RINA ZUL: Hasil carian untuk fesyen
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan fesyen. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan fesyen. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Sabtu, 25 Januari 2020

15 Cara Mengembalikan Mood Bekerja Hari Isnin

8:36 PTG 2
15 Cara Mengembalikan Mood Bekerja Hari Isnin
Aduh, malasnya nak pi kerja setiap kali hari isnin! kannn? Siapa tak pernah ada perasaan malas dan gentar sebegitu. Tidak ada satu sebab pun, tapi perasaan tu tetap hadir pada hari ahad. Kalau boleh, ahad tu dah tak bermaya dah sebab asyik fikirkan esok hari isnin.

Sis pun pernah ada rasa macam tu, Masyallah, memang rasa malas sangat dan tak ada mood nak pi kerja hari isnin tu. Tambah-tambah pagi isnin tu, bila bangun tidur je, dah rasa malas dan terpaksa pergi kerja. 

Tak fikir pasal apa nak buat di tempat kerja lagi, kalau fikir pasal tu pasti rasa stress yakmat. Aduhai. Rina rina, kenapalah selalu rasa macam ni. Masalahnya, bukan sis sorang je rasa macam ni, korang pun rasa macam tu kan?


Hasil carian imej untuk kerja isnin


JANGAN RISAU...


Rupa-rupanya terdapat cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ramai yang patut cuba. Dengan cara ini, mungkin korang akan rasa perbezaan mood dulu dan sekarang setiap kali hari ahad atau nak melangkah ke kerja pada hari isnin tu.

Fuhhh, Apakah cara mengembalikan mood bekerja hari isnin? Jom lihat dan teruskan baca di bawah.


Imej yang berkaitan


#1 Fikirkan Matlamat Anda


Ya, cuba anda fikir bahawa anda akan naik pangkat atau jadi pekerja terbaik. Pasti anda berasa amat bersemangat untuk ke pejabat bukan? Dengan mempunyai 1 matlamat, ia dapat mengembalikan mood bekerja hari isnin anda dengan mudah. 

Terinspirasi untuk bekerja pada hari isnin tanpa malas, tetapi lebih bersemangat semula. Anda juga akan mula berfikir apa kerja yang akan anda lakukan pada hari isnin tersebut.

#2 Nak Pujian Bos


Ini memang membuatkan anda sedikit perasan dan macam nak angkat bakul sendiri je. Bila fikirkan nak buat sesuatu yang terbaik supaya dapat pujian dari bos, automatik anda akan rasa nak pergi kerja isnin tu.

Rasa tak sabar nak ke kerja dan buat yang terbaik. Inilah rahsianya. Kita fikir nak jadi yang terbaik dan dapat pujian dari bos! Inilah cara mengembalikan mood kerja hari isnin anda.


#3 Berfesyen Gaya Baru


Jika anda suka berfesyen, mencantikkan diri ataupun memakai tudung yang pelbagai jenis cara atau fesyennya, pasti anda tak sabar nak ke kerja esok. Sebab dapatlah anda memperagakan fesyen tudung terbaru anda.

Bagi mereka yang suka mekap pula, cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ini boleh anda lakukan dengan mengaplikasikan cara mekap yang berbeza. Tak sabar lah tu nak ke kerja, sebab nak mekap-mekap gaya lain pula hari ni kan?

Imej yang berkaitan


#4 Fikirkan Ganjaran Yang Akan Diperoleh


Jika betul-betul rasa malas nak ke kerja setiap isnin dan tiada mood, fikirkan semula apakah ganjaran yang akan anda peroleh. Sebagai contoh, anda boleh fikirkan bahawa gaji sehari anda adalah RM 120 sehari. Jadi, nak tak nak, anda harus terus ke kerja pada hari isnin tersebut! Nak dapat basic salary yang cukup, kena jaga attendance sebaiknya.


#5 Makan Banyak-Banyak 


Makan banyak-banyak pada pagi hari tersebut. Pastikan anda sarapan sama ada nasi lemak, nasi goreng atau apa sahaja yang anda mahukan. Jangan biar perut kosong. Makan banyak-banyak dapat menggembirakan hati seseorang menurut fakta. Jadi, tak perlu risau, makan banyak-banyak merupakan cara mengembalikan mood bekerja pada hari isnin.


#6  Menonton Video Atau Hiburan


Sebelum ke kerja, tontonlah hiburan seperti video lawak, parodi, baca komik online dan sebagainya asalkan ia membuatkan anda terhibur dan tergelak pada pagi itu. Apabila gembira atau tertawa, hormon tubuh akan dirembes dan membuatkan anda bersedia serta bertenaga untuk ke kerja sepanjang hari tersebut.


#7 Bangun Awal


Bangun awal dapat mengembalikan mood bekerja untuk hari isnin. Jika anda bangun awal, anda akan ada masa yang lama untuk bersedia sebelum ke kerja. Malah, anda boleh solat subuh, tahajud dan baca Al-Quran untuk santapan rohani juga.


Imej yang berkaitan


#8 Bersyukur Dan Percaya Pada Rezeki Allah SWT


Syukurlah anda diberi peluang untuk ke kerja lagi. Terapkan dalam diri akan keyakinan terhadap rezeki yang diberi Allah SWT. Pasti tiada lagi alasan untuk anda bermalas-malas ke tempat kerja pada hari isnin.


#9 Berbual Dengan Orang Positif


Jika rakan positif, berbuallah dengan mereka. Pasti nasihat dan ayat-ayat positif yang akan anda dengar. Sekiranya kurang pasti siapa yang bersikap positif, apa kata anda buka sahaja Youtube dan tonton video motivasi dan inspirasi mereka yang berjaya.


#10 Senaraikan List To Do


Sebelum mula kerja, jika boleh dari malam sebelumnya, anda harus senaraikan list to do atau apa kerja yang perlu anda buat esok. Senaraikan dalam kiraan: 1,2,3 dan seterusnya. Hal ini penting bagi memudahkan anda melihat tidak sukar dan tidak banyak rupanya kerja harus anda lakukan. Dengan cara ini, pastinya dapat mengembalikan mood kerja hari isnin buat anda.


#11 Bersihkan Workstation


Jangan lupa bersihkan tempat kerja anda terutamanya workstation anda. Pastikan meja dan kerusi dalam keadaan yang baik, bersih dan kemas. Kalau boleh, hiaskan atau letakkan gambar dan doa harian untuk mengindahkan lagi mood anda ketika bekerja.


Imej yang berkaitan

#12 Selesaikan Masalah Kerja Anda


Ada orang tiada mood ke kerja pada hari isnin kerana mempunyai masalah kerja. Apakah masalah anda? Kenal pasti hal itu, kemudian selesaikannya dengan bercakap atau berbincang dengan supervisor, team leader atau kawan-kawan anda jika perlu. 

Percayalah, setelah masalah tersebut diatasi, pasti mood kerja anda akan elok dan seronok bekerja walaupun hari isnin.


#13 Bersedia Dari Jumaat Lepas


Ya, anda harus bersedia dari jumaat lepas lagi. Barulah tidak nervous untuk ke kerja pada isnin seterusnya. Jika tidak bersedia, anda akan celaru memikirkan terdapat kerja tertunggak dan masalah yang belum diselesaikan.


#14 Enjoy Hujung Minggu


Enjoy pada hujung minggu adalah cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ramai tak tahu. Enjoylah sepuas-puasnya pada hari anda bercuti! Dengan itu, jiwa anda akan menerima bahawa jika hari bekerja, anda juga harus bekerja sungguh-sungguh.


#15 Tidur Awal, Jangan Lambat


Jika tidur awal, pasti akan segar dan bangun awal. Jika tidur lewat, anda bukan saja kurang oksigen, tetapi mood juga tidak menentu. Bagaimana mahu lalui hari pertama bekerja? Pastikan anda tidur awal dan cukup tidur okey!

=-=-==-=-=

Itulah dia 15 cara mengembalikan mood bekerja pada hari isnin yang anda harus tahu. Jangan main-main, ikuti cara-cara ini supaya anda benar-benar suka bekerja dan tidak lemah lagi setiap isnin! 

Rinazul,
Bercakap dari pengalaman.

Rabu, 4 Disember 2019

Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus

11:11 PTG 0
Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus

Teringat zaman rina kurus dulu. Masyallah. Skirt, jeans, pineform, pergghhh semua baju boleh aku rembat dan gayakan. Ish ish. Kini, nak pakai seluar jeans pun daku rasa serba salah terhadap tubuh badan sendiri. Dulu 5 tahun berturut-turut rina kekalkan 48 KG. Sehinggalah masuk alam pekerjaan melonjak sehingga 78 KG. Hamik kau!

Kebanyakan daripada kita sentiasa bermimpi untuk mempunyai badan yang sempurna, tanpa lemak yang tidak diingini di sekitar paha, pinggang ataupun di bahagian muka kita. Dan bagi anda yang kurus di luar sana, anda biasanya bertuah dan senang untuk memilih pakaian dengan bermacam-macam rekaan di luar sana.

Jom ikuti Rina membincangkan cara berfesyen dan cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus.  Mudahnya jadi wanita yang kurus, bolehje selalu kelihatan menarik tanpa menaikkan berat badan untuk berfesyen. Kalau yang gemuk pun, kena tahu juga cara pakaian sesuai untuk wanita gemuk.

Apa-apa pun, jom kita lihat cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus!

Image result for pakaian wanita kurus


1 - Elakkan Memilih Pakaian Yang bercorak Garisan Menegak

Jika garis-garis menegak adalah pilihan terbaik bagi mereka yang berukuran besar, maka bagi wanita yang kurus itu adalah pilihan yang salah. Jalur menegak akan menampakkan badan anda menjadi lebih kurus dan langsing dan ianya akan membuat anda kelihatan sangat-sangat kurus.

Haa.. Jadi anda kena pilih pakaian yang bercorak mendatar supaya ianya nampak lebih cantik dan sedikit berisi. Kiranya corak yang bertentangan. Jika kurus, ambil corak bunga besar ke apa yang besar-besar okey!


2 - Katakan Tidak Kepada Kasut Bertumit Tinggi

Seperti dalam hal jalur menegak, kasut tumit tinggi juga akan memberikan kesan yang sama. Dengan melihat lebih tinggi daripada anda sebenarnya, anda akan kelihatan seperti garis geometri lurus atau pembaris tanpa lengkung. Kehkeh. Jadi anda harus mengelakkan mengenakan kasut yang bertumit tinggi.


3 - Pilih Warna Cerah

Jangan ragu untuk memilih mana-mana warna yang anda suka kecuali warna yang gelap. Hitam, coklat, kelabu atau sebarang warna gelap akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing.

Jadi, anda perlu pilih mana-mana warna yang terdapat pada warna pelangi. Jika anda mahu melihat lebih berisi, pakai pakaian yang berwarna neutral dan bermain dengan kontra warna. Berikan kebebasan kepada imaginasi anda dan anda mungkin akan membuat pilihan yang betul.

Related image

4 - Pakai Sweater Yang Lebih Longgar

Sweater longgar akan membuat anda berasa lebih yakin. Dan untuk lebih cantik, kenakan juga dengan skirt atau seluar yang saiznya ketat sedikit. Hasilnya pasti menakjubkan. 

Tapi sweater kan panas, jadi cukuplah anda gayakan baju berlengan panjang tetapi mempunyai corak.


5 - Jangan Gunakan Tali Pinggang

Kita semua tahu bahawa memakai tali pinggang di bahagian tengah pinggang membuatkan seseorang kelihatan lebih langsing, jadi ini pasti bukan aksesori yang sesuai untuk anda pakai.


6 - Gunakan Selendang

Selendang bukan sahaja aksesori fesyen yang menakjubkan yang menambah keanggunan dan kewanitaan kepada rupa wanita, tetapi ia juga membuat seorang wanita kurus menjadi sangat cantik apabila memakainya.

Semua orang tahu kuasa aksesori kecil ini kan. Selendang akan menjadikan leher anda kelihatan lebih pendek dan sangat cantik.

Related image

Kesimpulannya, bagi para wanita yang kurus, anda bebas untuk memilih gaya pakaian anda. Apa yang penting adalah kena pandai memilih tona warna, corak dan juga elakkan memakai ataupun memilih warna yang gelap seperti saya katakan tadi. Jadi, selamat mencuba!





Rabu, 12 Disember 2018

Cara Buat Duit Mudah Pelajar Universiti

7:24 PTG 0
Cara Buat Duit Mudah Pelajar Universiti
Ketika anda sedang dalam pembelajaran di universiti, pasti masalah kewangan sering terjadi. Ada antara kita yang pernah merasai makan “maggi” dengan air panas kan? Tapi sedap yakmat kan! Yang paling “rare” ada diantara kita makan meggi campur serbuk koko (milo dan sewaktu dengannya) dengan air panas kononnya nak bagi kenyang 12 jam. Mesti ada yang tengah baca ni pernah cuba kan? Haha.. Baik anda mengaku…


Ada yang berpendapat bahawa di zaman universiti ini kita kena fokus dengan “study” jer… Ada juga yang mengatakan, di zaman universiti ini juga kita kena cari pengalaman bekerja untuk mengasah softskills yang sedia ada untuk persediaan ketika keluar universiti kelak.

Kita semua tahu bahawa pada zaman sekarang, tak macam zaman ibubapa kita dahulu. Pada zaman sekarang nak study pun kos pembelajaran mahal-mahal, nak makan minum lagi, keperluan diri lagi… Hmmmm… Takkan la semua nak minta kat mak ayah kita kan? Mereka pun perlukan duit juga untuk keperluan peribadi mereka, nak bayar bil eletrik, bil air dan sebagainya.. Bila fikir-fikir balik, dapat ke kita balas jasa kedua ibubapa kita kan?

Image result for pelajar universiti cara buat duit

Baiklah…. Tanpa membuang masa lagi saya akan share beberapa cara nak buat duit mudah bagi anda yang masih berada di universiti. Nanti dapat la anda semua ringankan beban mak ayah anda semua kan?

  1. Bisnes Servis Makanan

Related image

Ini yang paling senang nak buat duit. Kira macam senjata utamalah untuk mendapatkan duit dengan mudah. Anda nak tau tak kenapa? Ala… Takkan tak tau kot… Biasalah perangai budak-budak study ni kerja diorang kan ada yang kuat makan time waktu study. Kat sini comfirm anda boleh dapatkan duit dengan cepat serta modal yang tak banyak.

Contohnya anda buat sebiji “cup cake” dengan kos  RM2 untuk sebiji “cup cake” tersebut. Lepas tu anda jual dengan harga RM4 sebiji. Dah untung RM2 kan? Tu baru satu “cup cake”.... Kalau 50 biji sehari.. Perghh… Kalau anda beralasan susah la nak buat… just try it.. Make it slowly. Then, you will success.. Setakat resepi anda perlu google je.. Beratus-ratus resepi kat google… Oh ya, anda tak perlu risau kalau menetap di rumah sewa, boleh buat cupcake pada malam hari. Jika tinggal di asrama, anda boleh jual jajan atau kerepek.

Related image


2. Ambil Upah Menjahit


Image result for menjahit

Bagi yang ambik “course jahitan” dan “course fesyen designer” inilah peluang anda nak asah softskill anda tu. Anda buat je servis “jahit tepi” ke, menampal seluar atau kain koyak ke, ataupun menjahit baju untuk event-event tertentu.. Pergh… contoh satu pasang baju modal RM10, tapi anda ambik upah dengan cas RM20.. memang makan chicken chop la tiap-tiap minggu, jika servis jahitan anda memang “terer” dan berkualiti.

3. Ambil Upah Cuci Kenderaan


Image result for cuci kereta

Yang ini pun kira boleh juga nak buat duit. Cuma kena pastikan dulu anda tak ada penyakit alahan kulit. Misalnya bagi mereka yang ada penyakit alahan kulit ini, mereka amat sensitif dengan habuk, bahan-bahan pencuci tertentu dan banyak lagi. Yang ini tidak digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. Tapi bagi mereka yang memang tak ada masalah kulit, “just do it”.... Cer try ambik upah cuci kereta pensyarah ke, ketua universiti.. Pastu minta upah yang setimpal dengan kerja cuci tu.. Jangan la cuci tayar kereta je dah minta RM20.. Memang gulung tikar la lepas tu.. Betul tak? Kalau boleh biar tiap-tiap minggu orang datang nak suruh cuci kenderaan dengan kita..


4. Private Tutor



UPSR-PT3-SPM-STPM private tutor. Inilah cara buat duit mudah pelajar universiti.. Contohnya jika dekat tempat anda sewa tu mempunyai anak-anak yang masih di dalam era persekolahan, anda boleh menggunakan cara paling senang buat duit ini. Anda boleh jadi cikgu tuisyen diorang.. Kalau bagi anda yang beragama Islam dan power dalam ilmu agama, anda boleh ambik upah mengajar mengaji al-quran ke, buat sesi usrah ke, ataupun buka kelas mengajar bahasa arab bagi mereka yang bersekolah arab. Soal upah tu ambil la berpada-pada, jangan sampai membebankan mereka yang menuntut ilmu dengan anda. Mana tau dengan harga yang murah tu, Allah tambahkan lagi rezeki lepas tu.. Siapa tahu kan?

Rasulullah S.A.W pernah berpesan

“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”



5. Tukang Kebun / Tukang Kemas


Image result for tukang kebun

Bagi yang tinggal di kawasan perumahan, ini adalah salah satu cara buat duit pelajar universiti paling senang.. Anda boleh tengok mana-mana rumah jiran yang bersepah atau yang dah bersemak samun mengalahkan hutan amazon tu.. Lepas tu tawarkan servis kemas rumah diorang dan cuci rumah diorang. Biasanya yang selalu sibuk dengan kerja memang takde masa nak kemas-kemas rumah ni kan? Jadi apa lagi, ambil la peluang ni. Jika pemilik rumah tu upah satu rumah RM50, sepuluh rumah dah macam dapat bonus lumayan dah. Betul tak? Bagi yang perempuan pula, buat dobi pakaian ke.. dengan modal “sabun daia” sekampit tu dah berapa bakul baju dah boleh untung…

Image result for pelajar universiti cara buat duit

Bagi saya, rezeki tuhan luas dan senang sangat nak cari. Nak tak nak bergantung kepada diri kita sendiri. Betul tak? Macam ada satu lirik lagu “fikirkan boleh”

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Sebelum saya menutup kata-kata saya, saya hadiahkan doa pembuka rezeki

“Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu Dari KeharamanMu dan cukupilah aku dengan KurniaMu dari selainMu”