube, atau iklan yang keluar di tengah video youtube anda. Iklan-iklan inilah akan menjana pendapatan buat anda. 

Dengan penghasilan video youtube, anda boleh meletak iklan adsense tersebut di youtube.  Apabila orang lain menonton video iklan anda, anda akan menjana pendapatan di situ. 

Sebagai contoh, Ryan worlds yang membuat review Toy (mainan) di akaun Youtube nya, setiap bulan memperoleh duit berjuta-juta. Ini kerana ramai orang yang menonton video tersebut daripada iklan-iklan tertera pada videonya.

Cara ini agak mudah kerana anda boleh buat video dari handphone sahaja. Bergantung kepada industri, setiap 1 ribu view menonton video anda, anda akan mendapat beberapa jumlah bayaran tertentu. Zaman sekarang adalah zaman sosial media, why not anda cuba menjana pendapatan dari youtube juga!


5.  Expert Industri


Anda perlu tahu apa industri yang anda expert seterusnya menjadikan anda expert dalam pekerjaan anda. Sebagai contoh, seseorang ini bekerja hanya mengutip sampah, akhirnya dia menulis sebuah ebook berkaitan pengurusan sampah. Begitu juga dengan apa sahaja kepakaran yang anda ada, anda boleh bina produk digital seperti ebook dan menjual di internet. Menarik bukan?

Menulis ebook mengikut kepakaran adalah sesuatu yang mudah kerana anda telah pakar. Mulai dari sekarang, fikirkan apa yang anda pakar dan boleh tulis untuk buat duit. Anda tak perlu post dan keluar rumah, cuma emel sahaja kepada mereka yang membeli ebook anda. Jika ada website, boleh buat jualan melalui website. Mudah kan!


Related image

Itulah dia 5 cara jana pendapatan internet yang disarankan oleh jutawan internet Malaysia. Sesungguhnya beliau sendiri telah menjual peta Malaysia di internet satu masa dahulu, berkecimpung dalam blog sehingga menjadi jutawan pada usia yang muda iaitu 25 tahun.

Sandwich Freshly Made By Ashrin Food Telah Dilancarkan | Distributed by Goboks Food

4:35 PTG 0
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah.

Berikutan kerjasama Ashrin Food dengan Goboks Food yang merupakan food distributor di Kuala Lumpur, akhirnya kami telah berjaya melancarkan Sandwich Freshly Made. Sandwich Freshly Made ini akan diletakkan di mesin-mesin makanan area Kuala Lumpur.

Nak tahu kat mana mensin-mesin tersebut? Salah satunya berada berdekatan Allianz Bank di Capital Square.  Untuk pengetahuan anda, Ashrin Food under company Rihura Herbs Enterprise adalah pengeluar atau manufactured bagi produk sandwich ini.

Terdapat beberapa perisa atau jenis sandwich freshly made ini yang kami bawakan iaitu Chicken Slice Sandwich, sandwich Roasted Beef dan juga Meatball Sandwich. Oh ya, ia ala-ala subway tapi tidak sama tau dari segi rasa dan bahan-bahan.

Kami gunakan bahan berkualiti premium seperti parsley dan garlic, roti croissant gred A+ dan lain-lain lagi. Korang nak rasa sandwich ni? Boleh buat pembelian di mesin tersebut atau hubungi Goboks Food di Facebook. Boleh dapatkan dari mereka ya sebab ini limited edition. Hanya boleh dapatkan dari Goboks Food.

Jom lihat gambar-gambar di bawah. Berkenan? Jom beli !




Gambar sandwich di dalam mesin





11 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA | MENJADI SURIRUMAH ATAU BISNES SENDIRI

12:16 PG 0
Rata-rata pembaca blog ini pastinya ingin bebas kewangan, kerja sendiri, berbisnes dan jauh di sudut hati, ingin sekali jadi surirumah, betul tak? Tapi ada beberapa perkara yang mengganggu di benak fikiran kan? Rin dah pernah alami semua tu waktu mula-mula nak berhenti kerja dahulu. Okey, jom Rin senaraikan masalah dan perkara yang mengganggu dalam kepala otak ni sebelum berhenti kerja dulu.

Masalah Dan Ketakutan Sebelum Berhenti Kerja


  • Takut duit tak ada dan duit simpanan habis. Aduh, siapa tak takut duit tak ada? Memang kalau tak ada simpanan pasti akan takut tak ada duit. Kalau ada simpanan, takut pulak kalau-kalau duit cepat habis semua sekali.
  • Takut tak ada income lain dan gaji bulanan dah. Sememangnya patut takut. Berhenti kerja memang takkan ada duit dapat bulan-bulan dah. Kecuali kita meniaga atau bekerja di rumah secara freelance, tetap, sampingan ataupun mempunyai pasif income yang lain.
  • Takut orang mengata kita tak kerja. Memang orang akan mengata kalau kita muda-muda tak kerja, kecuali jika kita kawen orang kaya. Memang tak payah kerja pun tak apa kot.  dan kecuali kalau anak kita ramai yang kita terpaksa jaga sendiri berbanding hantar pengasuh. Oleh itu, jika kita berhenti kerja, kena tahu apa aktiviti yang kita nak buat, adakah kita akan jadi bisneswomen, penulis atau apa kerjaya kita kelak?
  • Takut tak ada peluang duit yang boleh kita buat. Kita pasti nak jana pendapatan, cuma kita taktahu bagaimana. Itulah yang mungkin juga kita takutkan.
  • Takut bosan kat rumah sendiri, tak ada kawan, tak keluar rumah dan taktahu nak buat apa. Oleh itu, penting ada perancangan, jadual dan lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi masalah bergantung kepada individu juga. Tambah-tambah yang duduk serumah dengan mak mertua, takut dia bising kata kita tak kerja pulak kan. Tapi kita kena bagi dia faham dan bagi dia tahu apa yang kita nak buat jika tak bekerja tu. Tak ada la dicopkan apa-apa pula nanti kan. Pastikan duit tu sentiasa masuk dan mengalir. Tapi mula-mula ni kena berkorban sikit. Sebab setiap permulaan pasti ada pengorbanan dan usaha yang lebih sikit.

Apapun yang anda lalui, pastikan rancang terlebih dahulu apa yang akan anda lakukan setelah berhenti kerja nanti. Ia memerlukan anda membuat persediaan yang cukup rapi sebelum berhenti kerja. 

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

#1  Kenalpasti Komitmen Bulanan Anda

Buatlah satu rekod atau buku untuk anda mencatatkan komitmen pada setiap bulan. Contoh, loan kereta, bayaran insurans, ptptn, personal loan dan lain-lain lagi. Setiap kali sudah bayar, jangan lupa tandakan. Dengan adanya checklist ini, mindset anda akan pastikan anda tidak tertinggal untuk membayar. Anda juga dapat mengagak berapa duit bulanan yang perlu anda jana untuk membayar komitmen anda sahaja.

#2  Elakkan Shopping Online 

Dahulu waktu bekerja, tiap bulan postlaju hantar parcle ke pejabat, Kali ini, sabar dulu. Bina empayar wang dahulu. Jangan buat tindakan yang sama asyik shoping macam dulu, sebab kali ni hujung bulan dah takkan dapat gaji sebab dah berhenti kerja. Kena sedar tu. Kena pandai urus tabiat berbelanja dahulu.

#3  Ada Simpanan Gaji Sebulan Dua

Kenapa perlu ada simpanan gaji atau duit simpanan sebagai backup? Jika anda ada komitmen bulanan, gaji tu akan tampung bayar komitmen anda selama sebulan dua ini. Sementara itu, dalam bulan anda sudah bebas masa dan tak bekerja, itulah masanya untuk anda generate income lain seperti bisnes online, jual makanan, buat khidmat menulis dan sebagainya.

#4  Motivasi Dan Inspirasi

Jadilah seorang yang bermotivasi dan inspirasi sebelum berhenti kerja. Semoga sifat tersebut kekal di dalam diri anda setelah bergelar suri rumah atau bisneswomen nanti. Bukan apa, apabila sendiri, pasti anda mudah give up jika bosan atau tiada idea apa nak buat. 

Sedangkan orang lain semakin berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jadi, anda harus jadi seorang yang bermotivasi tinggi dan penuh inspirasi untuk mengukir kejayaan walaupun hanya bekerja di rumah. Jika bekerja keras, pasti anda akan lebih berjaya daripada rakan pejabat dulu.

#5  Jangan Terminate Insurans

Jangan sesekali terminate insurans anda, tanpa insurans anda mungkin kerugian pada hari berikutnya.  Insurans menyelamatkan anda kerana tidak perlu menanggung kos rawatan, anda juga sudah pasti tiada benefit medical kerana sudah berhenti kerja bukan? Jaga dan bayar insurans seperti biasa untuk pastikan insurans anda aktif dan bermanfaat suatu hari nanti.

#6  Fikirkan Aktiviti Pada Masa Depan

Sebelum berhenti kerja, fikirkan dahulu apakah aktiviti yang akan anda lakukan pada masa hadapan. WAJIB buat perancangan, sama ada nak berniaga, bekerja di rumah atau apa? Tolong cari masa untuk merangka perancangan anda. 

Planning:
Tempoh masa:
Tindakan:
Tindakan 1:
Tindakan 2: 
Tindakan 3: 

dan seterusnya. Pastikan anda benar-benar melakukan tindakan tersebut. Jika tidak, makin lambatlah masa untuk anda melakukan sesuatu dan berjaya. Jika tiada idea, apa yang ingin dibuat, meniaga dan sebagainya. Buatlah research di internet dan banyakkan membaca tentang peluang perniagaan dan pilihlah mengikut kemampuan anda.

#7  Bersangka Baik Dan Positif

Sebelum berhenti kerja, jangan berfikir negatif dan bimbang. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dan positif. Fikirkan sesuatu yang baik dan menggembirakan. Katakan pada diri dan setiap doa anda, mungkin ada hikmah pilihan yang anda lakukan. Mungkin anda lebih berjaya apabila tidak makan gaji lagi dan mungkin lebih berkat rezeki yang anda perolehi nanti.

#8  Senaraikan Income Aktif Dan Pasif Anda

Walaupun belum mempunyai income pasif dan aktif yang akan anda lakukan selepas berhenti kerja nanti. Mula fikirkan dan senaraikannya. Anda akan lebih berusaha untuk menyambar peluang melakukan kerja atau sesuatu untuk income aktif dan pasif tersebut. 

Ia termasuk juga dengan hobi anda, cuba senaraikan semua hobi anda. Kenalpasti hobi dan kepakaran anda yang boleh buat duit. Sebagai contoh, melukis, menulis, mengambil gambar, mengarang, membuat blog, design website dan sebagainya. Tak salah anda cuba polish kepakaran anda dari sekarang. 

#9  Perbincangan Dengan Suami Dan Keluarga

Sebelum berhenti kerja, bincanglah terlebih dahulu dengan suami dan keluarga. Dapatkan juga restu mereka dan berikan idea apa yang anda boleh berikan selepas berhenti kerja. Pasti suami dan keluarga anda sangat supportive. 

Dia juga perlu memainkan tanggungjawab yang besar setelah anda berhenti kerja nanti. Sekurang-kurangnya perlu support untuk membayar komitmen sementara anda akan stabil semula.

#10  Bersedia Buat Kerja Rumah

Apabila sudah berhenti kerja atau sudah mula membuat kerja rumah, anda perlu ada kekuatan dan keseronokan. Cuba bayangkan, rutin harian buat kerja office, tiba-tiba kena buat kerja rumah pula. Jangan merungut tetapi jadikanlah ia hobi atau pahala harian anda. Suri rumah atau kerja di rumah pun dapat himpun pahala lebih, tahu tak?

#11  Bersikap Profesional Dan Bekerjaya

Walaupun anda sudah bersedia untuk berhenti kerja, janganlah jadi seperti kanak-kanak atau tak keruan. Teruskan menjadi seorang wanita bekerjaya dan profesional. Siapa sangka dengan sikap anda, anda mampu mempunyai syarikat sendiri satu hari nanti! Rezeki datang tak disangka. 

Walaupun berhenti kerja, mana tahu jika anda sudah mulakan bisnes kecil-kecilan sendiri dan kemudiannya menjadi ceo menguruskannya dan mampu mengendalikan pekerja di bawah anda pula. Menarik bukan? oleh itu, kekalkanlah sikap anda semasa bekerja dahulu.😍

Memang ramai yang kata nak resign jangan ikut emosi, Itu betul. Tapi kalau nak seribu daya, taknak seribu daya. Buat sesuatu yang anda nak. Kena berani. Jangan menyesal di kemudian hari, Jika anda sudah bersedia utk fight jadi lebih baik dan berjaya, buatlah keputusan anda yang terbaik!

Itulah dia 11 persediaan sebelum berhenti kerja yang perlu anda lakukan. Sama ada berhenti kerja untuk meniaga sendiri atau menjadi surirumah, sama sahaja. Niat nawaitu penting, insyallah semuanya baik-baik.  



Jom Baca Juga







APA PERLU ADA DI SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)? 15 BENDA PERLU ADA DI SOHO

9:35 PTG 0

Sebenarnya set up SOHO ini adalah wishlist rina pada tahun ini, tak kiralah awal tahun hinggalah akhir tahun. Alhamdulillah sekarang dalam proses sebab tunggu rumah renovate. Tapi planning dia dah kena siapkan awal-awal lagi. Tambah-tambah rina ni orang bersikap 'merah' iaitu teliti, suka merancang, suka fakta dan lain-lain lagi. Jadi dipendekkan cerita, rina akan ada sebuah SOHO (Small Office Home Office). YAY.

TUJUAN SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)

Rata-rata orang yang ada Soho ni pastinya ada satu tujuan yang sama tetapi berbeza. Of coz lah nak fokus bekerja di rumah dengan adanya pejabat atau ruang workstation. Apatah lagi jika ada bisnes sendiri, semuanya akan lebih teratur. Kalau kat luar negara, ramai yang bekerja di Soho sahaja dan ia sangat normal dalam kalangan masyarakat.

Even company yang besar sekalipun ada yang bermula daripada Soho. Tetapi ingat, Soho ini adalah lokasi atau tempat yang anda cipta dirumah untuk menguruskan perniagaan dan pekerjaan anda supaya lebih strategik dan efektif. Jadi, anda harus gunakannya dengan baik dan biarlah ada 'function'.

KEMUDAHAN SOHO

Apa kemudah Soho (Small office home office) ni? Banyak kemudahannya yang bakal memanfaatkan anda kelak. Bukan sahaja jimat wang, tenaga dan masa, tetapi urusan pekerjaan dan perniagaan anda juga akan menjadi lebih sistematik, pantas dan cekap. Harapnya akan bertambah maju. Amin. Insyallah itu sudah pasti.

PERALATAN YANG PERLU ADA DI SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)

Jika bercakap tentang peralatan yang perlu ada di Soho, mudah sahaja. Peralatan pejabat dan perkakas yang akan digunakan semasa bekerja amat penting. Pasti anda tak nak sebarang gangguan dan kekurangan kan? 

Macam Rina, rina suka semua lengkap, rina tak suka buat kerja separuh jalan, kena keluar untuk print dan sebagainya. Maksudnya semua tu perlulah kita sediakan di Soho kita. Jom lihat apa yang releven untuk kita letakkan di Soho!




#1  Meja Dan Kerusi 

Sudah pasti perlu ada meja dan kerusi, tetapi jenis meja dan kerusi tu penting. Tengok ruang pejabat juga, janganlah guna meja yang sebesar gedabak kalau bilik Soho tu kecik je.  Gunalah yang sederhana dan janganlah kecik sangat sampai nak muat nak letak tangan pun. huhu. 

Okey, jenis kerusi pula pastikan boleh bersandar, tidak mudah jatuh, sangat selesa bila duduk, supaya punggung tidak keras membatu juga huhu. Nanti sakit belakang dan punggung pula!

#2  Laptop Atau PC 

Ini mestilah wajib ada, sebab ia adalah medium yang kita gunakan secara online. Iaitu internet dan laptop. Letakkan laptop di atas meja dengan posisi yang betul supaya selesa anda gunakan apabila bekerja nanti.  Jika ada tetikus, pastikan ia lengkap dengan pelapiknya untuk memudahkan anda.

#3  Stationary / Alat Tulis 

Walaupun anda bekerja secara online, jangan ingat gaya manual sudah tak penting lagi! Sebenarnya gaya manual seperti menulis, mencatat nota, pesanan, buat kira-kira semuanya masih lagi berfungsi dan relevan ya. Sila letakkan pen dan alat tulis juga di workstation atau Soho anda. Anda akan tahu kegunaannya nanti. Percayalah.

#4  Printer Plus Photostat 

Buat masa sekarang, anda tidak gunakannya. Apabila bisnes dan job berkembang nanti pasti anda gunakannya. Contohnya adalah saya. 

Dulu saya rasa benda tu tak penting, tapi lepas banyak tender dan bekerjasama dengan client lain untuk Ashrin Food, banyak juga urusan melibatkan dokumentasi diperlukan.  Lagipun, saya sangat suka bab dokumentasi ni. So, ada printer rasa seronok dan macam-macam planning nak buat.

#5  Rak Buku Atau Tempat Letak Kertas 

Rak buku wajib ada sebenarnya. Tambah-tambah jika kita ada juga menyimpan rekod atau database dan juga bahan marketing secara online. Kat mana lagi kita nak simpan semua benda tu kalau bukan di rak buku atau kertas. 

Takkan nak letak atas meja macam tu je atau letak dalam kotak n storage box je kan. Sangat tak professional dan susah nak cari nanti.

#6  Jam 

Sebenarnya jam di laptop dan telefon dah ada. Tapi cuba bayangkan jika laptop tengah tutup dan fon tengah charge. Nak rabat tengok jugak ka? Macam jenuhkan. 

Tambah-tambah kalau ada tetamu atau client di Soho kita yang tanya jam, macam tak best kan? kalau ada jam dinding atau jam yang kita letak di rak atau meja, sekurangnya itu memudahkan diorang untuk terus lihat.



#7  Frame Gambar Atau Poster 

Perlu ke letak frame gambar? Tak kisah, jika anda nak hias atau suka someting yang menarik atau pembakar semangat, sila letak. Tapi jika anda suka kekemasan, letak poster jenama perniagaan anda pun best juga. Terpulang pada citarasa masing-masing. Tak salah pun.

#8  Pokok Bunga / Daun

Ya, ini rin memang tak sabar nak pi beli. Rin nak guna pokok kaktus kecik tu letak di meja laptop sebab haritu ada orang komen di FB rin yang pokok kaktus ni dapat tarik sinar radioaktif dari laptop kita.. 

So kita tak terdedah sangat sinarnya. ecewah. Jadi takdelah nak migrain sangat sebab lama-lama dengan laptop atau apa.
























#9 Lampu Malam / Lampu Meja

Lampu malam ini adalah lampu meja yang boleh digunakan pada malam hari. Tapi rasanya kalau tak ada nak buat kerja apa pada malam-malam, tak perlu ada pun takpa. Dulu rin selalu buat kerja malam, sekarang tidak lagi. 

Rin dah limitkan masa bekerja 8 pagi sehingga 6 petang sahaja (ikut waktu bekerja office) walaupun kerja di rumah.  Tapi kalau malam-malam korang nak buat kerja juga dan taknak silau atau apa, gunalah lampu meja.

#10 Meja Menghadap Tingkap Atau Tepi Tingkap

Ya, letakkan posisi meja mengadap tingkap atau di tepi tingkap.  Jangan sesekali meja membelakangkan tingkap. Sebenarnya tiada masalah kalau tingkap di belakang kerusi anda duduk, tapi tak ke nanti ada hantu kat luar tingkap tu dibelakang anda? Hahah gurau je. Cuma rasa tak selesa jela kan. Letak meja tepi tingkap atau depan tingkap ok!




#11 Sediakan Kerusi Atau Sofa Bed Yang Lain

Untuk orang lain yang masuk ke Soho anda, sediakan sofa, sofa bed atau kerusi lain untuk mereka duduk. Anda juga boleh relax-relax di situ. Tidaklah ia semata-mata kerusi anda sahaja. Tetapi sekiranya bilik terlalu kecil dan sekadar anda buat kerja sahaja tanpa langsung ingin berehat dan ada orang lain datang, biarlah kerusi anda seketui je kat dalam tu hihi.

#12  Whiteboard Atau Sticky Note

Whiteboard atau sticky note diperlukan untuk anda catatkan list to do setiap pagi sebelum mula bekerja atau setiap petang untuk kerja keesokan harinya. Ya, catatkan apa yang perlu anda buat hari ini. Kerja apa dan apa. Ia akan membantu anda siapkan kerja dan lancarkan perancangan anda setiap hari.

#13  Snack, Gula-Gula Dan Air

Ramai cakap letak snack dalam pejabat, tapi Rin langsung tak setuju. Kenapa? Sebab rin pernah kerja di call center yang ada ruang pejabat sendiri. Masyaallah kerja asyik nak mengunyah je sampai malas buat kerja dan tak berapa nak fokus. 

Setakat gula-gula untuk maniskan mulut (mudah dibuka) dan air masak cukuplah letak di Soho atau Office kita tu. Understand?!

#14  Tong Sampah

Ramai yang terlupa pasal tong sampah. Dalam bilik tidur pun Rin letak tong sampah kecil di sebalik pintu untuk buang sampah macam kertas, plastik, tisu dan lain-lain lagi.  

Kalau small office, home office lagilah penting ada tong sampah , itupun kalau korang ada kertas, plastik, plastik bekas gula-gula dan lain-lain lagi. Utamakan kebersihan, ok?

#15  Kalender

Kenapa perlu letak kalender di Soho? Eh, banyak kegunaannya, tapi pilihlah kalender yang simple, kecil dan boleh berdiri. Yang gantung tu nampak macam semak je kan. Kalender ni berfungsi untuk anda plan dan pastikan target bulanan, mingguan anda berjalan lancar.


Cara susunan atau hias Soho bergantung kepada anda, tetapi pastikan ia kemas dan tidak terlalu padat. Pengcahayaan dan warna juga penting memandangkan ia akan mempengaruhi mood anda. Warna kelabu atau warna gelap mungkin menjadikan anda cepat mengantuk, warna cerah, pastel dan putih membuatkan anda segar dan mudah bekerja!

Rin masih lagi memikirkan sudut ruangan dan posisi meja kerusi serta warna cat untuk Soho Rin nanti. Lagi 2 bulan lepas rumah siap renovate, baru rin akan siapkan Soho idaman rin 😘 Cheers!



WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...