Memaparkan catatan dengan label tips bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips bisnes. Papar semua catatan

Kerja Dengan Orang VS Kerja Sendiri - Pilih yg Mana? | Tips Mula Kerja Sendiri

7:02 PTG 0


Kalau koranglah, nak pilih kerja sendiri atau nak kerja dengan orang. Ok banyak pro and cons dia sebenarnya. Tapi mana satu yang elok. Sebenarnya kalau kerja sendiri pun mesti perlu ada fulus dulu. Betul tak?

Tapi kalau sudah mencukupi dan nak bekerja sendiri, pastikan fulus sedia ada tu dapat tampung belanja atau kos sementara kita nak setup kerja sendiri kita. Mestilah income paling penting sekali sebab zaman sekarang nak masuk toilet pun kena bayar beb.

Nak beli tisu pun kalau RM 1 tak ada, jangan harap boleh beli dengan harga 20 sen dah.

rinazul.com

Ya, aku pernah alami kedua-dua situasi ini. 

Bekerja dengan orang dan bekerja sendiri. Sebenarnya aku lebih suka kerja sendiri sebab ada masa sendiri dan sangat sangat tenang. Oh ya, aku ni jenis tak suka orang arah-arah aku, just beritahu kerja apa aku kena buat and leave me alone. Kalau sibuk bising-bising lagi waktu aku tengah buat sesuatu kerja tu, ha itu aku paling tak suka.

Kerja sendiri ni pula situasinya memerlukan planning dan duit. Bukan apa, sebagai backup maksud aku. Tapi alhamdulillah dan insyallah pasti akan cukup sekecil mana pun rezeki kita kerana Allah maha mencukupkan sesuatu. Dan yakinlah rezeki pasti akan ada.

So jangan takut untuk bekerja sendiri.

Tips Nak Mula Kerja Sendiri


1.  Fikirkan dan rancangkan apa yang akan anda lakukan. Sama ada meniaga produk atau menawarkan servis dan sebagainya.

2.  Jimat dan simpan duit sikit. Maklumlah tambah-tambah lagi kalau anda jenis yang ada komitment. So macam-macam nak guna duit nak bayar nanti.

3.  Survey dan buat kajian dulu. Kalau nak berniaga, semak dekat google trending, apa produk yang ramai orang cari sekarang. Kalau nak buat servis, semak juga kat google trending.

4.  Pastikan jiwa dan mental anda kuat. Maklomlah nanti orang kata anda menganggur atau tak bekerja pula. Tambah-tambah keluarga atau mertua anda yang perasan anda banyak habiskan masa di rumah.

5.  Jangan buang masa. Buat dan bertindak segera. Biar gagal tetapi usaha. Daripada gagal dan tidak usaha.

6.  Bina branding atau personal branding anda dalam masa anda memulakan servis atau perniagaan anda.

7.  Jangan takut untuk bertindak. Abaikan semua kata-kata negatif ok?

8. Belajar dari yang berpengalaman dan lebih baik fokus dan cari seorang sifu walaupun online. Sentiasa baca tips dan aplikasikan apa yang sifu tu ajar.

9.  Berdoa dan yakin kepada Allah SWT dan RezekiNya

10. Selalu buat solat Dhuha dan baca Yasin, Al-Waqiah dan Ar Rahman.

Imej via [Moneysmart]

Amacam? Semua tips ni simple dan mudah kan? Anda boleh praktikkan dari sekarang. Insyallah semuanya dipermudahkan. Sama macam rina mula-mula nak kerja sendiri, ikut tips ini. Cuma perlu baiki banyak lagi. Insyallah semuanya dipermudahkan. Amin. 

BARU MULA MENIAGA? 5 CARA PASARKAN PRODUK ANDA

8:32 PTG 0


Permulaan untuk apa jua aktiviti (dalam konteks ini perniagaan) adalah merupakan satu langkah yang sukar terutamanya jika produk yang ditawarkan oleh anda adalah unik dan tidak mempunyai sangkut paut dengan mana-mana syarikat besar. 

Pelbagai aspek perlu dirancang seperti saingan produk tempatan dan antarabangsa, aspek keberkesanan produk dan pemasaran. Pemasaran, walaupun nampak mudah, adalah satu aspek yang sukar untuk dilaksanakan berikutan ia memakan masa yang lama atau bajet yang besar untuk memastikan kelarisan produk. Bersama dengan artikel ini, saya sertakan 5 cara untuk anda memasarkan produk anda dengan lebih berkesan.

1.  SOSIAL MEDIA

Image result for social media
Tidak dapat dinafikan bahawa sosial media merupakan tulang belakang komunikasi dan perhubungan dalam era teknologi ini. Ia merupakan ruang untuk mengutarakan pendapat, meluahkan perasaan, e-pendidikan dan pemasaran produk. Sebahagian majoriti masyarakat Malaysia (atau dunia) daripada pelbagai jenis latar belakang aktif menggunakan sosial media sama ada untuk keperluan peribadi, kerja atau untuk mencapai objektif tertentu. 

Pada tahun 2016, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganggarkan 21.9 juta  rakyat Malaysia menggunakan sosial media dan 97.3% daripada jumlah tersebut aktif menggunakan Facebook. Ini merupakan satu peluang keemasan buat peniaga untuk memasarkan produk mereka secara online dan dalam masa yang sama mencari pengalaman berkaitan dengan perniagaan mereka. Pelbagai aspek perlu diambil berat jika anda ingin memulakan perniagaan anda secara online, sebagai contoh, jenis sosial media yang anda ingin guna. 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, majoriti rakyat Malaysia menggunakan Facebook diikuti dengan Instagram (56.1%). Jika anda berniaga di laman sosial Twitter, anda hanya mempunyai akses kepada 26.6% rakyat Malaysia yang menggunakan sosial media dan ini adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan perniagaan yang dipromosikan di Facebook  dan Instagram. Fikir dan rancang strategi perniagaan anda.

2. TAWARKAN PRODUK SECARA PERCUMA UNTUK JUMLAH TERTENTU

Related image
Jika anda ingin menawarkan produk baru dalam perniagaan anda, tawarkan produk tersebut secara percuma kepada beberapa orang pelanggan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan kualiti produk. Ini merupakan langkah biasa buat kesemua peniaga yang ingin menjual produk baru bagi mendapatkan testimoni untuk digunakan sebagai alat promosi untuk melariskan produk. 

Jika anda ingin menawarkan perkhidmatan atau produk online seperti perisian komputer dan sebagainya, berikanlah tempoh percuma untuk pelanggan supaya mereka dapat menilai fungsi, keberkesanan dan kemudahan yang ditawarkan sebelum mereka mengeluarkan duit daripada poket mereka sendiri. 

Pemberian produk secara percuma untuk tempoh tertentu dapat memberikan impak yang positif kepada kadar penjualan produk seterusnya menentukan kelarisan produk di masa akan datang.

3. INSENTIF DAN REKOMENDASI

Image result for program affiliate agent
Program insentif ini dapat meluaskan perniagaan anda dengan lebih cepat kerana ia melibatkan sejumlah perkerja yang memasarkan produk anda kepada pelanggan. Kebiasaannya, program rekomendasi ini dapat disertai oleh pelanggan asal dan jika mereka berjaya menjual sejumlah produk, insentif bakal menyusuli. 

Taktik ini diamalkan oleh sebahagian besar syarikat antarabangsa seperti Amazon Affiliate Program dan ia merupakan satu strategi perniagaan yang efektif. Insentif boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti wang, hadiah, potongan harga untuk produk tertentu dan baucer. 

Semakin besar insentif yang dijanjikan, semakin sengit persaingan di antara pekerja dan ini dapat memberikan impak yang positif kepada kelarisan produk.


4. LOKASI YANG STRATEGIK

Image result for lokasi kedai
Jika anda ingin menyewa lot kedai, pastikan kawasan tersebut merupakan kawasan yang strategik. Ini merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan kelarisan produk dan jika ia tidak dirancang dengan teliti, ia dapat memudaratkan perniagaan anda dalam jangka masa pendek atau panjang. 

Jika anda ingin menjual peralatan perubatan, pastikan kedai anda berhampiran dengan kawasan hospital atau klinik untuk mempromosikan produk kepada target sasaran yang relevan. Seperti yang dibicarakan dalam tips yang pertama, jika anda ingin menjual produk secara online, pastikan sosial media yang digunakan oleh anda mempunyai  jumlah pengguna yang ramai untuk meningkatkan penjualan produk dan keuntungan yang bakal anda perolehi.


5. KHIDMAT PELANGGAN YANG TERBAIK
Related image
Konsep perniagaan yang harus diamalkan oleh anda adalah perniagaan yang mesra pelanggan. Ini bukan sahaja dapat mewujudkan kepercayaan pelanggan kepada produk yang dibeli, malahan kepercayaan mereka terhadap anda sebagai penjual produk. 
Layanilah segala aduan dan cadangan pelanggan dengan bijak dan berhemah. 

Ini dapat melahirkan pelanggan yang setia dan dalam masa yang sama meluaskan perniagaan anda melalui rekomendasi pelanggan tersebut kepada pelanggan yang lain. Jika anda merancang untuk mewujudkan servis khidmat pelanggan meggunakan telefon, pastikan operator yang dilantik mempunyai sikap yang baik dan pertuturan yang sopan untuk mengelakkan masalah di antara anda dan pelanggan di masa akan datang.

Image result for perniagaan
Permulaan perniagaan memang sukar buat kesemua peniaga namun, jika dipraktikkan dengan betul, anda dapat meningkatkan kadar penjualan produk dalam masa yang singkat. Jika anda masih merancang untuk mengeluarkan produk atau memulakan perniagaan untuk produk tertentu, fikirkan perkara berkaitan dengan sasaran produk tersebut. 

5 tips di atas boleh diamalkan buat peniaga yang masih bergelut dengan penjualan produk namun perlu diingatkan, kelarisan produk anda akan bergantung kepada strategi yang dirancang oleh anda sendiri. Fikirkanlah dengan teliti.


8 Jenis Cuti Staff Wajib Majikan Beri Perhatian

4:52 PTG 0
8 Jenis Cuti Staff Wajib Majikan Beri Perhatian
Bila anda dah ada staff, anda kena tahu apakah hak-hak pekerja, yang perlu anda berikan kepada mereka.

Salah satunya adalah cuti. Setiap syarikat declare jenis cuti yang berbeza.
Begitu juga syarikat anda.
Ada cuti yang memang syarikat perlu ikut kerana termaktub di bawah Akta Pekerja 1955.

 Image result for cuti

Namun, selain dari cuti yang diiktiraf oleh Akta Pekerja 1955, itu semuanya bergantung kepada pihak syarikat anda untuk tentukan sebagai satu kelebihan untuk staf yang bekerja dengan anda.

Yang penting, setiap kali staff ambil cuti, anda perlu ada rekod dan bukti jika cuti berkenaan perlukan dokumen yang tertentu, supaya anda takdalah tertipu dengan staff yang ambil cuti lebih.

Namun, jika anda dah ada staff HR anda tak perlu risau dah macam mana nak uruskan cuti staff, biar HR yang ambil alih untuk uriuskan pekerja di bawah syarikat anda.

#1 Annual Leave

Image result for annual leave

Setiap majikan wajib memberi minima 8 hari cuti tahunan bergaji kepada setiap staff.
Dan setiap kali staff cuti, pastikan anda tolak jumlah baki cuti yang tinggal untuk setiap staff anda.

Masalahnya owner bisnes bagi alasan takda masa sehinggakan staff dah apply terlebih cuti pun mereka tak perasan, last-last syarikat yang rugi sebab bagi “cuti percuma” kepada staff.

So untuk cuti staff, ia bergantung kepada berapa lama tempoh seseorang staff, telah berkhidmat dengan anda seperti berikut:

  • 1-2 tahun – 8 hari cuti setahun
  • 2-5 tahun-  12 hari cuti setahun
  • 5 tahun ke atas – 16 hari cuti setahun

#2 Marriage Leave

 Image result for marriage leave
Jika anda ada staff yang masih bujang, saya cadangkan anda untuk memberikan marriage leave untuk staff anda membuat persediaan perkahwinan bagi perkahwinan pertama mereka.

Bila boleh digunakan cuti ini?
Bila-bila, selagi tidak melebihi dari tarikh perkahwinan.

Dan cadangan saya 3 hari cuti untuk persiapan kahwin adalah cukup membantu memudahkan uruskan perkahwinan staff anda.

Kecuali kalau staff nak cuti lebih, staff perlulah apply marriage dan annual leave sekali.

Namun, disebabkan cuti ini tidak termasuk dalam akta, semuanya bergantung kepada ihsan anda kepada staff.

#3 Medical Leave

Image result for medical leave

Untuk cuti sakit ia juga bergantung kepada tempoh berkhidmat seseorang staff.

Namun, MC adalah salah satu cuti yang buat majikan menyampah, sebab ada staff yang mengambil kesempatan.

Untuk mengelakkan staff menipu, satu, anda kena ada MC asal yang staff dapat dari klinik yang mereka pergi, beserta resit, jika syarikat anda tidak mempunyai klinik panel untuk tujuan claim.

Untuk cuti sakit bergaji:
0-2 tahun – 14 hari
2-5 tahun – 18 hari
5 tahun ke atas – 22 hari

Manakala, jika staff anda terpaksa masuk wad, cuti bergaji akan diberi tak lebih dari 60 hari.

#4 Compasionate Leave

Image result for Compassionate Leave

Compassionate leave adalah cuti ihsan oleh majikan kepada staff, bagi hal-hal tertentu seperti kematian, ada ahli keluarga yang sakit, atau perkara kecemasan yang tak boleh dielakkan.

Selalunya, jumlah cuti yang diberi adalah bergantung kepada masalah yang dialami oleh staff.  Dan jika anda tak nak berikan cuti ini kepada staff, tidak menjadi masalah dari segi akta kerana ia bukan cuti wajib.

Dan pastikan untuk approve cuti tersebut sebagai cuti ihsan, anda perlu minta staff untuk sertakan dokumen sebagai bukti.

Sebagai contoh, jika ada kematian, pastikan staff attach sekali salinan sijil kematian untuk rekod anda dalam fail cuti staff tersebut.

Namun, jika ada staff yang menipu untuk dapatkan cuti ihsan, apa yang anda boleh buat adalah menolak annual leave atau tolak gaji mengikut berapa hari cuti yang diambil.

#5 Replacement


Image result for replacement Leave

Replacement ini adalah cuti ganti, yang mana bila staff bekerja pada waktu mereka cuti, atau pada cuti-cuti am.

So, apabila staff bekerja pada hari yang sepatutnya mereka bekerja, pastikan anda maklum dan mempunyai bukti yang mereka datang bekerja.

Untuk menggantikan cuti, jangan biarkan staff drag dan kumpul cuti banyak-banyak, supaya anda takda masalah bila staff mintak cuti sekali panjang, boleh mengganggu operasi syarikat.

Untuk replacement, letakkan syarat seperti cuti ganti hanya valid 2 minggu sahaja, melainkan anda boleh tolerate dengan staff, then its okay.

#6 Maternity Leave

Image result for #6 Maternity Leave

Cuti bersalin adalah cuti wajib diberi gaji oleh majikan. Seperti apa yang ditermaktub dalam akta, setiap kali staff bersalin, syarikat perlu membayar cuti bergaji kepada staff selama 60 hari.  

Untuk melayakkan staff tersebut dapat gaji berbayar, staff tersebut perlulah telah bekerja 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.

Selain itu, cuti bergaji hanya akan diberi sehingga anak ke 5 sahaja.

Namun, anda kena tahu, apabila staff bersalin, 60 hari cuti bukanlah jangka masa yang pendek.

Untuk mengelakkan kerja dalam syarikat terganggu kerana staff anda bersalin, tetapkan dalam polisi syarikat untuk maklumkan bahawa mereka mengandung sekurang-kurangnya 3-5 bulan sebelum due date expected mereka akan bersalin.

#7 Paternity Leave

Image result for #7 Paternity Leave

Jangan jadi majikan yang kejam kalau staff anda tu isteri mereka bersalin, berilah mereka cuti yang bergaji untuk mudahkan urusan mereka walaupun dalam akta tak tetapkan pun ada cuti untuk suami-suami yang bekerja di luar sana dapat cuti bergaji dari majikan.

Tetapi, sebagai majikan, kita sendiri mestilah faham kebajikan dan keperluan staff, betul?

#8 Unpaid Leave


Image result for unpaid leave

Cuti tidak bergaji tidak semestinya staff boleh ambil sesuka hati walaupun gaji mereka ditolak.

Unpaid leave hanya boleh digunakan jika annual leave staff dah habis, ataupun staff nak bercuti lama atas sebab-sebab yang tertentu dan kukuh.
Dan sebelum anda nak approve mana-mana cuti daripada staff pastikan staff dah prepare kerja-kerja mereka lebih awal atau cari pengganti sementara untuk mereka sepanjang mereka bercuti.

Lebih baik jika anda ada sistem HR, yang menjadi platform untuk anda kira gaji staff, dan staff boleh mohon cuti terus dari sistem bagi anda yang terlalu sibuk takda masa.

Kalau tak mampu, gunakan cara manual, jaga rekod cuti setiap staff yang anda hire dan update setiap kali staff anda ambil cuti.

Tapi kalau anda rasa leceh, takda masa nak buat semua ni, dan tak nak ada HR pun bantu anda, takda masalah jika anda rasa suka nak “sedekah cuti lebih kepada staff anda.

Dalam uruskan staff, kita bukan setakat tengok duit syarikat cukup ke tak bayar gaji, atau anda fikir kalau staff anda tak perform senang, anda buang terus.

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...