Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan kewangan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan kewangan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

20 Cara Bebas Hutang Dan Kewangan & Cara Cepat Habis Bayar Hutang

1:31 PG 2
Hutang, tanpa kita sedar kita terhutang juga. Apa tidaknya komitmen seperti kereta, rumah, pinjaman peribadi yang telah dibuat memerlukan kita bayar tiap bulan. Kalau tak bayar, gawatlah rekod CCRIS kita. Memang tak bestlah tiap bulan nak kena keluar duit bayar hutang pula. Tambah-tambah kalau dah terguna kad kredit banyak-banyak pula. Aduh nasi sudah jadi bubur.

Nak tak nak, kita tetap kena bayar hutang. Jangan runsing, bertenang dulu. Hidup masih belum berakhir walaupun hutang bertimbun. Walaupun kita terbeban dek hutang, ketahuilah bahawa masih ada cara bebas hutang dan bebas kewangan yang boleh kita lakukan.

Sabar ya, jom kita buat sama-sama cara cepat habiskan hutang ini. Pertama sekali nak bagitau, jangan menangis keluar air mata darah, sebab hutang ni memang takkan habis kalau kita meratapinya, tapi insyallah hutang akan habis bayar kalau kita bertindak.

Bukan sis saja-saja nak advise, tapi sis pun pernah alami zaman kejatuhan dan zaman hutang yang menakutkan. Bak kata orang, kita dah di ambang maut macam tu. Apa-apapun sis percaya ketika itu, belum kiamat lagi buat kita. Insyallah ada sinar yang akan menanti.

Alhamdulillah keadaan kewangan kini semakin baik setelah mengamalkan 20 cara bebas hutang dan bebas kewangan ini. Jom baca satu persatu.  Semoga bermanfaat buat anda juga.

1.  Catat Jumlah Komitmen Dan Hutang

Kita semua sedar yang kita mempunyai hutang piutang dan hal itu memang tak dapat dinafikan lagi. Cara bebas hutang dan bebas kewangan pertama sekali perlu kita buat adalah dengan mencatat segala komitmen dan hutang yang kita ada. Buat catatan apakah jenis hutang tersebut dan jumlahnya setiap bulan yang harus kita bayar.

Contohnya:

Kad Kredit - RM 200
Insurans - RM 68
Kereta - RM 600
Personal Loan - RM 200
PTPTN - RM 100

Total Hutang (WAJIB):  RM 1,168

Dengan menulis, kita akan dapat lihat berapa jumlah wang perlu kita keluarkan untuk bayar hutang piutang. Beginilah duit-duit akan terus melayang untuk bayar hutang. Tetapi jangan risau, biar kita sedar diri daripada tak sedar yang kita ni banyak komitmen!

2.  Tentukan Bajet Pendapatan Dan Hutang

Fikirkan dan kira berapa gaji atau pendapatan bulanan anda dan relate dengan berapa jumlah hutang anda. Jika selepas bayar hutang, gaji anda tinggal RM100 - RM500 itu sangat bahaya seolah-olah anda sudah berada di zone merah.

Kalau baki masih ada RM 1,000 itupun dikira zone sesak.  Sebab belum tolak komitmen untuk diberi kepada isteri, anak-anak dan keperluan keluarga lagi.

Oleh itu, tentukan pendapatan dan hutang kita ni supaya kita sedar diri yang mana gaji kita tak cukup nak menampung segala hutang dan komitmen. Apa lagi, kena fikirkan something untuk tambah income lagi.

3.  Rangka Rancangan Kewangan 

Rangka rancangan kewangan anda dengan menyenaraikan keperluan atau apa yang bakal anda lakukan dengan gaji anda nanti. Antara semua perkara yang perlu disenaraikan adalah:

KOMITMEN / HUTANG

Kad Kredit - RM 200
Insurans - RM 68
Kereta - RM 600
Personal Loan - RM 200
PTPTN - RM 100

Total Hutang (WAJIB):  RM 1,168

SIMPANAN TETAP (BULANAN)

ASB - RM 100
Tabung Haji - RM 100
Sedekah / Zakat - RM 100

Jumlah: RM 300

KEPERLUAN UNTUK KELUARGA (Yang perlu standby)

Nafkah isteri - RM 300
Keperluan barang rumah - RM 300
Ibu bapa - RM 200
Anak-anak (termasuk untuk keperluan sekolah dan lain-lain)  - RM 400

Jumlah: RM 1,200

KEPERLUAN DIRI

Minyak kereta - RM 200
Makan minum - RM 200
Belanja diri - RM 100

Jumlah: RM 500

Berikut adalah contoh rangka kewangan untuk mereka yang bergaji dalam anggaran RM 3,000. Silalah create anda punya sendiri berdasarkan gaji dan komitmen masing-masing. Kenapa perlu buat rangka kewangan perancangan begini, supaya apa yang tak penting boleh kita tolak tepi dan masukkan dalam kategori simpanan.

Sebagai contoh, belanja diri, atau keperluan barang rumah tu boleh dijimatkan dan masukkan baki semuanya ke dalam akaun simpanan anda yang tak boleh dikeluarkan lagi! Ataupun masukkan dalam tabung emergency dan lain-lain yang bersesuaian.

4.  Tolong Bawa Bekal Makanan Dan Kurangkan Beli Makanan Remeh Temeh Di Luar

Tahukah anda, beli air atau kertas tisu di luar amatlah tak patut. Kenapa? Sebab kita boleh bawa sendiri dari rumah. Memang bunyinya macam kampung tapi ia adalah kesusahan harus kita lalui untuk bebas kewangan. 

Selain dapat menjimatkan wang, bawa bekal membolehkan kita amalkan gaya hidup sihat juga. Stop bagi alasan kalau nak cepat habiskan bayar hutang. Bangun awal untuk masak dan bawa bekal! 

Tisu juga tak penting untuk beli, sebab boleh tukar beli sapu tangan dan basuh jika kotor, kemudian boleh guna semula. Sebenarnya banyak cara kalau kita nak berjimat cermat.


5.  Buat Duit Tambahan

Zaman sekarang ni memang banyak cara untuk buat duit tambahan tambah-tambah dalam internet. Memang banyak sangat, sampaikan kita pun tak tahu apa nak buat. Kena survey satu-satu tau!

Antara cara untuk dapatkan duit lebih selain dari duit makan gaji adalah:

1.  Buat bisnes shopee secara part time hanya guna handphone atau laptop je. Apa salahnya kalau korang buat sambil-sambil rehat kat rumah pada malam hari, tengah kerja pun boleh belek-belek fon juga. Tup tup duit banyak masuk, bolehla topup untuk bayar hutang. Senangje cara bebas hutang dan bebas kewangan ni!

2. Buat bisnes lazada secara part time guna telefon bimbit atau laptop juga. Lebih kurang macam bisnes shopee tadi, tapi ini di platform lazada pula. Cara cepat habiskan bayar hutang ni memang kita kena usaha lebih sikit okey.

Kedua-dua bisnes di atas adalah khas untuk mereka yang selalu sibuk, tak ada masa nak fikir banyak dan memang penat bekerja dan tak mungkin buat part time yang memerlukan banyak masa. 

3.  Jadi penulis separuh masa. Sekarang ramai yang dah jana pendapatan sampingan walaupun bekerja tetap. Tapi paling tak sangka adalah yang jana pendapatan dengan menulis ni tiba-tiba income boleh cecah RM 1,000 - 2,000 ke atas hanya dengan menulis. Dah sama macam gaji bekerja tetap pula. Patutlah ada orang sampai berhenti kerja nak fokus menulis. Sis sendiri pun dah 4 tahun kerja sendiri, berhenti kerja dari bank sebab dah generate income lebih RM 4,000 sebulan gara-gara panduan penulis ni.



Kalau diikutkan memang banyak lagi cara untuk buat duit tambahan bagi bebas kewangan dan cepat habiskan bayar hutang ni. Yang penting kita kena bertekad dan rajin usaha.


6.  Selesaikan Hutang Yang Paling Tinggi Interestnya

Ya, antara kad kredit, kereta dan juga personal loan, anda tahu mana satu yang interest lebih tinggi kan? Jadi, apabila dapat cut cost perbelanjaan bulanan tu, duit lebih tu boleh terus digunakan untuk bayar hutang pada komitmen yang lebih tinggi interestnya.


7.  Simpanan Pelaburan

Tolong jangan selesa dengan kehidupan yang dapat gaji bayar hutang sahaja, sebenarnya lebih banyak hutang anda, lebih banyak anda kena dapatkan duit. Simpanan pelaburan adalah simpanan yang membolehkan duit tersebut membiak dengan lebih banyak.

Banyak simpanan yang tawarkan dividen dan bonus untuk anda jika membuat simpanan, apa lagi? Pilihlah mana satu terbaik dan mulakan simpanan. Apabila dapat pulangannya nanti, boleh guna untuk bayar hutang! Selalunya jumlah pulangan adalah tinggi bergantung kepada % dividen tahunan juga.


8.  Bonus Tahunan Dan Rajin Bekerja

Tiada pilihan lain lagi jika anda seorang yang cuma tahu membanting tulang sahaja. Cara bebas kewangan dan bebas hutang adalah dengan menggunakan bonus tahunan yang syarikat beri untuk membayar hutang yang tertunggak atau membuat advance payment. 

Jadi, jangan bercita-cita untuk berjoli atau bercuti dengan duit bonus tersebut. Itulah cara cepat habiskan hutang piutang demi merasai nikmat bebas kewangan.

Penting juga untuk anda rajin bekerja kerana dengan rajin bekerja, mana tahu pangkat akan mudah naik dan gaji pun naik kan!


9.  Berhenti Guna Kad Kredit

Rasa mustahil sangat untuk kita berhenti dari guna kad kredit. Tapi kita terpaksa berhenti kejap. Dah bebas kewangan kang, guna la balik. Actually kad kredit ni kita just simpan untuk kecemasan sahaja. Jangan guna jika tidak perlu! 

Cara bebas hutang dan bebas kewangan ramai tak sedar adalah mereka masih guna kad kredit, sedangkan ini masanya untuk anda sorok kad terlebih dahulu. Makin digunakan, makin bertambah hutang kena bayar nanti.

10.  Hidup Bersederhana

Bagaimana nak hidup dalam keadaan sederhana? Mudah saja, tukarkan barangan berjenama yang mahal kepada yang biasa-biasa. Kenapa perlu? Untuk kurangkan kos perbelanjaan kita. Haruslah kita ukur baju di badan sendiri dahulu, baru boleh pakai kan. Itulah cara untuk cepat habiskan bayar hutang dan bebas hutang. 

Kalau kita nak bebas kewangan, kita memang kena berkorban. Hidup besederhana adalah pengorbanan paling kecil sekali sebenarnya. So, jangan risau. Rileks dan buat je.


11.  Potongan Automatik Komitmen Hutang

Jika ada loan kereta, personal loan dan lain-lain hutang, set kan ia menjadi pembayaran secara automatik. Ini kerana, secara automatiknya hutang anda akan dibayar, jadi anda tak perlu bankin sendiri ke akaun komitmen tersebut. Kalau kita bankin sendiri, takut-takut kita bayar kurang pula sebab rasa tak berapa banyak duit. Eh eh.


12. Tabung Keluarga

Ini tidak memerlukan duit dari kita sahaja, tetapi satu keluarga harus menabung. Semua masukkan duit syiling dan duit kertas setiap hari dalam 1 tabung keluarga. Selain disimpan untuk kecemasan, duit tersebut juga boleh cover perkara penting yang tak berapa banyak seperti buat bayar bil internet atau bil elektrik.


13.  Restruktur Semula Pembayaran

Sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit yang tinggi nilai interestnya, buatlah balance transfer. Cara bebas hutang dan bebas kewangan ini adalah konsep dimana anda menukarkan kad anda dari bank A kepada bank B dan langsaikan hutang kad kredit tersebut dengan nilai interest yang lebih rendah. Menarik bukan?


14.  Sentiasa Mencari Peluang

Peluang dan ruang masih terbuka selagi kita masih berusaha. Jangan bimbang. Disamping berjimat cermat dan jana pendapatan sampingan untuk mudahkan cara cepat habis bayar hutang, kita juga boleh bebas hutang dan bebas kewangan dengan cara mencari peluang lain.

Antara contoh peluang adalah masuk mana-mana pertandingan yang membolehkan anda menang hadiah wang tunai, emas, motor atau apa-apapun yang hadiahnya lumayan. Dengan peroleh wang tersebut, anda boleh menjelaskan segala hutang piutang tersebut. Jika menang barang bernilai, jual dan gunakan wangnya untuk bayar hutang.

15.  Bersedekah Dan Zakat

Jangan lupa satu perkara ini, apabila kita sangat sempit, ia mungkin salah satu kerana rezeki kita tak berapa nak berkat. Maksudnya gaji kita mungkin tinggi tapi ia tak setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Jadi sebab itu kita rasa gaji kita macam cuma RM 600 sahaja nilainya. 

Untuk sucikan harta dan niat bebas hutang serta bebas kewangan, selalulah bersedekah dan berzakat sekurang-kurangnya RM 1 sehari.


16.  Downgradekan Lifestyle

Jika kita guna kereta besar yang komitmennya ribu riban sebulan, tukarkan kepada kereta yang lebih murah. Ia berbaloi! Nak bebas hutang ke tak nak? Mungkin waktu kita beli kereta mahal dulu tu, kita fikir kita sejenis yang banyak hutang macam sekarang kan?

Kalau kita guna astro, tukarkan kepada astro njoi. Sekali je yuran seumur hidup, tak perlu bayar bulan-bulan macam astro biasa tu. 

Selain itu, cara cepat habis bayar hutang juga adalah dengan menjual segala barang yang bukan keperluan dalam rumah. Contohnya barang seperti rumah kucing, sangkar kucing terpakai, pakaian prelove, almari yang tak digunakan, semuanya boleh mendatangkan duit dan bayar jumlah hutang yang bocor!


17.  Berhenti Merokok

Kalau hari-hari rokok, tiap bulan habis berapa banyak untuk rokok? Percaya atau tidak, setahun anda boleh jimat sebanyak RM 4,000 sehingga RM 5,000 kalau tak merokok. duit rokok tu simpan ketat-ketat dalam tabung kalis bukaan sehinggalah anda guna duit tu bayar hutang. Cara bebas hutang dan bebas kewangan ni macam rare jugak kan!


18.  Konsultansi Kewangan

Sekiranya ada seseorang yang pakar dalam urusan kewangan, berbual dan dapatkan konsultansi kewangan bersama mereka. Mungkin nasihat yang diberikan akan memudahkan urusan anda untuk cepat habis bayar hutang.


19.  Berdoa Dan Berzikir

Ramai tak sedar bahawa Allah SWT akan beri keajaiban kepada mereka yang betul-betul meminta. Pernah dengar cara menjemput rezeki? Banyak caranya tetapi yang paling berkesan adalah jika kita selalu membaca zikir ini. Jom sis ajar.

Ya Razzaq Dzulquwatil Matin Urzuqni
Maksudnya: Wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki yang tidak putus-putus, sebaik-baik tempat bersandar, berikanlah aku rezeki.

Ya Fattah Ya Razzaq 
Maksudnya:  Maha pembuka dan pemberi rezeki 

Jom amalkan zikir tu sehari 100 kali sehingga 1,000 kali. Insyallah Allah bantu kalian semua. Alhamdulillah zikir asmaul husna ini benar-benar berkesan pada sis. Haritu time sis mula jual kurma  0 sales sehinggalah jana RM 49,000 dalam masa satu bulan. Allahu. Jangan sesekali tinggal zikir ni, time basuh pinggan ke bekerja ke apa ke, baca je ok. 

20.  Sentiasa Positif

Selalunya orang yang diambang berhutang atau hampir muflis ni, makan pun tak kenyang, mandi pun tak basah. Sakit otak nak fikir hal hutang saja. Tapi jangan jadi macam tu, kita kena positif dan sentiasa positif.

Kalau kita negatif, rezeki memang susah nak masuk. Kita kena fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Insyallah semua yang berlaku baik-baik. Percaya pada Allah yang hutang kita akan selesai tak lama lagi. Amin.

Sebelum kita berjimat cermat tahap cipan tu, penting untuk kita labur ilmu lunaskan hitang ni secara mendalam. Sebab kalau kita sekali imbas je buat impian nak bebas hutang, kita akan tersadai dalam hutang yang panjang juga. 

Sis sarankan korang laburkan ilmu terlebih dahulu, dengan ilmu dari Jom Bebas Hutang ini, pasti akan membantu anda 100% insyallah. Setakat RM 20 tu, kita dapat ilmu yang kita boleh praktikkan setiap hari sampai kita tiba-tiba bebas hutang dan habis bayar hutang! 

Daripada nak biarje diri kita tak tahu menahu cara setel hutang, akhirnya kita terperangkap dalam jangka masa yang lebih lama untuk berhutang. Korang pilihlah sendiri. 

Alhamdulillah sis sendiri sudah bebas kewangan. Subhanallah. Terima kasih sangat dengan panduan Bebas Hutang ini.

11 Cara Menjadi Wanita Bekerjaya Idaman Lelaki

1:08 PTG 0
Dulu sebelum berkahwin, prinsip i cuma satu iaitu nak jadi wanita bekerjaya. Wah wah wah. Bukan sebab i nak lelaki bekerjaya, tetapi sebab i suka bina career dan berfikiran jauh. Nak jadi wanita bekerjaya idaman lelaki ni tak susah jika korang betul-betul ikut tips ini. 

Banyak orang acah-acah kaya, tapi hujung bulan tak cukup duit, ikat perut semua. Sebenarnya itu bukanlah berjaya atau kaya. Sekalipun bukan jua bekerjaya. 

Cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki yang boleh kita usahakan bukanlah susah. Asalkan kita semua sanggup untuk berubah menjadi wanita yang bekerjaya serta diidam-idamkan. 


Wanita Bekerjaya Bukan Sekadar Yang Kerja Di Luar Rumah

Oh ya, nak bagitau ni, wanita bekerjaya bukanlah yang hanya bekerja di luar tetapi tak terkecuali mereka yang bekerja dari rumah ya. Dulu Rin tak tahu yang orang duduk rumah ni boleh jana RM 2,000, RM 5,000, RM 10,000 pun ada weyh! lebih terkejut lagi, jutawan pun ada yang terjadi dengan hanya bekerja dari rumah. 

"Senangla sebab dorang buat bisnes"

Sayang sayang sekalian, kalau dorang buat bisnes pun, diorang pun bermula dengan tiada apa-apa, tiada ilmu, tiada modal. Jangan ingat orang berbisnes ni dah memang kaya, ada ilmu dan modal. Semua tu sedikit demi sedikit kalau ada rezeki pastinya mereka grab.

Wanita Bekerjaya Mengikut Pendapat Ramai

Terdapat banyak pendapat yang berbeza berkaitan dengan wanita bekerjaya idaman lelaki ni. Kalau ditanya dari ramai pihak, jawapan pun ada tahap-tahap dia. Jom kita lihat antara jawapan-jawapan orang lain.

Hasil carian imej untuk WANITA BEKERJAYA

1. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam pekerjaan dan syarikatnya.

2. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai kareer yang kukuh dan gaji yang lumayan atau bagus.

3. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai perniagaan dan bekerja dengan income yang lumayan.

4. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai duit sendiri, pandai cari duit, ada kereta, rumah, aset dan sebagainya.

5. Wanita bekerjaya adalah wanita yang bekerja apapun, asalkan bekerja dan ada gaji sendiri.

6. Wanita bekerjaya adalah wanita yang selalu sibuk dengan kerjanya ke sana sini.

7. Wanita bekerjaya adalah wanita yang pandai jana income tak kiralah bekerja di rumah atau di luar sekalipun.

8. Wanita bekerjaya adalah business women.

9. Wanita bekerjaya adalah suri rumah sepenuh masa yang berjaya.

So korang rasa wanita bekerjaya tu apa? Apa pendapat korang mengenai wanita bekerjaya? Korang salah satu wanita bekerjaya atau tidak?

Hasil carian imej untuk WANITA BEKERJAYA

Jika tidak, penting ya untuk berubah sebab dalam hidup ini kita kena terus maju, maju dan maju ke hadapan. Biarpun kita hanya surirumah di rumah, tapi surirumah pun boleh jadi wanita bekerjaya tau.

Lagipun, suami atau kekasih memang tak kisah siapa kita, tapi Allah dah beri ruang dan peluang untuk kita ubah diri menjadi lebih baik. Ha, sebelum terceramah panjang, jom lah kita tengok cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki.

Mungkin lepas ni suami lebih hormat, sayang, sanjung dan berbangga dengan wife dia ni. Silap-silap wife dia lebih bekerjaya dari laki dia. Walau macam mana pun, jauh dari sudut hati, lelaki akan mengagumi wanita yang bekerjaya. Sungguhpun mereka tak akui dengan anda, tapi itulah dihati kebanyakan lelaki.

 Cara Menjadi Wanita Bekerjaya Idaman Lelaki

Hasil carian imej untuk VISI MISI

#1  Punyai Visi Misi Yang Jelas

Jangan lupa, visi dan misi dalam kehidupan perlu ada, bukan sahaja dapat pekerjaan dan perniagaan.  Untuk diri sendiri pun u all kena fikirkan apa yang u all nak. Visi maksudnya apa prinsip yang korang pegang yang akan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.

Misi pula adalah apa yang korang nak. Target dan pencapaian yang korang inginkan. Contohnya, Misi saya adalah nak income sebanyak RM 10,000 setiap bulan. Jadi, kena gunakan visi utk work ke arah itu. 

So visi saya adalah Menjadi seorang blogger, dan seller yang dikenali ramai serta berpengaruh. Jadi dari situ korang akan fikir apa strategi yang korang nak buat. Kalau nak dikenali, buatlah personal branding. Kalau nak sales mencanak naik, start bina team sales. Itu contoh okey.


#2  Berdikari

Bagi sesetengah lelaki, wanita berdikari yang pandai bawa kereta sendiri, keluar rumah beli barang sendiri, ke sana sini sendiri, jaga diri sendiri, bawa anak-anak jalan sendiri.. Semua tu dia anggap kita dah berdikari. Dengan menjadi seorang yang berdikari, secara automatik mereka juga mudah nampak kita sebagai seorang wanita yang bekerjaya.

#3  Menguruskan Masa Dengan Bijak

Wanita bekerjaya sebenarnya adalah mereka yang bijak urus masa. Yang tahu apa yang penting dan tidak penting. Selalu ada dateline dalam menyiapkan sesuatu kerja biarpun ia kerja rumah. Mereka juga takkan mudah membuang masa.

Contohnya, waktu berehat menonton TV, mereka akan makan, bersama anak dan lain-lain lagi. Jadi, masa lain boleh melakukan hal yang lain pula.

Hasil carian imej untuk DUIT BANK BANYAK

#4  Ada Simpanan Dalam Bank

Yes, tidak dinafikan bahawa cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki adalah kita kena ada simpanan duit dalam bank. Tapi jangan pula keluarkan duit tu untuk bercinta dan menunjukkan korang orang yang have have.  Nehi sama sekali!

Simpanan duit dalam bank tu adalah simpanan duit korang yang perlu disimpan untuk masa depan. Maksudnya wanita bekerjaya ni mempunyai simpanan kewangan. Bukanlah terbiar begitu sahaja. So apa lagi, mulai sekarang kita kena menyimpan betul-betul. Boleh juga guna untuk kecemasan nanti.

#5  Kewangan Yang Kukuh

Mempunyai kewangan yang kukuh juga merupakan cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki. Bukanlah sebab laki senang tak perlu support kalau kita banyak duit. Tetapi kewangan yang kukuh atau gaji yang bagus ni adalah bukti anda seorang wanita bekerjaya, anda berdikari, anda boleh beli barang apa yang anda nak sendiri.

#6  Pandai Berkomunikasi

Cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki juga adalah wanita perlulah pandai berkomunikasi, tak kisahlah dengan mak mertua, sedara mara, jiran tetangga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. 

Cara komunikasi juga menunjukkan betapa kita beradap, sopan dan boleh membina hubungan yang baik dengan semua orang. So kalau rasa kurang bab ni, kita boleh improve banyak lagi. Insyallah.


#7 Mempunyai Idea Di Luar Kotak

Suami atau pasangan pasti suka jika kita seorang yang idealistik, mereka akan nampak kita ini bijak. Jika ada apa-apa yang perlukan cadangan atau maklumat, idea yang kita berikan tu haruslah idea yang difikirkan dari luar kotak. Pasti lelaki akan terpegun dan berfikir bahawa kita ini bijak hehehe.

Hasil carian imej untuk WANITA SERBA BOLEH MASAK KERJA

#8  Rajin Dan Serba Boleh

Jika kita seorang yang berbakat atau serba boleh, memasak boleh, basuh baju boleh, menulis boleh, bercakap boleh, baca Quran boleh, berniaga boleh, mencipta sumber rezeki untuk keluarga pun boleh beri idea pada suami. Sudah pasti itulah ciri-ciri wanita bekerjaya. So jangan ingat wanita bekerjaya ni adalah yang duduk dipejabat sahaja. Zaman sekarang sudah berubah. Asalkan kita rajin dan serba boleh.

#9  Berfikiran Jauh

Jadi seorang yang berfikiran jauh juga merupakan cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki ramai tak tahu. Dengan berpandangan jauh, kita akan mendapat ilham dan melihat masa hadapan, apa yang akan berlaku jika kita tidak berusaha, tidak buat itu dan ini. Nampaknya kita kena fikir panjang dan luas mengenai masa depan diri, keluarga dan juga mereka yang terdekat dengan kita. Insyallah kita berjaya.

Lagipun, maksud kejayaan bagi sesetengah orang adalah 'kita berjaya buat orang lain juga berjaya'. 


#10  Sangat Pembersih Dan Prihatin

Dengan menjadi seorang wanita yang pembersih dan prihatin, itulah sikap utama yang menampakkan kita seorang yang lain dari yang lain daripada orang lain. Ha gitu, dalam sungguh maksudnya.

Kebersihan sangat penting, tak kisah lah kalau orang kata kita ni OCD ke apa ke, tapi kalau kita prihatin dan pembersih, rezeki mudah masuk, rumah lebih kemas dan tersusun. Pendek kata semuanya elok dan sempurna. Tapi jangan terlalu jadi sempurna sebab tak pernah ada orang yang sempurna dalam hidup ini.

#11 Tidak Tinggal Solat Dan Tanggungjawab 

Solat adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT manakala tanggungjawab terhadap suami, anak dan keluarga juga jangan kita lupa.  Salah satu cara menjadi wanita yang bekerjaya adalah tidak tinggal solat dan kewajipan. 

Jika tanggungjawab terhadap Allah kita sempurnakan, Insyallah tanggungjawab terhadap manusia amat mudah bagi kita. Wanita bekerjaya adalah mereka yang mampu menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak, ibu dan isteri. Setuju tak?

Hasil carian imej untuk WANITA SERBA BOLEH MASAK KERJA

Cara menjadi wanita bekerjaya tidaklah sukar kalau kita boleh lakukan semua tips yang telah dikongsikan tadi.  Cuma jangan percaya, tapi korang buat je. Insyallah, yang baik-baik akan berlaku sebab korang dah sememangnya jadi wanita bekerjaya. Mudah-mudahan. Aamiin.

Jom baca juga:

10 Tips Mula Perniagaan Wajib Anda Tahu

1:51 PG 0

Pada zaman sekarang, ramai orang yang mempunyai impian dan keinginan untuk mempunyai sesebuah perniagaan bagi menambah pendapatan, disamping bekerja dalam sesebuah organisasi. Betul tak? Tambah-tambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mata wang negara yang masih rendah di mata dunia dan banyak lagi faktor yang mendorong kita untuk mencari wang. Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu memahami perjalanan perniagaan anda. Jangan terus laburkan duit untuk perniagaan anda tanpa mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perniagaan anda.

Image result for mula bisnes

Jom kita ikuti antara 10 tips mula perniagaan wajib anda tahu.

1. Menilai Diri Sendiri

Setiap individu mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jika anda tidak mempunyai ataupun kekurangan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang usahawan, jangan risau, itu adalah hal yang amat kecil dan tiada masalah. Seperti yang anda tahu, sekarang terdapat banyak seminar yang disediakan oleh usahawan-usahawan tempatan dalam membantu usahawan yang “baru nak up ni”. Selain itu rajin-rajinkanlah membaca ataupun mencari maklumat berkaitan dengan perniagaan yang anda minati. Jangan lupa cari mentor untuk dijadikan panduan.

Image result for mentor bisnes

2. Cari Idea Dan Buat Penyelidikan

Jangan terus memulakan perniagaan kerana trend di zaman sekarang seperti yang anda lihat, ramai yang terus memulakan perniagaan apabila melihat seolah-olah ia dapat memberi pulangan yang besar kepada mereka tetapi tiada pengalaman terhadap perniagaan terbabit. Sebelum memulakan perniagaan, cari dulu idea-idea yang dapat membantu anda serta anda mempunyai sedikit sebanyak pengalaman terhadap perniagaan terbabit.

Anda mesti nak tahu kan kenapa kita kena cari idea dulu? Sebabnya ia dapat memudahkan kerja anda jika anda sudah memiliki ilmu dan idea untuk mengkormesialkannya. Barulah bisnes berjalan lancar. Selepas anda dah dapat idea, anda kena cari pula bagaimana nak “merealisasikan perniagaan anda” dan buat ia jadi kenyataan.

Kenalpasti sama ada produk yang anda ingin komersialkan itu menjadi keperluan orang ramai, serta kenalpasti jumlah keuntungan yang diperolehi. Jika banyak “positif vibe” dalam penyelidikan anda, maka “teruskan dan jangan tunggu lagi”.





3. Mengenalpasti Sasaran Pasaran

Ini merupakan aspek yang paling penting didalam sebuah perniagaan, kerana ia dapat mengenalpasti keuntungan dan kerugian perniagaan yang anda jalankan. Walaupun ada telah berjaya mengesan beberapa sasaran yang dapat memberi keuntungan terhadap perniagaan anda, jangan pernah berhenti dan terus mengenalpasti sasaran baru. Ini bagi membolehkan perniagaan dapat berdaya saing dengan kukuh.


4- Wujudkan Pelan Pemasaran

Selepas anda mengetahui segala kos, keuntungan serta kerugian bagi bidang perniagaan anda, sekarang anda sudah boleh mula mewujudkan pelan pemasaran. Haa… Mesti anda nak tahu macam mana nak buat pelan perancangan kan? Anda haruslah merangka pelan pemasaran tu. Bina satu “kertas biru” untuk membangunkannya. Tuliskan beberapa strategi untuk mencapai target yang dikehendaki.

Contoh pelan pemasaran syarikat VBiz (Sumber : https://vbiz.my)

5- Mencari Dan Memahami Pelabur

Biasanya untuk membiayai beberapa jenis perniagaan pemula, anda akan memerlukan beberapa jenis pembiayaan melalui simpanan bank, kad kredit pinjaman, serta pelabur. Anda harus mencari pelabur yang mempunyai minat yang sama dalam perniagaan yang akan anda jalankan. Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya syorkan cari pelabur yang minat sama dengan perniagaan anda?

Ini bertujuan bagi memudahkan anda untuk melakukan perniagaan dengan lebih terancang dimasa yang panjang. Pelabur juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perniagaan dan mempunyai hak untuk bersuara keatas syarikat anda. Jika idea dari pelabur anda harus mendengarnya. Cuba fahami kehendak mereka dan terima segala idea bernas yang ingin disampaikan. Inshaallah, makin ramai pelabur yang akan datang melabur dalam perniagaan anda lepas ni.



6. Bina Sistem Sokongan Keluarga

Didalam sesebuah perkara sokongan keluarga amat diperlukan. Sebagai contoh, kita ambil satu situasi, kebanyakkan peniaga memperolehi sumber kewangan ataupun pembiayaan perniagaan mereka melalui keluarga terlebih dahulu. Jadi pastikan keluarga anda memahami situasi ini dimana proses ini akan mencabar dari segi kewangan dan juga emosi. Sokongan keluarga akan dapat membantu pengembangan perniagaan anda dengan pantas.

Image result for mentor bisnes


7. Pandangan Idea dari Keluarga Dan Sahabat

Dalam sesebuah perniagaan, idea adalah satu senjata utama. Biasanya idea dari orang lain mampu membuatkan perniagaan kita lebih hebat. Jangan sempitkan pemikiran anda. Kongsikan idea anda bersama keluarga serta sahabat anda. Minta pendapat mereka untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Gabungkan segala “positif vibe” tersebut. Hasilnya pasti akan “kereeen..” “mantap” bak kata jiran negara kita di Indonesia.




8. Bersabar Dan Sentiasa Positif

Bagi saya, dalam perniagaan ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan mudah berputus asa. Anda bukannya “ahli sihir dalam cerita Harry Potter” yang mampu membuat magis dimana apa yang diinginkan menjadi kenyataan dalam sekelip mata. Anda harus perlu sentiasa bersabar dan sentiasa positif. Ingatlah rezeki perniagaan itu datangnya dari Allah SWT. Kadang-kadang Allah mahu menguji kita dengan pelbagai ujian didalam perniagaan kita untuk memberi kita ganjaran yang lebih besar. Mana tahu kan? Hari ni dapat ujian yang banyak dan anda hampir berputus asa. Tapi dengan kesabaran anda tu, keesokannya akan mendapat “durian runtuh” kan?




9. Cari Lokasi Perniagaan Yang Tepat

Pilihlah lokasi yang bersesuaian dengan perniagaan anda jalankan. Lokasi yang senang dikunjungi oleh para pelanggan dan pembekal juga memainkan peranan dalam pertumbuhan perniagaan anda. Saya juga pernah mengalami satu situasi dimana pernah bekerja dengan sebuah syarikat jualan dimana lokasinya agak tidak bersesuaian dengan perniagaannya. Tidak beberapa bulan, perniagaannya “gulung tikar” akibat salah memilih lokasi yang tepat.

Dengan kejadian tersebut, saya ingin memberitahu kepada anda supaya kita sama-sama mengambil iktibar atas kejadian tersebut. Tengok lah terlebih dahulu lokasi yang ingin digunakan sebagai “tapak perniagaan” serta memudahkan untuk dikunjungi oleh semua pelanggan. Nak lagi cantik, cari tapak perniagaan yang juga boleh diakses oleh pelanggan yang OKU. Inshaalah rezeki anda makin masyuk lepas tu.



Contoh peta lokasi kedai yang mempunyai akses kemudahan yang terbaik untuk pelanggannya.


10-  Ambil Peluang Jika Ada

Sekarang ni tidak kira dimana tempat sekali pun, pasti ada sumber-sumber percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Haa… mesti anda terkejut kan? Memang ada.. Tak percaya ek? Sumber yang disediakan adalah seperti ilmu perniagaan, latihan, nasihat, bantuan kewangan dan banyak lagi. Pastikan anda dapat dari sumber yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Tengok…. Memang terbaik la..

Rugi lah kalau peluang ada tetapi kita tak ambil peluang itu dengan segera. Bagi anda yang kurang upaya pula, kerajaan telah membuat satu SKIM dimana anda yang baru nak memulakan perniagaan dan berdaftar dengan JKM akan diberi bantuan perniagaan sebanyak RM2000 bagi yang layak.

Related image

Untung kan kalau anda betul-betul tahu langkah-langkah dan tips mula perniagaan yang wajib anda tahu? Semua urusan perniagaan anda akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Jangan lupa kongsikan 10 Tips mula Perniagaan Wajib Anda Tahu ini bersama rakan-rakan yang lain.

Pengalaman Bekerja Di Rumah Orang Kaya Jutawan Sebagai Pembantu

2:01 PTG 0
Sis pernah bekerja di rumah orang kaya sebagai pembantu rumah, haha. Sebenarnya dia lebih kepada pembantu si business owner tu, bukan macam pembantu rumah sangat. But still duduk di rumah dia dan kena teman pergi klinik bawa anak dia, buat kuih dan macam-macam juga. Hihi.

Alkisahnya begini.

Dipendekkan cerita, waktu sis belajar di UITM Seri Iskandar dulu, sis memang dah minat bisnes dan menjual celak di universiti. Tup tup cuti semester. Jadi, nak tambah pendapatan dekat kampung masa tu banyaklah kerja kilang, mcD, kfc dan sebagainya.

Disebabkan sis jenis suka bekerja sendiri dan berbisnes, sis sendiri iklankan diri untuk dapat job yang macam kerja sendiri dengan orang. 

Sis beriklan di laman Majalah.com iaitu platform iklan percuma malaysia. 

Ini adalah iklan sis pada tahun 2012 dulu. Waktu tu sis berumur 20 tahun. Serius? Iya benar!




Dan iklan sis ini telah memperoleh beberapa feedback seperti berikut:





Waktu ini, sis tak berminat dengan iklan affiliate, pay per click dan sebagainya sebab sis nak duit hujung bulan tu untuk masuk universiti balik. Pergh betapa sis sangat berdikari. Hihi. #Gurau

Sebenarnya time tu sis memang dah buat ppc guna laman website Says waktu tu. Cuma kalau buat duit share-share iklan ni lambat sikit duit tu, memang tak dapat la hujung bulan tu gamaknya. Tak sempat nak buat masuk universiti.

Ramai Orang Hubungi Offer Kerja 


Memandangkan sis telah promote diri di website terbanyak orang masuk untuk beriklan, jadi sis menerima panggilan yang banyak untuk bekerja. Tetapi, banyak yang nak cari untuk kerja di kedai makan, kiosk dan sebagainya.

Bukan tak nak, tapi macam sis cakap sis suka kerja sendiri. Kerja sendiri dari maksud yang sis suka tu adalah kerja dengan orang dan buat apa dia suruh. Bukan dengan kedai makan atau kedai runcit. Hihi. Demand sungguh la waktu tu, padahal nak kerja sendiri je pun. Kahkah.

Dihubungi Seorang Puan

Beberapa hari selepas post iklan tu juga, sis telah dihubungi oleh seorang puan ini. Cara dia bercakap memang sangat profesional, macam ceo company besar. Serius.

Diinterviewnya sis dalam handphone waktu tu. Dia tanya, itu boleh buat tak, ini boleh buat tak dan macam-macam lagi.

Tapi conservation dengan puan tu memang ok sangat, mudah faham apa yang dia nak dan senang cerita, sis pun berminat la dengan kerja yang dia tawarkan. Memang kerja macam tu yang sis cari.

Dia invite sis datang rumah dia untuk berbincang dan terus mula bekerja kalau setuju nanti. 

Orang Kaya Penang Rupanya

Time ikut alamat rumah tu, dah macam tahu dia ni orang kaya. Kawasan rumah Sungai Nibong Pulau Pinang tu, memang tempat orang kaya. Nak masuk bagi IC kat guard, rumah teres 3 tingkat.  Mostly yang duduk kawasan tu memang ramai Cina, tiba-tiba akak ni adalah seorang melayu yang duduk situ. Nilai harga rumah tu adalah 1 juta. 

So, sampainya kat sana dan menekan butang di luar pagar. Pagar terbuka sendiri, akak tu buka dari dalam. Dia call dan jemput masuk. Eh orang nya tak nampak lagi, tapi call suruh masuk. Huhu. Dengan lafaz bismillah sis pun masuk sehingga ke pintu rumah dan memberi salam. 

Nampak puan tu duduk di sofa bangun dan jemput sis masuk, lalu sis pun masuk tapi tak duduk kat sofa hehe. Berdiri je, dia jemput duduk kat meja makan sebelah sofa. Kami dua duduk situ dan bersembang.

Orangnya kurus, bertudung, suara tersangat lembut, lihat muka dia lagi lembut. Hidung mancung kulit putih.

Dia tawarkan rina untuk jadi pembantu dia dan membantu buat kerja-kerja ni:

- Update website barang niaga online
- Update page fb 
- Tolong buat kuih raya
- Tolong tangkap gambar baju-baju jualannya
- Lukis baju kanak-kanak (design)

Okey memang best sangat kan baca jobscope dia tu. Walau tak pernah buat lagi semua tu waktu umur 20 tahun tu, tapi sis memang betul-betul berminat. Jari ini memang jiwa seni, suka tulis,lukis dan macam-macam lagi. No wonderla ada 10 tahi lalat dari jari sampai ke bahu hahah.

Gambar 8 tahun lepas (2012) sis edit, konon-konon nak niaga tudung sebab terinspirasi dengan cik puan tu.

Kerja Bermula Di Rumah Orang Kaya


Sepanjang buat semua kerja-kerja tu, sis memang duduk kat meja makan panjang tu, itulah tempat nak buat kerja dan duduk pula menghadap cik puan. 

Ada masa kami berbual kosong. Tapi yang bestnya, disediakan bilik solat, mudah nak buat apapun.

Tapi bab makan tak ada. Kat rumah tu memang macam tak berasap la sis tengok Hihi. Nak tahu sebab apa? Sebab bulan puasa. Ciaciacia. Jadi waktu kerja dalam jam 10 pagi sehingga lah 4 petang rasa berlalu begitu pantas.

Kat situlah juga sis belajar apa itu blogspot, wordpress, mini site dan lain-lain. Belajar sendiri sambil terus buat kerja. Cik puan hanya ajar 1 kali dan sis kena buat. Tak faham baru tanya. Tegas juga orangnya, bila lama kenal rupanya baru tahu dia ni belajar di universiti Mesir dan juga pernah jadi manager salah 1 company teknologi yang sangat terkenal.

Cuma dia sudah berhenti kerja dan kerja dari rumah saja. Tapi kalau tengok gaya lifestyle dia, memang rasa dia ni jutawan. Tak pun seolah-olah income bulanan keluarga dia mencecah RM100,000 sebulan. Apa yang dia buat sampai jadi jutawan senyap ni.  Orangnya humble saja. Suami kerja kilang sebagai supervisor technician.  

Dia pula hanya kerja di rumah sekarang. Mana tahu dari dulu lagi simpanan dia dah banyak waktu jadi manager dulu. Ahhh macam-macam berlegar dalam otak sis waktu duduk rumah dia tu.

Tepat jam 1 petang macam tu, dia akan keluar ambil anak dia balik sekolah. Dengan 100% kepercayaan terhadap sis, dia tinggal sis kat rumah dia seorang diri, siap bagi kunci lagi untuk apa-apa urusan kalau penting suruh kunci rumah dan sebagainya.

Anaknya pula speaking 100% tak cakap melayu, tapi sangat comel budaknya hihi. Mereka memang jenis speaking dalam rumah satu keluarga. Pernah anak dia sakit pun, sis kena ikut teman pi klinik. Ke sana sini, best juga kerja sebagai pembantu ni. 


Naik Kereta Ikut Ke Sana Ke Sini


Disebabkan dia mencipta jenama baju kanak-kanak dan dewasa sendiri, dia ajak sis ikut dia bila nak jumpa taylor dan mencari beads dan kain. Kat situ sis banyak belajar apa yang owner bisnes buat selain dari marketing di internet.

Mata dan hati dah faham business owner dari segi jual jenama baju sendiri ni buat apa dan apa. Time tu juga la banyak idea bisnes sis keluar, nak jual tudung la itu la ini la, macam-macam lagi. It was a great experience yang mengajar sis apa yang perlu buat bila jadi business owner. 

Sedar tak sedar, 8 tahun telah berlalu. Sis sekarang dah ada bisnes sendiri. Tapi bukan niche pakaian atau tudung. Cuma still pengalaman pertama yang sis dapat bila kerja sebagai pembantu di rumah orang kaya ni memang banyak mengajar dan membuka mata sis untuk berjaya.

Apa yang sis dapat belajar dari cik puan ini adalah:


1. Dia kerja di rumah dapatkan income lumayan hanya dengan buat Affiliate. Waktu 8 tahun lepas, sis memang pernah baca apa itu affiliate tapi belum buat. Sekarang #siscuba

2.  Dia suka jadi orang yang bebas hutang dan kewangan sebab itu kekayaan dan kejayaan akan lebih dekat. Kalau sudah tersasar banyak hutang, kita masih boleh berusaha untuk selamatkan diri. 

3.  Jangan putus usaha, kejayaan pasti datang kalau kita usaha. Allah yang tahu buat kerja dia. Kita cuma buat kerja kita.

4.  Jangan sombong kalau rumah besar, kereta besar, be humble saja. Sebab harta kita banyak-banyak ni pun bukan milik kita, lebih baik kita infaqkannya. Kita cari harta pun atas tujuan akhirat nak infaq harta. Nak dapatkan saham akhirat.

Itulah yang sis masih ingat sampai sekarang. Sesungguhnya bekerja di rumah orang kaya sebagai pembantu ni memang beri banyak pengajaran buat sis. Beberapa tahun pun, sis takkan lupa kepada mereka yang telah memberi ilmu bermanfaat buat sis. Alhamdulillah.


WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...