Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan penulisan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan penulisan. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

SERVIS COPYWRITING MURAH UNTUK PRODUK / PERNIAGAAN ANDA

5:01 PTG 0
Servis Copywriting Murah dari Copywriting RZW adalah copywriting termurah di abad ini.  Berpengalaman menulis copywriting dan artikel lebih dari 3 tahun sebagai freelance copywriter & writer, kini Copywriting RZW membuka ruang dan peluang untuk anda mendapatkan copywriting semurah RM10 sahaja. 

Adakah anda pemilik bisnes, agent, dropship atau stokis? Atau peniaga kecil-kecilan di internet yang perlukan ayat iklan atau copywriting? Susahnya nak dapat copywriting murah sekarang kan? Kalau ada pun dah beratus-ratus, itu pun baru dapat 1 copywriting. Sedih! sedih~



JANGAN TERKEJUT DAHULU.  JOM LIHAT SERVIS COPYWRITING MURAH


Copywriting RZW dihasilkan oleh freelance writer (Rina Zul) yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan serta menjadikannya sebagai hobi.  Servis Copywriting Murah di Malaysia yang dihasilkan adalah mengikut format copywriting sebenar dan mempunyai pelbagai pilihan kepada anda.


KELEBIHAN & SEBAB ANDA PERLU MENGGUNAKAN SERVIS COPYWRITING MURAH RZW

  • Servis Copywriting Murah RZW adalah dari penulis berpengalaman lebih dari 3 tahun
  • Servis Copywriting Murah RZW mengikut format penulisan copywriting sebenar
  • Servis Copywriting Murah RZW menjadikan copywriting anda berstruktur dan lebih asli
  • Servis Copywriting Murah RZW mampu milik untuk anda yang bergelar dropship, agent, stokis ataupun pemilik bisnes
  • Servis Copywriting Murah RZW ini mampu menghasilkan copywriting diluar kotak fikiran anda dan pembaca
  • Servis Copywriting Murah RZW mampu menarik pelanggan yang membacanya untuk terus menghubungi anda
  • Servis Copywriting Murah RZW sangat mesra pelanggan dan mudah dirunding


PAKEJ COPYWRITING MURAH RZW


Servis copywriting murah ditawarkan mengikut pakej seperti berikut.



1 Copywriting Pendek RM 10
1 Copywriting Panjang RM 20
3 Copywriting Pendek RM 28
3 Copywriting Panjang RM 50


PAKEJ EXCLUSIVE SERENDAH RM 150, DAPAT 12 COPYWRITING(6 COPYWRITING PANJANG + 6 COPYWRITING PENDEK)




Anda tidak tahu tulis copywriting? Itu masalah besar jika anda biarkan begitu sahaja.  Copywriting RZW mampu membantu anda untuk meluaskan lagi perniagaan anda dari segi copywriting content.  Jom lihat testimoni pelanggan yang telah menggunakan servis copywriting murah RZW.


APA KATA MEREKA YANG TELAH MENGGUNAKAN SERVIS COPYWRITING MURAH RZW?


Client Epic.Haus




Client Little Mouth Baby Food




Client Nuri Delivery Runner




JOM TEMPAH COPYWRITING MURAH RZW SEKARANG!


WHATSAPP TERUS KE 01050127171

KLIK UTK TERUS KE WASAP (KLIK WASAP DI SINI)

MENANG MACBOOK AIR 13-INCH DARI BLOG REVIEW | 1ST WINNER OPERASI X MOVIE

10:27 PG 0


Assalamualaikum Semua



Alhamdulillah tak sangka sangat Rina menang Operasi X Movie Tempat Pertama (Review Blog).  Sungguh tak sangka sebab blog ini baru sahaja dibuat beberapa minggu, tak banyak post pun dan rina nak join juga review sebab terma dan syaratnya adalah suka menulis dan tak kisah blogger baru atau lama. Betul kata team penganjur, ini adalah masa untuk menunjukkan bakat menulis kita!

And I did it!  Inilah hasilnya Rina menang Macbook Air tempat pertama pilihan penganjur dan pilihan syarikat produksi Operasi X iaitu Dream Pictures Production.




Masih ingat lagi tak contest REVIEW OPERASI X MOVIE anjuran PHProjectbase dan Dream Pictures Production tempoh hari?  Mestilah filem Operasi X lakonan awie, aaron aziz, hanna aqeela, Nasir Bilal Khan dan lain-lain lagi tuh!


Image result for operasi x

Ini adalah link Review dari Blog Rina yang Rina tulis dimana terdapat 2 task review yang wajib di tulis.. Task pertama tulis review dari Video Preview sebelum keluar wayang. Task kedua pula tulis review dari Movie kita tengok di Wayang.


 [Task 1] Review Video Preview Operasi X Hasil Penulisan Rina 

http://www.rinazul.com/2018/11/win-komen-terbaik-netizen-trailer.html


[Task 2] Review Operasi X Movie Hasil Penulisan Rina

http://www.rinazul.com/2018/11/kupasan-tontonan-operasi-x-movie-untuk.html


Selepas diumumkan nama pemenang, Rina dijemput ke syarikat Produksi di Penang untuk mengambil hadiah, memang best sangat sebab alang-alang tu Rina balik kampung Penang sekali.  Dan layanan mereka sangat best. Dengan kemenangan ini, Rina rasa lebih inspired dan motivated lebih lagi untuk terus menulis dan be somebody since sekarang dah meningkat 26 tahun. I challenged my self for more better then now!





Ini adalah apa yang Rina terima dari mereka. 

> Macbook Air
> TShirt Operasi X 
> Jiwa dan keseronokan untuk terus menulis





Thank you Dream Pictures Production dan Ph Projecbase yang menjemput Rina sertai Operasi X Movie Blog Review. Boleh dikatakan ini adalah kejayaan awal tahun rina dalam 2019 ini. Semoga Rina dan anda juga akan sukses lebih lagi pada masa yang akan datang. Amin.

Thanks semua sudi membaca!

5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Sajak

4:48 PTG 2


Assalamualaikum wbt.

Hari ini sis dapat request dari hamba Allah yang bertanya bagaimanakah cara buat duit dengan menulis sajak. Selalunya kita dengar cara mudah buat duit adalah dengan menulis artikel dan novel kan? Tapi sebenarnya tulis sajak pun tak mustahil boleh buat duit.

Sebenarnya boleh buat duit, tapi macam mana kita nak tahu siapa yang perlukan sajak atau cara mendapatkan duit dari menulis sajak?

Imej yang berkaitan

Mengikut asas penulisan, perkara penting di bawah ini harus anda ketahui dan ambil peduli:

#1  Bakat Menulis Sajak


Adakah anda mempunyai bakat menulis sajak? Jika ya, Alhamdulillah amat mudah untuk anda ikuti step-step yang seterusnya. Tetapi jika tidak, tak mengapa. Belajar dan cubalah menulis sajak kerana minat yang anda ada. 

Dengan bakat menulis sajak, sajak anda pastinya akan dikenali ramai dan dapat menarik perhatian para pembaca. Betul ke masih ada golongan pecinta sajak dan sanggup beli sajak untuk membaca? Ya, memang ada. 

Kerja anda mudah. Hanya perlu menulis saja sajak anda sekarang!

#2  Mencari Publisher Sajak


Ramai penyajak akan stuck atau terkandas di step ini. Mereka tidak tahu cara untuk publish sajak tersebut atau membuat ia dikenali ramai, dibukukan dan lain-lain lagi. Sebenarnya, amat mudah sahaja untuk mencari publisher.

Senaraikan semua publisher di Malaysia yang menerima sajak atau puisi untuk dibukukan, juga medium surat khabar atau majalah yang memerlukan sajak-sajak anda. Jika anda seorang analisis yang baik, anda boleh temui senarai-senarai publisher berdasarkan bahan bacaan yang anda baca di perpustakaan atau di internet. 

#3  Hantar Proposal


Walaupun anda ingin buat duit dengan menulis sajak bersama pihak publisher, tetapi jangan lupa. Andalah orang pertama yang perlu menghantar proposal atau karya anda untuk mereka.

Namun, pastikan karya anda benar-benar memenuhi syarat mereka. Jika tidak patuhi syarat karya yang mereka inginkan, sudah pasti terang-terang lagi akan direject. Menghantar proposal untuk karya sajak juga adalah seperti novel jika anda inginkan kerjasama dalam tempoh jangka masa panjang.


#4  Secara Online 


Selain merisik syarikat publisher sajak, tidak mustahil anda boleh publish karya sajak anda secara online sahaja dan mendapatkan wang. Anda boleh jadikan ia sebuah karya yang boleh diakses secara online. 

Bermaksud orang ramai boleh baca sedikit karya tersebut di blog anda, nak lebih-lebih, boleh beli sajak tersebut (mungkin boleh dijadikan seperti ebook) sekiranya nak buat produk fizikal.

Ada ke orang nak beli sajak ni? Yes, ada. Target marketing yang betul akan menemui audience yang tepat!


#5  Cari Penyelenggara, Pengarah Majalah Atau Ketua Editor Majalah


Jika ada majalah yang bersesuaian atau program yang bersesuaian untuk diselitkan dengan sajak anda, bekerjasamalah dengan penyelenggara buku, pengarah majalah atau ketua editor majalah.

Mungkin dari perundingan yang anda lakukan, majalah tersebut inginkan karya-karya anda diletakkan di setiap episod atau siri majalah tersebut. Hebat bukan? Anda malah akan terima pembayaran yang lebih banyak dari yang diimpikan.

Hasil carian imej untuk buat duit tulis sajak

Itulah dia 5 cara buat duit dengan menulis sajak. Semoga sedikit sebanyak akan membantu anda dalam mengembangkan perjalanan kerjaya anda. Selamat berjaya!



Tips Belajar Bahasa Arab

3:20 PTG 0
Assalamualaikum semua,

Tips Belajar Bahasa Arab ini dikeluarkan oleh Kak Ad, seorang kawan di Wasap Group Niqab Malaysia.  Perkongsian ini akan membantu anda yang berminat belajar bahasa arab secara mudah, berkesan dan pantas. Insyallah.

Related image

Jom ikuti Tips Belajar Bahasa Arab!


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #1 -  MINAT 

Mesti ada MINAT. kalau tak minat, macam mana kita nak belajar bahasa arab. Betul tak? Tak banyak pun, asalkan ada. Dan minat tu kita kena pupuk untuk lebih mendalam lagi


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #2 -  RAJIN

RAJIN. Rajin cari artikel bahasa arab, rajin buka kamus, rajin dengar audio @ video arab, rajin bertanya dan juga anda kena rajin praktikkan.


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #3 -  FAHAM

FAHAM BUKAN HAFAL. Macam kaedah nahu @ sorof. Jangan sesekali kita hafal. Bilamana kita hafal, kita mudah lupa. Jadi kita kena bagi faham. Bilamana kita faham, memang kita tak akan lupa. Macam mana nak bagi faham? semak tips yang kedua tadi 😉

Image result for bahasa arab belajar

TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #4 -  ADA KAMUS

ADA KAMUS. bilamana terjumpa kalimat yang kurang tahu makna, anda wajib dan boleh rujuk kamus. Tak kira jenis kamus macam mana pun, tetap sama je isi dalam tu. Anda boleh beli yang simple dahulu pun tak apa, tiada masalah.


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #5 -  BUKU NOTA / CATITAN

ADA BUKU NOTA SAMPINGAN. Buat yang kecil pun tak apa. kalau boleh ada lebih catitan. Khaskan untuk kalimat baru, nahu, sorof, ikrob, balaghah dan lain-lain lagi supaya nanti kita mudah nak semak. Takde la nampak bercelaru dan tak faham nanti. 😇


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #6 -  PRAKTIKKAN

PRAKTIKKAN. Kita dah tahu buat ayat, kita juga dah cuba bercakap bunyinya. Jangan risau pasal salah nahu. Dalam penulisan sahaja dititikberatkan nahu, dalam perckpan tidak. Jadi, jangan risau jika anda salah. Dah nama pun belajaq kan?


Related image

TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #7 -  USAHA 

USAHA. Usahalah untuk buat 1 hari 1 ayat. Anda boleh buat dalam bahasa melayu dahulu. Kemudian tulis kat bawah kalimat tadi dalam bahasanya. Nanti lama-lama pandai susun ayat yang betul.


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #8 -  BUAT TABLE

BUAT TABLE. Bila jumpa je kalimat baru, tulis kata seerti, kata lawan dan kata akar.


TIPS BELAJAR BAHASA ARAB #9 -  JANGAN MALU BERTANYA

JANGAN MALU BERTANYA. Malu bertanya, sesat jalan. Kalau malu juga, kita jugak yang rugi kan?


Jom Belajar Bahasa Arab Bersama Ustazah Ad





Jenis-Jenis Perniagaan Untuk Pelajar Universiti

11:48 PTG 0


Banyak bisnes yang boleh anda lakukan ketika masih menuntut di Universiti. Sama ada nak menjual-jual ataupun nak buat perniagaan atau bisnes yang berasaskan servis atau perkhidmatan.  Sebagai pelajar, pasti anda sibuk dengan asignment dan kerja yang diberi oleh pensyarah bukan? Yela, kalau tak siapkan dan tak fokus nanti kena potong markah lah, Gred rendah, Pointer rendah dan sebagainya. huuuuuu haru betul. 

Sebenarnya, banyak jenis perniagaan untuk pelajar universiti yang harus anda tahu.  Mana tahu, anda boleh melakukan salah satu perniagaan mudah ini dan menjana pendapatan dengan senang sejak di bangku Universiti lagi. haaa gituh! 




Paling penting sekali, jenis perniagaan untuk pelajar universiti tidak harus terikat dengan masa. Sebab sebagai student, kita ada jadual kita sendiri, Kelas 8pagi sampai 10 pagi, kemudian  2 petang sampai 4 petang dan macam-macam lagi. Kalau nak buat bisnes yang terikat dengan masa, amat sukar untuk anda commit! Takkanlah nak pergi berniaga pasar malam kalau kelas pukul 8 malam sampai 10 malam kan.

Anda tidak perlu pening-pening kepala lagi, disini Rina akan terangkan jenis-jenis perniagaan untuk pelajar universiti seperti korang.


1.  BISNES PRINTER / PRINTING ASIGNMENT

Image result for bisnes printer

Rina pun pernah buat bisnes printing ni dulu dekat uitm Jengka. Masa tu cuma ada laptop dan printer. Korang kena beli 1 printer letak di bilik sahaja, nanti bila ada asignment nak kena print bagai, tak payah pergi print di cc (cybercafe), cukuplah print di bilik sendiri dan boleh uar-uarkan pada classmate korang, sapa nak print kat bilik aku, RM0.20 (kalau guna kertas sendiri) , kalau guna kertas aku, print seorang RM0.40. Mata duitan ke aku? Murah tu. Tapi kalau asigment sampai 30 page seorang, banyak juga korang dapat kan. Daripada kawan sekelas atau kawan baik yang tahu, nanti pasti dorang akan bagitau kat roomate dorang.Roomate dorang pula akan bagitau clasmate dorang. Haaa macamtula berkembangnya bisnes korang dan pasti sebulan tu lebih RM100-RM200 korang dapat buat duit poket.

2.  BISNES TOPUP

Related image

Sebenarnya bisnes topup pun sangat menarik. Semua orang guna handphone dekat university. Semua orang mesti nak topup. Korang jual topup, korang dapat juga untung. Tapi paling best sekarang ni, ada tau simkad yang kalau korang guna dan korang topup sendiri pun korang dah dapat komisen. Lepastu, kalau korang rekemen orang guna simkad tu pun korang dapat komisen juga, kalau orang yang korang rekemen tu pakai simkad yang korang jual tu, tiap kali mereka topup, korang pun dapat komisen.. Ya Allah, betul ke ada cara buat duit pelajar universiti macam ni? Alhamdulillah memang ada.  Nak tahu lebih lanjut pasal bisnes simkad ni korang boleh contact 010-5012717 atau klik je link wasap ni wasap.my/60105012717/Naktahu+Tentang+Simkad+buatduit



3.  BISNES DROPSHIP

Image result for dropship

Ramai juga pelajar dah buat bisnes dropship ni. Senang saja, pilih satu produk yang penjualnya menawarkan komisen untuk anda jika anda menjual barang tersebut. Itulah bisnes dropship. Contohnya, anda nak jual beg atau baju. Anda boleh promote dari internet, facebook dan sebagainya. Sekiranya ada pelanggan berminat nak beli barang tersebut, penjual tadi akan post kepada mereka dan akan membayar komisen kepada anda. Untuk buat bisnes ni, anda cuma perlu ada sambungan internet dan handfon atau laptop sahaja.  Mudah kan?

4.  BISNES ASIGNMENT 

Image result for assignment

Jenis perniagaan untuk pelajar universiti juga adakalanya tidak melibatkan produk tetapi melibatkan servis atau perkhidmatan. Anda mungkin tidak suka menjual barang-barang dan tidak mempunyai skill tersebut. Namun, anda oleh membuat bisnes Asignment iaitu menyiapkan assignment kawan-kawan anda yang malas nak buat asignment tu. Of course lah anda perlu cas mereka dengan harga berpatutan dan berbaloi buat anda. Rina pernah tolong buat asignment budak class iaitu buat karangan mandarin, time tu dah sibuk nak exam speaking mandarin, yang mana belum buat dan hafal karangan masing-masing, diorang dah kalut waktu tu, apa lagi, nak minta tolong yang pakar, yang pakar pun ada kerja banyak. Jadi , nak berbaloi dan tolong mereka, rina cas seorang RM10, alahai karangan simple tak sampai 1 kertas A4 pun. Jadi dapatlah dalam 6 orang juga rina buatkan karangan mandarin tu. Rezeki RM60 pada 1 malam. Kalau asignment tu banyak, macam buku folio, korang boleh cas dalam RM40 - RM100 atau yang mana berpatutan.

5.  BISNES DARI PENULISAN


Image result for assignment

Mungkin ada yang tidak yakin dan tak ramai kawan untuk buat bisnes asignment. So jangan risau, korang boleh buat duit dengan menulis.  Buat duit dengan menulis adalah jenis perniagaan untuk pelajar universiti tanpa perlu menjual atau masuk tangan dari orang-orang yang terdekat dengan anda.  Bagaimana boleh buat duit dengan menulis? Terdapat banyak cara untuk anda buat duit dengan menulis sama ada reti atau tidak, anda boleh belajar dengan mudah dari panduan Rahsia Penulis. Alhamdulillah Rina sendiri pun dah pernah menjana duit dengan menulis dengan berpandukan Rahsia Penulis ni.

Ini adalah Antara Pendapatan rina terima sebagai seorang penulis sampingan:







Korang boleh dapatkan Panduan Rahsia Penulis untuk menjana pendapatan dengan menulis seperti Rina :)


Jom Dapatkan: 


WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...