Memaparkan catatan dengan label tambah susu badan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tambah susu badan. Papar semua catatan

20 Punca Susu Badan Kurang | Sebab Susu Badan Kurang

9:21 PTG 2
Kebanyakan ibu menyusu pasti kecewa jika gagal mengeluarkan susu yang banyak untuk bayi. Tambah-tambah bayi yang baru lahir dan memang perlu susu badan. Banyak punca susu badan kurang yang ibu-ibu tak sedar.

Namun, tak perlu risau sebab banyak juga cara untuk tingkatkan susu badan anda.  Penting sekali untuk kita ketahui apakah punca yang mungkin menyebabkan susu badan berkurangan.

Tanpa ketahui puncanya, maka sukarlah kita ketahui cara atasinya.  Jom lihat antara punca susu badan kurang dan gagal memberi rangsangan kepada tubuh untuk mendapatkan pengeluaran susu yang banyak. 


1.  Tidak Menyusu Dengan Cara Yang Betul


Pastikan bayi mendapat posisi menyusu yang tepat dimana bibirnya melekap pada puting payudara dengan betul. Antara posisi menyusu boleh anda cuba adalah cross cradle, rugby hold, sleep hatch dan juga cradle hold. 

2.  Selalu Stress Atau Tertekan


Tekanan perasaan akan menyebabkan kurangnya susu badan.  Ia kerana ransangan hormon akan terganggu dan menyebabkan badan tidak bersedia menghasilkan ransangan pengeluaran susu badan yang banyak.

3.  Susu Lambat Keluar


Punca susu badan kurang juga adalah kerana susu lambat keluar, memang ada jenis badan yang lambat keluar susu apatah lagi baru nak mula menyusu. Sabar dulu, kalau anda terus stress, makin lambat lagi susu nak keluar.

4.  Jarang Beri Susu Badan Untuk Anak

Jarang beri susu badan untuk anak juga merupakan salah satu punca susu badan kurang yang harus anda ketahui. Semakin kurang ransangan kita keluarkan susu badan, makin kurang. Jika selalu kita beri susu badan dan ransangnya keluar, maka susu akan cenderung lebih banyak.

5.  Tisu Kelenjar Tidak Mencukupi

Masalah tisu kelenjar tidak mencukupi sering berlaku bagi mereka yang memiliki payudara kecil atau mengecil. Ia merupakan faktor yang terjadi kepada sesetengah orang sahaja. Tisu kelenjar tidak mencukupi ini juga dikenali dengan nama hypoplastic breast atau failed lactogeneses.

6.  Anatomi Payudara Luar Biasa


Apa yang dimaksudkan dengan anatomi payudara luar biasa? Untuk pengetahuan anda, sekiranya keadaan payudara anda aneh seperti putih leper, besar, terkeluar, panjang atau lain-lain lagi yang pelik, kemungkinan ia merupakan sebab kenapa susu badan kurang. 

Tetapi tak perlu risau, anda boleh pam sahaja susu badan. Pasti ia akan keluar sedikit demi sedikit.

7.  Gangguan Hormon


Gangguan hormon adalah sebab utama dimana susu badan kurang keluar.  Banyak sebab kenapa hormon ibu-ibu terganggu, mungkin dari aspek pemakanan, fizikal dan mental semuanya turut merupakan punca susu badan kurang.

8.  Mengambil Ubat Berbahaya 


Ramai tak sedar bahawa mereka makan ubat berbahaya, ubat yang tak sesuai atau pun suppliment luar yang tak sesuai dengan tubuh badan. Sebaiknya elakkan makan ubat yang tidak penting dan tidak perlu.

9.  Faktor Pemakanan Tidak Seimbang

Penting untuk mengambil makanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, kalsium, fiber dan sebagainya. Jika terkurang keperluan nutrisi dalam tubuh badan anda, ia akan memberi kesan pada pengaliran susu badan.

10.  Ambil Pil Perancang


Umum tahu bahawa pil perancang akan digunakan bagi merancang jarak kehamilan bagi anda yang baru sahaja mengandung. Tidak salah mengambil pil perancang, tetapi kesannya juga adalah dapat mengurangkan susu badan.


11.  Kurang Minum Air

Air adalah elemen penting dalam proses penghasilan susu badan. Salah satu punca susu badan kurang adalah kerana air dalam kurang. Sekurang-kurangnya anda harus minum 6-8 gelas sehari. Jika menyusu, seeloknya amalkan air masak dan makan buah kurma.

12.  Toksin Dalam Badan


Tahukah anda, toksin dalam badan yang terdiri daripada radikal bebas dan bakteria yang terhasil akan menyebabkan hormon terganggu? Akibatnya, toksin ini turut menghalang daripada ransangan susu badan dihasilkan. Ia merupakan antara punca susu badan kurang ramai tak tahu.

13.  Jarak Masa Mengepam Susu Terlalu Lama

Susu akan lebih berkurang jika kita jarang mengepam susu atau menyusukan anak. Ia bermaksud jarak masa susukan bayi tidak perlu terlalu lama. Jika bayi belum menyusu lagi, pam susu dan simpan. Jarak masa mengepam susu terlalu lama merupakan punca susu badan kurang.

14.  Mengandung

Mengandung merupakan penyebab kenapa hormon susu badan menjadi rendah.  Semasa mengandung, zat dan nutrisi diperlukan sangat banyak dalam tubuh badan. Apabila mengandung, sudah pasti segala zat diperlukan untuk bayi membesar. Justeru, punca susu badan kurang tanpa kita sedari adalah mengandung.

Punca Lain Susu Badan Kurang:

15.  Berat Badan Terlalu Tinggi

16.  Kencing Manis

17.  Masalah Tiroid

18.  Gangguan Fasa Luteal

19.  Sindrom Polycystic Ovary


CARA TINGKATKAN SUSU BADAN YANG BERKESAN



MILK BOOSTER SUNNAH

  • Selamat dan bahan semulajadi
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Mengandungi pelbagai zat, vitamin dan khasiat
  • Makanan semulajadi tanpa kimia, pengawet, pewarna dan sebagainya.
  • Makanan tambahan semulajadi untuk semua 

KANDUNGAN MBS
  • Longan Kering
  • Red Rose
  • Kurma Merah
  • Goji Berry 
  • Berry Hitam
  • Gula Batu (Pilihan)
  • White Fungus
  • Barli
  • Halba
  • Kurma Ajwa
  • Buah Aprikot, Kismis
  • FREE Aprikot Seed

SESUAI DIMINUM OLEH
  • Ibu Berpantang (Normal & Ceaser)
  • Ibu Menyusu
  • Ibu Mengandung
  • Wanita Haid Tak Teratur 
  • Wanita Senggugut
  • Pesakit Darah Tinggi / Kencing Manis
  • Individu Mengalami Sembelit
  • Lemah Badan Dan Ingin Kuatkan antibodi

KHASIAT MBS

  • Menghasilkan susu badan dengan meriah dan pantas (Tinggi Potassium)
  • Memekatkan susu badan
  • Menguatkan tenaga tubuh badan
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Melancarkan darah (Darah melahirkan & haid)
  • Melambatkan penuaan (Anti-aging)
  • Sesuai untuk ibu hamil (Mudahkan proses bersalin)
  • Mengurangkan panas badan
  • Mengatasi kencing kotor
  • Mengurangkan tekanan darah & Mengawal tahap gula
  • Kuatkan ketahanan badan, Tingkatkan fungsi seksual
  • Boost tenaga, Banyakkan susu badan
  • Menghilangkan senggugut
  • Mengatasi haid tak teratur
  • Lebih awet muda (Kaya Antioksidan)
  • Mengurangkan sembelit

Harga:  

1 Set MBS - RM 26 (Free Gift Any Sample Organic Food)
3 Set MBS - RM 75 (Free Gift Aprikot Seed + Sample Organic Food)
5 Set MBS - RM 120 (Free Gift Shaker Bottle + Sample Organic Food + Aprikot Seed)

TOP 10+ Makanan Tambah Susu Badan Dengan Meriah

6:16 PG 4
Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, anda mungkin mempunyai banyak persoalan dalam fikiran anda, betul tak? Jika anda prihatin dengan kesihatan dan pertumbuhan si kecil anda, pasti anda ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuk si kecil anda.

Salah satu persoalan terpenting yang dimiliki seorang ibu yang menyusukan anak adalah apa yang harus dimakan pada tempoh penyusuan untuk memastikan bekalan susu yang baik dan banyak. Ianya supaya makanan tambah susu badan ini benar-benar berkesan.

Fasa menyusukan bayi adalah ketika ibu memerlukan banyak perhatian berkaitan dengan makanan dan kesihatan. Apa sahaja yang dimakan oleh anda dalam tempoh ini sangat penting untuk pemulihan selepas bersalin. Ia juga akan mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan secara langsung.

Terdapat makanan tertentu yang dapat menambahkan susu badan dengan banyak untuk para ibu. Susu ibu mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan untuk pertumbuhan keseluruhan dan perkembangan otak bayi yang baru lahir.

Berikut adalah senarai 10 makanan tambah susu badan dengan meriah. Makanan ini membantu bukan sahaja meningkatkan pengeluaran susu ibu, tetapi juga kembali sihat, selepas kehamilan dan kelahiran bayi anda!

1 - Oat


Oat merupakan makanan penambah susu ibu yang paling terkenal. Oat mempunyai kepekatan beta-glukan diet yang lebih tinggi daripada makanan lain. Rasanya pula sememangnya amat sedap jika dimakan bersama makanan kegemaran anda.

Cara menggunakan oat adalah dengan dimasak dan diisi dengan buah, muffin, biskut atau kek. Ia bukan sahaja dapat memberikan tambahan rasa yang sedap, namun dapat memberikan tenaga tambahan kepada anda.

2 - Lobak

Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah Yang Perlu Anda Tahu!

Lobak sememangnya penuh dengan beta-karoten yang sememangnya amat elok untuk badan anda ketika anda tengah menyusukan bayi anda. Lobak adalah sumber karbohidrat yang sihat dan juga dapat meningkatkan kalium anda.

Sering makan lobak merah juga merupakan kaedah terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan anda selepas bersalin, selain merupakan makanan tambah susu badan dengan meriah.

Kupas dan potong lobak tersebut pada satu masa dan simpan di dalam peti sejuk untuk memudahkan anda makan. Ia juga amat sedap jika dibuat jus dan juga dimakan bersama sup kegemaran anda.

3 - Halia

Amalkan Makan Halia Selama Seminggu, Kesannya Memang Menakjubkan

Adakah anda masih mempunyai halia, gula-gula halia atau halia yang tersisa dari dapur anda ketika ibu anda memasak sup? Tahukah anda, halia adalah makanan tambah susu badan yang baik serta dapat menambahkan susu dengan banyak.

Banyak resepi dari Asia dan India memerlukan halia dalam masakan, jadi luaskan menu anda dan cuba memasak masakan antarabangsa yang diilhamkan oleh halia.

Sekiranya anda penat dan tidak mempunyai masa untuk memasak, halia juga boleh dimakan secara mentah.

4 - Air

Air putih ternyata mengandung kalsium | metrobali.com

Walaupun air bukan makanan secara teknikal, tetapi ia merupakan aspek yang paling penting untuk meningkatkan bekalan susu ibu. Anda tidak perlu minum air dengan kuantiti yang banyak dalam masa sehari. Cukuplah dengan meminum 8 gelas (64 auns) sehari adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. 

Pada peringkat awal penyusuan bayi anda, perlunya memiliki sebotol air di sebelah tempat anda menyusukan bayi anda. Ianya adalah untuk membantu anda dari terhidrasi dan meningkatkan kuantiti susu badan anda.

5 - Bawang Putih

Bukan Hanya Sekadar Pelengkap Bumbu Dapur, Ini Manfaat Bawang ...

Bawang putih dianggap salah satu makanan tambah susu badan terbaik yang menyumbang dalam meningkatkan pengeluaran susu dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi.

Selain itu, ia dapat menambahkan rasa baru dalam pengambilan makanan harian anda dan kita semua tahu manfaat kesihatan lain dengan memakan bawang putih ini. Ia juga dapat membantu bagi bayi yang menderita kolik. 

Bagi orang yang tidak menyukai rasa bawang putih, anda boleh membeli pil bawang putih yang dikatakan tidak mempunyai rasa tidak enak dan pada masa yang sama mereka memberikan semua khasiat yang diperlukan seperti bawang putih.

6 - Salmon

Salmon With Smoked Salmon Butter Recipe - NYT Cooking

Ikan salmon kaya dengan asid lemak penting serta Omega-3, yang dianggap sebagai makanan yang sangat baik. Menambah salmon ke dalam diet anda, akan menjadikan susu ibu lebih berkhasiat dan baik untuk tumbesaran bayi.

Ikan salmon sangat senang disediakan, anda boleh memanggang atau mengukus dan dijadikan hidangan utama harian anda.

7 - Kacang

SHARIFAH TRADING: OH NO!!!! KACANG SEDAP TAPI .........

Kacang mengandungi banyak vitamin dan mineral terutama diperkayai dengan Vitamin E dan omega-3. Ianya bebas gluten, dan rendah pada indeks glisemik.

Anda boleh makan pelbagai kacang seperti badam, kacang tanah, kacang tanah atau mencari makanan tambahan daripada badam untuk meningkatkan bekalan susu badan anda.

8 - Ubi Kentang

Begini Cara Betul Nak Simpan Kentang Tahan Lebih Lama.Serius Patut ...

Ubi kentang kaya dengan karbohidrat yang merupakan sumber utama kalium. Ia juga diperkayai dengan vitamin C, B kompleks dan mineral relaksan otot seperti magnesium. Anda boleh memakannya dengan membakar, membuat kuih atau puding untuk pencuci mulut.

9 - Beras Perang

Cara Masak Nasi Putih, Beras Basmathi & Beras Perang Yang Gebu ...

Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa beras perang dapat meningkatkan pengeluaran susu badan para ibu. Makanan tambah susu badan ini juga sangat bermanfaat bagi ibu dengan memberikan lebih banyak tenaga dan menyumbang kepada arah hidup yang lebih sihat.

10 - Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura)


Kurma ajwa juga antara buah yang terkenal dalam menambah susu badan dengan banyak. Protein dan vitamin yang terkandung di dalam kurma amat baik untuk para ibu yang sedang menyusukan bayi. Ia tidak terlalu manis tetapi sangat sedap dan diterima tekak para ibu menyusu.

Ia bukan sahaja menambah susu badan, malahan ia juga mampu membekalkan tenaga yang banyak. Tahukah anda, kurma ajwa boleh dicampurkan dengan susu, dimakan secara terus dan juga dimasak dengan hidangan menu utama masakan.

Kesan yang sangat menakjubkan, Kurma Ajwa VIP Gred Premium dari Tanah Madinah ini membuatkan anda benar-benar teruja seolah-olah berada di tanah suci. Dapat juga merasa khasiatnya. Alhamdulillah.





Jom dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah serendah RM 15 di sini. Klik Whatsapp.


WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...