Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan agama. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan agama. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

5 Orang Kuat Menentang Rasulullah SAW Ketika Islam Bermula

6:48 PTG 0
Setiap Nabi yang diutuskan pasti mempunyai musuh dan penentang. Sudah menjadi lumrah bahawa kebenaran pasti tidak disukai. Namun, ramai yang jahiliah ketika itu dimana mereka tidak tahu dan tidak percaya akan kebenaran.

Rasulullah SAW juga tidak terkecuali daripada musuh. Berikut adalah 5 orang kuat menentang Rasulullah s.a.w ketika Islam bermula. Semoga semua ini menjadi iktibar buat anda.

Hasil carian imej untuk musuh nabi

1. Abu Jahal 


Nama sebenarnya adalah Amr bin Hisyam bin Mughirah. Dia adalah pembesar Quraisy dari suku Kinanah. Di awal permulaan Islam dia telah membunuh Sumayyah dengan tombak. Abu Jahal selalu mencerca dan menyakiti Nabi SAW. Dia jugalah yang mencadangkan untuk membunuh nabi di malam sebelum hijrah.


2. Abu Lahab


Nama sebenar Abu Lahab adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib. Dia digelar Lahab dengab maksud menyala-nyala. Oleh kerana kelancangannya dengan Nabi SAW, Allah SAW menurunkan surah khusus mencela Abu Lahab. Ancaman azab neraka ditujukan kepada Abu Lahab dan isterinya. 


3. Abu Sufyan Bin Harb


Nama sebenarnya adalah Sakhar bin Harb bin Umaiah. Dia termasuk musuh nombor satu ketika awal Islam. Antara peperangan yang sempat dipimpin oleh Abu Sufyan adalah peperangan Uhud dan Khandak.

Dia juga pernah menyertai bersama beberapa pemuka Quraisy untuk meminta Abu Talib menyerahkan Nabi Muhammad SAW. Setelah peristiwa penaklukan Mekah dia mendapat hidayah untuk memeluk Islam.


4. Umaiyah Bin Khalaf


Umayyah bin Khalaf bin Safwan merupakan ketua kaum Bani Jumah. Dialah yang telah menyiksa Bilal Bin Rabbah kerana telah memeluk Islam. Isk isk! sungguh menyayat hati. Beliau menyiksa Bilal kerana Bilal adalah hambanya ketika itu.

Namun tahukah anda, Umayyah mati dengan ngeri sekali ketika perang Badar? Allah SWT telah menurunkan ayat Al Quran mencela dan mengancam Umayyah dengan neraka.


5. Ubay Bin Khalaf


Ubay Bin Khalaf gemar mengejek dan menghina Nabi Muhammad SAW dengan kata-katanya. Sehinggakan Allah menurunkan Surah Humazah untuk mecelanya.

Rasulullah melempar tombak dan terkena leher Ubay ketika perang umUhud. Akibatnya dia mati ketika pulang dari peperangan Uhud. 

Hasil carian imej untuk musuh nabi

Demikianlah beberapa musuh diawal penyebaran Islam. Seberapa hebatnya asakan daripada musuh-musuh Islam, namun orang-orang mukmin tidak pernah mengalah menyebarkan agama ini. Pertolongan Allahlah yang mengagalkan usaha jahat mereka.

Allah SWT berfirman:

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."
(QS. As-Saff 61: Ayat 8)

5 Sahabat Baik Rasulullah SAW Terawal Masuk Islam

3:46 PTG 0

Generasi sahabat adalah generasi yang mulia selepas para anbiya. Hal ini kerana mereka berjuang bersama Nabi SAW untuk menyebarkan agama. Namun, pada awal penyebaran islam mereka menghadapi tentangan yang cukup hebat.

Al Quran menyifatkan sahabat-sahabat yang terawal memeluk Islam sebagai Assabiqun Al Awwalun.  Sehinggakan kebanyakan daripada mereka telah dijanjikan Syurga. Mereka juga lah yang meneruskan dakwah Rasulullah SAW sehinggalah zaman berganti zaman. Dan kini, kitalah generasi yang seterusnya.

Walau apapun, nama sahabat-sahabat Nabi SAW yang terawal telah tercatat dalam Sejarah bermulanya Islam. Berikut adalah 5 sahabat baik Rasulullah SAW terawal masuk Islam.



1. Abu Bakar As Siddiq



Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Abi Quhafah. Abu Bakar merupakan orang pertama selepas isteri Nabi SAW memeluk Islam. Beliau juga merupakan pendokong kuat di belakang Nabi Muhammad SAW Maka tidak hairanlah jika beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW.

Banyak kisah-kisah beliau yang diceritakan. Pemimpin ini juga pernah melamar anak Rasulullah SAW tetapi ditolak kerana Rasulullah SAW telah berjanji dengan Ali. Namun begitu, Abu Bakar As Siddiq adalah rakan paling baik Nabi Muhammad SAW.


2. Bilal Bin Rabbah



Bilal Bin Rabbah adalah hamba berkulit gelap dari Habsyah. Seperti yang kita maklum, Bilal diseksa begitu kejam sekali oleh majikannya kerana memeluk Islam. Namun dia tetap mempertahankan akidahnya.

Beliau tertarik dengan Islam dan akhirnya menjadi pengikut terawal Rasulullah SAW. Sehingga Allah SWT telah menurunkan wahyu untuk solat. Bilal dipilih menjadi tukang azan untuk memanggil umat Nabi SAW solat setiap kali masuk waktu. Ini kerana Bilal memiliki suara yang sangat merdu dan indah sekali.


3. Zaid Bin Harithah



Zaid Bin Harithah adalah hamba yang dimerdekakan oleh nabi SAW. Beliau merupakan sahabat sekaligus berkhidmat dengan nabi SAW.. Zaid adalah orang yang bersama nabi ketika berdakwah di Taif. Beliau syahid di dalam peperangan Mu'tah. Beliau juga dijadikan anak angkat Nabi Muhammad SAW.


4. Ali Bin Abi Talib



Ali adalah salah satu keluarga Nabi SAW yang memeluk Islam. Beliau menikahi dengan puteri Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az Zahra. Beliau memeluk Islam ketika kanak-kanak lagi. Antara jasa besar Ali adalah menggantikan tempat tidur nabi SAW di malam sebelum hijrah ke Madinah.


5. Hamzah Bin Abdul Mutolib



Hamzah merupakan pakcik kepada baginda SAW. Beliau merupakan orang yang disegani di Mekah. Beliau digelar Asadullah yakni singa Allah kerana keberaniannya. Hamzah selalu mempertahankan nabi di Mekah sehingga terdapat kisah beliau memukul Abu Jahal kerana menghina nabi SAW.

Hamzah juga banyak membantu dalam peperangan nabi sebelum beliau wafat. Jasanya amat banyak sekali terhadap Islam pada Islam mula berkembang.

Demikianlah 5 Sahabat Baik Rasulullah SAW Terawal Masuk Islam. Merekalah menjadi tulang belakang bagi Rasulullah ketika awal permulaan Islam. Kisah mereka turut dilakonkan semula bagi tatapan generasi kini.

Anda boleh tonton Movie sejarah Islam wujud di sini:


BIRTHDAY CELEBRATION Rina turns 27 | With Husband & BFF

5:50 PTG 0
Terima kasih kepada semua insan-insan yang wish befday Rina pada 5 December 2019 yang lepas, dan juga sepanjang bulan 12 ni. Alhamdulillah rupanya ramai yang sayang dan murah hati wish befday dan ucapan buat Rina. Syukur dikurniakan teman dan kawan-kawan yang ikhlas dan mengambil berat. 

Walau kita berjauhan dan ada juga tidak pernah berjumpa, namun tetap kekal di hati. Terima kasih banyak-banyak. Rina harap korang ikhlas berkawan dan sentiasa titipkan doa yang baik-baik buat Rina. Aamiin.

Tahun 2019 ini agak berbeza sambutan befday Rina dimana ia simple tapi penuh dengan keseronokan dan kepuasan. Bukan apa, Rina paling meriah sambut befday time kerja dulu sebab kawan-kawan kerja ni suka buat surprise kat adik manja diorang ni. 

Tapi disebabkan adik manja dorang ni dah berhenti kerja, maka dorang pun tak de la beli kek secret resipe macam dekat kerja dulu. huahuarha. Bukan nak meminta, cuma nak mengenang kenangan hehe. 


Sepanjang kawen selama 2 tahun lepas pula, suami dan mertua akan wish befday dan beli kfc atau makanan, sambut di rumah, makan di rumah. Simple sahaja, tapi rina sangat bersyukur sebab mereka sangat baik hati dan tahu befday rina. Ohmygod, i am so speechless haha. 

Tapi tiba-tiba tahun ini, sedikit berbeza sebab suami dah cakap awal-awal malam tu, dia wsih befday dan dia kata tidur awal sebab esok kita keluar makan. Rina kan suka makan, so yay yay jela. 

Tapi esok tu, kuar makan tu berdua ke secret recipe. Ala ala husband ni nak kita imbau kenangan ngan kawan-kawan kerja dulu ke apa. Dia macam tau2 je rina ni rindu gila nak makan kat secret recipe. Sepanjang jadi wanita bekerjaya di luar kerja bank dulu (acewahh), selalu la masuk secret recipe, seminggu sekali lunch kat situ. 

Tapi sejak bekerja di rumah dan tak jumpa kawan-kawan kerja yang comel2 tu, jarang dh ke situ dan makan situ. Tup tup husband bawa situ. Happpyyy yay yaay.



So order aapa yang nak makan. Dan dia suruh rina pilih kek utk rina makan k. Makan sorang je kek haha sebab husband jenis tak suka makan kek.  As usual, rina cari kek kegemaran rina iaitu Kek Newyork Cheese tapi tak ada. Jadi, pilihan kedua rina adalah Kek Rapsberry Cheese. Tu Feveret i okey.  No coklat!  Kadang2 je mood kek coklat, tapi i prefer cheese more. 



Untuk makanan lain pula, kami makan Chicken chop Parmigiana dan Asam Laksa Secret Resepi. Masing-masing share-share sebab nak merasa.


Thank you so much bae sebab bawa mai makan. 

BFF BUAT SURPRISEEEEEEEEEEEEE PULAK!

Befday haritu, Sithrah ada wasap wish befday. Kat fb pun dia post status sehari sebelum buat advance wish bufday. Beberapa hari selepas befday, dia nak jumpa. Rina jemput datang rumah dengan seronoknya supaya dapatlah kami sembang lama.

Oh ya, Sithrah ni adalah kawan rina time kerja maybank dulu. Memang sahabat baik sangat-sangat dari dulu sampai sekarang. Tak kiralah berbeza agama dan kaum, kami tetap kawan baik. Dulu, dia lah kawan waktu lunch, waktu kerja duduk sebelah-sebelah dan waktu balik naik lrt, semuanya sama-sama. Hihi. 

Even rina dah naik pangkat jadi team leader, tetap rehat dengan dia, pergi lepak tempat dia buat kerja. Haa, sampai satu floor tu tahu, dimana ada rina, pasti ada sithrah. Di mana ada sithrah, pasti ada rina.

So, dipendekkan cerita, Sithrah datang tapi tiba-tiba tak naik rumah, katanya sebab ada nak ke tempat lain dan bersama dengan kakak dia semua. Jadi, dia kata jumpa bawah rumah kejap je. Dah malam sangat pulak dia sampai, tapi takpela. Rina pun turut dengan membekalkan kuih karipap dan wadeee. Goreng malam-malam nak menjamu dia, tapi tak apa tak jadi naik atas, jadi kita bungkus bagi kat dia je.

Jumpa-jumpa, terus dia peluk ... Adodododo, sithrahhhhhhhh.
Seronok dia peluk kita, kemain lagi! Aduh! 

Pastu Sithrah keluarkan sesuatu dari kereta, katanya, "Rina, this is surprise for u".

"Omg, sithrah, u make me so happy n excited hahahah i terharu weyyy"

Dia keluarkan sejambak bunga.. Huhu na nangis. Dia tau pulak bunga ferevet rina ni. Ni kali kedua rina terima bunga dari dulu. Dulu befday last year dia hantar delivery surprise dapat bunga ros besar merah yang wangi. Kali ni lagi wangi. Huuuuu. seronoknya perasaan terima bunga ni tau.




Tak cukup lagi, dia keluarkan belon besar happy befday pulak hahahah sithrah.. 

Kemudian dia bagi hadiah dalam sebuah beg. 

"Sithrah, kenapa banyak sangat ni, ya Allah, i tak kisah pun lahhhh, u ni,, terharu tauuu banyak nye.. i just jumpa u pun dah ok dah sithrah". Ujarku.

Tapi dia balas "U deserve it Rina, u r my besties, my idol Rina"


Allahu. Terima kasih banyak-banyak tau Sithrah. Terharu sangat ni. Apapun rina doakan 'terbaik ' untuk Sithrah. Semoga Allah mendengar doa ini. Aamiin.


N Thanks juga untuk Ezzaty Kamal (Kawan kerja) yang turut datang ke rumah time kenduri makan-makan sempena tahlil haritu dan beri hadiah befday kat rina juga, Suka sangat hadiah home tu :)

Lastly, semoga Allah memberkati usia rina 27 tahun ini dan usia yang akan datang. Semoga dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan dunia akhirat Aamiin.



Solat Tahajud Untuk Siapa?

12:29 PG 0

Assalamualaikum semua, Harini sis kongsikan info dari Group Whatsapp Kuliah Agama berkaitan SHOLAT TAHAJUD. Semoga bermanfaat.


"Sholat tahajud adalah sholat untuk orang orang yang terpilih dan yang ALLAH rindukan.

di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar." (QS. Az-Zariyat : 17-18)

"Allah menyukai orang orang yang sedikit tidurnya hanya kerana ingin selalu dekat kepada maha pencipta alam semestra.  Maka dari itu allah memberikan hadiah yang terbaik dunia dan akhirat kepada orang orang yang mengerjakan sholat tahajud" (surah Az-zariyaat : 15 - 18)


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar."

Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak

6:42 PTG 0
Pernah tak anda beri salam kepada kanak-kanak? Kadang-kadang nak beri salam, tapi rasa janggal dan tak kena pula, hanya sebab dia kanak-kanak. Yeke?

Tapi, anda kata kita tahu apa kelebihan bagi salam pada kanak-kanak ni, mesti kita nak bagi salam pada kanak-kanak selalu!




HADITH FADHILAT AMAL


Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak


Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”

 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 Huraian Hadith:

1.Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik mereka dan membaikkan hati mereka.

2.Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan yang secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

3.Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada mereka yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti oleh umat Islam.

(Sumber : Jakim -  Kitab Riyadhus Salihin)

Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi.

10:48 PG 1
Dipetik dari Wardatus Solehah di Facebook Beliau, ini pendapat dan kisahnya berkaitan 'Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi.'



Ada orang kata,

"Jangan kahwin dengan orang yang ada degree, master & phd, ego mereka lebih tinggi.
Susah nak tegur dan susah nak didik."

I'm disagree this statement.
Tak setuju, sebab bukan semua macam tu.
Bukan majoriti begitu. Saya rasa sebahagian kecil sahaja.
Supervisor saya kahwin dengan sama doktor.
Dia bernikah lewat umur 29 tahun, masa itu beliau tengah sambung belajar phd.
Tunang (suami dia sekarang) pun sama tengah belajar phd time tu.

Saya tanya dia,

"Doktor tak kisah ke orang cakap anak dara tua?"

"Mulut orang sampai bila tak boleh tutup, yang penting kita jelas matlamat.
Kita tahu nilaian ilmu. Nak bina rumahtangga yang terbaik pun dengan ilmu.
Lewat takpe, sama-sama bina diri sebaiknya."

Subhanallah. Sejuk hati dengar perkongsiannya.
Dia seorang wanita kuat dan tabah.
Pelajar cemerlang setiap semester dan seorang yang sangat rajin mengkaji ilmu.
Maka tak peliklah dia dapat pegang jawatan Ketua Jabatan, walaupun umur baru 40-an.
Seseorang yang terdidik dengan ilmu yang benar, tak kisah ilmu agama atau ilmu apapun.

"Semakin dalam dia belajar, semakin dia kenal Tuhannya."

Itu baru benar-benar berilmu.
Semakin dia belajar, semakin dia tunduk, patuh, tawaduk, rendah diri, rendah hati dan jauh dari sifat takabbur.  Jauh dari sifat egois dan sikap ingin berbahas untuk berbalah.
Dia bersikap menerangkan, bukan memerintahkan.
Dia bersikap walau tegas tapi tetap lembut, tolak ansur dan berhikmah. Jauh dari panas baran dan cepat melatah.
Dia menyuarakan pandangan bukan untuk merendahkan orang lain, tapi untuk memperbetulkan apa yang tersilap kefahaman atau pegangan.
Itu sikap sebenar orang berilmu.

Jika sebaliknya, maka ilmu itu tak menjadi manfaat padanya. Sia-sia jika hanya nak tunjuk hebat.
Sedangkan ALLAH yang paling hebat, sudi berikan secicip ilmu tu pada manusia.
Manusia tak punya apa-apa, semakin banyak belajar, semakin fahamlah dia bahawa dia cuma hamba yang kerdil, lemah dah hina.
We are nothing.

Pasangan tidak mahu menerima teguran itulah sebenarnya yang ego.
Tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu memperbaiki kesilapan.
Tegur sikit dah melenting.

Salah sebab sijil atau sikap peribadi ?

Maka usahlah disalahkan sebab seseorang itu ada pangkat "degree", "master" atau "phd".
Tapi soal tolak ansur, komunikasi dan perbincangan antara pasangan itulah paling terpenting dalam keharmonian rumahtangga.




Biasa perempuan zaman sekarang belajar lebih 'tinggi' sikit dari lelaki.
Namun bukan semua perempuan yang belajar tinggi tu susah nak diajar.
Sebab sifat wanita fitrahnya lembut dan mudah dididik jika kena cara dan gayanya.
Sifat mendidik dan memimpin tu ada pada lelaki sebagai ketua.
Tinggi mana belajar seorang perempuan, tetap wajib dia hormat dan taatkan suaminya.
Martabat seorang suami lebih tinggi dari segala sijil-sijil yang ada.
Buanglah persepsi tersebut.

Ramai kenalan saya yang belajar degree, master, phd sangat-sangat baik akhlak dan peribadi.
Malah jauh lebih bagus akhlak dan sikap rendah hati mereka sebab ketinggian ilmu mereka.
Humble, mudah berbincang, mudah ditegur, pandai berkomunikasi, berpandangan jauh.
Bertuah sebenarnya siapa miliki mereka-mereka ini.
Tak ramai, ibarat permata tersembunyi.

Maka, kenali dulu mereka sebelum 'judge' begitu begini.
Kenal dulu, baru tahu setara mana.💁


Dipetik Dari:  Wardatus Solehah

Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan

7:59 PG 0
Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan
Bismillah...⛳

☺⏰1. Mulakanlah dengan niat yang bersih dan tulus. Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika anda benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu!

📖💪🏻2. Hari ini, bacalah tafsir surah Al-Qadr, dan fahamilah apa yang sebenarnya terjadi pada malam al-Qadr. Anda pasti akan dapat merasakan keagungan dan kekuatannya insya Allah.

🎯3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. Bangunlah setiap malamnya. Jangan biarkan malam Al-Qadr berlalu begitu sahaja.

😳❎4. Jangan terikut-ikut dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (penambahan dalam agama/bid’ah) oleh kelompok-kelompok tertentu. Ikutilah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tuntunan baginda adalah, “Barangsiapa yang berjaga (sedikit tidur) dan berdoa pada malam Al-Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

🔖🤲5. Hafalkan doa malam Al-Qadr yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam ini:

 اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).


Image result for ramadan

📝👬6. Siapkan senarai pendek doa-doa untuk dipanjatkan. Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Al-Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa-doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. Jangan lupakan saudara-saudara muslimin yang sedang dalam kesusahan di pelbagai belahan dunia.


💤😃7. Ambil kesempatan untuk tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Solat Isya' dan tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.

👨‍👩‍👧‍👦8. Jangan lupakan keluargamu! Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengejutkan para isterinya untuk bangun beribadat pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah buat beberapa saat, walau mungkin tidak lama seperti orang dewasa. Siapkan, beri semangat dan motivasi kepada mereka!

👔👚9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi-wangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

🕋🕌10. Pilihlah spot khusus yang kondusif untuk beribadah, sama ada di masjid ataupun di musholla. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.

📱💻11. Ini BUKAN malam untuk pasang status (misalnya: “Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepada-NYA malam ini” dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara hamba dengan Rabb-nya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan Al-‘Afuww!

😪😴12. Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah antara solat, bermunajat dan membaca Al-Quran. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut.

💟🔐13. Sabar adalah kuncinya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih perlu bekerja, ke sekolah atau melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kepenatan itu. Ingatlah Allah telah menganugerahimu kesempatan berharga (akan luasnya keampunan) yang kemungkinan tidak akan datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahawa ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?

👐🏻💗14. Ini yang paling penting iaitu husnuzzon (bersangka baik)lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah anda sedang meminta daripada Raja Yang Maha Pemurah. Jika anda berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-NYA. Jangan biarkan perasaan ragu-ragu dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Ar-Rahman Ar-Rahim.

❤ Jangan kita jemu mengetuk pintu rahmat-Nya. Selamat berjuang!💪🏼

Allahumma baariklana fii Ramadhan..  Waballighna lailatal qadr. Allahumma Aamiin.💖

Cara Buat Duit Mudah Pelajar Universiti

7:24 PTG 0
Ketika anda sedang dalam pembelajaran di universiti, pasti masalah kewangan sering terjadi. Ada antara kita yang pernah merasai makan “maggi” dengan air panas kan? Tapi sedap yakmat kan! Yang paling “rare” ada diantara kita makan meggi campur serbuk koko (milo dan sewaktu dengannya) dengan air panas kononnya nak bagi kenyang 12 jam. Mesti ada yang tengah baca ni pernah cuba kan? Haha.. Baik anda mengaku…


Ada yang berpendapat bahawa di zaman universiti ini kita kena fokus dengan “study” jer… Ada juga yang mengatakan, di zaman universiti ini juga kita kena cari pengalaman bekerja untuk mengasah softskills yang sedia ada untuk persediaan ketika keluar universiti kelak.

Kita semua tahu bahawa pada zaman sekarang, tak macam zaman ibubapa kita dahulu. Pada zaman sekarang nak study pun kos pembelajaran mahal-mahal, nak makan minum lagi, keperluan diri lagi… Hmmmm… Takkan la semua nak minta kat mak ayah kita kan? Mereka pun perlukan duit juga untuk keperluan peribadi mereka, nak bayar bil eletrik, bil air dan sebagainya.. Bila fikir-fikir balik, dapat ke kita balas jasa kedua ibubapa kita kan?

Image result for pelajar universiti cara buat duit

Baiklah…. Tanpa membuang masa lagi saya akan share beberapa cara nak buat duit mudah bagi anda yang masih berada di universiti. Nanti dapat la anda semua ringankan beban mak ayah anda semua kan?

  1. Bisnes Servis Makanan

Related image

Ini yang paling senang nak buat duit. Kira macam senjata utamalah untuk mendapatkan duit dengan mudah. Anda nak tau tak kenapa? Ala… Takkan tak tau kot… Biasalah perangai budak-budak study ni kerja diorang kan ada yang kuat makan time waktu study. Kat sini comfirm anda boleh dapatkan duit dengan cepat serta modal yang tak banyak.

Contohnya anda buat sebiji “cup cake” dengan kos  RM2 untuk sebiji “cup cake” tersebut. Lepas tu anda jual dengan harga RM4 sebiji. Dah untung RM2 kan? Tu baru satu “cup cake”.... Kalau 50 biji sehari.. Perghh… Kalau anda beralasan susah la nak buat… just try it.. Make it slowly. Then, you will success.. Setakat resepi anda perlu google je.. Beratus-ratus resepi kat google… Oh ya, anda tak perlu risau kalau menetap di rumah sewa, boleh buat cupcake pada malam hari. Jika tinggal di asrama, anda boleh jual jajan atau kerepek.

Related image


2. Ambil Upah Menjahit


Image result for menjahit

Bagi yang ambik “course jahitan” dan “course fesyen designer” inilah peluang anda nak asah softskill anda tu. Anda buat je servis “jahit tepi” ke, menampal seluar atau kain koyak ke, ataupun menjahit baju untuk event-event tertentu.. Pergh… contoh satu pasang baju modal RM10, tapi anda ambik upah dengan cas RM20.. memang makan chicken chop la tiap-tiap minggu, jika servis jahitan anda memang “terer” dan berkualiti.

3. Ambil Upah Cuci Kenderaan


Image result for cuci kereta

Yang ini pun kira boleh juga nak buat duit. Cuma kena pastikan dulu anda tak ada penyakit alahan kulit. Misalnya bagi mereka yang ada penyakit alahan kulit ini, mereka amat sensitif dengan habuk, bahan-bahan pencuci tertentu dan banyak lagi. Yang ini tidak digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. Tapi bagi mereka yang memang tak ada masalah kulit, “just do it”.... Cer try ambik upah cuci kereta pensyarah ke, ketua universiti.. Pastu minta upah yang setimpal dengan kerja cuci tu.. Jangan la cuci tayar kereta je dah minta RM20.. Memang gulung tikar la lepas tu.. Betul tak? Kalau boleh biar tiap-tiap minggu orang datang nak suruh cuci kenderaan dengan kita..


4. Private Tutor



UPSR-PT3-SPM-STPM private tutor. Inilah cara buat duit mudah pelajar universiti.. Contohnya jika dekat tempat anda sewa tu mempunyai anak-anak yang masih di dalam era persekolahan, anda boleh menggunakan cara paling senang buat duit ini. Anda boleh jadi cikgu tuisyen diorang.. Kalau bagi anda yang beragama Islam dan power dalam ilmu agama, anda boleh ambik upah mengajar mengaji al-quran ke, buat sesi usrah ke, ataupun buka kelas mengajar bahasa arab bagi mereka yang bersekolah arab. Soal upah tu ambil la berpada-pada, jangan sampai membebankan mereka yang menuntut ilmu dengan anda. Mana tau dengan harga yang murah tu, Allah tambahkan lagi rezeki lepas tu.. Siapa tahu kan?

Rasulullah S.A.W pernah berpesan

“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”



5. Tukang Kebun / Tukang Kemas


Image result for tukang kebun

Bagi yang tinggal di kawasan perumahan, ini adalah salah satu cara buat duit pelajar universiti paling senang.. Anda boleh tengok mana-mana rumah jiran yang bersepah atau yang dah bersemak samun mengalahkan hutan amazon tu.. Lepas tu tawarkan servis kemas rumah diorang dan cuci rumah diorang. Biasanya yang selalu sibuk dengan kerja memang takde masa nak kemas-kemas rumah ni kan? Jadi apa lagi, ambil la peluang ni. Jika pemilik rumah tu upah satu rumah RM50, sepuluh rumah dah macam dapat bonus lumayan dah. Betul tak? Bagi yang perempuan pula, buat dobi pakaian ke.. dengan modal “sabun daia” sekampit tu dah berapa bakul baju dah boleh untung…

Image result for pelajar universiti cara buat duit

Bagi saya, rezeki tuhan luas dan senang sangat nak cari. Nak tak nak bergantung kepada diri kita sendiri. Betul tak? Macam ada satu lirik lagu “fikirkan boleh”

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Sebelum saya menutup kata-kata saya, saya hadiahkan doa pembuka rezeki

“Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu Dari KeharamanMu dan cukupilah aku dengan KurniaMu dari selainMu”


WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...