RINA ZUL: Hasil carian untuk motivasi
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan motivasi. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan motivasi. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Sabtu, 25 Januari 2020

15 Cara Mengembalikan Mood Bekerja Hari Isnin

8:36 PTG 2
15 Cara Mengembalikan Mood Bekerja Hari Isnin
Aduh, malasnya nak pi kerja setiap kali hari isnin! kannn? Siapa tak pernah ada perasaan malas dan gentar sebegitu. Tidak ada satu sebab pun, tapi perasaan tu tetap hadir pada hari ahad. Kalau boleh, ahad tu dah tak bermaya dah sebab asyik fikirkan esok hari isnin.

Sis pun pernah ada rasa macam tu, Masyallah, memang rasa malas sangat dan tak ada mood nak pi kerja hari isnin tu. Tambah-tambah pagi isnin tu, bila bangun tidur je, dah rasa malas dan terpaksa pergi kerja. 

Tak fikir pasal apa nak buat di tempat kerja lagi, kalau fikir pasal tu pasti rasa stress yakmat. Aduhai. Rina rina, kenapalah selalu rasa macam ni. Masalahnya, bukan sis sorang je rasa macam ni, korang pun rasa macam tu kan?


Hasil carian imej untuk kerja isnin


JANGAN RISAU...


Rupa-rupanya terdapat cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ramai yang patut cuba. Dengan cara ini, mungkin korang akan rasa perbezaan mood dulu dan sekarang setiap kali hari ahad atau nak melangkah ke kerja pada hari isnin tu.

Fuhhh, Apakah cara mengembalikan mood bekerja hari isnin? Jom lihat dan teruskan baca di bawah.


Imej yang berkaitan


#1 Fikirkan Matlamat Anda


Ya, cuba anda fikir bahawa anda akan naik pangkat atau jadi pekerja terbaik. Pasti anda berasa amat bersemangat untuk ke pejabat bukan? Dengan mempunyai 1 matlamat, ia dapat mengembalikan mood bekerja hari isnin anda dengan mudah. 

Terinspirasi untuk bekerja pada hari isnin tanpa malas, tetapi lebih bersemangat semula. Anda juga akan mula berfikir apa kerja yang akan anda lakukan pada hari isnin tersebut.

#2 Nak Pujian Bos


Ini memang membuatkan anda sedikit perasan dan macam nak angkat bakul sendiri je. Bila fikirkan nak buat sesuatu yang terbaik supaya dapat pujian dari bos, automatik anda akan rasa nak pergi kerja isnin tu.

Rasa tak sabar nak ke kerja dan buat yang terbaik. Inilah rahsianya. Kita fikir nak jadi yang terbaik dan dapat pujian dari bos! Inilah cara mengembalikan mood kerja hari isnin anda.


#3 Berfesyen Gaya Baru


Jika anda suka berfesyen, mencantikkan diri ataupun memakai tudung yang pelbagai jenis cara atau fesyennya, pasti anda tak sabar nak ke kerja esok. Sebab dapatlah anda memperagakan fesyen tudung terbaru anda.

Bagi mereka yang suka mekap pula, cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ini boleh anda lakukan dengan mengaplikasikan cara mekap yang berbeza. Tak sabar lah tu nak ke kerja, sebab nak mekap-mekap gaya lain pula hari ni kan?

Imej yang berkaitan


#4 Fikirkan Ganjaran Yang Akan Diperoleh


Jika betul-betul rasa malas nak ke kerja setiap isnin dan tiada mood, fikirkan semula apakah ganjaran yang akan anda peroleh. Sebagai contoh, anda boleh fikirkan bahawa gaji sehari anda adalah RM 120 sehari. Jadi, nak tak nak, anda harus terus ke kerja pada hari isnin tersebut! Nak dapat basic salary yang cukup, kena jaga attendance sebaiknya.


#5 Makan Banyak-Banyak 


Makan banyak-banyak pada pagi hari tersebut. Pastikan anda sarapan sama ada nasi lemak, nasi goreng atau apa sahaja yang anda mahukan. Jangan biar perut kosong. Makan banyak-banyak dapat menggembirakan hati seseorang menurut fakta. Jadi, tak perlu risau, makan banyak-banyak merupakan cara mengembalikan mood bekerja pada hari isnin.


#6  Menonton Video Atau Hiburan


Sebelum ke kerja, tontonlah hiburan seperti video lawak, parodi, baca komik online dan sebagainya asalkan ia membuatkan anda terhibur dan tergelak pada pagi itu. Apabila gembira atau tertawa, hormon tubuh akan dirembes dan membuatkan anda bersedia serta bertenaga untuk ke kerja sepanjang hari tersebut.


#7 Bangun Awal


Bangun awal dapat mengembalikan mood bekerja untuk hari isnin. Jika anda bangun awal, anda akan ada masa yang lama untuk bersedia sebelum ke kerja. Malah, anda boleh solat subuh, tahajud dan baca Al-Quran untuk santapan rohani juga.


Imej yang berkaitan


#8 Bersyukur Dan Percaya Pada Rezeki Allah SWT


Syukurlah anda diberi peluang untuk ke kerja lagi. Terapkan dalam diri akan keyakinan terhadap rezeki yang diberi Allah SWT. Pasti tiada lagi alasan untuk anda bermalas-malas ke tempat kerja pada hari isnin.


#9 Berbual Dengan Orang Positif


Jika rakan positif, berbuallah dengan mereka. Pasti nasihat dan ayat-ayat positif yang akan anda dengar. Sekiranya kurang pasti siapa yang bersikap positif, apa kata anda buka sahaja Youtube dan tonton video motivasi dan inspirasi mereka yang berjaya.


#10 Senaraikan List To Do


Sebelum mula kerja, jika boleh dari malam sebelumnya, anda harus senaraikan list to do atau apa kerja yang perlu anda buat esok. Senaraikan dalam kiraan: 1,2,3 dan seterusnya. Hal ini penting bagi memudahkan anda melihat tidak sukar dan tidak banyak rupanya kerja harus anda lakukan. Dengan cara ini, pastinya dapat mengembalikan mood kerja hari isnin buat anda.


#11 Bersihkan Workstation


Jangan lupa bersihkan tempat kerja anda terutamanya workstation anda. Pastikan meja dan kerusi dalam keadaan yang baik, bersih dan kemas. Kalau boleh, hiaskan atau letakkan gambar dan doa harian untuk mengindahkan lagi mood anda ketika bekerja.


Imej yang berkaitan

#12 Selesaikan Masalah Kerja Anda


Ada orang tiada mood ke kerja pada hari isnin kerana mempunyai masalah kerja. Apakah masalah anda? Kenal pasti hal itu, kemudian selesaikannya dengan bercakap atau berbincang dengan supervisor, team leader atau kawan-kawan anda jika perlu. 

Percayalah, setelah masalah tersebut diatasi, pasti mood kerja anda akan elok dan seronok bekerja walaupun hari isnin.


#13 Bersedia Dari Jumaat Lepas


Ya, anda harus bersedia dari jumaat lepas lagi. Barulah tidak nervous untuk ke kerja pada isnin seterusnya. Jika tidak bersedia, anda akan celaru memikirkan terdapat kerja tertunggak dan masalah yang belum diselesaikan.


#14 Enjoy Hujung Minggu


Enjoy pada hujung minggu adalah cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ramai tak tahu. Enjoylah sepuas-puasnya pada hari anda bercuti! Dengan itu, jiwa anda akan menerima bahawa jika hari bekerja, anda juga harus bekerja sungguh-sungguh.


#15 Tidur Awal, Jangan Lambat


Jika tidur awal, pasti akan segar dan bangun awal. Jika tidur lewat, anda bukan saja kurang oksigen, tetapi mood juga tidak menentu. Bagaimana mahu lalui hari pertama bekerja? Pastikan anda tidur awal dan cukup tidur okey!

=-=-==-=-=

Itulah dia 15 cara mengembalikan mood bekerja pada hari isnin yang anda harus tahu. Jangan main-main, ikuti cara-cara ini supaya anda benar-benar suka bekerja dan tidak lemah lagi setiap isnin! 

Rinazul,
Bercakap dari pengalaman.

Sabtu, 7 September 2019

11 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA | MENJADI SURIRUMAH ATAU BISNES SENDIRI

12:16 PG 0
11 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA | MENJADI SURIRUMAH ATAU BISNES SENDIRI
Rata-rata pembaca blog ini pastinya ingin bebas kewangan, kerja sendiri, berbisnes dan jauh di sudut hati, ingin sekali jadi surirumah, betul tak? Tapi ada beberapa perkara yang mengganggu di benak fikiran kan? Rin dah pernah alami semua tu waktu mula-mula nak berhenti kerja dahulu. Okey, jom Rin senaraikan masalah dan perkara yang mengganggu dalam kepala otak ni sebelum berhenti kerja dulu.

Masalah Dan Ketakutan Sebelum Berhenti Kerja


  • Takut duit tak ada dan duit simpanan habis. Aduh, siapa tak takut duit tak ada? Memang kalau tak ada simpanan pasti akan takut tak ada duit. Kalau ada simpanan, takut pulak kalau-kalau duit cepat habis semua sekali.
  • Takut tak ada income lain dan gaji bulanan dah. Sememangnya patut takut. Berhenti kerja memang takkan ada duit dapat bulan-bulan dah. Kecuali kita meniaga atau bekerja di rumah secara freelance, tetap, sampingan ataupun mempunyai pasif income yang lain.
  • Takut orang mengata kita tak kerja. Memang orang akan mengata kalau kita muda-muda tak kerja, kecuali jika kita kawen orang kaya. Memang tak payah kerja pun tak apa kot.  dan kecuali kalau anak kita ramai yang kita terpaksa jaga sendiri berbanding hantar pengasuh. Oleh itu, jika kita berhenti kerja, kena tahu apa aktiviti yang kita nak buat, adakah kita akan jadi bisneswomen, penulis atau apa kerjaya kita kelak?
  • Takut tak ada peluang duit yang boleh kita buat. Kita pasti nak jana pendapatan, cuma kita taktahu bagaimana. Itulah yang mungkin juga kita takutkan.
  • Takut bosan kat rumah sendiri, tak ada kawan, tak keluar rumah dan taktahu nak buat apa. Oleh itu, penting ada perancangan, jadual dan lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi masalah bergantung kepada individu juga. Tambah-tambah yang duduk serumah dengan mak mertua, takut dia bising kata kita tak kerja pulak kan. Tapi kita kena bagi dia faham dan bagi dia tahu apa yang kita nak buat jika tak bekerja tu. Tak ada la dicopkan apa-apa pula nanti kan. Pastikan duit tu sentiasa masuk dan mengalir. Tapi mula-mula ni kena berkorban sikit. Sebab setiap permulaan pasti ada pengorbanan dan usaha yang lebih sikit.

Apapun yang anda lalui, pastikan rancang terlebih dahulu apa yang akan anda lakukan setelah berhenti kerja nanti. Ia memerlukan anda membuat persediaan yang cukup rapi sebelum berhenti kerja. 

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

#1  Kenalpasti Komitmen Bulanan Anda

Buatlah satu rekod atau buku untuk anda mencatatkan komitmen pada setiap bulan. Contoh, loan kereta, bayaran insurans, ptptn, personal loan dan lain-lain lagi. Setiap kali sudah bayar, jangan lupa tandakan. Dengan adanya checklist ini, mindset anda akan pastikan anda tidak tertinggal untuk membayar. Anda juga dapat mengagak berapa duit bulanan yang perlu anda jana untuk membayar komitmen anda sahaja.

#2  Elakkan Shopping Online 

Dahulu waktu bekerja, tiap bulan postlaju hantar parcle ke pejabat, Kali ini, sabar dulu. Bina empayar wang dahulu. Jangan buat tindakan yang sama asyik shoping macam dulu, sebab kali ni hujung bulan dah takkan dapat gaji sebab dah berhenti kerja. Kena sedar tu. Kena pandai urus tabiat berbelanja dahulu.

#3  Ada Simpanan Gaji Sebulan Dua

Kenapa perlu ada simpanan gaji atau duit simpanan sebagai backup? Jika anda ada komitmen bulanan, gaji tu akan tampung bayar komitmen anda selama sebulan dua ini. Sementara itu, dalam bulan anda sudah bebas masa dan tak bekerja, itulah masanya untuk anda generate income lain seperti bisnes online, jual makanan, buat khidmat menulis dan sebagainya.

#4  Motivasi Dan Inspirasi

Jadilah seorang yang bermotivasi dan inspirasi sebelum berhenti kerja. Semoga sifat tersebut kekal di dalam diri anda setelah bergelar suri rumah atau bisneswomen nanti. Bukan apa, apabila sendiri, pasti anda mudah give up jika bosan atau tiada idea apa nak buat. 

Sedangkan orang lain semakin berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jadi, anda harus jadi seorang yang bermotivasi tinggi dan penuh inspirasi untuk mengukir kejayaan walaupun hanya bekerja di rumah. Jika bekerja keras, pasti anda akan lebih berjaya daripada rakan pejabat dulu.

#5  Jangan Terminate Insurans

Jangan sesekali terminate insurans anda, tanpa insurans anda mungkin kerugian pada hari berikutnya.  Insurans menyelamatkan anda kerana tidak perlu menanggung kos rawatan, anda juga sudah pasti tiada benefit medical kerana sudah berhenti kerja bukan? Jaga dan bayar insurans seperti biasa untuk pastikan insurans anda aktif dan bermanfaat suatu hari nanti.

#6  Fikirkan Aktiviti Pada Masa Depan

Sebelum berhenti kerja, fikirkan dahulu apakah aktiviti yang akan anda lakukan pada masa hadapan. WAJIB buat perancangan, sama ada nak berniaga, bekerja di rumah atau apa? Tolong cari masa untuk merangka perancangan anda. 

Planning:
Tempoh masa:
Tindakan:
Tindakan 1:
Tindakan 2: 
Tindakan 3: 

dan seterusnya. Pastikan anda benar-benar melakukan tindakan tersebut. Jika tidak, makin lambatlah masa untuk anda melakukan sesuatu dan berjaya. Jika tiada idea, apa yang ingin dibuat, meniaga dan sebagainya. Buatlah research di internet dan banyakkan membaca tentang peluang perniagaan dan pilihlah mengikut kemampuan anda.

#7  Bersangka Baik Dan Positif

Sebelum berhenti kerja, jangan berfikir negatif dan bimbang. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dan positif. Fikirkan sesuatu yang baik dan menggembirakan. Katakan pada diri dan setiap doa anda, mungkin ada hikmah pilihan yang anda lakukan. Mungkin anda lebih berjaya apabila tidak makan gaji lagi dan mungkin lebih berkat rezeki yang anda perolehi nanti.

#8  Senaraikan Income Aktif Dan Pasif Anda

Walaupun belum mempunyai income pasif dan aktif yang akan anda lakukan selepas berhenti kerja nanti. Mula fikirkan dan senaraikannya. Anda akan lebih berusaha untuk menyambar peluang melakukan kerja atau sesuatu untuk income aktif dan pasif tersebut. 

Ia termasuk juga dengan hobi anda, cuba senaraikan semua hobi anda. Kenalpasti hobi dan kepakaran anda yang boleh buat duit. Sebagai contoh, melukis, menulis, mengambil gambar, mengarang, membuat blog, design website dan sebagainya. Tak salah anda cuba polish kepakaran anda dari sekarang. 

#9  Perbincangan Dengan Suami Dan Keluarga

Sebelum berhenti kerja, bincanglah terlebih dahulu dengan suami dan keluarga. Dapatkan juga restu mereka dan berikan idea apa yang anda boleh berikan selepas berhenti kerja. Pasti suami dan keluarga anda sangat supportive. 

Dia juga perlu memainkan tanggungjawab yang besar setelah anda berhenti kerja nanti. Sekurang-kurangnya perlu support untuk membayar komitmen sementara anda akan stabil semula.

#10  Bersedia Buat Kerja Rumah

Apabila sudah berhenti kerja atau sudah mula membuat kerja rumah, anda perlu ada kekuatan dan keseronokan. Cuba bayangkan, rutin harian buat kerja office, tiba-tiba kena buat kerja rumah pula. Jangan merungut tetapi jadikanlah ia hobi atau pahala harian anda. Suri rumah atau kerja di rumah pun dapat himpun pahala lebih, tahu tak?

#11  Bersikap Profesional Dan Bekerjaya

Walaupun anda sudah bersedia untuk berhenti kerja, janganlah jadi seperti kanak-kanak atau tak keruan. Teruskan menjadi seorang wanita bekerjaya dan profesional. Siapa sangka dengan sikap anda, anda mampu mempunyai syarikat sendiri satu hari nanti! Rezeki datang tak disangka. 

Walaupun berhenti kerja, mana tahu jika anda sudah mulakan bisnes kecil-kecilan sendiri dan kemudiannya menjadi ceo menguruskannya dan mampu mengendalikan pekerja di bawah anda pula. Menarik bukan? oleh itu, kekalkanlah sikap anda semasa bekerja dahulu.😍

Memang ramai yang kata nak resign jangan ikut emosi, Itu betul. Tapi kalau nak seribu daya, taknak seribu daya. Buat sesuatu yang anda nak. Kena berani. Jangan menyesal di kemudian hari, Jika anda sudah bersedia utk fight jadi lebih baik dan berjaya, buatlah keputusan anda yang terbaik!

Itulah dia 11 persediaan sebelum berhenti kerja yang perlu anda lakukan. Sama ada berhenti kerja untuk meniaga sendiri atau menjadi surirumah, sama sahaja. Niat nawaitu penting, insyallah semuanya baik-baik.  



Jom Baca Juga







Jumaat, 24 Mei 2019

Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan

7:59 PG 0
Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan
Bismillah...⛳

☺⏰1. Mulakanlah dengan niat yang bersih dan tulus. Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika anda benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu!

📖💪🏻2. Hari ini, bacalah tafsir surah Al-Qadr, dan fahamilah apa yang sebenarnya terjadi pada malam al-Qadr. Anda pasti akan dapat merasakan keagungan dan kekuatannya insya Allah.

🎯3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. Bangunlah setiap malamnya. Jangan biarkan malam Al-Qadr berlalu begitu sahaja.

😳❎4. Jangan terikut-ikut dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (penambahan dalam agama/bid’ah) oleh kelompok-kelompok tertentu. Ikutilah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tuntunan baginda adalah, “Barangsiapa yang berjaga (sedikit tidur) dan berdoa pada malam Al-Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

🔖🤲5. Hafalkan doa malam Al-Qadr yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam ini:

 اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).


Image result for ramadan

📝👬6. Siapkan senarai pendek doa-doa untuk dipanjatkan. Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Al-Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa-doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. Jangan lupakan saudara-saudara muslimin yang sedang dalam kesusahan di pelbagai belahan dunia.


💤😃7. Ambil kesempatan untuk tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Solat Isya' dan tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.

👨‍👩‍👧‍👦8. Jangan lupakan keluargamu! Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengejutkan para isterinya untuk bangun beribadat pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah buat beberapa saat, walau mungkin tidak lama seperti orang dewasa. Siapkan, beri semangat dan motivasi kepada mereka!

👔👚9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi-wangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

🕋🕌10. Pilihlah spot khusus yang kondusif untuk beribadah, sama ada di masjid ataupun di musholla. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.

📱💻11. Ini BUKAN malam untuk pasang status (misalnya: “Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepada-NYA malam ini” dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara hamba dengan Rabb-nya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan Al-‘Afuww!

😪😴12. Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah antara solat, bermunajat dan membaca Al-Quran. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut.

💟🔐13. Sabar adalah kuncinya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih perlu bekerja, ke sekolah atau melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kepenatan itu. Ingatlah Allah telah menganugerahimu kesempatan berharga (akan luasnya keampunan) yang kemungkinan tidak akan datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahawa ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?

👐🏻💗14. Ini yang paling penting iaitu husnuzzon (bersangka baik)lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah anda sedang meminta daripada Raja Yang Maha Pemurah. Jika anda berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-NYA. Jangan biarkan perasaan ragu-ragu dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Ar-Rahman Ar-Rahim.

❤ Jangan kita jemu mengetuk pintu rahmat-Nya. Selamat berjuang!💪🏼

Allahumma baariklana fii Ramadhan..  Waballighna lailatal qadr. Allahumma Aamiin.💖

Sabtu, 29 Disember 2018

SUZY BERSARA AWAL SEBAB NAK JUAL HERBA | INSPIRASI

4:51 PTG 0
SUZY BERSARA AWAL SEBAB NAK JUAL HERBA | INSPIRASI
Dulu kontraktor Oil & Gas, sekarang jadi bidan herba pulak..
Itulah transisi hidup yg dialami oleh Suzimah Hazish, 44 tahun yg merupakan founder kepada SuzyHoney Herbs yg berasal dari Kemaman, Terengganu.
Bila dengar nama brand SuzyHoney Herbs, mesti kita dah boleh agak produk ni berasaskan bahan2 semulajadi kan?
Haaa kalau nak tau, walaupun dia ni dah level CEO tapi dia lah yg keluar masuk hutan mencari dan mengkaji herba2 dan tumbuhan hutan ni semua… bukan takat tu je, dia siap berguru dgn bidan2 dan orang asli tempatan untuk belajar sendiri ilmu2 perbidanan dan perubatan herba ni.
PERMULAAN BISNES
Suzimah atau nama manjanya Suzy ni asalnya merupakan seorang kontraktor oil & gas. Kalau nak ikutkan, dgn pekerjaannya sbg kontraktor ni dia dah boleh hidup selesa… tapi, dia ambil keputusan untuk bersara awal dan ceburi bidang bisnes.
Dia memilih produk kecantikan & kesihatan yg berasaskan herba kerana mmg sejak turun-menurun dari nenek moyang lagi keluarganya telah mengamalkan perubatan herba.
Tapi, sebenarnya bisnes ni tak rancang pun… dulu, waktu sebelum bersara tu dia rajin share tips2 tentang khasiat herba dan perubatan tradisional di fb personalnya. So, pada tahun 2015, timbul lah idea untuk buat bisnes berasaskan herba ni.
Alhamdulillah produknya mendapat sambutan diluar jangkaan… dan dia pun mula lah rekrut agent.
Namun perjalanan bisnesnya tidaklah semudah yg disangka.
Tanpa pengetahuan yg mendalam mengenai sistem pengurusan agent serta kemahiran komunikasinya, sedikit sebanyak menyukarkannya untuk menguruskan agent2nya.
Yelah, dulu kan kerja kontraktor dok ofis dan site je… jadi dari segi komunikasi pun terbatas dalam hal2 berkaitan kerja je. Tapi, bila nak kena uruskan agent2 ni, fuhhhh mmg satu cabaran lah kan.
NAK ‘AJAR’ NETIZEN
Bila buat bisnes produk kecantikan & kesihatan yg berasaskan herba ni, ternyata ia sememangnya sukar. Dgn waktu tu, brandnya baru nak naik. Jadi, ramai yg skeptikal dan tak menyokong bisnesnya termasuklah dgn kengkawan yg pernah kerja 1 ofis dulu.
Ditambah pulak dgn segelintir netizen yg masih kurang pengetahuan mengenai ilmu2 perubatan tradisional, jadi dia ‘terpanggil’ dan rasa bertanggungjawab untuk ‘ajar’ netizen2 ni semua tentang apa itu perubatan berasaskan herba…
Ini membuatkan dia semakin berusaha untuk menaikkan lagi bisnesnya disamping berkongsi ilmu2 mengenai perbidanaan dan herba.
Dia percaya, semakin banyak ilmu pengetahuan yg dikongsi, semakin banyak pemahaman yg boleh disampaikan kepada netizen.
MULA MENCARI GURU
Pada Ogos 2017, dia memulakan langkah untuk berguru… bermula dengan seminar 1 hari, dia sambung pula dgn sesi berguru selama 1 tahun. 
Dari situ, macam2 yg dia belajar antaranya ilmu2 marketing, copywriting dan yg paling penting ialah ilmu rekrut agent! Ya, mmg itulah ilmu yg dicarinya selama ni…
Kalau sebelum ni, dia rekrut agent tanpa tahu sepenuhnya sistem pengurusan agent, kini dia dah mampu wujudkan satu sistem pengurusan agent yg lebih tersusun. 
Dari segi skill komunikasi juga, dia semakin mahir dalam berkomunikasi yg seterusnya membantunya untuk mengukuhkan lagi jenama SuzyHoney Herbs.
Sebelum berguru tu, salesnya 5 angka je tapi lepas berguru salesnya naik 6 kali ganda sampai cecah 6 angka! Kalau nak tau, sales yg dicapainya ini menggunakan kos marketing yg tersangatlah minimum…
Bayangkan kalau dulu produknya ada 1 2 jenis je tapi sekarang Suzy Honey herbs dah mampu keluarkan 80 jenis produk!
MULA LEBARKAN SAYAP
Oleh kerana pencapaiannya yg semakin meningkat naik, banyak rezeki2 lain yg turut ‘menyinggah’. Terkini, dia terpilih sebagai satu-satunya usahawan bumiputera untuk bekerjasama di Ladang Herba Bersepadu di Kg Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu…
Hasil dari kerjasama itu, dia juga diberi kepercayaan serta ditawarkan untuk membangunkan Eco Resort bagi menjadikan ladang herba tersebut sebagai pusat herba dan pelancongan.
Di samping itu, selain daripada ilmu2 bisnes dan marketing, dia juga semakin giat menuntut ilmu secara formal. 
Dia banyak menyertai seminar2 perubatan melayu dan perbidanan. Terkini, dia baru sahaja mendapat sijil usahawan herba dan dalam proses untuk mendapatkan sijil perbidanan melayu.
Baginya, walaupun bisnesnya semakin naik, ilmu2 dan pendidikan formal mengenai perubatan herba dan perbidanan ni perlu sentiasa di upgrade.
‘SECRET WEAPON’ YANG DIGUNAKAN
#1 ZERO COST MARKETING 
Strategi marketing ini merupakan strategi yg paling jimat sekali sbb tak perlukan kos! Konsep ini boleh dilakukan melalui perkongsian content marketing…
Antara content2 yg dia rajin kongsikan adalah post berbentuk tips, testimoni dan perkongsian khasiat2 herba. Hanya melalui perkongsian content sahaja, dia dah boleh convert kepada sales. Power kan?
#2 REKRUT AGENT
Dia menggunakan teknik rekrut agent bagi meningkatkan sales dan mengurangkan kos marketing HQ. Tapi, bila agent dah ramai, macam mana nak pastikan mereka setia?
Antara cara untuk buatkan agent2 SuzyHoney Herbs setia adalah dgn cara personal engagement di group WhatsApp khas agent. Dia akan sentiasa engage dan memberi motivasi kepada agent2nya supaya hubungan mereka lebih rapat.
#3 COPYWRITING
Dia banyak menggunakan copywriting jenis problem yg mana dia akan highlightkan masalah2 yg sering audiens hadapi dan dia akan berikan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Antara contoh copywriting yg digunakan adalah,
“Sebelum ni badan selalu rasa sengal-sengal. Bisa urat sana-sini. Lemau jer tak cergas. Tapi bila pakai krim barut herba ni laju angin keluar. Ringan plak rasa badan…”
#4 BRAND AWARENESS
Dia ada naikkan billboard di sekitar KL bagi meningkatkan brand awareness. Melalui billboard ini juga, ia berupaya meningkatkan trust dalam kalangan prospek dan agent.
#5 INTEGRATED MARKETING
Disamping menggunakan platform facebook, dia juga ada menggunakan medium online lain seperti websites dan instagram. Baginya, zaman era digital 4.0 ni, semua platform media sosial perlu dimanfaatkan dan tak hanya bergantung kepada 1 platform sahaja.
Akan datang, untuk tahun 2019… 
Dia dalam perancangan untuk terlibat dlm Roadtour 1 Malaysia yg menggabungkan Matrade, SME dan kumpulan usahawan bagi program “Expo HOPE”. Selain itu, dia akan merekrut lebih ramai lagi agent dan stokis bagi membantu menaikkan ekonomi usahawan tempatan…
Tidak ketinggalan, dia juga akan mengadakan seminar mengenai perubatan herba dan perbidanan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kebaikan herba.

Amacam? Terinspirasi tak dengan kisah Suzy ini?

Ahad, 18 November 2018

7 Jenis Hadiah Untuk Lelaki | Hadiah Sesuai dan Menarik Untuk Lelaki

8:33 PG 0
7 Jenis Hadiah Untuk Lelaki | Hadiah Sesuai dan Menarik Untuk Lelaki


Apabila tiba hari lahir, hari persahabatan, hari anniversary dan pelbagai lagi sambutan, pasti teringin nak bagi hadiah untuk pasangan kan? Hadiah untuk sahabat lelaki, adik-adik, abang, bapa, atuk dan ramai lagi mereka yang bergelar lelaki sebenarnya tak susah pun untuk anda buat pilihan nak beri apa. Banyak senarai hadiah untuk lelaki yang boleh anda lihat, tapi yang pasti anda harus pilih hadiah untuk lelaki yang sesuai dan menarik supaya hadiah yang anda beri disukai oleh kaum lelaki.

Arghhhh bunyi macam rumit saja kan. Macam mana nak cari hadiah untuk lelaki yang sesuai dan menarik? Jangan bimbang, mari kita lihat 7 Jenis Hadiah untuk Lelaki yang sesuai dan menarik yang boleh anda pertimbangkan.


Mungkin 7 jenis hadiah untuk lelaki yang menarik dan sesuai ini ada salah satunya hadiah yang pernah anda beri pada seseorang lelaki, dan mungkin hadiah yang pernah anda tahu ianya sesuai untuk dijadikan hadiah pada lelaki. Tapi, kurang keyakinan untuk menjadikan ia sebagai hadiah untuk lelaki bukan? Disini, anda boleh melihat senarai hadiah untuk lelaki dan sesuai dan menarik sekaligus dapat mengetahui sebab anda perlu jadikan barang tersebut sebagai hadiah untuk lelaki. 

Jom kita lihat 7 jenis hadiah untuk lelaki yang sesuai dan menarik.


1.  Jam Tangan - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Jam tangan boleh diberikan jika lelaki tersebut sememangnya suka bergaya, tidak suka bergaya, seorang yang simple dan ringkas, maskulin dan juga sukakan barangan berjenama.



2.  Kemeja - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Kemeja sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki kepada mana-mana lelaki kerana ia bersifat umum. Ramai lelaki boleh memakai kemeja pada bila-bila masa sama ada untuk bersiar-siar, bekerja atau lelaki yang tidak sentiasa memakai kemeja pasti kurang kemeja, jadi ia boleh menjadi koleksi kemeja mereka pada masa yang tertentu.



3.  Perfume - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Perfume atau minyak wangi pun boleh jadi hadiah untuk lelaki yang menarik dan sesuai sebab perfume juga benda umum yang semua lelaki boleh guna, adakala ia nampak lebih eksklusif berdasarkan jenis perfume yang anda beri. 100% lelaki sesuai dapat hadiah perfume.




4.  Kain Pelekat - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Kalau nak buat kelainan, hadiah untuk lelaki seperti suami atau adik beradik, kawan dan sebagainya, anda boleh belikan mereka kain pelekat. Kain pelekat ni sangat penting bagi lelaki tau tak, sebab dorang guna untuk solat dan duduk rumah. Pasti mereka akan menghargai sebab ini adalah barang keperluan mereka dan mereka akan gunakannya.




5.  Buku - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Bagi lelaki yang jenis nerd, educated dan minat membaca, buku adalah hadiah untuk lelaki yang menarik dan sangat sesuai.  Jenis buku yang boleh anda beri adalah buku berunsur motivasi, agama, perniagaan, atau buku yang berkenaan dengan hobi lelaki tersebut. Tetapi jika lelaki tersebut meminati Novel Thriller, anda boleh buat kejutan beli hadiah novel thriller cuma anda perlu pasti kan mereka memang teringin dan belum baca novel itu.



6.  Aksesori Kereta - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Lelaki yang minat dengan kereta sesuai diberikan hadiah berupa aksesori kereta. Anda boleh belikan aksesori kereta seperti gadget pemegang smartfon, vacuum kereta, pembalut sarung kusyen kereta, kamera CCTV kereta dan lain-lain lagi yang menarik berkenaan kereta mereka.




7.  Wallet Atau Dompet - Hadiah untuk Lelaki yang Sesuai dan Menarik

Wallet atau dompet sesuai dijadikan hadiah untuk para lelaki. Tahukah anda, ramai lelaki diluar sana yang suka menggunakan dompet sehingga benar-benar lunyai (rosak) dan tidak kisah tentang penampilan dompet mereka?  Inilah masanya untuk anda menghadiahkan mereka sesuatu dompet yang baru, elegen, bergaya dan eksklusif untuk mereka gunakan pada masa akan datang.  Mungkin ia akan menjadi tanda ingatan mereka untuk anda setiap kali mereka membuka dompet!




Ketujuh-tujuh jenis hadiah untuk lelaki yang sesuai dan menarik ini boleh anda cuba gunakan dan hadiahkan kepada kaum lelaki.  Jangan lupa untuk kenali terlebih dahulu lelaki tersebut, untuk anda ketahui mana satu yang paling sesuai dan menarik untuk dihadiahkan kepada mereka!


Rabu, 10 Oktober 2018

Bagaimana Saya Menjadi Penulis Bebas?

5:48 PTG 0
Bagaimana Saya Menjadi Penulis Bebas?


Blogger dan penulis tidak boleh dipisahkan? Siapa kata. Saya kata.

Memang betul ramai blogger merupakan penulis sebab dah terbiasa tulis di blog dan bermula dengan blogger, mereka kemudiannya menjadi penulis. Tapi tidak semua orang begitu. Sebenarnya, ada juga penulis yang bukanlah blogger dan tidak menjadi blogger tetapi menjadi penulis.

Posting kali ini saya akan menerangkan bagaimana saya pada mulanya menceburkan diri dalam bidang penulisan.  Untuk pengetahuan anda, saya merupakan seorang penulis sebelum saya menjadi seorang ahli perniagaan. 


Image may contain: one or more people

Saya akui minat menulis saya mula terbentuk apabila saya bercita-cita menjadi seorang penulis novel sejak menyimpan semua koleksi Novel Ahadiat Akashah suatu masa dahulu iaitu ketika saya Tingkatan 4.  Apabila habis zaman persekolahan, dan sementara menunggu keputusan SPM keluar, saya telah mula menghasilkan karya dan cerpen juga novel yang berunsur motivasi, percintaan dan something yang educated I guess. Maybe minat lebih cenderung menulis ke arah itu.  Saya juga pernah menghantar karya saya di beberapa buah syarikat terbitan Novel.  Tetapi Novel ditolak kerana terlalu banyak unsur Atas 18tahun ke atas. HAHA. Oh my god, kalau dah jadi anak murid Ahadiat Akashah, komfirm novel kita hasilkan Jiwang dan penuh dengan imaginasi.

Tapi Cerpen saya diterima dan berada dalam beberapa buah blog Novel Online di Malaysia ni. Kemudian, atas urusan sambung belajar, saya sibuk sangat dan sudah tiada masa berkarya. Ketika itulah saya mula mengenali dunia blog walaupun saya merupakan Silent Reader dan Silent Blogger ketika itu.  Means I didnt participate too much but I did Blogging for my own. Itulah beza dulu dan sekarang dalam saya berblogging.  Namun, saya akui, walau sesibuk mana pun, saya tetap minat untuk menjadi seorang penulis.

Saya juga pernah ditawarkan untuk menulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai beberapa siri untuk terbitan Syarikat Buku kanak-kanak yang akan memasarkan ke pasaran negara kita. Tapi keadaan ketika itu tidak mengizinkan.


Image may contain: 1 person, smiling, sunglasses, glasses and close-up


Pada tahun 2015, saya sudah tamat belajar dan saya menumpukan sepenuh perhatian dalam penulisan bukan fiksyen. Zaman ini juga saya bekerja di Sektor Awam (Praktikal) dan selepas itu bekerja di Maybank Berhad Malaysia. Masih ada masih yang dicuri-curi untuk saya praktikkan dengan minat menulis saya ini.

Alhamdulillah selepas berkahwin dan mempunyai perniagaan sendiri, saya telah mempunyai masa yang sangat fleksible dan memudahkan saya untuk terus menulis dan menjana pendapatan sebagai seorang penulis sepenuh masa.  Sehingga sekarang, saya merupakan seorang penulis copywriting, artikel, blogger di beberapa buah website di Malaysia, majalah serta blog mereka yang memerlukan penulisan artikel serta report untuk projek, program dan urusan kerja mereka yang turut saya bantu lakukan. 

Menjadi penulis bebas adalah passion saya. Menulis pula adalah hobi saya. Kita akan mencapai apa yang kita inginkan jika kita tidak pergi jauh dari passion kita.