Rina tertarik satu post yang ditulis oleh dia berkaitan 'Kenapa OKU Cepat Meninggal?' dan beberapa post advice atau nasihat yang dituju khas kepada rakan-rakan OKU yang lain. Rajinnya dia bagi motivasi dan semangat untuk mereka yang perlukan.
Usai membaca postingnya, sajalah Rina throwback semula macam mana boleh kenal dengan dia. Yang pasti, kami telah berkawan lama di media sosial sejak sekolah menengah lagi, cuma zaman dulu tak ada facebook. Zaman sekarang dah ada facebook. Zaman dulu guna fon nokia puluh sen tu. Hehe. Maklumlah generasi 90-an.
Berbalik kepada kisah kawan di facebook ini, dia lebih dikenali dengan nickname 'Michael Norzaidi' atau nama sebenarnya Shakirin Norzaidi. Dari dulu sampai sekarang, Rina panggil dia Shakirin sahaja sebab dah terbiasa.
Rina masih ingat waktu chat zaman sekolah dahulu, dia dah cerita kepada Rina tentang dirinya. Hanya berkerusi roda keluar rumah, di rumah ada cara lain untuk dia bergerak.
Sehinggalah apabila kami yang sebaya ni sudah dewasa, Rina ada bertanya khabar dia. Alhamdulillah sihat dan masih sama seperti dahulu. Maklumlah lama tak contact beberapa tahun dan bila dikira-kira balik, sudah hampir 11 tahun kami bersahabat.
Rina salute dan sanjung sangat sebab dia sangat positif, penuh inspirasi dan motivasi. Kenapa? Tak ramai orang OKU atau kurang upaya yang boleh positif dan kuat sebegitu.
Nak tahu kisah Michael Norzaidi? Ini sedikit perkongsian kehidupan peribadi dari Beliau.
Saya dilahirkan pramatang seberat 0.95 kg dan merupakan "top 50 dalam dunia - bayi terkecil di dunia setakat ini yang lahir pramatang" (mengikut sumber Guiness World Record) yang survive hidup sampai sekarang.
Sekiranya didaftarkan dengan Malaysia Book Of Record, mungkin Beliau dikategorikan sebagai bayi pramatang terkecil di Malaysia yang masih survive hidup sehingga hari ini.
Zushazrinamcm mana
Beliau dilahirkan dirumah ketika itu namun dibawa ke hospital dan ditahan di wad bayi pramatang. Ramai jururawat tidak percaya dengan berat beliau 0.95kg ketika itu. Ia terlalu kecil dan ringan. Kurangnya bernafas sewaktu itu menyebabkan beliau terpaksa dibawa berulang alik ke Hospital Kota Bharu.
Kata Shakirin, Sejak lahir lagi, Doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai implikasi saraf di bahagian otak. Masalah saraf otak dimana ia tidak dapat memberi arahan sepenuhnya kepada tubuh badan iaitu kaki. Beliau telah menjalani rawatan terapi tetapi tidak menjalani rawatan scanner kepala kerana kepercayaan atok dan nenek yang risau kesannya terencat akal (Ia adalah kerana kepercayaan mereka terhadap teknologi moden banyak memudarat daripada menyembuhkan). Namun begitu, rawatan terapi diteruskan seawal umur 2 tahun sehingga 7 tahun.
Beliau sangat kuat semangat dan berfikiran positif sejak dahulu lagi kerana mempunyai pembakar semangat yang tidak jemu menyokong. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapanya. Kedua ibu bapa menjaga dan mendidiknya siang malam, kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab menjaganya. Betapa Shakirin sangat hargai pengorbanan kedua ibu bapanya. 💕
Apabila ditanya berkaitan Harapan beliau untuk pada masa yang akan datang, jawapannya penuh motivasi dan adakalanya membuatkan kita tersenyum melihatnya yang lebih kuat daripada kita. Jika mereka sendiri ada harapan dan usaha, malunya kita pada diri kita yang sempurna tetapi tidak menghargai dan berusaha.
Harapan saya untuk sembuh supaya dapat membantu umi dan abah saya
Umi dan abah tak pernah malu untuk membawanya ke mana sahaja malah berbangga mempunyai anak sepertinya walaupun pernah diejek dan dihina oleh masyarakat akibat kurang upaya, ujarnya lagi. Beliau sangat berterima kasih dan bersyukur dikurnia umi dan abah yang sangat prihatin dan menyayanginya.
Dia turut berkongsi akan mentaliti masyarakat dan kisah benar yang pernah terjadi dimana hanya 30% sahaja ibu bapa yang tidak menyembunyikan anak mereka berstatus OKU. Malah masih ada ramai ibu bapa yang malu dengan keadaan anak yang kurang upaya. Masih ada lagi mentaliti ibu bapa dan masyarakat sebegini, ia harus diberi perhatian dan kesedaran.
Saya juga ingin membantu dan memahami oku yang lain mengharungi segala cabaran hidup mereka sebab saya tahu, jadi O.K.U ni mngkin satu hal yang kecil dimata orang normal, tapi mmg amat sukar.
Michael banyak memberi motivasi dan pandangan terhadap masalah kawan-kawan oku yang lain dan membuatkan beliau disenangi ramai. Sebenarnya, kita semua sama. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang.
Semua manusia di muka bumi ini diciptakan sempurna di mata Allah SWT. Terima kasih Shakirin Norzaidi yang sudi berkongsi kisah kehidupan peribadi OKU sejak kecil lagi. Rina doakan semoga urusan Shakirin dipermudahkan dan memperoleh kejayaan dunia akhirat.
Sedikit Titipan Atau Perkongsian Dari Shakirin (Michael Norzaidi)
Itulah sedikit perkongsian daripada Shakirin, anda boleh ke Facebook beliau di sini.