RINA ZUL: Hasil carian untuk wanita
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan wanita. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan wanita. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2020

17 Makanan Tingkatkan Kesuburan Wanita | Amalkan Dari Sekarang

5:01 PTG 0
17 Makanan Tingkatkan Kesuburan Wanita | Amalkan Dari Sekarang

Ramai yang tertanya-tanya apakah makanan yang dapat membantu tingkatkan kesuburan wanita ataupun orang kata makanan mudah hamil. Makanan tingkatkan kesuburan wanita akan membantu wanita yang ingin ber'ttc' atau try to conceive ni untuk lebihkan hormon subur atau dapatkan waktu subur yang lebih kualiti.


Sebenarnya ada banyak cara untuk tingkatkan kesuburan para wanita, tapi pemakanan adalah yang paling penting dan berkesan. Sebab pemakanan atau minuman yang tepat membantu stabilkan hormon dan mempengaruhi dalaman seseorang. Sama juga dengan lelaki atau para suami, makanan juga merupakan faktor atau cara tingkatkan kesuburan lelaki.


Walaupun tidaklah 100% dapat membuatkan wanita hamil, tetapi ia sangat-sangat membantu wanita menjadi lebih subur dan mudah hamil. Jom lihat antara makanan yang dapat tingkatkan kesuburan wanita yang harus anda tahu.


Apa kata lepas ni, kita cuba amalkan makanan yang tingkatkan kesuburan wanita ni. Rina pun dalam proses nak TTC so nak jadikan amalan pemakanan ini sebagai makanan tingkatkan kesuburan diri juga Insyallah. Jadi, bolehlah cari geng dengan korang kalau-kalau korang ada nak cuba juga pemakanan ni eheeee.

Ok, jom lihat 17 makanan tingkatkan kesuburan wanita yang boleh kita cuba.


1.  Buah Tin

makanan subur


Buah tin dikenali sebagai figs atau buah ara ini sebenarnya dapat meningkatkan kesuburan wanita. Ia juga dikatakan makanan sunnah. Tahukah anda, sebenarnya buah tin ini telah diamalkan juga pada zaman yunani kuno dan terbukti secara ilmiah dapat meningkat kesuburan tubuh badan wanita kerana ia mempunyai zat besi yang cukup tinggi.

Rasanya agak sedap, tidak terlalu manis. Memang best! Rina baru je mula amalkan makan buah tin ni. 


2.  Sayuran Bewarna Hijau

makanan kesuburan wanita


Warna sayur mempengaruhi khasiatnya? Ya benar, memang betul Sayuran hijau secara semulajadinya dapat meningkatkan fungsi libido para wanita. Hal ini kerana kandungan sayuran bewarna hijau mengandungi zat atau nutrisi folat dan vitamin B yang tinggi.

Vitamin B ini dapat meningkatkan ovulasi bagi para wanita. Antara sayuran bewarna hijau yang boleh anda amalkan adalah sayur brokoli, bayam, sawi, arugula, romaine dan banyak lagi. Kalau boleh, hari-hari makan sayur hijau ok?


3.  Madu

makanan wanita subur


Tahukah anda, madu dapat meningkatkan waktu subur wanita dan juga dapat meningkatkan jumlah produksi sperm bagi kaum lelaki? Betul! Madu dapat meningkatkan kesuburan bagi suami dan isteri. Sebaik-baiknya, amalkanlah madu yang benar-benar asli kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi.


4.  Tiram

makanan kesuburan wanita


Percaya atau tidak, tiram yang merupakan makanan seafood ini sangat penting untuk kesuburan seorang wanita. Ia mengandungi zat besi tinggi yang akan berfungsi bagi menyihatkan ovulasi dan menjadikan produksi sel telur semakin stabil. Selain daripada tiram, anda juga boleh amalkan makanan seperti kacang dan biji-bijian.


5.  Ikan Salmon

makanan untuk subur


Walaupun harganya mahal, ikan salmon sangat-sangat berkhasiat dimana ia bukan sahaja baik untuk tubuh badan yang ingin diet dan bina badan, tetapi juga sangat diperlukan untuk wanita yang ingin tingkatkan kesuburan tubuh. Ini kerana, salmon kaya dengan asam lemak omega-3 yang membantu aliran darah lancar sehingga ke organ reproduksi.


6.  Ubi

makanan kesuburan wanita


Jadikan makanan harian anda lengkap dengan pelbagai serat dan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda jadikan rutin juga adalah ubi. Ia mempunyai nutrisi dan zat perangsang ovulasi untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita.


7.  Buah Berri



Bukan sahaja wajah akan lebih awet muda dan cantik, tetapi dalaman pun akan terlindung dan terjaga. Buah berri apa sahaja jenis buah berri sangat tinggi antioksidan dimana anda boleh amalkannya selalu. Ia juga dapat meningkatkan libido dalam kalangan wanita atau isteri.


8.  Akar Maca

makanan kesuburan wanita


Dengar namanya sangat pelik kan, tapi bagaimana pula dengan rupanya? Akar maca ini semestinya berakar! Ia adalah tumbuhan yang tumbuh di tengah Peru dataran Tinggi Gunung Andes. Selalunya digunakan untuk buat ubat. Cara nak amalkannya mungkin boleh dijadikan sebagai air rebusan. Seeloknya kita tanya pada yang pakar.


9.  Bawang Merah Dan Bawang Putih

makanan kesuburan wanita


Tips mudah ini adalah banyakkan bawang putih dan bawang merah dalam masakan anda. Bawang merah dan bawang putih merupakan makanan tingkatkan kesuburan wanita harus anda tahu. Bukan sahaja wanita, ia juga merupakan makanan subur untuk orang lelaki.


10.  Produk Tenusu

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Produk tenusu seperti susu, keju, telur dan lain-lain lagi merupakan makanan tingkatkan kesuburan wanita yang boleh anda makan. Produk tenusu mengandungi vitamin D yang banyak menyebabkan hormon seks yang diperlukan oleh tubuh sepanjang ovulasi akan mudah dihasilkan.


11.  Biji Bunga Matahari

makanan untuk kesuburan

Kuaci diperbuah dari biji bunga matahari. Biji bunga matahari sangat baik untuk diamalkan bagi wanita yang ingin tingkatkan kesuburan. Ia mengandungi vitamin E yang tinggi yang dapat membantu meningkatkan kualiti sperm supaya sperm dapat hidup lebih lama. Maka, lpeluang untukdisenyawakan dengan ovum akan menjadi lebih tinggi.


12. Vitamin C

makanan tingkatkan kesuburan wanita


Vitamin C bukan hanya untuk anak-anak membesar atau kuatkan antibodi sahaja, sebenarnya ia juga dapat meningkatkan kesuburan tubuh badan. Anda boleh makan vitamin C sahaja ataupun boleh mendapatkan vitamin c dari setiap pemakanan anda seperti sayur dan buah-buahan.

Antara makanan tinggi vitamin C adalah seperti sayur brokoli, kentang, tomato, cili merah dan banyak lagi. Terdapat banyak sayur dan buah yang tinggi vitamin C.


13. Halia Dan Lengkuas

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Perasan tak, dua dua ini kategorinya hampir sama jenis. Ia berfungsi sebagai agent yang merangsang ereksi, mencegah ejakulasi diri dan melancarkan proses aliran darah. Kalau nak lancarkan darah, memang sesuai sangat makan makanan berlauk yang ada halia dan lengkuas ni. Di samping tu, dapat tingkatkan kesuburan wanita juga.


14. Buah Limau Dan Limau Nipis

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Seminggu sekali, wajiblah minum air limau. Pertama, ia dapat membuang segala toksid dan kotoran, kedua ia dapat menyihatkan jantung dan saluran pernafasan kita. Ketiga, sebab ia kaya dengan vitamin C juga penuh antioksidan untuk menjadikan tubuh lebih subur sebagai seorang wanita.


15.  Asid Folic

makanan tingkatkan kesuburan


Asid folik membantu lelaki menghasilkan sperm yang berkualiti sebenarnya, tidak hairanlah kalau lelaki pun makan asid folik. Tetapi selalunya wanita yang makan asid folik, ia sebenarnya dapat menyokong sel-sel tubuh badan anda menjadikan proses reproduktif berjalan dengan baik.


16.  Kacang Almond

makanan tingkatkan kesuburan wanita


Macam tak percaya je kan, sebenarnya kacang Almond pun sesuai sangat diamalkan untuk wanita dan laki-laki yang nak tubuh lebih subur.  Ia kaya dengan Vitamin E yang sangat diperlukan dalam tubuh wanita untuk menghasilkan telur yang lebih matang.


17.  Kurma Ajwa Madinah


wanita subur


Khasiat kurma Ajwa adalah menyuburkan tubuh suami isteri kerana mengandungi antioksidan kedua yang tertinggi antara semua buah. Selain dapat meningkatkan kesuburan isteri adalah ia juga dapat menjadikan tubuh lebih bertenaga sepanjang hari, metabolisme yang terkawal serta mencegah gangguan yang terdapat dalam tubuh badan kita. 


Percaya atau tidak, kadang-kadang gangguan, sihir atau jin atau apa-apa yang mengganggu tubuh badan kita ni pun merupakan penyebab kenapa kesuburan kita terganggu. Sebab ada orang pergi cek di hospital tapi tak ada apa-apa masalah, malah dia subur. Cuma kerap mimpi pelik (diganggu) dan lain-lain. 


Tapi kalau tak rasa diri diganggu, boleh amalkan kurma Ajwa Madinah untuk elakkan diri dari racun dan sihir sepanjang hari. Ada hadis sahih yang mengatakan:


مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]


Ikhtiar Suburkan Tubuh Badan Dengan Ajwa Asli Madinah


makanan tingkatkan kesuburan


Yang terbaik adalah kurma asli daripada Madinah. Sebab sekarang kurma ajwa ada yang ditanam di iran, Yaman, Tunisia dan lain-lain. Tapi carilah kurma ajwa dari Madinah kerana ia ada keberkahan Nabi SAW dan nabi sendiri pun makan kurma yang ditanam di Madinah. 


Selain makanan tingkatkan kesuburan wanita, kurma ajwa madinah juga dapat menguatkan janin dan melancarkan darah serta memproduksi sel-sel darah merah. Jadi kalau hormon kita tak elok, banyak hilang darah sebab period berlebihan atau haid tak stabil, sangat-sangat bagus untuk amalkan Ajwa Madinah ni.


Kurma Ajwa Madinah Yang Dipercayai Asli


Alhamdulillah tak perlu was-was lagi dah sebab Ajwa asli daripada Madinah sudah ditemui. Dulu kalau kita beli, seller pun tak cakap kurma ajwa ni dari mana, ditanam di mana.. Tapi sekarang kalau nak dapatkan kurma ajwa madinah, beli kurma ajwa dari Rihura. Sebab Rihura membekalkan kurma Ajwa asli Madinah dari pembekal berpengalaman sejak tahun 90 an lagi. Dan kualiti kurma ajwa Rihura adalah kualiti Eksport (antarabangsa) dan mereka ada sijil certified of origin (Kurma Ajwa Asli Madinah).


Harganya juga sangat berpatutan.  Kalau kurma Ajwa lain lagi mahal ni. Alhamdulillah syukur sangat bila ramai dalam kalangan kita yang dipertemukan dengan kurma Ajwa Rihura. Asli dari Tanah Madinah, semua merasa~.



makanan tingkatkan kesuburan


makanan tingkatkan kesuburan

suami isteri subur

Untuk dapatkan Kurma Ajwa atau Tips berkaitan kesuburan, boleh follow page RIHURA.

Atau Klik WASAP di SINI.


Rabu, 11 September 2019

Apakah Jus Aimra'a? Perempuan Wajib Tahu!

4:30 PTG 0
Apakah Jus Aimra'a? Perempuan Wajib Tahu!
Semua perempuan wajib tahu apa Jus Aimra'a yang sering disebut-sebut oleh ramai wanita yang lain. Wajib sangat-sangat sebab ia memberi manfaat kepada semua wanita diluar sana yang tak yakin diri dan selalu berdiam diri sebab ada masalah dalaman dan luaran.  Pendek kata, sedikit sebanyak tentang Jus Aimra'a pasti mempunyai kaitan dengan anda semua.


Apakah Jus Aimra'a?


Jus Aimra'a adalah sejenis pati herba yang diformulasikan oleh kurma, delima dan pueraria mirifica serta herba-herba terbaik wanita. Ia boleh diminum oleh semua wanita untuk meningkatkan tenaga dan menyegarkan badan setiap hari. Khasiat kurma, delima, pueraria mirifica dan herba-herbanya amat baik untuk kesihatan sekaligus membantu menyihatkan badan, mengatasi masalah wanita dan mencantikkan wanita luar dan dalam. Untuk pengetahuan anda juga, Jus Aimra'a adalah produk keluaran Rihura Herbs Enterprise (002942099-U) yang telah dihasilkan di kilang bertaraf GMP yang sihat dan selamat.

Kenapa Perempuan Wajib Tahu Pasal Jus Aimra'a?



Ramai wanita yang mengalami masalah kesihatan dan kecantikan tetapi tak sedar. Ada pula yang tak pernah berikhtiar untuk menjadi lebih baik, end up macam-macam masalah yang berlaku dan tak dijangkakan. Cukuplah setakat sihat luar dalam dan dapat menjalani kehidupan yang bahagia dunia akhirat.

Yang penting dapat meningkatkan tenaga dan kudrat untuk bekerja, menjaga anak dan suami serta beribadah kepada Allah SWT.  Ada orang yang tak berapa minum susu, terlebih minum susu dan tak suka makan vitamin. Jadi, sistem imunisasi perempuan semuanya berbeza dan tak sama.  Ada pula yang memang tak suka makan banyak, ada pula terlebih makan sehingga menyebabkan penyakit yang banyak bertandang.

Pertama sekali, anda harus kenali jenis badan anda, tahap kesihatan dan masalah anda. Sekiranya anda tiada penyakit kronik dan inginkan kesihatan yang sihat dan cantik luar dalam, tidak salah untuk anda amalkan herba, jamu ataupun vitamin.

Terdapat banyak sebab kenapa perempuan perlu amalkan minum Jus Aimra'a. Berdasarkan kajian dari Team Rihura, Jus Aimra'a sesuai diminum oleh semua wanita yang sudah datang haid sehinggalah hampir monopous.


Kenapa Perlu Amalkan Jus Aimra'a?


  • Dapat menstabilkan haid wanita / Haid datang tepat waktunya
  • Mengatasi masalah sakit senggugut yang teruk dan berterusan
  • Mengatasi sakit hampir monopous
  • Menganjalkan kulit tubuh badan dan wajah
  • Mengatasi masalah luka dalaman 
  • Menurunkan kolestrol dan berat badan yang berlebihan
  • Menjadikan kulit lebih awet muda
  • Membentuk dan membesarkan aset payudara dan punggung
  • Membekalkan tenaga dalaman dan luaran untuk wanita
  • Mengecutkan jerawat dan masalah kulit radang
  • Badan tidak letih lagi setiap kali bangun pagi
  • Menguatkan rahim dan menyuburkan hormon

Tidak hairanlah kenapa ramai wanita perlu tahu pasal Jus Aimra'a, tengoklah kelebihan dan manfaatnya, pasti semua wanita perlukannya. Paling penting sekali, Jus Aimra'a lulus KKM, berdaftar dan selamat diminum sebagai makanan tambahan. Selain dapat membantu mengatasi masalah anda hadapi, Jus Aimra'a juga bakal mengembalikan kebahagiaan rumah tangga anda. Insyallah! Itu Pasti! Sis pun banyak kali suami tegur suruh minum Jus Aimra'a sebab dia pun tahu kesannya bila bersama isteri ni. Ececewahhh.

Nak Tahu Lebih Lanjut? Klik:

Ahad, 5 Mei 2019

Apa Produk Kesihatan Wanita Paling Laris Abad Ini?

12:13 PTG 0
Apa Produk Kesihatan Wanita Paling Laris Abad Ini?
Pernah terfikir tak apa produk kesihatan wanita yang paling laris masa kini? Maklumlah sis ni suka sangat jual produk kesihatan dan kecantikan wanita. By the way, ramai yang tahu sis telah keluarkan Jus Aimra'a iaitu jus kesihatan berasaskan herba dan makanan sunnah. 

Bermula bulan 5 2019 ini, sis akan pamerkan passionate sis di blog ini. wahh gitu! Maklumlah sis rasa dah sampai masanya untuk sis tonjolkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus dapat bantu semua wanita dengan lebih banyak lagi dengan medium blog ini.

Semuanya bergantung kepada manfaat produk yang sis jual juga. Sebab kalau produk bagus, rasa berdosa tau tak berkongsi kepada orang ramai. Alhamdulillah sis dah dapat bantu ramai wanita yang mempunyai masalah seperti sis juga suatu masa dahulu. 

Masalah dalaman dan luaran wanita ni terlalu banyak, kadang-kadang kita ingat kita sihat, tapi sebenarnya macam-macam risiko penyakit yang kita boleh dapat. Oleh itu, amat penting untuk kita mencegah dan mengatasi penyakit yang wanita cenderung ini. Semuanya bermula dari pemakanan, gaya hidup, keturunan dan lain-lain lagi.

 

Zaman sekarang, golongan berumur 28 - 50 sahaja akan mencari 'Produk Kesihatan Wanita' manakala wanita berumur 18-28 mungkin akan mencari produk kecantikan wanita. Biasanya yang muda-muda ini lah yang nak cantik, nak gebu, nak montok, nak montel..eh... macam-macamlah lagi. 

Tapi sis tak kisah apa yang korang nak tu, sis cuma nak korang tahu sis ada untuk guide korang lebih sihat dalaman dan luaran (khas untuk wanita sahaja ya). Alhamdulillah hampir setahun sis membantu ramai wanita untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. 

Untuk tahun ini, ada kezutan sikit. Sebab tu lama sis diam sekejap. Nanti sis akan update kezutannya. Insyallah. Semoga ia juga merupakan produk kesihatan yang paling laris masa kini. Nak tahu sesuatu produk tu terbaik atau tidak, pastikan ia adalah produk original dan mempunyai sijil KKM. Kalau boleh, check juga no kkm yang diberikan tu. Jangan main percaya je. Sekarang ramai dah tak kisah dosa pahala, asik nak menipu je. Maaflah ye terbebel pula.

So, korang rasa apa produk kesihatan paling laris abad ini? Tak pernah terfikir kan. Dunia sentiasa berubah, jadi nanti kita research sikit pasal ini dan kongsikan di komen dengan sis okey! Apapun, kalau korang sendiri teringin nak berbisnes dan tak tahu bagaimana nak mula bisnes, boleh ikut Step Mulakan Bisnes Dari Rumah ini.




Jom Baca Juga


Ahad, 8 September 2019

16 Cara Atasi Masalah Wanita Penat Bekerja Dan Penat Buat Kerja

6:31 PTG 2
16 Cara Atasi Masalah Wanita Penat Bekerja Dan Penat Buat Kerja
Surirumah dan wanita bekerjaya pasti tak terkecuali merasa 'Penat' dengan aktiviti harian dan kerja rumah masing-masing. Wanita bekerjaya pula pasti letih memikirkan produktiviti kerja mereka dan seterusnya pulang ke rumah harus menguruskan anak-anak dan suami pula. Nak lari mana? Memang tak boleh ke mana-mana. 

Kepenatan dan kerja itu terpaksa kita tempuhi juga. Lainlah kalau kita semua dah jadi jutawan nanti, pasti ada orang yang akan membantu uruskan semua, apatah lagi nak ke kerja, bolehlah goyang kaki sedikit (Adududu mindset orang belum berjaya nieh!).

Jadi tak dinafikan lagi, memang korang sendiri alami penat bekerja dan penat buat kerja rumah bukan? Penat dia rasa lain macam, seolah-olah kerja tu tak pernah habis, nak duduk pun tak sempat, ada sahaja nak kena kemas rumah, memasak, kemas bahagian ruang tamu, angkat baju orang bersepah-sepah dan lain-lain lagi.  Nak tak nak, tetap kena hadap. 

Cuma apa yang kita boleh buat adalah untuk mengatasi kepenatan dan mengurangkan kepenatan menjadi seorang isteri dan ibu. Sebenarnya, setiap ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membantu kita menguruskan keluarga., tetapi ada caranya dan masanya yang sesuai juga. Mari lihat 16 cara atasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah ramai tak tahu.


#1  Bertenang

Ya, bertenang penting, jangan terlalu rushing nak buat itu dan ini. Silap haribulan kita yang down terus pengsan. Ayoyo. Siapa mahu urus rumah tangga nanti? Meihua atau Ananti? Jadi, sabar dulu. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan baik dan teratur.

#2  Himpun Dan Senaraikan Segala Kerja

Senaraikan segala list to do untuk hari itu termasuklah kerja-kerja rumah yang perlu anda lakukan apabila pulang ke rumah nanti.  Dengan itu, anda tidak akan begitu tertekan, pasti ada masa yang boleh anda curi-curi melakukan kerja tersebut.

#3  Pamerkan Senarai Kerja Kepada Suami Atau Keluarga

Jika perlu, list di wasap sahaja. Suami akan baca dan inilah masanya untuk anda meminta bantuan mereka dengan baik supaya sama-sama membantu menguruskan hal rumah tangga.  Suami pasti akan faham kepenatan isteri yang terpaksa balik kerja masak, basuh baju dan sebagainya. Mintalah mereka bantu sedikit seperti jemur kain, basuh pinggan dan sebagainya (mengikut jenis suami/individu).

#4  Jangan Banyak Berfikir

Masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah ini dapat diatasi dengan cara yang santai sahaja iaitu jangan banyak berfikir. Fikir apa yang penting dengan tidak tekankan sesuatu perkara. Jadilah seorang yang cool dan rileks, pasti anda takkan rasa penat.

#5  Tidur Awal Setiap Hari

Tidur awal pada malam hari setelah seharian anda letih dan penat bekerja serta buat kerja rumah. Tidur awal dapat merehatkan otot dan minda anda yang asyik berjalan tidak hentinya.  Jika anda amalkan tidur awal, pasti anda takkan rasa penat bekerja dan buat kerja rumah lagi.

#6  Hirup Udara Segar

Biarpun pada malam hari, sebelum tidur, hiruplah udara segar dahulu di luar tingkap atau di luar pintu rumah anda. Udara segar dapat mengatasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah seharian! Anda akan rasa seperti nafas baru dan hidup baru.

#7  Yoga Atau Senaman Ringan

Sesekali buatlah senaman ringan walaupun anda sibuk bekerja dan buat kerja rumah. Senaman ringan boleh dibuat pada waktu malam atau petang sekiranya anda terasa lenguh sendi dan sebagainya. Percayalah, lepas buat senaman ringan, pasti rasa sangat segar dan tak penat lagi.

#8  Makan Makanan Berkualiti Dan Seimbang

Makanan turut memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah.  Pilihlah makanan yang berkualiti dan seimbang supaya kesihatan anda lebih terjaga. Sebagai contoh, makan kurma dapat meningkatkan tenaga wanita anda secara luaran dan dalaman. Buah-buahan pastikan dimakan setiap hari. Jangan tinggal langsung.

#9  Hadkan Perabot Rumah

Ya, anda perlu hadkan peraboh di rumah secara berpatutan. Jangan letak perabot terlalu banyak dan padat dirumah kerana ia mungkin akan menampakkan rumah anda semak.  Apabila nampak serabut dan padat, anda akan rasa penat melihatnya. Masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah pun takkan habis, ditambah penat tengok rumah semak pula.

#10  Urut Badan

Mintalah suami urutkan badan atau pergi sahaja ke tempat urut wanita untuk memanjakan diri anda. Urutan badan adakalanya dapat melegakan lenguh badan dan dapat mengatasi masalah penat bekerja dan penat buat kerja rumah dengan berkesan. Anda takkan rasa penat-penat lagi, malah badan jadi lebih kuat dan segar.

#11  Minum Air Masak Banyak

Minumlah air putih dengan banyak setiap hari. 3 - 4 liter sudah memadai. Dengan adanya air masak dalam badan kita, badan takkan kekeringan dan letih. Badan akan lebih bertenaga dan ceria. Jangan tinggal makan pada waktu yang sepatutnya juga ok?

#12  Amalkan Zikir Fatimah


Rasullulah SAW bersabda, bacalah tasbih, tahmid dan takbir 33 kali. 


#13  Delegate Kerja Rumah 

Ikut kesesuaian, anda boleh delegate semua kerja rumah kepada ahli keluarga. Sebagai contoh, terapkan dalam keluarga beberapa perkara wajib urus sendiri. Termasuklah kepada anak-anak. Antaranya adalah:

  • Basuh pinggan sendiri selepas makan
  • Baju dalam bilik sendiri semua harus urus sendiri, letak di penyangkut sendiri dan tidak biarkan bersepah
  • Letak barang di tempat asal setelah menggunakannya untuk mengelakkan rumah tidak semak dan bersepah
  • Lap air tumpah sendiri jika tertumpahkan air
  • Sapu rumah sendiri sekiranya terasa habuk atau berdebu
Jika satu keluarga amalkan sikap sebegini, pasti si ibu tidak penat buat kerja rumah atau penat bekerja. Delegate atau agihkan kerja rumah anda kepada setiap ahli keluarga dalam kadar yang secukupnya.

#14  Reward Diri Dengan Shopping Atau Spa

Apabila penat bekerja dan penat buat kerja rumah, rewardlah diri sendiri dengan shopping online, window shopping dan juga pergi ke saloon. Ini adalah cara atasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah.  Sekiranya kita sering memanjakan dan menghargai diri sendiri, kita akan rasa kepenatan berbaloi dan tidak berapa penat dan lelah lagi dalam mengharungi hidup menjadi wanita yang bekerjaya dan hebat!


#15  Ambil Vitamin

Ambillah vitamin seperti Flavette atau vitamin C yang lain. Selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan, ia juga dapat meningkatkan tenaga seharian anda. Kerja dan buat kerja rumah pun tak penat macam selalu lagi. Orang nampak kita cergas, ceria dan sihat sahaja sepanjang hari. Bestkan!

#16  Minum Jus Aimra'a

Jus Aimra'a adalah sejenis pati herba yang mengandungi daun herba serta makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Herba seperti manjakani, pueraria mirifica dan ginseng juga menguatkan tenaga wanita dalaman dan luaran. Maklumlah, bila kita penat bekerja, balik rumah nak melayan suami dan anak-anak pula. Sudahlah jadi supermom, kita juga akan jadi superwife. Sebab tu bila ramai yang sarankan minum Jus Aimra'a, jangan teragak-agak nak cuba. 



Alhamdulillah Jus Aimra'a dah banyak juga bantu rin jalani kehidupan sebagai wife yang sibuk bekerjaya. Dulu nak kerja malam pun macam penat, nak stay up pun letih, tapi sekarang ni Alhamdulillah bertenaga sikit sampai malam pun. Kawan-kawan pun ada cakap, kerja balik pukul 9 malam pun dah tak penat sangat.  

Macam mana nak tengok update atau info pasal Jus Aimra'a? Korang boleh klik website dan facebook di bawah ni.








Jom Baca Juga



Jumaat, 13 November 2020

Wanita Inspirasi Semua | Jatuh Bangun Kejayaan

10:46 PTG 0
Wanita Inspirasi Semua | Jatuh Bangun Kejayaan

Menjadi seorang wanita yang bekerjaya adalah idaman ramai terutamanya wanita yang ingin mencipta kejayaan diluar sana, yang ada kerjaya sendiri atau perniagaan. Namun tak dinafikan sekarang ni surirumah pun ada income sendiri. Ohya, sebelum tu nak bagitahu ni, menjadi inspirasi semua tidak semestinya mempunyai kerjaya atau income. 


Wanita inspirasi semua dari segi kejayaan kehidupan mereka, mungkin ada wanita berjaya membesarkan anak-anak, membimbing anak menjadi insan yang berguna, membentuk insan yang gemilang dan terbilang, menjaga perihal rumah tangga dan anak-anak. Inspirasi untuk kita semua yang bergelar anak, isteri, ibu dan wanita ini.

wanita inspirasi semua


Wanita Dan Kerjaya


Sememangnya benar pada zaman ini, kerjaya adalah sangat penting kerana ia umpama kejayaan dalam hidup. Namun ramai terlepas pandang kejayaan akhirat yang perlu dikejar dalam dunia ini. Adakah kita konsisten bangun tahajud setiap malam, tidak melakukan apa-apa dosa? Sudah pasti kita bukan maksum, namun bagaimana kita boleh mengubah diri untuk menjadi lebih baik dan inspirasi dunia dan akhirat. 


Bunyinya macam berat kan? Namun itulah kenyataan. Tatkala kita mengagung agongkan orang barat atas kejayaan mereka, wanita bekerjaya dan lain-lain, tapi jangan lupa apa yang perlu kita contohi untuk bekal akhirat kelak.


Fahamilah wahai wanita, biarpun kita mengejar kerjaya, jangan lupa pada 1 yang Maha Mengatur kehidupan kita.  Kadang-kadang kita sibuk mengejar nak menjadi inspirasi semua hihi tapi kita terlupa, kita cuma kejar dunia.


Alhamdulillah sis syukur sebab ramai kawan-kawan sis diluar sana yang seimbang dunia akhirat, yang boleh dijadikan inspirasi wanita kini, untuk bantu kami semua berjaya dunia akhirat. Bila sis jatuh, ramai kawan-kawan yang dijadikan inspirasi untuk sis naik semula. Tak kiralah dunia mahupun akhirat. Terima kasih kawan-kawan semua.


Sebenarnya, kita semua ni sudah berjaya jika kita usaha. Tapi ramai salah konsep 'usaha' hanya bergantung kepada tindakan. Sebenarnya usaha yang pertama adalah tawakal, kedua barulah berusaha. Sekian coretan ringkas untuk kali ini.



Rabu, 4 Disember 2019

Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus

11:11 PTG 0
Cara Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Kurus

Teringat zaman rina kurus dulu. Masyallah. Skirt, jeans, pineform, pergghhh semua baju boleh aku rembat dan gayakan. Ish ish. Kini, nak pakai seluar jeans pun daku rasa serba salah terhadap tubuh badan sendiri. Dulu 5 tahun berturut-turut rina kekalkan 48 KG. Sehinggalah masuk alam pekerjaan melonjak sehingga 78 KG. Hamik kau!

Kebanyakan daripada kita sentiasa bermimpi untuk mempunyai badan yang sempurna, tanpa lemak yang tidak diingini di sekitar paha, pinggang ataupun di bahagian muka kita. Dan bagi anda yang kurus di luar sana, anda biasanya bertuah dan senang untuk memilih pakaian dengan bermacam-macam rekaan di luar sana.

Jom ikuti Rina membincangkan cara berfesyen dan cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus.  Mudahnya jadi wanita yang kurus, bolehje selalu kelihatan menarik tanpa menaikkan berat badan untuk berfesyen. Kalau yang gemuk pun, kena tahu juga cara pakaian sesuai untuk wanita gemuk.

Apa-apa pun, jom kita lihat cara memilih pakaian sesuai untuk wanita kurus!

Image result for pakaian wanita kurus


1 - Elakkan Memilih Pakaian Yang bercorak Garisan Menegak

Jika garis-garis menegak adalah pilihan terbaik bagi mereka yang berukuran besar, maka bagi wanita yang kurus itu adalah pilihan yang salah. Jalur menegak akan menampakkan badan anda menjadi lebih kurus dan langsing dan ianya akan membuat anda kelihatan sangat-sangat kurus.

Haa.. Jadi anda kena pilih pakaian yang bercorak mendatar supaya ianya nampak lebih cantik dan sedikit berisi. Kiranya corak yang bertentangan. Jika kurus, ambil corak bunga besar ke apa yang besar-besar okey!


2 - Katakan Tidak Kepada Kasut Bertumit Tinggi

Seperti dalam hal jalur menegak, kasut tumit tinggi juga akan memberikan kesan yang sama. Dengan melihat lebih tinggi daripada anda sebenarnya, anda akan kelihatan seperti garis geometri lurus atau pembaris tanpa lengkung. Kehkeh. Jadi anda harus mengelakkan mengenakan kasut yang bertumit tinggi.


3 - Pilih Warna Cerah

Jangan ragu untuk memilih mana-mana warna yang anda suka kecuali warna yang gelap. Hitam, coklat, kelabu atau sebarang warna gelap akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing.

Jadi, anda perlu pilih mana-mana warna yang terdapat pada warna pelangi. Jika anda mahu melihat lebih berisi, pakai pakaian yang berwarna neutral dan bermain dengan kontra warna. Berikan kebebasan kepada imaginasi anda dan anda mungkin akan membuat pilihan yang betul.

Related image

4 - Pakai Sweater Yang Lebih Longgar

Sweater longgar akan membuat anda berasa lebih yakin. Dan untuk lebih cantik, kenakan juga dengan skirt atau seluar yang saiznya ketat sedikit. Hasilnya pasti menakjubkan. 

Tapi sweater kan panas, jadi cukuplah anda gayakan baju berlengan panjang tetapi mempunyai corak.


5 - Jangan Gunakan Tali Pinggang

Kita semua tahu bahawa memakai tali pinggang di bahagian tengah pinggang membuatkan seseorang kelihatan lebih langsing, jadi ini pasti bukan aksesori yang sesuai untuk anda pakai.


6 - Gunakan Selendang

Selendang bukan sahaja aksesori fesyen yang menakjubkan yang menambah keanggunan dan kewanitaan kepada rupa wanita, tetapi ia juga membuat seorang wanita kurus menjadi sangat cantik apabila memakainya.

Semua orang tahu kuasa aksesori kecil ini kan. Selendang akan menjadikan leher anda kelihatan lebih pendek dan sangat cantik.

Related image

Kesimpulannya, bagi para wanita yang kurus, anda bebas untuk memilih gaya pakaian anda. Apa yang penting adalah kena pandai memilih tona warna, corak dan juga elakkan memakai ataupun memilih warna yang gelap seperti saya katakan tadi. Jadi, selamat mencuba!