RINA ZUL: Hasil carian untuk BISNES
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan BISNES. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan BISNES. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Isnin, 31 Mei 2021

KELAS MMM RICHWORKS MEMANG GILA!

1:09 PTG 0
KELAS MMM RICHWORKS MEMANG GILA!

Assalamualaikum semua, seingat sis, lama sis tak update blog tahun lepas sebab sibuk belajar. Belajar dalam mentoring MMM (Millionaire Marketing Mastery). Sebenarnya kelas ini 10 hari termasuk dengan kelas ZTM dan lain-lain (ada tarikh-tarikhnya). Dan habis je kelas ni sis terlalu fokus sehingga tak sempat berblogging pada masa tu. 


Sebab pendapatan utama sis pada ketika itu adalah dekat bisnes 100%. Sekarang sis dah bijak bahagikan masa untuk kerja blogger dan juga kerja bisnes. Alhamdulillah sis nak sharing lepas balik Kelas MMM tu rasa agak gila-gila lah. Sebab otak penuh ilmu bisnes terbakar pulak tu. Dah sampai tahap rentung. Teruk sangat ilmu tu, sebabnya.. balik-balik, buat-buat dalam tempoh beberapa minggu, menjadi!


Lepastu sis cuba cara lain yang turut diajar, buat-buat menjadi! Pendek kata tiap kali habis kelas MMM ni memang sales meningkat kaw-kaw. Tapi awas, kita sendiri kena usaha, bukan mengharap keajaiban turun dari langit.



Dia bukan saja ajar marketing, tapi kat situ juga sis mula faham nak bina kolam jiwa, nak hidup kita ni macam mana dan sis juga membayangkan nak pengakhiran yang macam mana. Dalam sungguh yang sis fikir. Apapun, doc Azizan ajar untuk cari jalan penyelesaian. Jangan fokus pada masalah.


Ini sis just cerita sikit-sikit jer. sebab nak share pengalaman. Kalau korang dah pernah join MMM korang pun tahu macam mana.  Dan Alhamdulillah selepas 6 bulan join MMM, sales dari RM 300 - RM 500 sebulan sudah mencapai RM 10,000 pertama dan 2 bulan lepas dah cecah RM 26,000 sebulan. 


Doakan sis dapat teruskan perniagaan ni dengan baik, konsisten dan terus kekal berjaya walau apapun badai melanda dan cabaran mendatang ya! Kini, sis dah berada dalam Kelas Elite X bersama circle-circle sahabat jutawan kaya berjaya yang lain. 




Baca juga kisah sis hadir ke IMKK online Richworks


Bila berada dalam Elite X, tiap minggu ada program dan kelas. Memang tak sempat langsung nak down atau nak lemau. Energyyyyyyy pasti kuat insyallah! 


Apa yang dipelajari di sini insyallah sis akan guna untuk ajar Team Rihura dan bantu mereka semua untuk lebih berjaya dalam perniagaan ini. Amiin moga Allah permudahkan. 


Terima kasih doc Azizan Osman dan Team Richworks yang banyak membantu saya.

Khamis, 20 Mei 2021

Jadual Media Sosial Untuk Yang Bekerja Dari Rumah Atau Seller Online

5:38 PTG 0
Jadual Media Sosial Untuk Yang Bekerja Dari Rumah Atau Seller Online


Ini adalah Contoh Jadual Media sosial yang owner bisnes atau seller boleh buat. Jadual media sosial ini adalah untuk korang track dan semak apa yang boleh korang post hari-hari untuk naikkan engagement di facebook, ig dan sebagainya.

Sebenarnya banyak content yang boleh kita buat setiap hari tapi kadang-kadang kita tak ada idea. Tak kiralah nak menjual atau update personal life pun, still penting untuk banyakkan engagement. Bila engagement naik, maka posting-posting akan pun akan naik dan buat ramai orang nampak. Marketing is buat orang nampak kan? So penting sangat kita konsisten post dan update media sosial especially yang buat bisnes online, agent, dropship dan juga owner bisnes. Apapun jika kita penulis atau blogger pun, kita mesti nak naikkan brand kita juga kan. So korang bolehjer buat jadual atau tracking apa yang korang nak post hari-hari. 

Pengalaman rina jadi sosial media admin selama 2 tahun dengan salah satu company advertising lepas rina berhenti kerja bank dulu, banyak yang rina belajar tapi waktu tu rina cuma fokus di facebook sahaja. Sekarang bila dah bisnes sendiri, maka rina mula banyak belajar untuk buat content di pelbagai platform yang hot ini untuk seller online. 

So, korang pun leh cuba ikut. 



Kalau nak download by PDF, korang boleh dapatkan di dalam Group FB ini , Boleh klik join: Group Marketing SMM


Gambar ni korang bolehjer nak guna buat rujukan, tak ada masalah. Rina akan share lagi tips-tips management atau berbisnes pada masa akan datang. So, jangan lupa follow blog ini. Korang juga boleh join Group Facebook ini kalau korang jenis seller online juga : Group Marketing SMM

Sabtu, 15 Mei 2021

Bisikan Jihad Di Kapal Karam Paus | Dulu Kau Kejar, Kini Aku Kejar...

5:47 PTG 1
Bisikan Jihad Di Kapal Karam Paus | Dulu Kau Kejar, Kini Aku Kejar...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ


Cuaca hari ini panas sangat-sangat. Dari semalam lagi dah rasa panas. tapi ku anggap ni semua sebab cuaca. Sejak dua tiga hari ini, habis je raya pertama rin tak buka fb lama-lama, kalau tidak 24 jam aku online. tapi rasa macam ada benda yang tak buat lagi. Cuma taktahu apa yang tak buat tu. Last online sebab nak jawab komen kawan-kawan dekat gambar raya pertama, nak update story fb / ig dan buat live dekat personal fb dengan seorang kawan Elite X dari Singapore.


Selepas tu memang rasa berat benar hati ni nak online dekat media sosial. Macam tak ada mood, ntah kenapa. Malam semalam, lepas teman mak mertua tengok TV, rin masuk tidur jam 11.30 malam. Tapi tak boleh tidur. Mata kuyu sangat nak lelap tapi dalam hati ni berombak-ombak rasa macam ada benda yang tak selesai lagi dan tak boleh tidur. Dah banyak kali perasaan macam ni hadir sejak seminggu akhir puasa lagi.


Tasbih tahmid zikir dan doa kubaca dalam hati, adakala suara keluar dari bibir. Suami sibuk layan Game Online dia dengan kawan-kawan walaupun lampu bilik dah tutup, dia main game di PC. maklumlah sejak raya sampai ke harini tak keluar mana-mana dan kawan-kawan dia semua jenis kaki game. termasuklah dia , bila duduk di rumah ni.


Dari jam 12 malam Akhirnya Rin tengok jam dan pukul 2.45 pm.. Ku nekad dalam hati tidur tidur tidurlah wahai hati. Lalu akhirnya tertidur. BacaaBISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM  menyelimuti tidur malamku.


Selasa, 11 Mei 2021

PERKARA YANG NAK DICAPAI PADA TAHUN 2021

6:09 PG 2
PERKARA YANG NAK DICAPAI PADA TAHUN 2021

Assalamualaikum wbt, 2020 melabuhkan tirai. Tapi masih belum terlambat Rina nak ucapkan Selamat tahun baru 2021 walaupun kita sudah masuk Quarter 2 iaitu Bulan April 2021 dan sekarang sudah May 2021. Lambat wish sini sebab terlalu sibuk sangat.

Alhamdulillah Allah SWT izin rina untuk terus menulis di sini biarpun banyak hal yang tak sempat rina share kat sini tapi alhamdulillah rina sempat dan akan share apa yang rina lalui sepanjang tahun ni di sini.

Sebenarnya pada tahun 2020 macam-macam suka duka yang telah rina lalui dan pada 2021 Rina bangkit semula dengan azam baru. Berkaitan bisnes dan kehidupan peribadi. Bak kata mentor rina, fokus pada jalan penyelesaian dan jangan fokus pada masalah. Itulah yang rina pegang supaya tak cepat putus asa dan down.


Tahun 2021 ini, segala perancangan dan kertas kerja dah dibuat. Yeeyeee je tu. Tapi tak de la sejelas dan details. Sekadar Draft. hehe. Ok Alkisahnya adalah apa yang nak dicapai pada tahun 2021. Antara perkara yang kita nak capai wajib kita tulis. sebab bila kita tulis minda dan tindakan akan selari untuk menghasilkan result.

Penting untuk kita tulis impian dan apa yang kita nak capai.


A. TULIS IMPIAN DAN PERKARA NAK CAPAI


Antara perkara yang Rina nak capai pada tahun 2021 adalah:-

1. Nak ada simpanan Peribadi RM 15,000 ke atas

2. Nak dapatkan jualan RM 100,000 dalam masa setahun ini.  Alhamdulillah quarter 1 bulan 1,2,3 dah cecah separuh target.

3. Nak beri ibu wang belanja minimum RM 500 sebulan seterusnya RM 1,000.

4. Nak selesai segala hutang piutang segera.

5. Nak tiap bulan dapat income tetap atau bersih lebih 5 K dan ke atas walaupun bekerja atau bisnes di rumah.


B. CARA CAPAI PERKARA TERSEBUT.

Penting untuk kita tulis apa yang kita nak capai dan cara untuk mencapainya. Jika dah tulis apa impian kita, sekarang kita fokus kepada cara capai impian tersebut. 

1. Melalui bisnes / perniagaan

2. Perlu letak target berapa nak dicapai, mengikut tempoh sebulan , seminggu dan sehari.

3. Perlu tahu cara nak capai target setiap hari,bulan dan minggu tu.

4. Macam-macam lagi. Kena plan. Kejayaan adalah sesuatu perkara yang perlu kita plan. Kita yang design hidup kita, nak berjaya atau tidak. Usaha sangat penting dan selebihnya kita minta dengan Allah SWT.



Rina yakin ramai dalam kalangan korang yang ada macam -macam impian dan tak tahu nak mula capai macam mana. Sebenarnya, mulakan sahaja apa yang ada ditangan dan terus usaha. Tak perlu nak tunggu semua benda sempurna.  Penting sekali, usaha tangga kejayaan. Ubah nasib diri sendiri dahulu, insyaAllah Allah bantu kita. Insyallah semoga dipermudahkan urusan.

Salam kejayaan 2021 buat semua.

Selasa, 27 April 2021

APA ITU 'BIG WHY'?

9:08 PTG 0
APA ITU 'BIG WHY'?

Assalamualaikum wbt semua, para pembaca blog sisrina. Harini mood menulis entry datang membuak-buak. Setelah hampir 4 bulan tak berblogging. Ya, salah sendiri kerana tak konsisten akibat fokus hal lain.


Hari ini Rina nak share something berkaitan dengan kemahuan. Ramai orang anggap kemahuan ini benda yang fizikal, contohnya nak harta. Tapi tak ramai tahu kemahuan itu adalah apa yang kita nak gembirakan orang lain. Nak buat orang lain bahagia atau happy pun kemahuan.


Dalam erti kata lain, ia adalah Big Why. Semua orang sebenarnya ada big why masing-masing. Bezanya adalah big why dia biasa-biasa , tak kuat atau benar-benar kuat.


Apa Maksud Big Why sebenarnya? Ia adalah Sebab atau kenapa?



Kenapa kita nak berjaya. Apa benda yang bakar semangat kita untuk berjaya. Itulah hal yang sebenarnya perlu kita tahu.


Penting sangat sebab pushing faktor yang menentukan kejayaan seseorang adalah dari segi Why dia. Kenapa dia nak buat dan nak berjaya. Mungkin sebab anak-anak, nak balas jasa ibu bapa, bengang dengan apa yang orang mengata dia suatu masa dulu dan banyak lagi.


Selalunya big why ini adalah perkara yang kita betul-betul marah dan bengang. Disebabkan perasaan itulah kita akan bersungguh-sungguh buat bisnes (contoh).


Of cos rina pun ada big why dan big why rina ni sangat sedih. Rina nak buat bisnes sungguh-sungguh dan ada duit banyak supaya rina sempat bahagiakan mak. Sebab rina tahu tak ada apa yang dapat buat jasa seorang ibu terbalas, sebab memamg kita tak mampu nak balas jasa melahirkan kita. Tapi dengan kejayaan kita mungkin mampu realisasikan apa yang mereka nak, bawa pergi umrah, beli macam-macam dan sebagainya.


Ya betul.Mungkin mereka tak nak apa-apa. tapi Percayalah untuk kita jaga mereka pun kita perlu duit. Untuk perubatan, keselesaan dan lain-lain lagi. Dan rina percaya , korang pun ada big why masing-masing.


Big why ni tak semestinya untuk kejayaan atau bisnes je tau. Contoh kalau korang nak kurus dan bersungguh-sungguh. Apakah sebabnya? Mungkin big why korang sebab nak tunjukkan dekat orang yang selalu mengata kat korang dulu, yang selalu hina dan lain-lain. (contoh).


Big why ni kalau kita tengok hari-hari perasaan kita pasti berkobar-kobar. Kena tengok hari-hari.

Lepastu korang akan rasa kenapa korang perlu buat tindakan untuk berjaya!



SisRina,

Isteri Kurma Solehah. 


Khamis, 26 November 2020

HAID BERBULAN-BULAN, Adakah (Kanser, Cyst, Fibroid?) JANGAN RISAU

5:13 PTG 0
HAID BERBULAN-BULAN, Adakah (Kanser, Cyst, Fibroid?) JANGAN RISAU

Rina pernah alami masalah ini. Haid sampai 3 bulan berturut-turut tak berhenti darahnya. Perasaan memang bingung, tak tahu mana satu haid dan darah istihadah. Segala sumber google rina baca satu per satu demi nak mencari tahu waktu haid sebenar. 

Dalam ramai-ramai wanita di dunia, pasti ramai juga yang ada masalah sebegini. Cuma kita sahaja tak tahu. Kat sini rina nak kongsikan pengalaman ni supaya wanita yang mengalami masalah ni tahu apa nak buat dan jangan rasa keseorangan mempunyai masalah ini.

Waktu mula-mula rina alami pendarahan ini, sebenarnya agak risau juga sebab darah terlalu banyak dan tak berhenti. Banyak tu kadang-kadang lebih banyak dari period. Contohnya pada waktu period, darah tu membuatkan kita pakai pek sehari sebanyak 4 - 5 pek. Tapi istihadah berpanjangan atau pendarahan berbulan-bulan ini membuatkan sehari kena tukar sampai 6 - 7 pek sehari.

Untuk pengetahuan, darah istihadah ni sangat cair. Tak sama macam darah haid. Kadang-kadang dia macam darah haid juga sebab ada ketul sikit cumanya warna nya tersangatlah cair dan tak merah pekat dan tak gelap.

Maaflah ya, sebab terlalu direct bercerita. Rina nak bantu korang yang alami masalah yang sama. Jadi kena cakap direct supaya korang faham. 😅

haid berpanjangan

Umumnya, haid tu sebenarnya maximum sampai hari yang ke-15 sahaja. Lepas hari ke 15 kalau darah ada lagi, mandi wajib dan solat macam biasa. sebab itu dah dikira istihadah. tambah-tambah kalau kita ni jenis yang tarikh haid tak tetap. So kena biasakan solat juga walaupun ada darah sebab itu adalah istihadah sebenarnya.

Check Di Klinik Kerajaan

Ok nak dijadikan cerita, rina pergi ke klinik kerajaan.  Pertama sekali, doktor tanya tarikh period. Kemudian, bila cerita darah banyak tak henti apa semua tu, dia cuma kata hormon sahaja. Dah nak buat macam mana, hormon tu macam tu. Itu kata doktor. Time ni rasa macam aduh tak membantu langsung.  Pastu kena ke bahagian ibu mengandung untuk scan.. Ini ada tarikh dia , kena buat appointment. Sabaq jala.

Selepas tu Rina ada ke klinik swasta, dia buat cek darah untuk kesan masalah apa tatau laa. Tapi rina dah cerita dari A to Z. Jadinya dia nak check untuk kanser rahim, fibroid la, cyst la dan macam-macam lagi. Lepastu, scan. Kat situ nampakla macam darah dok turun lagi semua time scan tu. Doktor siap tunjuk ni darah semua ada akan keluar banyak lagi. Adoi la, rasa lagi stress.

Kanser, Cyst Atau Fibroid?

haid berbulan-bulan

Lepas tu, doktor bagitahu darah tak ada apa-apa masalah. Makmal dah cek darah tadi lepas kena suntik. Memang tak ada masalah apa-apapun. Katanya memang betul hormon jer. Cyst atau fibroid pun memang tak ada. 

Rina sungguh-sungguh tanya pasal kanser atau penyakit dalam perut ka.. Dia kata:

"kanser tak ada sebab awak punya rahim, servix semua tak ada simpstom-simpstom cancer langsung..awak takut yerrr".

Memang takut sangat la doktor. Kenapa darah tak henti-henti. Kemudian, doktor ada bagi ubat Revimed. Ubat Revimed ni rina google. Dia adalah untuk orang yang haid tak stabil. Tak datang period. tapi.. Ini masalah period terlebih ni. Ragu-ragu juga nak makan. Sebabnya doktor pun ada kata, kalau awak tak plan nak hamil dalam masa terdekat ni, boleh makan ni. 

So rina rasa itu macam pil perancang. Konfim. Sebabnya mak rina kerja klinik swasta dulu. Katanya kadang-kadang orang nak hormon stabil makan pil perancang. Itu memang rina tak makan sebab macam tak sanggup. Tapi bila ingat-ingat balik, rina pernah makan juga ubat tu sebelum ni, sebelum makan tu belum google dan ambil tahu lagi.

Tapi kalau tak makan, darah turun. Jadi, waktu tu memang no choice sangat. So makan jer. Sekarang ni, dah dekat 2 tahun lepas makan ubat tu. Alhamdulillah darah makin ok, tak seteruk macam dulu. Cuma rina sebenarnya bukanlah orang jenis makan ubat-ubat klinik ni. Rina memang tak minat ubat-ubat klinik sebab membayangkan kandungan ubat tu. Rina lebih suka macam herba atau vitamin.. Haa gitu jerla.

Dah lama dah rina tinggal ubat tu, tapi dulu makan sikit jer. Masih banyak lagi ubat tu kat rumah. 

Minum Kelapa Bakar 

Waktu stop makan ubat tu, penah la haid jadi banyak lagi dan macam istihadah yang berpanjangan juga. Tapi rina cuba amalkan minum kelapa bakar. Beli buah kelapa dan bakar dekat atas api dapur. pastu letak serai dan halba dalam air kelapa tu. Lepas dah mendidih atau panas buah tu, tutup api dan minum air kelapa tu. Alhamdulillah ini pun ok sangat. Setiap kali period, dah selalu dok minum air kelapa bakar ni untuk stopkan period, bagi betul-betul lancar dan lain-lain lagi.

haid lama

Setengah orang minum kelapa bakar ni sebab nak ikhtiar hamil. Insyallah berkesan sebab tips ni pun dapat dari seorang ustaz. Korang boleh baca juga Minum Kelapa Bakar - Tips Hamil Dan Period Lancar. Selain dari tu, rina juga dah cuba jadi vegetarian jugala lebih banyak makan sayur hijau dan buah. 

Lepastu, cuba tidak stress lagi. Padahal sebelum ni memang tak stress tapi doktor kata stress . Ahh sudah. Last-last memang rina jadikan diri pemalas sikit, tak terlalu hardworking. Rina cuba buat kerja dan rehat yang banyak juga. Sudah galak tonton movie dan sebagainye hehe. Selamani rina tak pernah maiin game kat fon dan jarang sangat nak tengok youtube ke movie ke.. Sangat-sangat hardworking kalau tengok youtube pun nak tengok pasal bisnes dan sebagainya. Sekarang ni Rina nak cuba ketawa hari-hari hahaha dengan tengok hiburan. Ahh gitew.

Amalkan Surah Berhentikan Pendarahan

Ok, last tips nak bagi adalah amalkan ayat berhentikan pendarahan. Rina pun taktau ayat apa nak baca dulu tapi rupa-rupanya, Ayat Tabbatyada (Surah Al-Lahab) ni sangat-sangat berkesan. Alhamdulillah 2 kali istihadah rina cuba buat amalan ayat ni , memang darah betul-betul stop selepas sehari lepas tu. 

Caranya adalah:

1. Kita sendiri amalkan ayat ini selalu. Kena rajin baca dan dengar surah-surah berkaitan pendarahan.

2. Suami juga perlu baca surah ini sambil tekapkan tangannya di ari-ari (gitulah tips nya) tengok video di bawah, explaination dari Ustaz ni. Alhamdulillah sangat membantu.


Semoga bermanfaat buat anda semua. Rina doakan segala masalah pendarahan, haid tak stabil korang semua berjaya di atasi. Amiiin. Alhamdulillah sekarang rina cuba amalkan Kurma Ajwa dari Rihura. Kurma Ajwa Rihuran ni asli dari Madinah, tak di awet (tak tertipu), ada certificate of origin. Jadi memang rasa selamat makan, tak ada gula dalam kurma, ini memang kurma ajwa asli. 

haid berpanjangan


Kurma ajwa ni salah satu untuk menyuburkan suami isteri, untuk meningkatkan sel darah merah Insyallah kalau kita nak stabilkan hormon atau nak cuba ikhtiar hamil. Kita cuba atasi masalah pendarahan kita dulu. Sebab kalau nak mengandung kena guna banyak darah dalam tubuh. Ini kata doktor hospital yang pernah rina pergi cek. Bukan sekali 2 rina pi cek pasal darah ni, tapi dah lebih dari 5 kali pun ada sebenarnya. Mudah-mudahan tercapai hasrat kita semua untuk selesaikan masalah pendarahan ini. Aamiin ya Rabbal Alamin.

haid bulan bulan

haid lama

haid lama

Pada mulanya memang kita rasa down dan kenapalah aku diuji sebegini, Tapi kata seorang ustaz tu, kita kena redha, ini Allah yang jadikan. Kita hanya perlu usaha dan ikhtiar dan syukur atas segala nikmatnya. Mana tahu ada hikmah di sebalik semua ni. Ini pun merupakan salah satu penyakit, kemungkinan penyakit kita ini penghapus dosa kita, atau hikmah nya mungkin menyelamatkan kita dari sakit lain atau apa-apa ke.. siapa tahu kan. Maka, siapalah kita untuk pertikaikan takdir Allah. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Alhamdulillah.

Oh ya, kalau korang nak dapatkan kurma Ajwa macam Rina amalkan ni, boleh juga klik wasap di sini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Isnin, 23 November 2020

Jangan Takut Mulakan Bisnes Kecil-Kecilan

11:22 PTG 0
Jangan Takut Mulakan Bisnes Kecil-Kecilan

Macam-macam perasaan akan timbul bila kita baru nak mula berniaga. Percaya atau tidak, jika kita tak mampu kawal perasaan ini, sukar untuk bisnes kita bertahan lama. Tapi jika kita mampu handle, pastinya kita akan berjaya dalam perniagaan, apa jua perniagaan yang kita ceburi.

Penting sekali adalah mental, emosi atau perasaan kita ni. Nak mula bisnes, pertama mestilah kita kena minat sebab kita perlu beri komitmen. Kalau kita buat secara terpaksa, agak sukar mengecapi kejayaaan dengan mudah. Itu tak kira lagi betapa banyaknya cabaran yang menanti kita di hadapan nanti.

mula bisnes kecil kecilan


Kedua, kita kena berani. Kalau kita takut nak mula, sebab takut gagal. Itu takkan ke mana. Sebab belum bermula jer kita dah takut. Tu sangat bahaya. 

Seterusnya, kalau nak berbisnes jangan malu. Jangan sesekali malu. Kenapa perlu malu? Malu sebab orang nampak? Sebab orang nampak kita expose sangat? Sebab orang ingat kita nak suruh mereka membeli? Salah semua tu. 

Sebenarnya konsepnya begini.


Perkara Penting Sebelum Mula Berniaga


Tak perlu takut untuk bermula, tak perlu malu dan tak perlu risau. Untuk memulakan perniagaan, apakah tujuan dan niat kita. Benda tu perlu ada supaya dengan adanya niat dan tujuan atau objektif, kita akan mempunyai visi dan misi. 

Sebab nak bisnes pun ada caranya. Kadang kala kita rasa tak suka bisnes sebab kita benda orang yang menjual dengan kita asyik nak suruh beli dan paksa beli jer. Sebenarnya cara itu tidak profesional. Sebabnya marketing yang betul adalah buat orang nampak dan tercari-cari akan produk kita.

Bukan hanya menjual jual dan jual. Oleh itu, pentingnya content dalam marketing yang betul. Perlu kita belajar ilmu bisnes yang betul. 

Untuk berjaya, jangan takut bermula. Once sudah bermula, jangan sesekali berhenti. Perlulah bertindak dengan lebih fokus dan konsisten. Kalau kita cuba 7 kali dan gagal, bangunlah untuk kali ke 8.



Apa yang perlu anda buat sekarang adalah mula buat tindakan. 

Nak bertindak bagaimana? Mintalah petunjuk dan istikarah untuk permulaan apapun yang ingin kita lakukan termasuklah perniagaan. Oh ya, bab istikarah ni bukanlah niat nak pilihan nak bisnes atau tak, tetapi niatkan untuk minta Allah lorongkan jalan terbaik dan petunjuk sepanjang perjalanan kita berniaga.

Akhir kata, semoga dipermudahkan urusan anda semua.

Assalamualaikum Wbt.

Isnin, 16 November 2020

3 Tips Urus Bisnes Ketika PKP

8:36 PTG 0
3 Tips Urus Bisnes Ketika PKP

Ramai terkesan akibat pandemik Covid19 terutamanya bagi golongan bisnes, tapi jangan risau. Jika anda berbisnes, jom ikuti tips urus bisnes ketika PKP ini.


Penting untuk kita lakukan beberapa perkara ini sekiranya kita seorang peniaga atau online seller sekalipun. Sedikit sebanyak ia akan membantu kita menguruskan bisnes masing-masing. 

tips urus bisnes ketika pkp


1. Sentiasa Up-To-Date Dengan Berita / Program / Maklumat Berkaitan

Peniaga juga perlu ambil tahu akan maklumat yang berkaitan covid atau keadaan negara Malaysia. Bukan sahaja anda inginkan bantuan kerajaan semata-mata, jangan fikir sebegitu. Penting anda up-to-date dengan berita atau maklumat negara berkaitan ekonomi supaya dapat membuat persediaan lebih awal.


Sebagai contoh, jika anda sendiri mengambil tahu apa yang terjadi, anda juga boleh predict kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai contoh, kes meningkat, jadi kemungkinan PKP diteruskan. Jadi, anda boleh terus buat persediaan terhadap bisnes anda apa akan berlaku jika PKP berlaku.


2.  Kemaskini Penyata Kewangan

Untuk sustain perniagaan kita, penting untuk kita urus cash flow dengan bijak. Akaun company tidak boleh diabaikan dan jangan sesekali terleka kerana keadaan sekarang. Jika kita sering kemaskini penyata kewangan, kita akan tahu apa yang penting untuk kita buat supaya dapat meningkatkan duit masuk syarikat.


3. Lakukan Pemeriksaan Kewangan Dalam Perniagaan

Buat analisis, cashflow, gaji untuk diri sendiri, staff dan lain-lain lagi kos yang terlibat. Kena ambil tahu, buat analisis dan pastikan anda mempunyai plan yang terbaik untuk menambah baik kewangan perniagaan anda.


3 Perkara ini penting untuk kita lakukan bagi memastikan perniagaan kita sustain dan masih kukuh tanpa terjejas pada musim covid ini. Kurangkan kos atau duit keluar, lebihkan buat duit masuk. Periksa wang setiap hari dan pastikan bisnes anda masih utuh. Susun atur perniagaan anda dengan baik beserta kewangan perniagaan anda. Jika ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan betul, insyallah bisnes akan berjaya walaupun masih PKP.

Khamis, 5 November 2020

Cara Simpan Duit Kahwin Gaya Jutaria | KOS MAJLIS KAHWIN 8K LEBIH (Himpun 5 Bulan)

2:34 PTG 2
Cara Simpan Duit Kahwin Gaya Jutaria | KOS MAJLIS KAHWIN 8K LEBIH (Himpun 5 Bulan)

HIMPUN DUIT KAHWIN GAYA JUTARIA  


Cara simpan duit kahwin gaya jutaria ini khas untuk anda yang Makan Gaji atau Baru Start Kerja. Lebih-lebih lagi mereka yang kerja dengan gaji RM1,500 ke bawah.

Inilah zaman makan gaji sewaktu umur 25 tahun manakala suami umur 23 waktu tu. Sebelum kahwin, ramai yang sakit otak pikir nak cari duit, terutamanya lelaki, betul tak?

Tambah-tambah kalau lelaki yang nak kahwin dengan anak orang ada Degree? (Ini semua poyo). Time tu la mulalah anak-anak ni nak keluarkan dalil hadis maksud Quran semua berkaitan untuk perkara wajib untuk nikah (Nak cakap duit duit hantaran bukan segalanya) betul tak? Nak bgtau kat mak bapak. Budak wechat tipulah kalau tak buat. Tapi jujurnya memang betul untuk lebih dipermudahkan dan tak wajib pun.

Tapi hidup semua perlukan wang wang wang dan memang sentiasa mengira berapa bajet majlis nak buat kan?


KISAH PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN RINAZUL



Teringat kisah tahun lepas. Kami bertunang bulan 1.1.17. Plan nak kahwin bulan 12. (Plan sebenarnya nak kawin 2 tahun kemudian, sebab poket kosong okey! Patutnnya tahun ni atau tahun depan baru nak kahwin). Masing-masing sibuk kerja. Tapi disebabkan oleh keluarga pilih 1.5.2017 (5 bulan je lepas tunang?) 

Ya, sebab katanya tu cuti buruh, ramai orang cuti. Tapi kami berdua tak tahu la kenapa macam tak kisah je., kami berdua okeykan je. Walaupun sama-sama kerja biasa-biasa je. suami jenis positif selalu ckp "insyallah ada rezki..ada...ada".. sgt2 yakin pada rezeki Allah. Sedangkan rina yang gelabah. 

Tapi sejak kami tahu 5 bulan lagi nak majlis, esok tu juga kami terus buat senarai persediaan (katering, doorgift, pelamin, dewan, mekap, segala mak nenek) OH YA PASTILAH INI KERJA ORANG PEMPUAN! 

MISI HIMPUN 10K DALAM MASA 5 BULAN DENGAN GAJI RM1, 300.


Dengan adanya senarai tu, rina terus survey pakej atau servis yang paling murah. Selalu orang mesti pening pikir nk himpun sekurang-kurangnya 10K macam mana, kalau kerja makan gaji dulu nak himpun 10K pun taktahu la setahun mampu ke tidak. 

Time ni kami belum ada apa-apa bisnes lagi. Suami gaji bulanan cuma 1.3k jer. Time tu gaji rina lagi banyak sikit dari dia.Jadi untuk lebih mudah, kami buat teknik himpun duit gaya JUTARIA.


HIMPUN DUIT GAYA JUTARIA


Perasan tak bila kita main jutaria, ada duit je terus beli rumah, ada duit je nak pergi tempat itu ini bayar itu ini, Kalau takde duit, kita cari (Game Jutaria). Macam tu la yang suami praktikkan, dapat gaji je, dia hulur RM * * * *. Yang pempuan ni bila dah survey dapat murah, terus booking (ketering, pelamin,semua tu) booking terus bayar. Bulan depan dapat lagi RM * * * * , terus guna bayar lagi. 

Tiba-tiba dah bulan 3, kira-kira, eh sikit lagi nak bayar kos utk majlis. Sampaila bulan 5 menjelma, tak sangka kos majlis 8k-10k sahaja (pelamin, katering, mak andam, dewan, doorgift, baju).

Bab mas kahwin itu lain. Mas kahwin inilah wajib untuk diberi pada isteri. Terpulanglah perempuan nak minta emas atau $$$, atau apapun. Yang ni, mas kawen rina adalah Rantai Emas.

Lagi satu, sepanjang 5 bulan ni, masing-masing bawak bekal je pergi kerja. kadang2 je makan luar. alahaihihi. Tiap pagi tangkap gmbar tunjuk bekal masing-masing. Tapi takpela, boleh diet sekali, time tu dah gemuk sikit aihhh.

Time ni kenduri dekat Penang. Sungguh puas hati Encik suami bila dapat kumpul kos majlis dalam masa 5 bulan. Tapi suami orang jauh, jadi tambang, homestay semua pun perlukan $$$ juga. Abes majlis, Duit sampul buat pergi honeymoon dan beli barang lepas kahwin. 

Cukup memang cukup, selagi kita bersyukur. Kadang2 time susah sangat2 baru saja nak start kerja, time tu pulak dapat rezeki jodoh. Bukannya tak mampu nak pegang duit banyak2, tapi rezeki Allah bagi jodoh dulu. Kemudian barulah kerjaya.

Ini Senarai list digunakan waktu majlis dulu, kalau nak guna., bolehlah. Korang boleh tengok gambar-gambar pelamin, doorgift dan lain-lain lagi semasa majlis perkahwinan rina tu.

(AREA PENANG)
Pelamin:
Hazrina Bajet Pelamin
(RM800 - RM900)
Baju Pengantin:
BusanaPesona Terunadara
(RM300)

cara simpan duit kahwin

cara simpan duit kahwin

cara simpan duit kahwin


Katering:
Katering Mar
(RM3+++ - RM4+++)
Fotografer:
Zul Azizul
(RM1+++)
Solekan:
Saedah Nasir
(RM3++)
Dewan:
Dewan Perda Teluk Kumbar
(Tak ingat )


cara simpan duit kahwin



himpun duit kahwin



Kadkahwin+Bunting+Button+Stick prop: Nizal Studio
Laksa/Mee Kari/Cucur:
Linda Dinalia
,
Intan Safinaz
Doorgift: Tak ingat page

himpun duit kahwin

cara simpan duit kahwin



Post sekadar sharing / perkongsian. Semoga bermanfaat untuk semua. Yang mana boleh digunakan, kita guna. Yang mana takleh pakai, jangan ikut. Semoga dipermudahkan urusan anda semua untuk menyimpan duit kahwin dan dipermudahkan urusan pernikahan anda. Amiin ya rabbal alamin.

🙂


NAK JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE?

Jom daftar program Affiliate, hanya praktikkan 30 minit atau 1 jam sehari, anda mampu menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka dalam masa sebulan. Alhamdulillah. Boleh daftar di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. KLIK SINI UNTUK DAFTAR.

Sabtu, 3 Oktober 2020

Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes (Full Story - RIHURA)

11:08 PTG 5
Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes (Full Story - RIHURA)

 Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Syukur kepada Allah SWT yang kurniakan rezeki tanpa henti-hentinya buat kita semua sehingga ke hari ini. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat yang tak mungkin dapat kita bayar kembali melainkan syukur, solat dan sujud kepadaNya. Allah Maha Pemurah, Penyayang, Mengasihani hamba-hambaNya dan Allah menurut sangkaan hambaNya. Subhanallah.


Pada entry kali ini, Rina akan ceritakan Kisah Berhenti Kerja Bank Dan Jadi Owner Bisnes yang telah berlaku pada diri rina sendiri. Ini adalah kisah benar dan full story yang mungkin akan menjadi penceritaan sempurna dalam hidup rina untuk memacu impian dunia akhirat yang dibina, buat empayar Rihura, generasi akan datang, kawan2 semua dan juga seluruh masyarakat sejagat.


Jom baca kisah siapa rina, bagaimana rina berhenti kerja memulakan perniagaan sehingga bagaimana wujudnya Rihura.



Umur Dan Sebab Berkecimpung Dalam Bidang Perniagaan

Pada awal umur 18 tahun, Rina memang suka bidang perniagaan sebab waktu tu selalu dipengaruhi dengan seminar bisnes sana sini, selalu dapat flyers MLM hihihi dan pernah jela pergi dengar bab-bab MLM ni. Waktu umur 18 tahun tu, pasti kita ni cepat terpengaruh dengan cerita orang kaya-kaya ni, tapi apapun benda2 ni buat rina jadi positif pasal bisnes. Rina ada mindset dimana untuk bebas kewangan dan dapat income unlimited, seseorang tu perlu bina perniagaan. Itulah sebab rina minat sangat bisnes sejak umur 18 tahun.


Tapi kehidupan kita akan mengikut keluarga kita dalam masa kita membesar. Waktu tu, Rina sambung belajar di Uitm Jengka Pahang. Rina tinggal bersama mak, adik, akak dan tok di rumah kampung Penang. Itupun rumah tok, sebabnya sejak arwah abah meninggal waktu rina umur darjah 1 dulu, kami dari Ipoh Perak pindah duduk dengan tok dan membesar di Penang.


Mama bekerja sebagai seorang pembantu klinik swasta dengan gaji tak sampai RM1,000 pada masa tu.  Mama membesarkan akak & rina (sekolah asrama) serta 2 orang adik kecil pada masa tu. Tapi lepas akak habis spm, dia masuk Unisel, kemudian dia dapat kerja kerajaan, dia banyak bantu mama dan family kami. 



Tak Cukup Wang Nak Survive Di Universiti

Waktu tu Rina belajar di uitm Jengka dan belum dapat kemudahan Ptptn. Sepanjang awal semester tu, kadang-kadang duit kurang dan terpaksa makan megi ikut hari (beli 1 maggi RM4.50 dalam tu ada 5 paket). 1 paket 1 hari untuk seminggu. Cuba bayangkan sampai macamtu sekali la rina pernah catu. Kadang2 masak magi letak kuah banyak, makan separuh tengahari, nanti petang sambung makan lagi separuh. Tapi benda ni tak pernah rina cerita kat sapa2 pun, dan hari ini rina kongsi kat sini.


Semuanya sebab rina tak nak susahkan mak dan akak. Mereka dah banyak susah untuk Rina selalu. Bila ingat perkara ni, memang rasa nak menangis tapi inilah kehidupan dan cabaran kita. Itu hanyalah ujian kecil buat kita sebenarnya. Bagi rina, apalah sangat terpaksa tahan makan atau lapar tu, daripada orang lain yang banyak diuji lebih teruk dari ini.


Sebab itu, Rina punya minat berniaga tu bertambah-tambah, sebab rina dapat buktikan pada diri yang rina dapat duit bila dah start niaga online. Produk pertama rina jual adalah celak hashmi kajal pakistan. Bermula niaga di blog, mudah.my, facebook page. Akhirnya taktahu dari mana orang jumpa iklan2 tu, mula beli celak tu. Benda tu sedikit sebanyak bantu rina dapatkan duit poket. Seminggu boleh dapat dalam RM 15 - 50 untung bersih waktu tu memang rina syukur sangat. Lepas tu bertambah seminggu capai RM100. Bagi seseorang yang tak pernah bisnes online dan perlukan duit, pasti akan rasa syukur sangat bila dapat gitu.

Dekat kelas dalam uitm Diploma pula, rina ada jual pengilat kuku. Maklumlah kelas ramai pempuan dan pengilat tu pun rina beli kat kedai rm2 dan mydin jee jugak, sama cam celak tu. hehe. Contoh, modal rm2 tapi jual rm5-6.


Alhamdulillah dengan perniagaan sebegitu, maka dapatlah duit poket tambahan nak beli buku, makanan dan lain2 lagi. Tapi rina sangat berterima kasih kat mama dan kaklong sebab selalu support rina. Sebenarnya banyak juga duit-duit mereka tampung rina kat sana sebab risau tak cukup dan lain-lain. Selalunya duit mereka bagi tu rina utamakan untuk buat assignment, beli buku, internet, beli barang keperluan macam ubat gigi, sabun, biskut, makan.


Tamat Universiti Dan Mula Bekerja


Waktu graduate, Alhamdulillah dapat1st class dan dekan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat (Minor Business). Semasa praktikal job, rina telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan banyak pelajari bab management.


Tamat praktikal selama beberapa bulan dan sudah grade, bermulalah kisah nak mencari kerja. Walaupun dalam hati ni minat bisnes, tapi tanpa ilmu rina sedar semua takkan menjadi kalau terus berniaga. Nak berniaga adalah secara serius, jadi mana mungkin tanpa ada ilmu dan pengalaman, terus boleh berjaya. Sebelum mula berniaga pun, bagi seorang fresh grade macam rina ni, mestilah kena ada pengalaman bekerja dulu. Barulah dapat belajar banyak perkara tentang syarikat.


Macam-macam kerja Rina apply di jobstreet dan akhirnya rina hadir Interview Maybank Terbuka sebagai sales Consumer Executive dan diterima bekerja di sebuah cawangan Maybank di Penang. Pasti ramai tertanya kenapa Rina belajar Office Management tetapi sanggup interview bahagian sales dan akhirnya bekerja sebagai Consumer Sales Executive? Tapi semua orang tak peduli pun, diorang dengar nama Maybank dia rasa kita kerja bank bestt dan hebat. Hehe.


Kenyataannya, bila masuk bidang sales ni ada target, ada sales nak kena fikir, kena power knowledge untuk produk bank dan macam-macam lagi. Memang rina challenge diri untuk masuk bahagian ini. Sebab waktu rina cari kerja dulu, rina cari kerja yang gaji tinggi untuk fresh grade, kebanyakan adalah dalam bidang sales dan banking. Nampak sangat memilih kihkih. Jadi kena la sanggup kalau betul2 nak!


Masuk Kerja Bank | Perubahan Hidup

Sebagai seorang fresh grad dalam bidang office dimana kitorang belajar bab mekap, bab setiausaha, kerja admin bagai.. tiba-tiba nak kena buat sales jumpa orang, sembang-sembang, cakap pasal produk bank.. waktu mula-mula memang agak kekok sebab tak biasa. Tapi lama-lama dah boleh follow rutin kerja tu dan happy sebab hari-hari dapat semangat dari bos, dapat belajar dari senior dan lain-lain lagi.


Walaupun banyak produk bank yang nak kena handle dan achive target tapi... Rina paling suka sangat fokus 1 produk ni iaitu kad kredit. Boleh dikatakan sales kad kredit ni memang boleh dapat lebih selalu. Selain tu, rina juga fokus untuk bahagian loan rumah dan asb.


Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rina ingat boleh stay lama dekat tempat ni, tapi disebabkan sakit dada yang melampau sampai doktor sahkan ada acute respiratory, terlampau berfikir, stress. Rina pun fikir apalah sangat aku ni sampai sakit dada dan stress tu. Bahaya betul bila melibatkan kesihatan yang macam tu. 


Benda tu berlaku secara tiba-tiba, mungkin tak cukup rest agaknya atau rina jenis fikir banyak.

Sebenarnya sakit tu pada masa tu bukanlah satu sebab untuk rina berhenti kerja, cuma rina sedar pada masa tu, mungkin rina terlalu push diri nak jadi seorang sales person. Setelah hampir setahun bekerja, rina terdetik hati nak kembangkan kerjaya dalam bidang Kad Kredit sahaja, sama ada masuk card credit centre atau apa yang berkaitan.


Sehinggalah rina ditawarkan bekerja di salah satu Agensi Third Party Bank bahagian Kad Kredit, jadi itu adalah sangat bestt bagi rina sebab sebenarnya Rina percaya, untuk berjaya kita perlu fokus apa yang kita minat dan pakar.


Bahagian Kad Kredit Maybank


Apabila berkecimpung dalam bidang ini, Alhamdulillah everything go smooth. Kat sini pun buat sales tapi telemarketing, banyak sangat pengalaman rina dapat dari sini. Ilmu kewangan, marketing dan macam-macam lagi yang boleh rina guna dalam hidup ni. Sampai satu tahap, rina boleh buat sales kredit kad sehari lebih dari 10 - 18 kredit kad pernah pecah rekod la time tu dalam sehari hanya menggunakan call sahaja.


Selain call rina juga ada banyak database untuk customer yang have-have ni, jadi selain online, hari cuti kerja, rina juga ada jumpa orang yang nak daftar kad kredit. Cuma ini kadang2 risiko sikit sebab ada ja yang jenis suruh jumpa di Apartment dia dan lain2. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan sebab waktu tu rina ada seorang kawan baik nama Ashraf (sekarang suami), dialah yang wajib teman rina jumpa semua client ni. 


Income kat sini pun best kalau sales banyak. Sebab tu rina sendiri dah setkan matlamat aku akan behenti kerja hanya kerana dapat better office dari syarikat lain yang basic 3k ke atas sehaja lepas ni atau untuk buka bisnes sendiri sahaja. Selain dari tu, aku takkan berhenti kerja. Boleh dikatakan itulah pegangan rina waktu tu.



Waktu tu rina baru je berkahwin, jadi suasana pun dah berubah. Tibaa-tiba Rezeki pada waktu tu bila dinaikkan pangkat jadi Team Leader dan mula belajar cara nak manage team sendiri. Alhamdulillah semua baik-baik. Tapi bila tanggungjawab bertambah, selalu archieve target balik jam 6 - 7 petang. tapi bila dah jaga team, balik dalam jam 8 - 9 malam. Suami yang balik kerja dulu, mertua yang masakkan makan malam. Rina pergi kerja awal pagi tak sempat tengok matahari, dan balik kerja pula pada malam tak sempat tengok matahari juga.


Paling rina rasa nak behenti kerja masa tu sebab rina kerap migrain sangat, pening, balik rumah je makan dan tidur. Kadang-kadang kesian kat suami macam dia pulak jaga rina untuk segala-galanya. Tapi waktu tu la rina mula kenali diri dia Alhamdulillah syukur sebab dia tatang macam minyak penuh, sangat2 supportive bagi rina.


Waktu dah kawen ni, ada suami, jadi terasa macam kan best kalau balik kerja 5 petang macam kerja office hour yang lain tu. Tapi kalau patah balik kerja macam tu, income pun dah takkan sama macam sebelum ni. Disebabkan tu, Rina cuba cari better offer yang membolehkan fokus kerja dalam waktu pejabat sahaja tapi apa yang rina jumpa memang tak berbaloi, tetap tak boleh sama macam gaji + komisen yang sedia ada waktu tu.


Berhenti Kerja tetapi Sebelum Tu...


Macam gila kalau fikir nak terus berhenti kerja tapi kenapa pula nak berhenti. Sekurang-kurangnya kalau dapat better offer, barulah berhenti. Ya, bila rina tengok kerja yang boleh balik jam 5-6 petang ni ada je , tapi itulah bila rina cakap dekat suami.. Suami tak kisah dia ok jer dan selalu bagi semangat kat rina. Tapi tiap kali rina nak go kepada kerja lain, mesti tak jadi sebab rina tahu tak ada kerja setakat ni yang rina dapat tu lagi better dari kerja sekarang.


Rina pun bagitahu suami pasal lama dah nak berbisnes tapi ok ke sebab rina cuma ada pengalaman kerja yang tak lama iaitu 3 tahun sahaja dalam sektor perbankan. Akhirnya suami bersuara dan bagitau, kalau nak buat bisnes, buat je. Pengalaman kerja memang penting tapi bila dah masuk dalam bisnes, pengalaman bisnes tu jugalah akan mengajar kita. 


Betul juga apa dia cakap tu, rina terfikir. Sebabnya kalau rina dah selesa makan gaji dan kerja sampai umur 30-40 nanti, waktu tu rina nak masuk bidang bisnes buat bisnes sendiri ni agak susah nak fikir, nak dapat ilham tu dan lain-lain. Kadang2 Allah bagi ilham kat kita dan boleh tarik balik macam tu sahaja. Cuma risikonya adalah rina akan jatuh teruk kalau tak buat sungguh2 lepas berhenti kerja ni. Ini aadaalah risiko sebab komitmen banyak dan besar. Beli kereta , ada ptptn dan lain2 lagi pulak tu! 


Tapi rina percaya Sekarang Allah tengah bagi ilham dan buka hati rina. Maksudnya, sekarang terbuka hati rina nak sangat buat bisnes dan fokus full time bisnes, cuma tulah rina macam terikat dengan kerja sebab ada hutang dan komitmen kereta. Tapi benda tu takkan buat rina tersekat untuk tidak capai impian nak bisnes tu. So rina perlu bersedia sebelum mula bisnes full time. Tu kuncinya.


Persediaan Berhenti Kerja Dan Mulakan Bisnes


Tak lama pun masa yang rina ambil untuk bersedia. Kalau diikutkan sebelum berhenti kerja kita kena buat simpanan gaji 6 bulan tapi pada masa tu rina cuma ada simpanan gaji 2 bulan sahaja. Waktu tu jugalah rina dah mula cut cost benda-benda yang tak penting sebab banyakkan simpanan. 


Dalam masa yang sama mula merangka apa perniagaan yang akan rina buat kalaulah tiba hari rina betul-betul nak fokus bisnes. Untuk pengetahuan anda, rina bercadang mulakan bisnes Ashrin Food iaitu sandwich borong. Kenapa dapat idea ni? Sebab sebelum berkahwin dengan suami, rina pernah dapat offer hospital untuk supply sandwich kat situ. Jadi rina nampak peluang market yang besar dalam bisnes makanan ni,. Apatah lagi bisnes kecil-kecilan ni pun sebenarnya kita boleh conquer pasaran kalau kita betul-betul buat.


Ini Terjadi Sebaik Sahaja Berhenti Kerja...Bisnes Sandwich!


Selepas berhenti kerja, rina betul2 mulakan bisnes ini. Waktu nak berhenti tu memang risau la adakah bisnes ni dapat tampung macam gaji rina dulu-dulu. Kedengarannya macam mustahil kan? Tapi rina percaya bisnes adalah long term dan boleh buat.


Sejak buat bisnes sandwich ni, Alhamdulillah kami sering terima order borong yang banyak seperti 100 - 3,000 sandwich. Jadi, untuk bisnes ni kami run dan fokus bisnes sandwich borong. Pembelian untuk 100 pax ke atas seluruh KL dan selangor. 


Bila buat bisnes makanan ni, tak cukup tangan, Rina hire staf-staf dari kalangan ibu tunggal dan jiran-jiran. Suami adalah orang yang tolong manage di sebalik tadbir walaupun dia bekerja. Jom tengok gambar, biar gambar yang berbicara. 





Rezeki Datang Alhamdulillah...


Memang susah kita buat banyak benda takut tak fokus. Tapi bila bisnes sandwich ni dah ada staff dan boleh run sendiri. Rina ada masa untuk manage benda lain.  Sebab tu ada yang tanya, macam mana rina ni jadi penulis walaupun ada bisnes? Ok, itu bermula dari sini:-


Dalam masa yang sama juga , ada orang offer untuk rina menulis dengan website mereka. Bayaran dia pun agak berbaloi sangat untuk sebulan. Memang mencecah gaji rina dahulu, sebabnya, bukan 1 client tapi 2 orang client buka tawaran ni dan alhamdulillah rina terpilih. Jadi, rina ambil job ini, ini salah satu rezeki menulis sebab rina ada pengalaman kerja bank memandangkan website mereka ni pasal kewangan dan sebagainya.


You all cuba bayangkan minda rina ni fikir berniaga, tiba-tiba rina jadi writer pula untuk beberapa website di Malaysia. Tapi, disinilah rupanya bermulanya kekuatan rina untuk menjadi seorang owner bisnes tu. Sebab apabila rina mula buat kerja freelance ni, dia adalah self employment iaitu kalau kita buat , kita dapat duit. Tak buat tak dapat. Kalau buat banyak, maka dapat duit banyak. Buat sikit, maka dapat sikit.


Bayaran sebulan tu mengikut berapa content rina siapkan dalam sebulan. So rina buat betul2 dengan job freelance ini sehinggalah sebulan pun pernah mencecah RM 4,000 hanya dengan menulis. Kiranya selepas berhenti kerja tu, freelance writer ni adalah job rina yang utama, kedua baru rina fikirkan bisnes. 


Kita merancang tapi sebenarnya perancangan Allah tu yang terbaik. Allah tak bagi rina terus buat bisnes sepenuhnya lagi rupanya. Tapi dia bagi rina belajar lagi, dapat skill kan diri dalam bidang penulisan dan marketing dulu.


Bisnes sandwich tu masih berjalan seperti biasa walaupun rina buat freelance menulis. Sandwich tu kami hantar di petrol station, kedai2, kiosk, universiti , sekolah dan lain2. Maklumlah waktu tu kerja menulis di rumah, so memang bisnes sandwich berjalan sekali la.


Semua Berkembang, Jadi Tak Mustahil



Sebenarnya, sejak rina menulis, rina banyak terima job penulisan lagi sehingga rina hire seorang kawan rina untuk menulis, sebab kalau rina nak tulis sorang-sorang memang tak sempat. Rina train dan ajar dia sehingga dia pun pandai menulis. Untuk job penulisan, dia adalah penulis rina, kiranya kami buat sama-sama. Bila dia banyak bantu, Alhamdulillah rina dapat leverage masa untuk buat benda lain juga. 

Inilah kawan rina yang rina ajar untuk menulis bersama

Rina terfikir, kalau job freelance pun boleh berkembang, rugi kalau tak buat bisnes sungguh-sungguh dan kembangkannya. job freelance tu pun dah dikira macam bisnes juga sebab kami bagi khidmat penulisan kat orang.


Pemilihan Bisnes / Perniagaan Untuk Berkecimpung


Kiranya pada bulan 12 2017 rina berhenti kerja. Jadi seorang freelance writer pada 2018 dan mengusahakan perniagaan Ashrin Food sepanjang 2018 dan 2019. Dan pada hujung tahun 2019 rina terfikir untuk membina sebuah perniagaan. Sebab waktu tu bisnes Ashrin Food hanya motif mengalirkan wang masuk, tak betul-betul grow atas jenama nya. Senang cerita, rina cuma buat bisnes tu sebab nak sara hidup semata-mata.

Tapi pada hujung 2019 tu rina tersedar bahawa untuk mendapatkan perniagaan yang berjaya, kita kena bantu orang lain, kita kena bina sistem, kita kena bina branding yang dapat bagi manfaat kat orang lain. Dan rina syukur sangat sebab rina sedar hal ini waktu tu. Kalau lambat lagi sedar, sampai ke sudah bisnes pun akan cukup-cukup makan je.


Rihura Wujud Kerana Delima....


Hujung tahun 2019 rina ada alami masalah hormon dan bila difahamkan, untuk selesaikan masalah rina iaitu hormon dan istihadah berpanjangan ni, buah delima elok dimakan selalu. Dari situlah rina cuba amalkan buah delima. Tapi agak susah hari-hari nak kena ada stok delima, delima kena kupas haha malas sungguh nak kupas. 


Ditakdirkan Allah SWT, suatu hari rina terjumpa dengan seseorang ni sangat pakar dalam bidang produk kesihatan. Dia bantu rina patternkan satu formula jus botanical delima, letak madu, kurma, pueraria mirifica (formula ini dicipta selepas tahu apa masalah rina nak selesaikan). Alhamdulillah maka dari situ terhasilnya Jus Aimra'a iaitu produk pertama keluaran Rihura. Dari situ juga Rina dapatkan satu nama untuk jenama yang rina bawa bagi membantu ramai wanita yang ingin sihat dalaman.



Rihura Herbs Enterprise adalah nama syarikat yang rina tubuhkan dan Rihura adalah jenama kami bagi membantu ramai orang diluar sana yang tertekan akibat was-was dengan diri sendiri, tak yakin diri serta yang tak tahu ada penyakit atau gangguan apa dengan diri dia.


Rihura Herbs Enterprise menjadi sebuah nama syarikat yang Rina pilih utk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan. Ri adalah sempena nama saya Rina, dan Hura pula adalah dari nama gelaran seorang tokoh wanita Islam iaitu Sayyida Al-Hurra yang diberi gelaran ratu bajak laut kerana kekuatan perjuangannya (Al-Hurra bermaksud wanita berdaulat).



Masalah 'Gangguan' Mendatangkan Ilham Dan Penyelesaian

Selain amalkan jus Aimra'a, rina juga mula buat kajian tentang pemakanan sunnah sebab apa yang rina dapati sejak amalkan delima, kebanyakan makanan sunnah ni merupakan penawar banyak penyakit rupanya. Salah satunya kurma Ajwa.
Kalau kita rasa badan ada gangguan, kurma Ajwa Madinah dapat mencegah segala gangguan syaitan terutamanya sihir, santau, saka dan lain-lain. Jadi, rina beli kurma ajwa untuk makan saja-saja untuk kesihatan diri dan untuk elak sebarang gangguan. Tapi tula bila dah beli kat shopee, tak sangka pula bila kurma tu sampai.. rupanya kurma ajwa ni rasa macamtu, sedap tapi mahal, macam tak puas la makan tu.


Beberapa bulan kemudian, bapa mertua rina nak ke Mekah tunaikan Umrah dan rina kirimkan dia beli kurma Ajwa Madinah. Bila dibawa balik, MasyaAllah rupanya sedap, moist dan best la makan. Tak terlalu manis dan sangat-sangatlah berbeza daripada yang mula-mula rina beli tu. 


Kenapa berbeza? Banyak orang yang rina tanya dan sumber yang rina dapat dari Madinah, rupanya sekarang banyak sangat kurma Ajwa palsu dan tipu. Kurma Ajwa yang ditanam di negara lain seperti Yaman, Iran, Tunisia tetapi dikatakan ditanam di Madinah. Ciri dan harganya tak sama, kalau di Madinah ni korang kena tau apa ciri-ciri Kurma Ajwa Asli Madinah ni, baru beli.


Sejak haritu, rina cuma beli dengan pembekal dari Madinah sahaja untuk makan saja. Cuba korang bayangkan, sanggup rina beli untuk makan sorang-sorang dari pembekal kurma Madinah. Rasa macam tak percaya sangat lah kurma ajwa kat pasaran ni ..Ada yang jual sekilo RM 55 - 75, itu semua auta, kemungkinan bukan ditanam di Madinah. Inilah info sahih rina terima daripada seorang supplier Madinah yang rina kenal. Dia yang bantu rina dalam dapatkan kurma Ajwa yang betul-betul Asli ditanam di Madinah. Alhamdulillah.

Abaikan celak tercomot tu. hehe.

Masalah Selesai, Bantu Orang Lain Juga

Pada bulan Mac 2020, Allah hadirkan satu petunjuk untuk rina supaya banyakkan buat benda bermanfaat dalam hidup ni, sebab hidup ni tak lama. Tu je yang rina fikir satu hari tu.Tapi, kenyataannya macam mana lagi cara rina nak bantu orang sebabnya rina bukanlah jutawan pada masa tu untuk sedekah banyak-banyak. Itu mindset rina waktu tu. Walaupun sedekah dengan apa yang ada je, tapi kalau sedekah sahaja rina rasa tak cukup.


Allah Maha Baik sangat sebab rupanya dia nak dorongkan rina untuk bantu orang selesaikan masalah mereka alami juga. Macam rina dulu beramal makan kurma dapat selesaikan masalah, insyallah mereka pun boleh juga. Tapi mereka je yang taktahu kurma Ajwa tu pengubat bagi pelbagai penyakit.


Akhirnya, rina buat keputusan untuk bantu orang lain dengan sharing manfaat kurma Ajwa Asli Madinah. Ajwa Asli Madinah adalah buah kurma Ajwa asli dari tanah Madinah, dari pembekal kami yang berpengalaman sejak tahun 1990-an lagi. Dan untuk pengetahuan anda semua, Rihura (syarikat rina) provide kurma Ajwa yang 100% asli dari Madinah, kami ada sijil Certified Origin dari Arab Saudi, kualiti premium dan eksport (antarabangsa). 

Inilah kurma Ajwa Asli Madinah keluaran Rihura :) Alhamdulillah.

Rina nak pastikan masyarakat yang perlukan Kurma Ajwa ni betul-betul dapat kurma Ajwa yang original , asli dari Madinah Al Munawarah. sebab kadang-kadang orang jual kurma ajwa ni cakap ajwa madinah tapi sebenarnya ajwa mereka di tanam di yaman. Kenapa penting cari yang Madinah ? Sebab hanya kurma Ajwa asli dari tanah Madinah ada keberkatan Nabi SAW. 

Inilah Perniagan Sebenar 


Alhamdulillah sepanjang 2 tahun rina sudah berhenti kerja, inilah perniagaan sebenar yang rina bina iaitu Rihura. Perasan tak, tak semestinya kita berhenti kerja , terus mula bisnes tu terus berjaya? Pasti kita akan gagal atau ambil masa untuk belajar dulu kan? Bisnes sandwich rina mula-mula tu cuma try n error, buat sendiri, tak ada ilmu perniagaan tapi belajar sendiri sahaja.


Tapi lepas 2 tahun barulah rina buat bisnes yang sebenar, ada mentor yang betul untuk tolong guide apa perlu dibuat dalam bisnes dan apa yang tak perlu buat. Perniagaan yang sebenar adalah bila mana ia ada sistem yang efektif dan perniagaan tu boleh berjalan dengan baik membolehkan kita bantu orang lain seperti pelanggan, staf kita dan lain-lain. 


Kalau sekadar kita bisnes untuk duit cukup2 makan, asalkan ada duit. Tu sebenarnya kita menjual, bukannya berbisnes.. Tapi untuk dapatkan bisnes yang bagus kita harus melalui fasa sebelumnya dulu.. iaitu kita kena jual dan buat duit dahulu. Pada mulanya memang amat struggle sebab itu pentingnya ilmu dan circle kita, siapa orang disekeliling kita yang sentiasa ada untuk support kita.


Kalau kita seorang yang motivated person, tak mudah down dalam kehidupan dan perniagaan, pasti lebih mudah untuk kita bangkit dan berjaya. Tapi kalau kita perlukan sokongan dan dorongan, kita kena ada inspirasi, motivasi dan mentor yang betul. Belajar dari mereka yang telah berjaya. Kawan dengan mereka yang sudah berjaya. Itulah circle terbaik untuk kita berbisnes.


Perbezaan Bekerja Dan Buat Bisnes Sendiri



Pada mulanya kita fikir, kerja sendiri ni senang. Ia memang senang tapi kalau senang, kerja kita tak berjalan. Tapi kalau kita fikirkan di luar kotak, banyakkan idea dalam perniagaan, buat apa orang berjaya buat, kita takkan sempat nak rasa senang pun. Sebab setiap hari kita belajar benda baru dan ada cabaran.


Paling penting, bila kita buat bisnes sendiri ni, kita kena pastikan personal energy kita gila tinggi. Kalau energy kita down, tindakan kita pun akan pengaruhi kejayaan kita pada hari itu. Kalau kita kerja makan gaji, kita buat sambil lewaa atau sungguh-sungguh pun gaji kita tetap sama. Tapi kalau kita bisnes, lebih kuat kita bersungguh-sungguh, lebih mudah kejayaan kita capai.




Rina pegang dengan kata-kata ini.

Man Jada Wajadda
Siapa bersungguh-sungguh, pasti akan berhasil


Maka, niat paling penting sebelum kita mula sesuatu perniagaan, setkan matlamat yang jelas dan mulakan dengan tindakan yang konsisten. Insyallah pasti akan berhasil. Apabila sudah mula bisnes, jangan sesekali mengalah atau patah balik. Jika kita down dan gagal, tak apa, terus cari ilmu yang betul. Belajar dengan mereka yang betul berjaya dan proven success. Insyallah semuanya baik-baik. 


Akhir Sekali, semoga kisah ini bermanfaat buat anda semua.

Doakan Rina dan Rihura berjaya dunia akhirat. Semoga kami dapat bantu ramai lagi orang diluar sana untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan kejayaan dalam hidup. Terima kasih semua.

*****

Sesiapa yang berminat menjadi sebahagian dari Team Rihura, boleh personally contact Rina.
Klik Whatsapp di sini.

*****

Berminat join Group Whatsapp sembang bisnes? Join Group di Sini. 


Terima kasih sudi baca kisah berhenti kerja bank dan jadi owner bisnes ini. Jom baca juga Persediaan berhenti kerja, Capai 5K Sebulan Dengan Menulis dan Cara Bahagikan Masa Kerja Dan Berbisnes.