Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan kewangan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan kewangan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

5 Cara Jana Pendapatan Di Internet [DISARANKAN JUTAWATAN INTERNET INI]

4:53 PTG 0
5 Cara Jana Pendapatan Di Internet [DISARANKAN JUTAWATAN INTERNET INI]
Idola saya adalah Tuan Irfan Khairi yang merupakan seorang usahawan muda di Malaysia. Ketika itu, saya berumur 18 tahun sudah membaca banyak berkaitan beliau. Sungguh bisnes dan ilmu kewangan saya, banyak diinspirasikan berdasarkan ceramah dan tips-tips dari Beliau.

Di sini, jom saya kongsikan 5 cara jana pendapatan di Internet yang boleh anda lakukan dengan serius untuk menjana pendapatan. Anda akan berjaya sekiranya anda benar-benar fokus melakukan cara ini. Pilih mana satu yang memudahkan anda. Lakukanlah satu demi satu dan penuh fokus.

Image result for e commerce


1.  E-Commerce


E-commerce adalah laman web jualan. Pendek kata, anda boleh jana pendapatan di internet dengan menjual produk.  Seperti Amazon.com, Zalora, atau Lazada dimana anda boleh menjual baju atau produk secara online.

Banyak pendapatan boleh dijana dari sini tetapi kos permulaannya agak tinggi seperti kos modal barang, internet, platform, pekerja untuk menghantar barang dan lain-lain lagi. Margin keuntungannya agak rendah. Namun, ramai yang minat dengan cara jana pendapatan di Internet ini kerana anda seolah-olah punyai bisnes sendiri dan kedai online sendiri.

Caranya adalah anda boleh mendapatkan produk dari pemborong tempatan, cina atau mana-mana, kemudian anda jual di internet semula.


2.  Affiliate Program


Daftar sebagai affiliate, kaji dan ketahui produk mereka. Penting untuk anda mendaftar dan menjadi seorang ahli affiliate. Namun, sebelum itu pilihlah dahulu produk dan syarikat affiliate mana yang ingin anda jual.

Contohnya buku, kemudian anda jual buku tersebut di blog anda. Dengan cara link ke blog jualan tersebut berdasarkan link yang telah diberikan kepada anda untuk promote. Tak perlu ada bisnes sendiri, cuma promote bis orang lain di blog anda. Mudah kan! Link url diberikan untuk anda promote. 

Tak perlu pegang stok, tapi boleh jual apa sahaja produk mereka..Contohnya jadi affiliate zalora, lazada dan sebagainya. Kena anggap sebagai perniagaan full time anda walaupun ia cuma berkongsi dan share link.  Untuk berjaya dalam affiliate, anda bukan sahaja share link tetapi anda juga perlu menganggapnya sebagai perniagaan utama anda dengan multiplekan marketing seperti buat blog untuk cerita pasal produk, tips dan sebagainya. 


3.  Pengiklanan Dalam Blog


Pengiklanan dalam blog adalah salah satu cara jana pendapatan di internet yang disarankan oleh Jutawan Internet Irfan Khairi.  Contohnya, anda boleh daftar online dengan Google Adsense, Pay Per Click dan lain-lain lagi. 

Cara ini memerlukan anda membuat content yang banyak. Sebagai contoh, anda menulis berkaitan travel di blog, jadi google adsense akan menaikkan iklan berkaitan travel kepada anda. Kemungkinan pembaca akan menekan iklan tersebut, jadi anda juga akan mendapat pendapatan di situ.

Image result for PENDAPATAN INTERNET

4.  Youtuber


Menjana pendapatan dari youtube melalui google adsense juga. Adsense adalah iklan awal yang keluar di youtube, atau iklan yang keluar di tengah video youtube anda. Iklan-iklan inilah akan menjana pendapatan buat anda. 

Dengan penghasilan video youtube, anda boleh meletak iklan adsense tersebut di youtube.  Apabila orang lain menonton video iklan anda, anda akan menjana pendapatan di situ. 

Sebagai contoh, Ryan worlds yang membuat review Toy (mainan) di akaun Youtube nya, setiap bulan memperoleh duit berjuta-juta. Ini kerana ramai orang yang menonton video tersebut daripada iklan-iklan tertera pada videonya.

Cara ini agak mudah kerana anda boleh buat video dari handphone sahaja. Bergantung kepada industri, setiap 1 ribu view menonton video anda, anda akan mendapat beberapa jumlah bayaran tertentu. Zaman sekarang adalah zaman sosial media, why not anda cuba menjana pendapatan dari youtube juga!


5.  Expert Industri


Anda perlu tahu apa industri yang anda expert seterusnya menjadikan anda expert dalam pekerjaan anda. Sebagai contoh, seseorang ini bekerja hanya mengutip sampah, akhirnya dia menulis sebuah ebook berkaitan pengurusan sampah. Begitu juga dengan apa sahaja kepakaran yang anda ada, anda boleh bina produk digital seperti ebook dan menjual di internet. Menarik bukan?

Menulis ebook mengikut kepakaran adalah sesuatu yang mudah kerana anda telah pakar. Mulai dari sekarang, fikirkan apa yang anda pakar dan boleh tulis untuk buat duit. Anda tak perlu post dan keluar rumah, cuma emel sahaja kepada mereka yang membeli ebook anda. Jika ada website, boleh buat jualan melalui website. Mudah kan!


Related image

Itulah dia 5 cara jana pendapatan internet yang disarankan oleh jutawan internet Malaysia. Sesungguhnya beliau sendiri telah menjual peta Malaysia di internet satu masa dahulu, berkecimpung dalam blog sehingga menjadi jutawan pada usia yang muda iaitu 25 tahun.

11 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA | MENJADI SURIRUMAH ATAU BISNES SENDIRI

12:16 PG 0
Rata-rata pembaca blog ini pastinya ingin bebas kewangan, kerja sendiri, berbisnes dan jauh di sudut hati, ingin sekali jadi surirumah, betul tak? Tapi ada beberapa perkara yang mengganggu di benak fikiran kan? Rin dah pernah alami semua tu waktu mula-mula nak berhenti kerja dahulu. Okey, jom Rin senaraikan masalah dan perkara yang mengganggu dalam kepala otak ni sebelum berhenti kerja dulu.

Masalah Dan Ketakutan Sebelum Berhenti Kerja


  • Takut duit tak ada dan duit simpanan habis. Aduh, siapa tak takut duit tak ada? Memang kalau tak ada simpanan pasti akan takut tak ada duit. Kalau ada simpanan, takut pulak kalau-kalau duit cepat habis semua sekali.
  • Takut tak ada income lain dan gaji bulanan dah. Sememangnya patut takut. Berhenti kerja memang takkan ada duit dapat bulan-bulan dah. Kecuali kita meniaga atau bekerja di rumah secara freelance, tetap, sampingan ataupun mempunyai pasif income yang lain.
  • Takut orang mengata kita tak kerja. Memang orang akan mengata kalau kita muda-muda tak kerja, kecuali jika kita kawen orang kaya. Memang tak payah kerja pun tak apa kot.  dan kecuali kalau anak kita ramai yang kita terpaksa jaga sendiri berbanding hantar pengasuh. Oleh itu, jika kita berhenti kerja, kena tahu apa aktiviti yang kita nak buat, adakah kita akan jadi bisneswomen, penulis atau apa kerjaya kita kelak?
  • Takut tak ada peluang duit yang boleh kita buat. Kita pasti nak jana pendapatan, cuma kita taktahu bagaimana. Itulah yang mungkin juga kita takutkan.
  • Takut bosan kat rumah sendiri, tak ada kawan, tak keluar rumah dan taktahu nak buat apa. Oleh itu, penting ada perancangan, jadual dan lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi masalah bergantung kepada individu juga. Tambah-tambah yang duduk serumah dengan mak mertua, takut dia bising kata kita tak kerja pulak kan. Tapi kita kena bagi dia faham dan bagi dia tahu apa yang kita nak buat jika tak bekerja tu. Tak ada la dicopkan apa-apa pula nanti kan. Pastikan duit tu sentiasa masuk dan mengalir. Tapi mula-mula ni kena berkorban sikit. Sebab setiap permulaan pasti ada pengorbanan dan usaha yang lebih sikit.

Apapun yang anda lalui, pastikan rancang terlebih dahulu apa yang akan anda lakukan setelah berhenti kerja nanti. Ia memerlukan anda membuat persediaan yang cukup rapi sebelum berhenti kerja. 

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

#1  Kenalpasti Komitmen Bulanan Anda

Buatlah satu rekod atau buku untuk anda mencatatkan komitmen pada setiap bulan. Contoh, loan kereta, bayaran insurans, ptptn, personal loan dan lain-lain lagi. Setiap kali sudah bayar, jangan lupa tandakan. Dengan adanya checklist ini, mindset anda akan pastikan anda tidak tertinggal untuk membayar. Anda juga dapat mengagak berapa duit bulanan yang perlu anda jana untuk membayar komitmen anda sahaja.

#2  Elakkan Shopping Online 

Dahulu waktu bekerja, tiap bulan postlaju hantar parcle ke pejabat, Kali ini, sabar dulu. Bina empayar wang dahulu. Jangan buat tindakan yang sama asyik shoping macam dulu, sebab kali ni hujung bulan dah takkan dapat gaji sebab dah berhenti kerja. Kena sedar tu. Kena pandai urus tabiat berbelanja dahulu.

#3  Ada Simpanan Gaji Sebulan Dua

Kenapa perlu ada simpanan gaji atau duit simpanan sebagai backup? Jika anda ada komitmen bulanan, gaji tu akan tampung bayar komitmen anda selama sebulan dua ini. Sementara itu, dalam bulan anda sudah bebas masa dan tak bekerja, itulah masanya untuk anda generate income lain seperti bisnes online, jual makanan, buat khidmat menulis dan sebagainya.

#4  Motivasi Dan Inspirasi

Jadilah seorang yang bermotivasi dan inspirasi sebelum berhenti kerja. Semoga sifat tersebut kekal di dalam diri anda setelah bergelar suri rumah atau bisneswomen nanti. Bukan apa, apabila sendiri, pasti anda mudah give up jika bosan atau tiada idea apa nak buat. 

Sedangkan orang lain semakin berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jadi, anda harus jadi seorang yang bermotivasi tinggi dan penuh inspirasi untuk mengukir kejayaan walaupun hanya bekerja di rumah. Jika bekerja keras, pasti anda akan lebih berjaya daripada rakan pejabat dulu.

#5  Jangan Terminate Insurans

Jangan sesekali terminate insurans anda, tanpa insurans anda mungkin kerugian pada hari berikutnya.  Insurans menyelamatkan anda kerana tidak perlu menanggung kos rawatan, anda juga sudah pasti tiada benefit medical kerana sudah berhenti kerja bukan? Jaga dan bayar insurans seperti biasa untuk pastikan insurans anda aktif dan bermanfaat suatu hari nanti.

#6  Fikirkan Aktiviti Pada Masa Depan

Sebelum berhenti kerja, fikirkan dahulu apakah aktiviti yang akan anda lakukan pada masa hadapan. WAJIB buat perancangan, sama ada nak berniaga, bekerja di rumah atau apa? Tolong cari masa untuk merangka perancangan anda. 

Planning:
Tempoh masa:
Tindakan:
Tindakan 1:
Tindakan 2: 
Tindakan 3: 

dan seterusnya. Pastikan anda benar-benar melakukan tindakan tersebut. Jika tidak, makin lambatlah masa untuk anda melakukan sesuatu dan berjaya. Jika tiada idea, apa yang ingin dibuat, meniaga dan sebagainya. Buatlah research di internet dan banyakkan membaca tentang peluang perniagaan dan pilihlah mengikut kemampuan anda.

#7  Bersangka Baik Dan Positif

Sebelum berhenti kerja, jangan berfikir negatif dan bimbang. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dan positif. Fikirkan sesuatu yang baik dan menggembirakan. Katakan pada diri dan setiap doa anda, mungkin ada hikmah pilihan yang anda lakukan. Mungkin anda lebih berjaya apabila tidak makan gaji lagi dan mungkin lebih berkat rezeki yang anda perolehi nanti.

#8  Senaraikan Income Aktif Dan Pasif Anda

Walaupun belum mempunyai income pasif dan aktif yang akan anda lakukan selepas berhenti kerja nanti. Mula fikirkan dan senaraikannya. Anda akan lebih berusaha untuk menyambar peluang melakukan kerja atau sesuatu untuk income aktif dan pasif tersebut. 

Ia termasuk juga dengan hobi anda, cuba senaraikan semua hobi anda. Kenalpasti hobi dan kepakaran anda yang boleh buat duit. Sebagai contoh, melukis, menulis, mengambil gambar, mengarang, membuat blog, design website dan sebagainya. Tak salah anda cuba polish kepakaran anda dari sekarang. 

#9  Perbincangan Dengan Suami Dan Keluarga

Sebelum berhenti kerja, bincanglah terlebih dahulu dengan suami dan keluarga. Dapatkan juga restu mereka dan berikan idea apa yang anda boleh berikan selepas berhenti kerja. Pasti suami dan keluarga anda sangat supportive. 

Dia juga perlu memainkan tanggungjawab yang besar setelah anda berhenti kerja nanti. Sekurang-kurangnya perlu support untuk membayar komitmen sementara anda akan stabil semula.

#10  Bersedia Buat Kerja Rumah

Apabila sudah berhenti kerja atau sudah mula membuat kerja rumah, anda perlu ada kekuatan dan keseronokan. Cuba bayangkan, rutin harian buat kerja office, tiba-tiba kena buat kerja rumah pula. Jangan merungut tetapi jadikanlah ia hobi atau pahala harian anda. Suri rumah atau kerja di rumah pun dapat himpun pahala lebih, tahu tak?

#11  Bersikap Profesional Dan Bekerjaya

Walaupun anda sudah bersedia untuk berhenti kerja, janganlah jadi seperti kanak-kanak atau tak keruan. Teruskan menjadi seorang wanita bekerjaya dan profesional. Siapa sangka dengan sikap anda, anda mampu mempunyai syarikat sendiri satu hari nanti! Rezeki datang tak disangka. 

Walaupun berhenti kerja, mana tahu jika anda sudah mulakan bisnes kecil-kecilan sendiri dan kemudiannya menjadi ceo menguruskannya dan mampu mengendalikan pekerja di bawah anda pula. Menarik bukan? oleh itu, kekalkanlah sikap anda semasa bekerja dahulu.😍

Memang ramai yang kata nak resign jangan ikut emosi, Itu betul. Tapi kalau nak seribu daya, taknak seribu daya. Buat sesuatu yang anda nak. Kena berani. Jangan menyesal di kemudian hari, Jika anda sudah bersedia utk fight jadi lebih baik dan berjaya, buatlah keputusan anda yang terbaik!

Itulah dia 11 persediaan sebelum berhenti kerja yang perlu anda lakukan. Sama ada berhenti kerja untuk meniaga sendiri atau menjadi surirumah, sama sahaja. Niat nawaitu penting, insyallah semuanya baik-baik.  



Jom Baca Juga







Maksud Nama Kayyisa - Rinazul Kayyisa

5:55 PG 2
Assalamualaikum Semua, 

Tergerak hati rina memikirkan nama 'Kayyisa'. Rasa macam sedap sangat pada mulanya.
Jadi Rina agak tertanya-tanya apa maksud nama Kayyisa. Apabila disemak, nama Kayyisa sebenarnya membawa maksud:

Wanita Cerdik Dan Bijaksana

Sesuailah dengan apa yang Rina fikirkan, ia adalah makna yang positif dan baik-baik. Sebagai seorang wanita yang pentingkan hal-hal dan kehidupan kewanitaan orang lain juga, tak salah nak menggunakan nama itu sebagai kekuatan dan semangat.

Semoga kita juga menjadi seorang Kayyisa yang hebat-hebat dalam apa jua kehidupan kita.



Cerdik dan bijaksana dalam segala hal. Hal-hal yang sering wanita alami seperti masalah peribadi, hal rumah tangga, hal kerjaya, hal keluarga, hal kewangan, perniagaan dan lain-lain lagi. Semuanya dapat diatasi dengan mudah dan kekuatan.

Bukan apa, banyak sangat kisah rumah tangga yang Rina baca akhir-akhir ini. Tetapi bukan Rina fobia, Rina risau wanita-wanita tu yang fobia, sedih, negatif dan sebagainya. Nak juga rasanya bina 1 group untuk luah perasaan wanita, tapi rasanya cukup la ada page Rumah Tangga untuk korang membawang tu. hihi.

KISAH KERJAYA DENGAN PERNIAGAAN AMWAY

1:13 PG 0
Saya adalah seorang graduate 1st class dari Universiti Teknologi Mara dalam fakulti Pengurusan Pejabat.  Saya pernah bekerja dengan sebuah bank dan berhenti kerja apabila umur 25 tahun.  Apa yang berlaku adalah kerana saya inginkan satu perniagaan dan bukannya kerja makan gaji.  Tetapi mama sangat risau dan mahukan saya bekerja supaya mempunyai simpanan epf, pencen dan sebagainya.  Ramai masyarakat kita yang berpendapat sekiranya tidak kerja dengan majikan, tidak makan gaji, maka tiada pendapatan yang kukuh.
Image may contain: 1 person, sitting
Imej via [Usahawan]

Bagi saya, saya amat percaya apa yang diajar dalam agama iaitu 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Cuba bayangkan, 9 rezeki itu datang dari perniagaan sedangkan 1 sahaja daripada bukan perniagaan. Itu menunjukkan rezeki datang dari perniagaan adalah lebih banyak. yang penting, PERNIAGAAN itu bagus dari dasar Agama.  Mengapa perlu risau dan khuatir. Ya, mungkin kerana ibu bapa takut kita hidup susah tiada duit dan sebagainya.  

Tapi pernahkah anda dengar, mereka yang kerja kerajaan akan jadi jutawan? Tak pernah kan.. Mereka yang kerja swasta jadi jutawan?  Tak pernah juga.  Tapi orang yang bisnes sendiri akan jadi jutawan?  Ya. Itu sangat logik, malah sudah ada bukti dan ramai yang telah jadi jutawan.  Paling mudah, Irfan Khairi, Dato Seri Diva, Dato Aliff Syukri dan sebagainya.  Mengapa kita masih pertikaikan?  Anak-anak perlu di buka minda mereka tentang perniagaan seluas-luasnya.  Bukan saja anak-anak, ibu bapa turut perlu buka minda! Sokonglah anak-anak anda untuk memulakan perniagaan.  Doronglah mereka dan sokonglah.
Secara umumnya segala urusan perniagaan bermula dengan mempromosi dan menjual produk. Ilmu menjual ada secara semulajadi dalam setiap individu cumanya ia perlu diasah mengikut kesesuaian agar ia lebih mantap.  Satu cabang mudah untuk mempelajari ilmu perniagaan adalah melalui Jualan Langsung. Ia adalah tempat paling sesuai kerana segala-gala perkara berkaitan produk, latihan, sokongan dan ganjaran telah siap tersedia.  Pendek kata, ianya mempunyai sistem tersendiri yang memberi manfaat kepada kita.
Saya petik dari myamwaybizpress:  Perniagaan seperti Amway meningkat nilainya mengikut masa, bergantung kepada usaha dan komitmen yang seseorang itu berikan. Menariknya, syarikat membenarkan anda memiliki perniagaan tersebut dengan cara menyediakan ganjaran yang luarbiasa sehingga ke peringkat yang ia boleh diwariskan kepada keluarga/waris atau sehingga anda tiada dibumi ini. 
Ini bermakna pemilikan keuntungan perniagaan tersebut adalah hak anda dan berterusan sehingga anda tiada lagi. Sebab itu, apabila memilih syarikat jualan langsung, anda perlu berhati-hati agar ia berbaloi dan tidak sia-sia kemudian hari.
Image result for kerjaya amway

KENAPA SAYA PILIH AMWAY BERBANDING BEKERJA SEBAGAI BANKER?

Berhenti kerja bukanlah pilihan yang bijak bagi orang yang ada komitmen seperti saya.  Loan kereta, kad kredit, ptptn... tapi berhenti kerja untuk memulakan bisnes adalah tindakan ajaib dan serah diri yang saya lakukan.  Serah diri kepada Allah swt.  Kita perlu usaha dan tawakal. Namun, apa yang Dia beri esoknya, itulah kebaikan untuk kita.

Sewaktu saya bekerja makan gaji, gaji 3k tidak mencukupi walaupun hanya guna untuk enjoy dan bayar komitmen.  Kenapa tak cukup? Mungkin ada setengah part tu tidak berkat ke apa ke saya tak tahu..Wallahualam. Sehinggalah bila mana saya sering rasa tak cukup, saya selalu cakap , 'tak sabarnya nak berhenti kerja nak buat bisnes sendiri, insyallah lagilah cukup'... banyak kali sangat saya cakap macamtu. 
Saya percaya jika saya buat perniagaan saya akan lebih dari cukup.  Selepas berhenti kerja , saya berjinak-jinak dengan bisnes makanan, namun keletihan melanda.. saya terfikir, adakah bisnes yang ada pasif income? kalau bisnes sendiri macam restoran, kedai dan sebagainya, kalau kita tutup kedai kita pun tak untung. Dan beberapa hari kemudian, kuasa Allah temukan saya dengan bisnes yang  saya tidak tahu bisnes apa.. 
Rupa-rupanya ianya salah satu produk Amway.  Dan apa yang menariknya, pendapatan yang diberikan bukan hanya seperti syarikat jualan langsung yang lain, malah kita juga ada pendapatan royalti atau macam pencen yang kita dapat tiap-tiap bulan walaupun kita sudah tua dan tidak buat kerja.  Untuk itu, permulaannya kita perlu belajar dan berusaha sedikit untuk berjaya.

Mana ada bisnes yang masuk ,terus berjaya.  Carilah satu dunia ni.  Memang tak ada. Sebenarnya semua kena buat kerja sikit. Taja orang, jual barang, promot dan macam-macam lagi. Betul tak? Kalau nak juga yang tak buat apa-apa tapi boleh kaya, ada ... tapi bukan bisnes. Itu ialah skim cepat kaya. Sebab itu yang selalu kena tipu dengan skim cepat kaya ni melayu. Sebab malas. Malas nak berusaha. Nak cari pula bisnes yang tak perlu buat apa-apa dapat duit, memang takla. Dah tahu mcm tu, kita kena la bijak. Amway akan bagi tiap-tiap bulan pendapatan tetap setelah kita berusaha dulu pada awalnya.  Bukan cari orang k.. Ini lebih kepada kumpul point. Sebab tu kena belajar dulu.  Sangat-sangat mudah. Bila saya belajar ni, Hari-hari akan fikir positif dan fikir kejayaan. 
Selain itu, kosnya murah (RM95) untuk memulakannya dan risikonya adalah rendah kerana anda tidak perlu mempunyai stok yang perlu disimpan. Kedai Amway terdapat di serata negeri dari Alor Setar hingga ke Sabah yang membolehkan stok di dapati dengan mudah.
Ganjaran kewangan pula berperingkat-peringkat mengikut prestasi anda. Terdapat banyak cara untuk anda mendapat keuntungan. Dan semua cara itu sebenarnya langsung tidak menekan anda dan anda boleh melakukannya secara santai juga.
Jika anda ingin meluaskan perniagaan ini ke peringkat antarabangsa juga tiada halangan, Amway terdapat di lebih 80 negara di dunia. Anda hanya perlu buka cawangan baru di negara tersebut dengan menaja rakyat negara tersebut.
Imej via [code-brew]

Perniagaan ini juga adalah trend semasa dalam perniagaan. Seramai tiga puluh juta orang di seluruh dunia terbabit dalam jualan langsung, sebuah industri yang bernilai $82 bilion. Apabila orang menjadi lebih sibuk, mereka mencari cara untuk menjimatkan masa melakukan tugas rutin, seperti membeli-belah untuk keperluan setiap hari.
Jualan langsung memenuhi keperluan ini dengan baik, kerana produk Amway boleh dihantar ke pintu mereka. Selain itu, Amway adalah satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia dan mempunyai sejarah kejayaan selama lebih 54 tahun.
Kepelbagaian produk yang terdapat dalam Amway juga boleh membantu anda mendapat ramai jenis pelanggan. Terdapat makanan nutrisi  untuk mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat produk kecantikan untuk wanita, alat-alat penjagaan rumah dari bahan pencuci hingga ke alat teknologi tinggi seperi penulin air dan penulin udara. Pelbagai jenis makanan sehingga untuk kegunaan jamuan Hari Raya juga ada disediakan.
Peluang kejayaan adalah sama rata. Tidak kira samada anda ada sijil atau ijazah atau setakat sekolah rendah, tua atau muda, peluang untuk berjaya adalah sama rata bergantung kepada usaha dan komitment yang diberikan. 
Untuk berjaya, anda perlu menjadi contoh pengguna yang baik dan sentiasa mahu maju dengan menghadiri setiap mesyuarat atau latihan kepimpinan yang disediakan agar anda mempunyai ilmu dalam perniagaan ini.
Rakan-rakan peniaga yang lain sentiasa boleh membantu anda.
Bagi mereka yang ingin mempelajari lebih tentang Amway dan bagaimana kerjaya dengan Amway, anda boleh hubungi saya di wasap.my/60105012717/NakTahuTentangAmway

AMWAY MEMBERIKAN ANDA PERNIAGAAN SENDIRI

4:21 PTG 0

Siapa yang tak kenal Amway? Syarikat besar yang bertapak di seluruh negara dan international.  Sejak memulakan operasi pada 1976 di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sasaran AMWAY Malaysia tetap sama iaitu ingin membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik.

Imej via [microbiomeinsights]

Amway dan komunitinya masih lagi membantu mereka dalam setiap langkah menerusi komuniti, latihan dan pementoran yang kukuh. Buktinya ialah kejayaan lebih 350,000 ABO (Amway Business Owner) dalam AMWAY Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada 3 juta populasi ABO di seluruh dunia. 

Asasnya begitu kukuh: sebuah syarikat milik keluarga, dengan produk yang unik, bahan dan formula berpaten, yang tidak pernah terlepas membayar bonus. Ini adalah lebih daripada sekadar peluang, ia adalah peluang untuk anda rebut.

Anda juga berpeluang mendapatkan bisnes sendiri apabila bersama Amway. Lebih dari puluhan produk kelengkapan rumah milik Amway yang boleh anda usahakan untuk menjadi usahawan.  Memang berbaloi ditambah dengan ganjaran yang Amway berikan.



Ganjaran Menjadi Amway Business Owner

Imej via [tularr]

Dari pemandangan Auckland yang indah hingga ke Paris yang romantis, dari Afrika yang mengujakan hingga ke Jepun yang penuh keanehan. AMWAY Malaysia telah membawa ABO ke seluruh dunia untuk menyelami budaya dan pengalaman baru di negara-negara yang eksotik dan indah ini sebagai sebahagian daripada program ganjarannya. 

Usaha keras sememangnya berbaloi. Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY dan insentif jualan yang lain memberikan anda ganjaran berupa pendapatan, lawatan, pengiktirafan dan banyak lagi, bukan sahaja kerana menjual produk tetapi juga kerana membantu meningkatkan tahap ABO yang anda taja.

• Bonus pencapaian bulanan antara 3% hingga 21% jumlah perniagaan anda bergantung kepada produktiviti anda; 
• Bonus bulanan dan bonus kepimpinan tahunan, wang tunai dan insentif berdasarkan prestasi kumpulan
• Tokok harga runcit ke atas barangan yang dijual kepada pelanggan.

Nak explain lebih-lebih takut anda tak faham pula nanti. Apapun, jika anda suka buat bisnes dan serius nak ada bisnes sendiri, anda boleh jadi ABO (Amway Business Owner). Boleh fokus bekerja di rumah sahaja. Mudah kan?



Tidak Mudah Dan Tidak Susah


Memulakan perniagaan AMWAY anda sendiri tidaklah membebankan. AMWAY Malaysia menyediakan maklumat dan latihan untuk anda berjaya. Peluang latihan termasuk sumber dalam talian dan luar talian. Tidak perlu bimbang jika anda tidak mempunyai sebarang pengalaman berniaga, Amway akan membantu anda membangunkan kemahiran yang anda perlukan untuk berjaya. Dari latihan yang mengkhusus pada produk hingga ke program pendidikan perniagaan dan latihan, anda mempunyai akses kepada sumber-sumber yang membantu anda membina perniagaan AMWAY yang berjaya.

Imej via [wavefrontac]

Produk Cemerlang 


Daripada kosmetik ARTISTRY hingga ke suplemen pemakanan NUTRILITE, semua barangan telah diuji dengan teliti dan dipercayai di seluruh dunia. Ramai pengguna yang arif dengan kualiti dan kebolehpercayaan jenama AMWAY, dan model jualan langsung ini menawarkan penyelesaian yang diperibadikan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Dengan lebih 25 kedai meliputi timur dan barat Malaysia, kehadiran AMWAY Malaysia yang teguh di negara ini meyakinkan ABO tentang hubungan yang teguh dan berjangka panjang ini. 


Risiko Rendah, Kos Rendah


AMWAY Malaysia mencapai jualan melebihi RM1 bilion pada 2015, dan durian runtuh ini dikongsi bersama ABO. Terdapat banyak sebab untuk menjadi seorang ABO: risiko dan kosnya rendah; peluang memperoleh pendapatan tambahan terbentang; dan anda boleh mencapai kefleksibelan dan jaminan kewangan yang anda sentiasa idamkan. Nikmati manfaat bekerja dengan sebuah syarikat yang boleh diharapkan dan komunitinya yang kukuh yang boleh membantu anda mencapai matlamat. Mulakan perjalanan baru yang mengujakan, mulakan perusahaan anda sendiri. 


Tiba-tiba terasa teringin nak ada bisnes sendiri dengan Amway kan? Jom daftar dan dapatkan kit sales anda. Nak tahu caranya? Hubungi sis. (KLIK WHATSAPP)



20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan | Kalender Bulan Ramadan 2019

9:57 PG 0


Ramai yang menyangka nak raya kena bersiap sedia dan buat persiapan. Tapi ramai terlupa nak menyambut ramadan pun kena buat persiapan. Wau, apakah persiapan yang wajib anda buat tu?

Kalau tak buat persiapan ni, tak meriah puasa kau dek. Suasana tak best, pahala pun tak berapa lumayan sangat, kau pun akan terasa kesunyian dan kebosanan macam hari-hari biasa. Rugi sangat kalau korang tak tahu apakah persiapan menjelang Ramadan wajib korang buat tu.


Imej via [Finansialku]


Ramai orang mengalu-alukan bulan ramadan umpama nak dapat anak. Begitu gembira dan bersungguh-sungguh, ada pula yang ala kadar sahaja,. seronok tidak, apapun tidak.

Anda nak tahu apa momen-momen menyeronokkan di bulan ramadan ini yang secara zahir atau batin?

  • Setiap pahala untuk semua jenis kebaikan yang anda lakukan adalah berlipat kali ganda
  • Amal-amal ibadah dan kebajikan telah Allah SWT gandakan dimana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
  • Bulan ramadan mempunyai malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • Tak sabar nak buka puasa dengan kaum keluarga dan rasai suasana berbuka yang menyeronokkan.
  • Tak sabar nak buka puasa dengan makanan sedap dan air sejuk yang manisss gitu.
  • Tak sabar nak makan di restoran yang sedap2 dan masakan ibu yg lebih sedap!


Banyak lagi keindahan dan kelebihan bulan ramadan sebenarnya. Tapi anda akan merasainya sekiranya anda berpuasa dan menyediakan persiapan menjelang bulan ramadan ini.
Imej via [Blogkulo]



20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan


1. Jaga Pemakanan Dan Makan Makanan Seimbang


Penting untuk anda menjaga pemakanan bagi menyambut bulan ramadan. Takut nanti perut terkejut pula nak berpuasa. Jadi, sekarang kurangkan makanan manis dan jangan makan banyak sangat sehingga melahap. Makan ala kadar dan berhenti sebelum kenyang ok?


2.  Jaga Tidur Dan Mata 

Kenapa kena jaga tidur? Sebab bulan puasa ni kita nak bangun bersahur. Kalau hari biasa kita dah biasa bangun lewat, bulan puasa ni nak bangun awal, lebih baik kita tidur awal dan jaga tidur kita. 

Sebenarnya tak elok jika kita berjaga malam sehingga sahur. Adalah lebih baik kita tidur awal dan bangun sahur dan tak perlu tidur lagi selepas sahur dan subuh. Sekaligus dapat menjaga mata kita juga.


3.  Jaga Hati Dan Rohani


Apa kata kita mula hidup baru dengan bersihkan hati dan mantapkan rohani sempena datangnya bulan ramadan yang mulia ini. Zikirlah selalu dan niatkan yang baik-baik. Semuanya kita buat kerana Allah swt. Pasti senang hati!


4. Berdoa kepada Allah supaya Diberi Tubuh Badan yang Sihat untuk Menghadapi Bulan yang Mulia ini


Apabila badan kita sihat, kita akan dapat melakukan ibadah dengan maksima di bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu berpuasa, solat tarawih, zikir serta tilawah al-quran bersama keluarga ataupun saudara mara




5. Rancanglah Aktiviti untuk Mendapatkan Manfaat (pahala) Sebanyak Mungkin di Bulan Ramadan


Sebelum masuknya bulan yang mulia ini, apa kata kita semua merancang aktiviti-aktiviti yang membolehkan kita mendapat ganjaran pahala sebanyak mungkin kerana pahala di bulan ini dikatakan berlipat-lipat kali ganda.

Antara aktiviti yang mungkin anda boleh lakukan adalah bersedekah, memberi makanan kepada mereka yang memerlukan, bertadarus, solat tarawih dan sebagainya.


6. Menghiasi Rumah dan Diri Sendiri


Jom kita sama-sama menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan bulan Ramadan ini terserlah dan dapat menyemarakkan lagi kegembiraan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga yang hadir. Antara hiasan yang simple adalah dengan menggantung banner tertera “Salam Ramadhan”, “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan sebagainya.

Selain itu anda juga boleh men”deco” rumah anda dengan lampu-lampu yang indah. Hias diri sendiri adalah bermaksud memakai pakaian yang baik (menutup aurat), serta memakai wangi-wangian (perfume) yang segar ketika beribadah kepada Allah SWT.


7. Menghadiri Majlis Ilmu


Sebelum menjelangnya bulan Ramadan, apa kata kita menghadiri majlis ilmu yang dapat mendekatkan jiwa dan roh kita kepada tazkiyatun-nafs (menghiasi jiwa dengan sifat-sifat yang mulia).

Antara tajuk majlis ilmu yang dapat mendekatkan kita dengan  tazkiyatun-nafs adalah mengenai hikmah puasa, keutamaan berpuasa dalam islam dan sebagainya. Mesti anda tertanya-tanya kenapa kena menghadiri majlis ilmu ni kan? Supaya mental dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dengan lebih sempurna.


8. Niatkan diri (Bertaubat) untuk tidak mengulangi perkara-perkara buruk (meninggalkan kemungkaran) yang pernah dilakukan



Dari Surah An-Nur ayat ke 31 bermaksud :

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Dari Surah An-Nur diatas, kita ketahui bahawa bertaubat itu menguntungkan dan ahli ulama mengatakan bahawa bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu taubat seluas-luasnya daripada Allah SWT. Jadi bertaubatlah, semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT.


9. Tekad untuk Taat kepada suruhan Allah SWT di Bulan Ramadan



Jom sama-sama kita bertekad untuk mengisi waktu-waktu di bulan ini dengan hati yang jujur dan ikhlas, inshaallah mudah-mudahan Allah SWT akan membantu segala aktiviti-aktiviti kebaikan  kita.


10. Mempelajari Hukum Amalan Ibadah dalam Bulan Ramadan


Jom kita sama-sama memantapkan pengetahuan dalam hukum-hukum dalam ibadah puasa dan ibadah seharian sebelum Ramadan menjelma agar ibadah dan puasa kita diterima oleh Allah SWT.


11. Bergembiralah dengan Kedatangan Bulan Ramadan


Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datangnya bulan Ramadan. Para Salafussoleh sangat gembira dengan kedatangan bulan Ramadan dan tiada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan yang mulia ini.

Jadi, anda juga kena gembira juga tau. Anda boleh post apa-apa yang berkaitan dengan kedatangan bulan Ramadan di laman media sosial anda.


12. Kongsikan Takwim Ramadan bersama jiran-jiran dan sahabat


Bagi yang terrer dalam bidang edit gambar, buat je takwim bulan ramadan versi sendiri dan kongsikan bersama kawan-kawan anda. Insyaallah nanti pahala pun dapat.


13. Merancang agar tidak membazir semasa berbelanja di Bulan Ramadan


Ni benda yang paling mustahak kita semua kena ambil serius. Biasanya pada bulan Ramadan ni ramai yang berbelanja berlebihan. Bila pergi bazar ramadan, nampak makanan sedap-sedap, kuih berwarna-warni terus angkut beli semua.

Tapi bila berbuka, dua orang je makan, last-last tak habis buang macam tu jer. Jadi, anda haruslah merancang awal-awal agar bila bulan Ramadan datang nanti, anda berbelanja dengan bak kata lagu iwan dangdut ‘sedang-sedang saja’.


14. Ganti puasa tahun Lepas bagi yang Puasa Tak Penuh


Haa… siapa kat sini tinggal puasa tahun lepas? Jika anda salah seorang yang tinggal puasa di tahun lepas atas dasar uzur dan kerja yang membuatkan anda terpaksa cuti puasa, segerakan untuk qadha (ganti) puasa tahun lepas agar amalan Ramadan tahun ini lagi membawa barokah kepada anda.

Kepada yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur hingga ramadan berikutnya adalah berdosa besar. Jadi anda kena tetap qadha puasa tersebut dan membayar fidyah menurut sebahagian ahli ulama.


15. Berpuasa di Bulan Syawal sehingga Syaaban


Pernah tak anda tengok mak, ayah atau siapa-siapa dikalangan anda yang apabila masuk waktu bulan Syawal sehingga Syaaban, mereka akan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis? Pernah tak anda terfikir kenapa mereka berpuasa pada bulan tersebut?

Amalan ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk persiapan jasmani dalam kedatangan bulan Ramadan agar tubuh menjadi sudah terbiasa dengan puasa dan puasa di bulan Ramadan pasti mudah dilakukan.


16. Solat tahajud setiap malam


Solat tahajud setiap malam pula sering dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mempersiapkan rohani. Jadi anda juga boleh melakukan sunnah Rasulullah SAW ini juga untuk mempersiapkan rohani anda serta zikir kepada Allah SWT.


17. Qiamulail


Qiamulail ditengah malam juga boleh dilakukan untuk menambahkan lagi persiapan menjelang Ramadan. Biasanya dengan Qiamulail, suasana akan sedikit sunyi, jadi tumpuan untuk berdoa pasti lebih qusyuk kan?


18. Menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata yang sia-sia


Jaga tutur kata dari perbuatan mencaci, mencela serta mengumpat. Haa.. kepada makcik-makcik bawang tu, mulai sekarang jangan pot pet pot pet benda yang sia-sia tau? Nanti pahala kurang.


19. Sering Praktis untuk Bangun Malam


Yang ni benda yang paling kita semua kena praktis, agar kita tidak liat untuk bangun malam pada bulan Ramadan nanti. Tahukah anda, bangun tengah malam juga bagus untuk kesihatan tubuh badan anda.


20. Membuat persiapan kewangan untuk bersedekah bagi yang mampu


Bagi anda yang mempunyai rezeki lebih, ni masanya untuk anda membuat persiapan kewangan bersedekah. Inshaallah nanti rezeki anda akan datang berlipat-lipat ganda.

Kesimpulannya, seseorang muslim haruslah sentiasa bersedia untuk kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak yang hanya datang setahun sekali ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membuat persiapan menjelang Ramadan ini.

Imej via [Tribunnews]

Mudah sangat kan antara persiapan bulan ramadan yang wajib kita lakukan ni. Semuanya membolehkan kita mendapat manfaat ganjaran pahala dan juga suasana berpuasa yang menyeronokkan.

Alhamdulillah kerana kita semua diberi kesempatan menyambut bulan Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan ya semua. Jom kita ikuti persediaan yang telah dikongsikan. Semoga semuanya bermanfaat. Amin.


Kalender Bulan Ramadan 2019



Imej via [mysumber]




WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...