RINA ZUL: Hasil carian untuk BISNES
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan BISNES. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan BISNES. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Sabtu, 24 November 2018

7 Sebab Anda Perlu Iklankan Bisnes Di Facebook

1:43 PTG 0
7 Sebab Anda Perlu Iklankan Bisnes Di Facebook
Dizaman yang serba canggih ini, kita semua pasti telah mempunyai gadjet-gadjet seperti android phone, ios phone (pasti anda biasa mendengarnya dengan nama iphone 7, iphone 8 dan sebagainya yang dilengkapi dengan sistem ios) pc tablet, komputer riba dan banyak lagi gadjet-gadjet canggih yang sememangnya mempunyai applikasi Facebook. Jadi tidak hairan la boleh dikatakan 80% rakyat di malaysia ini pasti menghabiskan masa mereka dengan applikasi ini. Jadi bagi mereka yang merupakan pengeluar produk, ataupun pembeli produk, pasti iklan bisnes di facebook ni amat penting kepada anda. Okey, sekarang jom kita ketahui 7 sebab anda perlu iklankan bisnes di facebook.



1. Trend Membeli di Facebook Semakin Ramai

Tahukah anda, dari tahun 2013 sehingga sekarang, ramai pengguna facebook telah menjual produk mereka melalui facebook, sehingga pada tahun ini tak silap saya, facebook telah melancarkan satu “ruang” dimana para pengguna facebook ini boleh melakukan urusan jual beli mereka melalui facebook yang dikenali sebagai “marketplace”.
Contoh “facebook marketplace” yang amat popular pada masa sekarang. Ia juga dilengkapi dengan sistem “kawasan terdekat” yang bagi memudahkan urusan jual beli di facebook.

2. Proses Cepat Diuruskan

Perkara yang paling disukai ramai adalah “fast bussiness” .. Betul tak? Hehe.. saya juga amat menyukai proses jual beli yang amat pantas. Bayangkan dimana ketika anda sedang menonton movie kegemaran di ruang tamu. Anda juga boleh melakukan pekerjaan bisnes anda. Tak percaya ya? Okey, saya akan kongsi sedikit fakta “facebook” dengan korang. Melalui facebook, anda boleh cipta iklan anda dan post di wall atau page facebook anda dalam masa yang cepat. Beribu-ribu pelawat pasti akan mengunjungi page jualan anda dalam masa 2-3 jam sahaja… Fuh… Pantas bukan?


Contoh page iklan di facebook.

Shopify merupakan group iklan jual beli yang amat popular di kalangan pengguna facebook. Hanya cipta iklan dan post, pasti akan dapat ramai pengunjung dalam masa yang singkat.

(Group Shopify Malaysia)


3. Mungkin Bisnes Anda Akan Viral.. Siapa tahu kan?

Dengan adanya butang “share”, “like” serta ruangan komen di facebook, pasti tidak langsung akan membuatkan pengguna lain turut mengetahui tentang bisnes anda. Katakan satu kejiranan anda amat berpuas hati dengan produk anda dan terus “share” kepada pengguna yang lain, pastinya bisnes anda akan cepat tersebar di seluruh tempat dalam masa yang singkat. Betul tak? Mana tahu esok harinya, produk korang dah viral dan mendapat permintaaan yang tinggi.



4. Sistem Demographic Data Yang Lebih Tertumpu dan Memudahkan Pemasaran

Bagi yang ingin menumpukan bisnes mereka kepada individu-indivdu tertentu, cara ini lah yang paling sesuai. Anda tahu tak kenapa? Dengan sistem demographic data ini, anda boleh iklankan produk anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh umur, jantina, tempat tinggal dan banyak lagi. Pilihlah ikut kemahuan anda dalam kesesuaian mempromosikan produk anda. Ia juga dapat mengelakkan dari pengguna bawahan umur membeli produk yang tidak bersesuain dengan umur mereka.



5. Kos Iklan Yang Murah

Tahukah anda Fb ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan yang diciptakan oleh Mark Zuckerberg. Dengan modal serendah RM3 sehari, anda mampu mengiklankanya kepada lebih 1 ribu pengguna dalam masa 1 hari. Jika dibandingkan dengan iklan yang offline yang memakan waktu yang lama, serta risiko keuntungan yang rendah. Melalui Fb Ads, segala pengiklanan pasti dapat diuruskan dengan kos yang rendah. Jadi berterima kasihlah kepada Mark Zuckerberg yang memperkenalkan sistem Fb Ads ini kepada pengguna facebook.

Karikatur Mark Zuckerberg yang telah dilukis oleh peminatnya. Lucu kan?


6. Pasaran Tempatan Yang Semakin Meningkat

Pada tahun 2011, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa pengguna facebook di Malaysia adalah seramai 12 juta lebih pengguna. Cuba anda tengok, berkemungkinan dengan angka ini pasti terdapat prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda. Sekarang pula kita hampir memasuki tahun 2019, pasti angka pengguna di Malaysia adalah lebih tinggi. Mana tau, satu iklan anda di facebook mampu memberikan hasil yang tidak pernah anda bayangkan.



7. Berpotensi Dapat Menjalankan Urusan Bisnes di Seluruh Dunia

Sebagai contoh, anda adalah pengeluar produk kecantikan termurah di dunia lah katakan.. Haha.. Siapa tahu kan? Selepas itu terdapat pengguna-pengguna facebook di luar negara mahu membelinya. Pasti produk anda akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Betul tak? Mana tahu lepas ni, satu produk kecantikkan anda telah menjadi kegilaan para modelling top di dunia.. Kalau rezeki tak kemana kan?


Kesimpulannya.. Iklan bisnes di facebook adalah sangat simple, mudah serta menjimatkan masa. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk iklan-iklan yang anda mahu. Yang penting adalah fokus anda dalam menjalankan bisnes anda melalui facebook. Dalam bisnes adalah menjadi adat jika bisnes anda adakalanya turun naik.. Yang paling penting usaha anda. Betul tak?


NAK COPYWRITING SERENDAH RM5?
Perlukan Ayat Iklan untuk Perniagaan Anda?


Khamis, 30 Mei 2019

KISAH KERJAYA DENGAN PERNIAGAAN AMWAY

1:13 PG 0
KISAH KERJAYA DENGAN PERNIAGAAN AMWAY
Saya adalah seorang graduate 1st class dari Universiti Teknologi Mara dalam fakulti Pengurusan Pejabat.  Saya pernah bekerja dengan sebuah bank dan berhenti kerja apabila umur 25 tahun.  Apa yang berlaku adalah kerana saya inginkan satu perniagaan dan bukannya kerja makan gaji.  Tetapi mama sangat risau dan mahukan saya bekerja supaya mempunyai simpanan epf, pencen dan sebagainya.  Ramai masyarakat kita yang berpendapat sekiranya tidak kerja dengan majikan, tidak makan gaji, maka tiada pendapatan yang kukuh.
Image may contain: 1 person, sitting
Imej via [Usahawan]

Bagi saya, saya amat percaya apa yang diajar dalam agama iaitu 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Cuba bayangkan, 9 rezeki itu datang dari perniagaan sedangkan 1 sahaja daripada bukan perniagaan. Itu menunjukkan rezeki datang dari perniagaan adalah lebih banyak. yang penting, PERNIAGAAN itu bagus dari dasar Agama.  Mengapa perlu risau dan khuatir. Ya, mungkin kerana ibu bapa takut kita hidup susah tiada duit dan sebagainya.  

Tapi pernahkah anda dengar, mereka yang kerja kerajaan akan jadi jutawan? Tak pernah kan.. Mereka yang kerja swasta jadi jutawan?  Tak pernah juga.  Tapi orang yang bisnes sendiri akan jadi jutawan?  Ya. Itu sangat logik, malah sudah ada bukti dan ramai yang telah jadi jutawan.  Paling mudah, Irfan Khairi, Dato Seri Diva, Dato Aliff Syukri dan sebagainya.  Mengapa kita masih pertikaikan?  Anak-anak perlu di buka minda mereka tentang perniagaan seluas-luasnya.  Bukan saja anak-anak, ibu bapa turut perlu buka minda! Sokonglah anak-anak anda untuk memulakan perniagaan.  Doronglah mereka dan sokonglah.
Secara umumnya segala urusan perniagaan bermula dengan mempromosi dan menjual produk. Ilmu menjual ada secara semulajadi dalam setiap individu cumanya ia perlu diasah mengikut kesesuaian agar ia lebih mantap.  Satu cabang mudah untuk mempelajari ilmu perniagaan adalah melalui Jualan Langsung. Ia adalah tempat paling sesuai kerana segala-gala perkara berkaitan produk, latihan, sokongan dan ganjaran telah siap tersedia.  Pendek kata, ianya mempunyai sistem tersendiri yang memberi manfaat kepada kita.
Saya petik dari myamwaybizpress:  Perniagaan seperti Amway meningkat nilainya mengikut masa, bergantung kepada usaha dan komitmen yang seseorang itu berikan. Menariknya, syarikat membenarkan anda memiliki perniagaan tersebut dengan cara menyediakan ganjaran yang luarbiasa sehingga ke peringkat yang ia boleh diwariskan kepada keluarga/waris atau sehingga anda tiada dibumi ini. 
Ini bermakna pemilikan keuntungan perniagaan tersebut adalah hak anda dan berterusan sehingga anda tiada lagi. Sebab itu, apabila memilih syarikat jualan langsung, anda perlu berhati-hati agar ia berbaloi dan tidak sia-sia kemudian hari.
Image result for kerjaya amway

KENAPA SAYA PILIH AMWAY BERBANDING BEKERJA SEBAGAI BANKER?

Berhenti kerja bukanlah pilihan yang bijak bagi orang yang ada komitmen seperti saya.  Loan kereta, kad kredit, ptptn... tapi berhenti kerja untuk memulakan bisnes adalah tindakan ajaib dan serah diri yang saya lakukan.  Serah diri kepada Allah swt.  Kita perlu usaha dan tawakal. Namun, apa yang Dia beri esoknya, itulah kebaikan untuk kita.

Sewaktu saya bekerja makan gaji, gaji 3k tidak mencukupi walaupun hanya guna untuk enjoy dan bayar komitmen.  Kenapa tak cukup? Mungkin ada setengah part tu tidak berkat ke apa ke saya tak tahu..Wallahualam. Sehinggalah bila mana saya sering rasa tak cukup, saya selalu cakap , 'tak sabarnya nak berhenti kerja nak buat bisnes sendiri, insyallah lagilah cukup'... banyak kali sangat saya cakap macamtu. 
Saya percaya jika saya buat perniagaan saya akan lebih dari cukup.  Selepas berhenti kerja , saya berjinak-jinak dengan bisnes makanan, namun keletihan melanda.. saya terfikir, adakah bisnes yang ada pasif income? kalau bisnes sendiri macam restoran, kedai dan sebagainya, kalau kita tutup kedai kita pun tak untung. Dan beberapa hari kemudian, kuasa Allah temukan saya dengan bisnes yang  saya tidak tahu bisnes apa.. 
Rupa-rupanya ianya salah satu produk Amway.  Dan apa yang menariknya, pendapatan yang diberikan bukan hanya seperti syarikat jualan langsung yang lain, malah kita juga ada pendapatan royalti atau macam pencen yang kita dapat tiap-tiap bulan walaupun kita sudah tua dan tidak buat kerja.  Untuk itu, permulaannya kita perlu belajar dan berusaha sedikit untuk berjaya.

Mana ada bisnes yang masuk ,terus berjaya.  Carilah satu dunia ni.  Memang tak ada. Sebenarnya semua kena buat kerja sikit. Taja orang, jual barang, promot dan macam-macam lagi. Betul tak? Kalau nak juga yang tak buat apa-apa tapi boleh kaya, ada ... tapi bukan bisnes. Itu ialah skim cepat kaya. Sebab itu yang selalu kena tipu dengan skim cepat kaya ni melayu. Sebab malas. Malas nak berusaha. Nak cari pula bisnes yang tak perlu buat apa-apa dapat duit, memang takla. Dah tahu mcm tu, kita kena la bijak. Amway akan bagi tiap-tiap bulan pendapatan tetap setelah kita berusaha dulu pada awalnya.  Bukan cari orang k.. Ini lebih kepada kumpul point. Sebab tu kena belajar dulu.  Sangat-sangat mudah. Bila saya belajar ni, Hari-hari akan fikir positif dan fikir kejayaan. 
Selain itu, kosnya murah (RM95) untuk memulakannya dan risikonya adalah rendah kerana anda tidak perlu mempunyai stok yang perlu disimpan. Kedai Amway terdapat di serata negeri dari Alor Setar hingga ke Sabah yang membolehkan stok di dapati dengan mudah.
Ganjaran kewangan pula berperingkat-peringkat mengikut prestasi anda. Terdapat banyak cara untuk anda mendapat keuntungan. Dan semua cara itu sebenarnya langsung tidak menekan anda dan anda boleh melakukannya secara santai juga.
Jika anda ingin meluaskan perniagaan ini ke peringkat antarabangsa juga tiada halangan, Amway terdapat di lebih 80 negara di dunia. Anda hanya perlu buka cawangan baru di negara tersebut dengan menaja rakyat negara tersebut.
Imej via [code-brew]

Perniagaan ini juga adalah trend semasa dalam perniagaan. Seramai tiga puluh juta orang di seluruh dunia terbabit dalam jualan langsung, sebuah industri yang bernilai $82 bilion. Apabila orang menjadi lebih sibuk, mereka mencari cara untuk menjimatkan masa melakukan tugas rutin, seperti membeli-belah untuk keperluan setiap hari.
Jualan langsung memenuhi keperluan ini dengan baik, kerana produk Amway boleh dihantar ke pintu mereka. Selain itu, Amway adalah satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia dan mempunyai sejarah kejayaan selama lebih 54 tahun.
Kepelbagaian produk yang terdapat dalam Amway juga boleh membantu anda mendapat ramai jenis pelanggan. Terdapat makanan nutrisi  untuk mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat produk kecantikan untuk wanita, alat-alat penjagaan rumah dari bahan pencuci hingga ke alat teknologi tinggi seperi penulin air dan penulin udara. Pelbagai jenis makanan sehingga untuk kegunaan jamuan Hari Raya juga ada disediakan.
Peluang kejayaan adalah sama rata. Tidak kira samada anda ada sijil atau ijazah atau setakat sekolah rendah, tua atau muda, peluang untuk berjaya adalah sama rata bergantung kepada usaha dan komitment yang diberikan. 
Untuk berjaya, anda perlu menjadi contoh pengguna yang baik dan sentiasa mahu maju dengan menghadiri setiap mesyuarat atau latihan kepimpinan yang disediakan agar anda mempunyai ilmu dalam perniagaan ini.
Rakan-rakan peniaga yang lain sentiasa boleh membantu anda.
Bagi mereka yang ingin mempelajari lebih tentang Amway dan bagaimana kerjaya dengan Amway, anda boleh hubungi saya di wasap.my/60105012717/NakTahuTentangAmway

Isnin, 23 November 2020

Jangan Takut Mulakan Bisnes Kecil-Kecilan

11:22 PTG 0
Jangan Takut Mulakan Bisnes Kecil-Kecilan

Macam-macam perasaan akan timbul bila kita baru nak mula berniaga. Percaya atau tidak, jika kita tak mampu kawal perasaan ini, sukar untuk bisnes kita bertahan lama. Tapi jika kita mampu handle, pastinya kita akan berjaya dalam perniagaan, apa jua perniagaan yang kita ceburi.

Penting sekali adalah mental, emosi atau perasaan kita ni. Nak mula bisnes, pertama mestilah kita kena minat sebab kita perlu beri komitmen. Kalau kita buat secara terpaksa, agak sukar mengecapi kejayaaan dengan mudah. Itu tak kira lagi betapa banyaknya cabaran yang menanti kita di hadapan nanti.

mula bisnes kecil kecilan


Kedua, kita kena berani. Kalau kita takut nak mula, sebab takut gagal. Itu takkan ke mana. Sebab belum bermula jer kita dah takut. Tu sangat bahaya. 

Seterusnya, kalau nak berbisnes jangan malu. Jangan sesekali malu. Kenapa perlu malu? Malu sebab orang nampak? Sebab orang nampak kita expose sangat? Sebab orang ingat kita nak suruh mereka membeli? Salah semua tu. 

Sebenarnya konsepnya begini.


Perkara Penting Sebelum Mula Berniaga


Tak perlu takut untuk bermula, tak perlu malu dan tak perlu risau. Untuk memulakan perniagaan, apakah tujuan dan niat kita. Benda tu perlu ada supaya dengan adanya niat dan tujuan atau objektif, kita akan mempunyai visi dan misi. 

Sebab nak bisnes pun ada caranya. Kadang kala kita rasa tak suka bisnes sebab kita benda orang yang menjual dengan kita asyik nak suruh beli dan paksa beli jer. Sebenarnya cara itu tidak profesional. Sebabnya marketing yang betul adalah buat orang nampak dan tercari-cari akan produk kita.

Bukan hanya menjual jual dan jual. Oleh itu, pentingnya content dalam marketing yang betul. Perlu kita belajar ilmu bisnes yang betul. 

Untuk berjaya, jangan takut bermula. Once sudah bermula, jangan sesekali berhenti. Perlulah bertindak dengan lebih fokus dan konsisten. Kalau kita cuba 7 kali dan gagal, bangunlah untuk kali ke 8.



Apa yang perlu anda buat sekarang adalah mula buat tindakan. 

Nak bertindak bagaimana? Mintalah petunjuk dan istikarah untuk permulaan apapun yang ingin kita lakukan termasuklah perniagaan. Oh ya, bab istikarah ni bukanlah niat nak pilihan nak bisnes atau tak, tetapi niatkan untuk minta Allah lorongkan jalan terbaik dan petunjuk sepanjang perjalanan kita berniaga.

Akhir kata, semoga dipermudahkan urusan anda semua.

Assalamualaikum Wbt.

Isnin, 16 November 2020

3 Tips Urus Bisnes Ketika PKP

8:36 PTG 0
3 Tips Urus Bisnes Ketika PKP

Ramai terkesan akibat pandemik Covid19 terutamanya bagi golongan bisnes, tapi jangan risau. Jika anda berbisnes, jom ikuti tips urus bisnes ketika PKP ini.


Penting untuk kita lakukan beberapa perkara ini sekiranya kita seorang peniaga atau online seller sekalipun. Sedikit sebanyak ia akan membantu kita menguruskan bisnes masing-masing. 

tips urus bisnes ketika pkp


1. Sentiasa Up-To-Date Dengan Berita / Program / Maklumat Berkaitan

Peniaga juga perlu ambil tahu akan maklumat yang berkaitan covid atau keadaan negara Malaysia. Bukan sahaja anda inginkan bantuan kerajaan semata-mata, jangan fikir sebegitu. Penting anda up-to-date dengan berita atau maklumat negara berkaitan ekonomi supaya dapat membuat persediaan lebih awal.


Sebagai contoh, jika anda sendiri mengambil tahu apa yang terjadi, anda juga boleh predict kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai contoh, kes meningkat, jadi kemungkinan PKP diteruskan. Jadi, anda boleh terus buat persediaan terhadap bisnes anda apa akan berlaku jika PKP berlaku.


2.  Kemaskini Penyata Kewangan

Untuk sustain perniagaan kita, penting untuk kita urus cash flow dengan bijak. Akaun company tidak boleh diabaikan dan jangan sesekali terleka kerana keadaan sekarang. Jika kita sering kemaskini penyata kewangan, kita akan tahu apa yang penting untuk kita buat supaya dapat meningkatkan duit masuk syarikat.


3. Lakukan Pemeriksaan Kewangan Dalam Perniagaan

Buat analisis, cashflow, gaji untuk diri sendiri, staff dan lain-lain lagi kos yang terlibat. Kena ambil tahu, buat analisis dan pastikan anda mempunyai plan yang terbaik untuk menambah baik kewangan perniagaan anda.


3 Perkara ini penting untuk kita lakukan bagi memastikan perniagaan kita sustain dan masih kukuh tanpa terjejas pada musim covid ini. Kurangkan kos atau duit keluar, lebihkan buat duit masuk. Periksa wang setiap hari dan pastikan bisnes anda masih utuh. Susun atur perniagaan anda dengan baik beserta kewangan perniagaan anda. Jika ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan betul, insyallah bisnes akan berjaya walaupun masih PKP.

Sabtu, 15 Ogos 2020

Cara Dan Kelebihan Buat Bisnes Dropship

12:45 PTG 3
Cara Dan Kelebihan Buat Bisnes Dropship

Tahukah anda apa maksud bisnes dropship? Dropship merupakan salah satu cara untuk mendapatkan wang daripada pembekal produk dengan mudah tanpa banyak benda yang kita perlu buat. Caranya adalah dengan mendapatkan pelanggan daripada rumah atau dimana sahaja tempat anda berada dan kemudiannya memberitahu maklumat pelanggan kepada pembekal produk. 


Anda tak perlu post barang, cukuplah promote barang dan dapatkan pelanggan sahaja.


Biasanya para dropship ini tidak memerlukan stok barangan simpanan di rumah mereka. Mereka juga tidak memerlukan untuk membungkus ataupun mengepos produk. Apa yang mereka perlu hanyalah melaporkan segala butiran maklumat pelanggan kepada pembekal produk macam yang kita perkatakan tadi.


Kini, menjadi dropship sangat cukup mudah. Kita hanya perlu mencari pembekal produk dan mendaftarkan diri sebagai dropshipper produk mereka. Dari segi pendaftaran dropship pula biasanya tidak dikenakan sebarang caj dan percuma. Namun, setiap syarikat biasanya meletakkan syarat-syarat yang berbeza.


Cara Memulakan Karier Sebagai Dropship


Sebelum anda memulakan karier sebagai seorang dropship, anda harus ketahui cara-cara yang amat menguntungkan dropship. Ini adalah cara-caranya:-




1. Cari Pembekal Yang Ada Kredibiliti


Untuk menentukan kejayaan dropshipper biasanya peranan tersebut dimainkan oleh pembekal. Sekiranya pembekal mempunyai kredibiliti yang baik, maka dropshipper juga bakal mendapatkan keuntungan juga.


Jika pembekal mempunyai masalah dari segi mendapatkan stok ataupun barangan, dropshipper juga akan terkena tempiasnya. Jadi, pastikan anda bijak dalam mencari pembekal yang berkredibiliti tinggi.


2. Perlu konsisten


Cara dan kelebihan buat bisnes dropship juga adalah kita harus konsisten dan fokus pada tujuan utama anda. Nak lagi mantap, pilih hanya dua hingga tiga produk dropship sahaja. Pasti ianya akan mudah diuruskan. Fokus dan konsisten promote sahaja kuncinya.


3. Atur Strategi Pemasaran


Nak lagi menguntungkan, kita harus memasarkan produk-produk di media sosial, blog dan juga di website. Ianya untuk menarik pembeli bagi membeli produk yang diiklankan. Makin ramai pembeli, maka makin banyak wang yang akan kita dapat daripada supplier produk tersebut.


Kelebihan Buat Bisnes Dropship


Tahukah anda, dengan membuat bisnes dropship ini juga terdapat banyak kelebihannya. Paling utama adalah dengan menjadi dropship, anda tidak perlu pening kepala untuk menguruskan stok produk. Tugas anda hanyalah mempromosi produk tersebut sehingga ianya terjual dengan banyak.


Selain itu, risiko juga sangat rendah. Ianya kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya barangan tersebut tidak laku ataupun tidak terjual.


Menjadi dropship juga membuatkan anda bebas bekerja di mana sahaja tanpa perlu memikirkan tapak niaga. Sambil mengasuh anak pun boleh buat bisnes dropship ini juga tau!


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang dropship tidaklah terlalu susah. Anda hanya memerlukan usaha yang gigih untuk mempromosikan sesuatu produk. Kejayaan palling best Dropship adalah apabila mendapat pelanggan, dapat komisen dan dapat rileks tanpa perlu pergi pejabat post, bungkus barang dan lain-lain. Mudah dan seronok sangat kan!


JOM JADI DROPSHIP RIHURA SEKARANG!


Pengambilan Dropship Rihura bagi produk Kurma Ajwa Asli Madinah telah dibuka. Jika ada antara anda yang berminat untuk menjadi Dropship Rihura, sila klik Gambar di bawah untuk kami bantu.








Sabtu, 29 Disember 2018

SUZY BERSARA AWAL SEBAB NAK JUAL HERBA | INSPIRASI

4:51 PTG 0
SUZY BERSARA AWAL SEBAB NAK JUAL HERBA | INSPIRASI
Dulu kontraktor Oil & Gas, sekarang jadi bidan herba pulak..
Itulah transisi hidup yg dialami oleh Suzimah Hazish, 44 tahun yg merupakan founder kepada SuzyHoney Herbs yg berasal dari Kemaman, Terengganu.
Bila dengar nama brand SuzyHoney Herbs, mesti kita dah boleh agak produk ni berasaskan bahan2 semulajadi kan?
Haaa kalau nak tau, walaupun dia ni dah level CEO tapi dia lah yg keluar masuk hutan mencari dan mengkaji herba2 dan tumbuhan hutan ni semua… bukan takat tu je, dia siap berguru dgn bidan2 dan orang asli tempatan untuk belajar sendiri ilmu2 perbidanan dan perubatan herba ni.
PERMULAAN BISNES
Suzimah atau nama manjanya Suzy ni asalnya merupakan seorang kontraktor oil & gas. Kalau nak ikutkan, dgn pekerjaannya sbg kontraktor ni dia dah boleh hidup selesa… tapi, dia ambil keputusan untuk bersara awal dan ceburi bidang bisnes.
Dia memilih produk kecantikan & kesihatan yg berasaskan herba kerana mmg sejak turun-menurun dari nenek moyang lagi keluarganya telah mengamalkan perubatan herba.
Tapi, sebenarnya bisnes ni tak rancang pun… dulu, waktu sebelum bersara tu dia rajin share tips2 tentang khasiat herba dan perubatan tradisional di fb personalnya. So, pada tahun 2015, timbul lah idea untuk buat bisnes berasaskan herba ni.
Alhamdulillah produknya mendapat sambutan diluar jangkaan… dan dia pun mula lah rekrut agent.
Namun perjalanan bisnesnya tidaklah semudah yg disangka.
Tanpa pengetahuan yg mendalam mengenai sistem pengurusan agent serta kemahiran komunikasinya, sedikit sebanyak menyukarkannya untuk menguruskan agent2nya.
Yelah, dulu kan kerja kontraktor dok ofis dan site je… jadi dari segi komunikasi pun terbatas dalam hal2 berkaitan kerja je. Tapi, bila nak kena uruskan agent2 ni, fuhhhh mmg satu cabaran lah kan.
NAK ‘AJAR’ NETIZEN
Bila buat bisnes produk kecantikan & kesihatan yg berasaskan herba ni, ternyata ia sememangnya sukar. Dgn waktu tu, brandnya baru nak naik. Jadi, ramai yg skeptikal dan tak menyokong bisnesnya termasuklah dgn kengkawan yg pernah kerja 1 ofis dulu.
Ditambah pulak dgn segelintir netizen yg masih kurang pengetahuan mengenai ilmu2 perubatan tradisional, jadi dia ‘terpanggil’ dan rasa bertanggungjawab untuk ‘ajar’ netizen2 ni semua tentang apa itu perubatan berasaskan herba…
Ini membuatkan dia semakin berusaha untuk menaikkan lagi bisnesnya disamping berkongsi ilmu2 mengenai perbidanaan dan herba.
Dia percaya, semakin banyak ilmu pengetahuan yg dikongsi, semakin banyak pemahaman yg boleh disampaikan kepada netizen.
MULA MENCARI GURU
Pada Ogos 2017, dia memulakan langkah untuk berguru… bermula dengan seminar 1 hari, dia sambung pula dgn sesi berguru selama 1 tahun. 
Dari situ, macam2 yg dia belajar antaranya ilmu2 marketing, copywriting dan yg paling penting ialah ilmu rekrut agent! Ya, mmg itulah ilmu yg dicarinya selama ni…
Kalau sebelum ni, dia rekrut agent tanpa tahu sepenuhnya sistem pengurusan agent, kini dia dah mampu wujudkan satu sistem pengurusan agent yg lebih tersusun. 
Dari segi skill komunikasi juga, dia semakin mahir dalam berkomunikasi yg seterusnya membantunya untuk mengukuhkan lagi jenama SuzyHoney Herbs.
Sebelum berguru tu, salesnya 5 angka je tapi lepas berguru salesnya naik 6 kali ganda sampai cecah 6 angka! Kalau nak tau, sales yg dicapainya ini menggunakan kos marketing yg tersangatlah minimum…
Bayangkan kalau dulu produknya ada 1 2 jenis je tapi sekarang Suzy Honey herbs dah mampu keluarkan 80 jenis produk!
MULA LEBARKAN SAYAP
Oleh kerana pencapaiannya yg semakin meningkat naik, banyak rezeki2 lain yg turut ‘menyinggah’. Terkini, dia terpilih sebagai satu-satunya usahawan bumiputera untuk bekerjasama di Ladang Herba Bersepadu di Kg Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu…
Hasil dari kerjasama itu, dia juga diberi kepercayaan serta ditawarkan untuk membangunkan Eco Resort bagi menjadikan ladang herba tersebut sebagai pusat herba dan pelancongan.
Di samping itu, selain daripada ilmu2 bisnes dan marketing, dia juga semakin giat menuntut ilmu secara formal. 
Dia banyak menyertai seminar2 perubatan melayu dan perbidanan. Terkini, dia baru sahaja mendapat sijil usahawan herba dan dalam proses untuk mendapatkan sijil perbidanan melayu.
Baginya, walaupun bisnesnya semakin naik, ilmu2 dan pendidikan formal mengenai perubatan herba dan perbidanan ni perlu sentiasa di upgrade.
‘SECRET WEAPON’ YANG DIGUNAKAN
#1 ZERO COST MARKETING 
Strategi marketing ini merupakan strategi yg paling jimat sekali sbb tak perlukan kos! Konsep ini boleh dilakukan melalui perkongsian content marketing…
Antara content2 yg dia rajin kongsikan adalah post berbentuk tips, testimoni dan perkongsian khasiat2 herba. Hanya melalui perkongsian content sahaja, dia dah boleh convert kepada sales. Power kan?
#2 REKRUT AGENT
Dia menggunakan teknik rekrut agent bagi meningkatkan sales dan mengurangkan kos marketing HQ. Tapi, bila agent dah ramai, macam mana nak pastikan mereka setia?
Antara cara untuk buatkan agent2 SuzyHoney Herbs setia adalah dgn cara personal engagement di group WhatsApp khas agent. Dia akan sentiasa engage dan memberi motivasi kepada agent2nya supaya hubungan mereka lebih rapat.
#3 COPYWRITING
Dia banyak menggunakan copywriting jenis problem yg mana dia akan highlightkan masalah2 yg sering audiens hadapi dan dia akan berikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Antara contoh copywriting yg digunakan adalah,
“Sebelum ni badan selalu rasa sengal-sengal. Bisa urat sana-sini. Lemau jer tak cergas. Tapi bila pakai krim barut herba ni laju angin keluar. Ringan plak rasa badan…”
#4 BRAND AWARENESS
Dia ada naikkan billboard di sekitar KL bagi meningkatkan brand awareness. Melalui billboard ini juga, ia berupaya meningkatkan trust dalam kalangan prospek dan agent.
#5 INTEGRATED MARKETING
Disamping menggunakan platform facebook, dia juga ada menggunakan medium online lain seperti websites dan instagram. Baginya, zaman era digital 4.0 ni, semua platform media sosial perlu dimanfaatkan dan tak hanya bergantung kepada 1 platform sahaja.
Akan datang, untuk tahun 2019… 
Dia dalam perancangan untuk terlibat dlm Roadtour 1 Malaysia yg menggabungkan Matrade, SME dan kumpulan usahawan bagi program “Expo HOPE”. Selain itu, dia akan merekrut lebih ramai lagi agent dan stokis bagi membantu menaikkan ekonomi usahawan tempatan…
Tidak ketinggalan, dia juga akan mengadakan seminar mengenai perubatan herba dan perbidanan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kebaikan herba.

Amacam? Terinspirasi tak dengan kisah Suzy ini?

Isnin, 20 Januari 2020

APLIKASI FINGO - Jana Pendapatan Dengan Fingo | Buat Duit Cepat Gila!

12:52 PG 1
APLIKASI FINGO - Jana Pendapatan Dengan Fingo | Buat Duit Cepat Gila!


Ramai yang mencari-cari cara untuk menjana pendapatan mudah dan pantas, paling penting senang buat duit.  Zaman 2020 ni, tak perlu dah nak buat sales, jual barang, post barang dan lain-lain lagi. Hanya buka aplikasi dan shopping pun boleh dapat duit.  Selain shopping, banyak lagi cara buat duit yang boleh anda aplikasikan. Tup Tup, wang sudah masuk ke akaun anda. Masha-Allah Seronoknya!


Pernah dengar aplikasi Fingo? Pasti anda tak sangka rupa-rupanya dunia 2020 ini sudah maju dengan adanya Fingo! Tak pa kalau tak ada kereta terbang. Tetapi Fingo ada! Dengan fingo, duit takkan terbang. Wauuu, cayalah. 

DAFTAR DI SINI

Imej yang berkaitan



Apa Itu Fingo? - Aplikasi Fingo



Jika anda mengenali apa itu Shopee dan Lazada, begitu jugalah dengan Fingo. Ia adalah salah satu aplikasi eHyper Mart iaitu laman website atau kedai jualan online terbesar khas untuk anda dan masyarakat membeli belah serta ia menawarkan keistimewaan yang takkan anda temui pada aplikasi shopping online yang lain. 


Apa keistimewaan Fingo berbanding Lazada dan Shopee? Ha, tunggu jap.


Sebelum tu, nak bagitau ni..
Imej yang berkaitan


Fingo ini telah dilancarkan permulaannya di Singapura, Malaysia, Vietnam, China dan ia bakal berkembang ke seluruh negara tak lama lagi.  Laman website platform shopping online ini mempunyai banyak kelebihan berbanding platform shopping yang lain dari segi harga barang yang boleh anda shopping dari Fingo, Seller yang terdiri daripada pelbagai kilang di seluruh dunia, beribu-ribu produk boleh anda temui di Fingo dan banyak lagi. 


Paling tak sabar adalah bagaimana dengan cara daftar dan duduk saja, anda boleh jana pendapatan bersama Fingo! Bukan sahaja shopping dapat duit, tapi anda boleh jana pendapatan dengan Fingo melalui pelbagai cara. 


Hasil carian imej untuk beza fingo

Apa Perbezaan Fingo Berbanding Platform Shopping Online Yang Lain?


#1 Pelbagai Produk

Fingo menyediakan pelbagai produk keperluan harian dengan harga yang sangat murah kerana barang jualannya juga adalah direct dari kilang. Sudah tentulah murah sangat! Jangan terkejut, ia terdiri daripada lebih 50,000 rangkaian jenis produk. 

#2 Supplier / Pembekal Termurah Untuk Bisnes / Borong


Boleh beli barang untuk perniagaan atau aset bisnes di Fingo kerana amat murah, berbaloi dan berkualiti. Secara automatiknya, anda telah temui supplier termurah anda. Jika beli di Lazada dan Shopee, anda takkan dapat harga borong sebegini walaupun beli 1 unit sahaja di Fingo.

#3 Harga Dan Barang Dari Kilang

Penjual / Seller di Fingo ini terdiri daripada pelbagai kilang-kilang besar di China, Malaysia dan juga seluruh dunia. Ia bermaksud harga ditawarkan juga adalah harga dari kilang. Memang murah dan berbaloi. Berbeza dengan Shopee dan Lazada dimana seller mereka adalah dari pengguna (user) itu sendiri. Oleh itu, barangan Fingo lebih murah dari Shopee dan Lazada.

#4 Tiada Minimum Pembelian


Walaupun membeli hanya 1 unit barangan sahaja, harganya tetap murah serendah harga dari kilang.  Produk adalah dari pengeluar terus ke tangan pengguna tanpa orang tengah atau ejen-ejen.

DAFTAR DI SINI

Hasil carian imej untuk beza fingo


#5 Peluang Perniagaan Untuk Anda 

Sesuai dijadikan produk perniagaan bagi anda yang ingin memulakan bisnes. Beli barang di sini dengan harga superb murah, kemudian jual semula secara offline ataupun redesign untuk dijadikan jenama anda. Fingo merupakan tempat shopping online murah untuk anda dapatkan harga borong.

#6 Jana Pendapatan Dengan Fingo Dari Pelbagai Cara


Kalau dengan platform shopping lain, anda cuma keluar duit beli barang. Tapi dengan Fingo, anda boleh jana pendapatan dan dapat duit dengan pelbagai cara yang mudah sehingga anda sendiri tak pernah terfikir. Pendek kata, shopping dapat duit balik. Siap dapat duit lebih lagi pula tu.

#7 Mudah Dapat Duit


Memudahkan anda untuk dapat duit poket secara mudah dan senang dengan hanya berkongsi bersama kawan-kawan, keluarga, followers dan sesiapa sahaja.  Mereka hanya masuk daftar di fingo atau membeli barang, anda juga terima pendapatan anda.


Selain itu, terdapat banyak lagi cara buat duit dengan Fingo yang boleh anda lakukan selepas daftar dan masuk laman website Fingo.  Banyak sangat cara jana pendapatan dengan fingo. Teruskan membaca sehingga ke bawah.
Imej yang berkaitan


#8 Memberi Peluang Jana Pendapatan


Beberapa sistem pendapatan telah dibina di Fingo yang membolehkan anda menyertainya dengan mudah. Antaranya adalah Affiliate Marketing yang membolehkan anda cash out setiap minggu. Jana pendapatan dengan Fingo takkan membuatkan anda sesak dan kurang wang setiap hujung bulan.

#9 Aplikasi User Friendly


Fingo juga menyediakan web replika untuk sesiapa sahaja yang berminat menjalankan perniagaan bersama Fingo biarpun secara santai. Jangan kata hanya shopping dapat duit, tetapi nak buat bisnes dengan Fingo pun diberi panduan dan bahan.

DAFTAR DI SINI

Sebab Anda Wajib Shopping Di FINGO | Kelebihan Shopping di Fingo

Hasil carian imej untuk fingo
  • Harga super duper murah walaupun beli barang kuantiti yang banyak dan dari luar negara.
  • Jaminan 30 hari selepas barang diterima.
  • Bukan calang-calang kualiti barang yang dijual. Semuanya amat berkualiti sekali kerana ia telah melalui tapisan dan saringan.  Kebanyakan barang juga merupakan barang laris dari Taobao, Tmall di China.
  • Tidak perlu risau untuk beli barangan elektrik kerana ia dijamin keselamatan dan anda akan mendapat warranty dari Fingo.
  • Untuk produk kosmetik dan skin care, hanya barangan original yang dijual di Fingo.  Boleh didapati di Tmall.
  • Sangat menguntungkan kerana caj postage yang dikenakan tidak bergantung kepada berat barang atau kuantiti untuk dihantar ke seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).
  • Dijamin tiada masalah seperti tersalah barang, kualiti barang dan lain-lain lagi.
  • Customer servis Fingo bertindak pantas menjawab pertanyaan dan membantu masalah anda.
  • Berpeluang menjadi usahawan Fingo dengan mudah hanya berada di rumah dan menjana pendapatan tambahan.


Cara Jana Pendapatan Dengan Fingo | Keuntungan Yang Anda Terima Dari FINGO


Hasil carian imej untuk fingo make money


  • Shopping dengan fingo, akan automatik dapat RM 5 Voucher. Jadi, anda sudah jimat RM 5 di situ. Kan dah kata, shopping dapat duit, tetapi ada cash back lagi.
  • Terdapat sistem Cash Back 10% yang menarik dimana anda bayar kurang dari apa yang anda beli.
  • Menerima wang tunai atau komisen setiap kali anda mengajak kawan-kawan daftar atau memperkenalkan Fingo kepada mereka. Bukan sahaja kawan-kawan, letak link Fingo anda di Facebook, Twitter dan sebagainya, orang klik dan daftar pun, anda sudah menerima keuntungan. (Sistem Affiliate dengan adanya link untuk dikongsikan sahaja tanpa berbuat apa-apa yang sukar).
  • Menerima komisen sebanyak 10%, 14% atau 15.6% dari pembelian seluruh Shopper (SH) yang anda diperkenalkan – ia juga akan bergantung kepada pencapaian semasa anda..
  • Menerima RM50, RM100 atau RM135 dalam program member get member untuk meramaikan Preferred Shopper dalam Fingo ini dan juga bergantung kepada pencapaian semasa anda.
  • Boleh dijadikan seperti bisnes sendiri, target market yang besar iaitu seluruh pengguna internet yang mencecah Billion pengguna.
  • Aktiviti mudah setiap hari iaitu dengan berkongsi atau mempromosikan link sahaja. Anda sendiri takkan sangka betapa ramai klik link Fingo anda untuk terus daftar untuk shopping dengan Fingo. Berapa ramai yang shopping di Fingo, anda terima lagi komisen. Wah, banyaknya pendapatan boleh anda jana di sini!
  • Jana pendapatan dengan Fingo amat mudah dengan keuntungan RM 500, RM1,000, RM3,000, RM 5,000 dalam masa sehari.
  • Boleh lakukan bila-bila masa di rumah (Part time atau Full time) dengan hanya menggunakan handphone atau laptop, hanya mengakses facebook dan lain-lain yang anda mahukan.
  • Tidak perlu pegang produk, beli stok dan post barang bisnes. Mudah sangat konsep jana pendapatan dengan Fingo ni, hanya perlu ada handphone dan internet.
  • Anda adalah boss bagi perniagaan ini. Pendek kata, ia adalah perniagaan anda sendiri.

DAFTAR DI SINI

Hasil carian imej untuk fingo make money

Adakah Fingo Sah, Halal Dan Benar? 

Imej yang berkaitan

Ya, Fingo sah, halal dan benar. Ia bukanlah sebuah penipuan, scammer ataupun MLM. Ia setanding dengan platform shopping online antarabangsa seperti Lazada dan Shopee.  Fingo juga adalah platform e-dagang yang telah disasarkan dalam kalangan 3 terbaik di Malaysia dan tempoh tahun-tahun yang akan datang.

Dengan keistimewaan yang menyeluruh dengan pelbagai produk dan peluang keusahawanan di Malaysia, Fingo amat bermanfaat daripada platform e-dagang yang lain. Ia turut menghubungkan S2B2C iaitu (pembekal kepada perniagaan kepada pengguna). Dengan itu, anda dapat jana pendapatan dengan Fingo secara profesional.



Langkah-Langkah Bermula Dengan Aplikasi Fingo


Hasil carian imej untuk playstore fingo


1. Klik laman website Fingo di sini dan daftar.
2. Tekan Sign Up.
3. Masukkan Nombor telefon bimbit anda dan tekan send code.
4. Masukkan code dan cipta password untuk Aplikasi Fingo anda.
5. Tekan butang Submit setelah mengisi password anda.
6. Selesai. Tetapi anda perlu ikuti langkah seterusnya.
7. Download Aplikasi Fingo dari playstore boleh klik di sini untuk download di playstore. 
8. Login menggunakan nombor telefon bimbit dan password anda tadi di dalam aplikasi Fingo.
9. Anda boleh menerokai sistem aplikasi Fingo dengan melihat pelbagai barangan jualan, link yang diberi untuk anda promosikan dan lain-lain lagi. 
10. Belajar cara jana pendapatan dengan Fingo dan aplikasikannya segera!






Ada apa-apa masalah sepanjang melakukan step-step di atas? Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan ataupun ingin mempelajari cara jana pendapatan dengan Fingo, boleh hubungi terus kepada Encik Sufian, Pakar Fingo anda di Wasap. Klik Wasap di bawah untuk pertanyaan:

Klik Wasap Di Sini
Klik Wasap Di Sini
Klik Wasap Di Sini