RINA ZUL

Rabu, 19 Mei 2021

RESEPI JUS KURMA AJWA LONGAN (BAIK UNTUK HORMON DAN WANITA BERPANTANG)

6:53 PTG 0
RESEPI JUS KURMA AJWA LONGAN (BAIK UNTUK HORMON DAN WANITA BERPANTANG)

Jus Kurma Ajwa Longan ini sangat elok diminum oleh kaum wanita. Sebab kurma ajwa sangat bagus untuk elokkan hormon dan melancarkan darah. Penting untuk anda tahu bahawa kurma ajwa juga sangat elok untuk tambah sel darah merah dan beri tenaga kepada kita semua.

Terutamanya kepada wanita bersalin dan wanita berpantang. Pasti tubuh memerlukan tenaga yang cukup banyak sekali. Termasuk juga wanita yang datang period. Korang boleh amalkan minum jus kurma ajwa longan ini ketiak period. Insyallah senggugut akan berkurangan. Dan paling best sekali, wanita yang tak datang haid atau tak pantang pun elok amalkan selalu kurma Ajwa ni.

Pendek kata, ia harus dijadikan makanan sihat yang diamalkan oleh seisi keluarga terutamanya kanak-kanak, nenek atok, ibu ayah, suami isteri. Hatta anak yang baby pun boleh dicampurkan isi kurma ke dalam makanan mereka sebagai bubur dan lain-lain.




Jom lihat cara buat jus kurma Ajwa longan atau resepi jus kurma Ajwa Longan yang boleh korang buat. Khas untuk wanita berpantang, jom amalkan setiap hari sepanjang 40 hari berpantang.

Sebelum tu, korang juga boleh baca tentang Khasiat Kurma Ajwa untuk Ibu Berpantang. Kurma Ajwa sangat elok untuk lancarkan darah dan pembuangan. Sesuai utk ibu berpantang dan kita semua juga! Mudahjer nak buat. Campak-campak je sebenarnya hehe. 🤭



RESEPI JUS KURMA AJWA LONGAN


1. Masukkan isi kurma Ajwa Rihura (7 biji atau lebih yg telah dibuang biji) ke dalam periuk.


2. Masukkan longan (agak-agak banyak mana yg kita nak makan). Rina letak 7 - 10 biji sebab sedap sangat.


3. Rebus sampai mendidih. Tutup api bila dah siap.


Boleh ditapis untuk asingkan buah. Tapi tak disarankan. Lebih baik minum dan makan buah buahnya. Tak perlu tambah gula.


Bagi ibu berpantang, boleh tambah halba sedikit. Tak nak pun tak pa. Tak ada masalah.
😘

Ok bila dah siap, korang boleh buat minum waktu pagi, petang, malam atau bila-bila masa pun boleh. Selesai. Jom buat jus kurma Ajwa Longan untuk stabilkan hormon!

Tapi Awas, jangan silap beli kurma Ajwa. Kat luar sana ada kurma ajwa yang sangat kering, berbiji-biji nak cenderung berulat dan sebagainya. Jadi, kalau korang nak kurma Ajwa yang sedap, bersih, paling penting stok baru dan segar, korang boleh cuba Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura.
🤩




Kurma Ajwa Rihura ni ada banyak jenis pilihan .Korang boleh pilih ikut bajet masing-masing tu yang best tu. Serendah RM 10 untuk 100g dan seterusnya. Ni harga-harga dia, memang sangat baloi dan mampu milik. 





Paling penting ia adalah certified original Kurma Ajwa asli yang ditanam di Madinah. Sebab sekarang ni banyak ajwa yang tanam negara lain tapi claim dari Madinah. so tak bestla. Sebab ajwa madinah ni berkah dia lain sangat , makan yang original dari Madinah ya :) Sebab tu kita pilih Kurma Ajwa dari Rihura.


Sis Rina selfie dengan Ajwa Madinah dari Rihura.





 

WAKTU TERBAIK MAKAN KURMA AJWA

2:18 PTG 3
WAKTU TERBAIK MAKAN KURMA AJWA

Ramai yang tertanya-tanya, elok kah kalau makan kurma ajwa ni selalu? Waktu bila perlu ambil kurma ajwa. Bila-bila masa nak makan pun tak ada masalah, tapi bilakah waktu saranan yang boleh kita makan? 


Selalu kan kita makan time puasa jer, tapi macam pelikkan? Kenapa time puasa je baru nak mengurma, kenapa asal mengurma je tapi time puasa. Sebenarnya ada 2 sebab. 1st, orang fikir nak amal sunnah ni time puasa jer. Kedua sebab makan kurma dapat mengenyangkan.


Tapi kesilapan ramai orang sebab mereka tak tahu yang mana kurma ni banyak kelebihan dia untuk atasi masalah kesihatan tubuh badan untuk mereka yang tertentu. Siapa Golongan tertentu tu, boleh jadi anda lah orangnya.


Selalunya adalah ibu menyusu, ibu hamil. suami isteri yang nak ikthiar hamil, anak-anak yang tak selera makan, orang sakit, anak sukar membuang dan sembelit, orang dewasa yang sakit tulang dan macam-macam lagi golongannya.


Ok, nanti korang boleh baca dekat Entry siapa perlu makan kurma ajwa. Harini sis nak tunjukkan waktu terbaik untuk makan kurma Ajwa. Jom tengok! 


https://www.facebook.com/rihuraherbs


Pagi 


Pada waktu pagi sebelum makan apa-apa makanan sekalipun, korang boleh Makan 3,5,7 biji setiap pagi untuk dapatkan tenaga tubuh badan, lancarkan proses pencernaan dan mudah untuk kawal makan. Ada 1 hadis sahih berkaitan makan ajwa pada waktu pagi.


Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :


مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ


Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]




Tengahari


Jadikan makan ajwa sebagai snacking time. Tiada masaalah jika nak jadikan sebagai pembuka selera sebelum makan makanan berat. Tapi apabila makan tengahari, percayalah anda dapat kurangkan atau kawal kadar makan karbohidrat dengan lebih baik lagi. So senanglah kalau nak diet atau kurangkan nasi lepas ni! Rina dah cuba. Nanti kita tunjuk result kurus hehe.



Petang


Kurma Ajwa juga boleh dijadikan minum petang. Ia juga dapat menaikkan selera makan bagi anak-anak. Kalau ada anak yang jenis suka minum susu je, nasi tak nak makan, biskut pun tak nak. Korang wajib cuba bagi makan kurma Ajwa, memang berkesan nak naikkan selera anak-anak untuk makan.




Malam


Kurma Ajwa sesuai untuk dibuat Makan malam sebelum tidur, ia boleh dijadikan alas perut. Tak percaya, cuba makan kurma ajwa Rihura pada malam sebelum tidur. Pasti sangat banyak khasiatnya! Esok pagi mudah jer membuang, tak sembelit lagi. Badan rasa segar dan kuat, bertenaga dan cergas!



Jom amalkan Ajwa Madinah mengikut masa anda, yang penting dengan Rihura, Semua Merasa dan Sentiasa kenyang. So, anda bebas untuk menikmatinya pada bila-bila masa. Senang jer kan!



Makan-makan, terus kenyang!



#Rihura

#KurmaAjwa

#KurmaAjwaMadinah

#KurmaAjwaOriginalSegar

Isnin, 17 Mei 2021

10 Makanan Popular Di Malaysia Untuk Hari Biasa & Bulan Puasa

11:42 PG 0
 10 Makanan Popular Di Malaysia Untuk Hari Biasa & Bulan Puasa

Apakah makanan popular di Malaysia untuk hari biasa dan bulan puasa? Adakah sama saja makanannya ataupun ada menu istimewa lain? Jawapannya, makanan di Malaysia hampir sama saja untuk hari biasa dan bulan puasa tetapi di bulan puasa, ada sesetengah makanan yang sangat popular dan sering mendapat perhatian ramai. 


Antara makanan yang popular di Malaysia untuk hari biasa dan sebagai menu bulan puasa adalah seperti di bawah ini. 


1. Ayam Percik


Kredit Al-Hadi Abdul Hamid Flickr 



Ayam Percik adalah ayam yang dibakar dengan pelbagai jenis rempah yang beraroma dan sos kelapa menggunakan resepi tradisional Kelantan. Daging ayam menjadi lazat dan berperisa setelah diperap semalaman, dan biasanya dibakar menggunakan arang dan dibakar berulang kali untuk mengekalkan kesegarannya. 




2. Putu Buluh 


Kredit J Martin Kansedo Flickr 



Putu Buluh adalah hidangan pencuci mulut yang manis dengan rupa seperti kek stim berbentuk silinder. Dibuat menggunakan tepung beras dan dicampurkan dengan warna dan wangian daripada daun pandan hijau, kuih yang bersaiz kecil ini diisi dengan gula melaka dan dilapisi dengan kelapa parut segar. Hidangan ini selalunya dikukus secara tradisional. 



3. Murtabak


Kredit photofiend358 Flickr 



Diperasakan dengan dengan daging cincang dan sayuran, murtabak dengan bentuk seperti lempeng yang tebal ini sangat sedap rasanya. Aromanya juga sangat menyelerakan kerana ia digoreng dengan telur dan biasanya dihidangkan bersama kuah kari dhal dan acar bawang. 




4. Roti John


Kredit acroamatic Flickr 

 


Roti John adalah seperti sandwich telur dadar yang berinti daging cincang, bawang, telur, sos tomato dan sos cili. Hidangan ini biasanya disediakan dengan menggunakan roti yang panjang. 



5. Samosa


Kredit Daniel Lopes Flickr 



Samosa versi Malaysia mempunyai saiz yang lebih besar daripada biasa dan kebanyakannya berintikan daging cincang. Hidangan ini mempunyai bentuk tiga segi dan rasanya juga lebih kepada rasa Malaysia daripada India. 



6. Sate


Kredit Khairul Amri Mohamad Flickr 


Sama ada di restoran atau gerai, anda boleh menjumpai sate hampir di mana sahaja di Malaysia. Satay, atau sate adalah hidangan Asia Tenggara yang terdiri dari daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dipanggang.


Ketika makan akan disajikan dengan sos kacang yang panas dan lazat. Anda boleh memilih sate dari ayam, daging lembu, kambing dan banyak jenis lagi. 



7. Tepung Pelita


Kredit KNizam Artwerk Flickr 



Tepung pelita adalah kuih dua lapis tradisional Malaysia yang disediakan dalam acuan empat segi yang diperbuat daripada daun pisang. Ia mempunyai bahagian atas berkrim (dari santan) dan rasanya sangat lemak serta manis. 



8. Nasi Kerabu


Kredit Nur Nasiha Bt Muhamad Hasani Flickr 



Hidangan nasi yang berwarna biru ini merupakan salah satu hidangan yang popular di Malaysia, ianya disediakan dengan menggunakan warna yang diekstrak dari kuntum bunga telang. 


Ianya dihidangkan dengan ayam sama ada digoreng atau berkuah kemudian diletakkan juga pelbagai jenis sayuran mentah, isi ikan dan kelapa parut bakar. Gabungan semua ini memberikan satu rasa padu yang sukar untuk dilupakan. 



9. Ayam Madu Bakar


Kredit Nusantaracuisine Flickr 



Ayam madu yang manis manis pedas ini sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sepinggang nasi. Dan gerai-gerai di bazar ramadan juga sering menjual ayam madu dan percik pada pelbagai bahagian. Boleh pilih mahu bahagian paha, kepak dan dada. Semuanya memberikan rasa yang berbeza bergantung pada jenis daging dan jumlah lemak pada bahagian tersebut. 



10. Cendol


Kredit Eriani Flickr 



Cendol, campuran yang sangat sempurna antara ais kisar, santan, sirap gula melaka, dan cendol. Cendol sangat sedap jika dapat dinikmati pada cuaca panas bagi menghilangkan dahaga. 


Untuk dapatkan makanan menu popular ini tidak susah kerana makanan ini banyak di jual di sana sini. Cuma tidak dinafikan untuk mencari tempat makan sedap mungkin menjadi sedikit sukar. 


Kadangkala, tidak tahu juga dimanakah lokasi yang ada jual menu di atas. Dan salah satu cara terbaik untuk atasi masalah ini dengan menggunakan food delivery service. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.




Nama Foodpanda di Malaysia sudah tidak asing lagi. Warna merah jambu dengan ikon seekor panda sudah sangat sinonim di negara Malaysia dan Asia khususnya. Kemudahan yang disediakan oleh Foodpanda ini secara tidak langsung memudahkan orang ramai untuk membuat pesanan makanan di mana jua berada. 


Tambahan pula, rider Foodpanda sering menekankan waktu penghantaran yang sepatutnya dan ini juga turut menyumbang kepada jumlah pengguna Foodpanda yang semakin meningkat dari masa ke semasa.


Sabtu, 15 Mei 2021

Bisikan Jihad Di Kapal Karam Paus | Dulu Kau Kejar, Kini Aku Kejar...

5:47 PTG 1
Bisikan Jihad Di Kapal Karam Paus | Dulu Kau Kejar, Kini Aku Kejar...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ


Cuaca hari ini panas sangat-sangat. Dari semalam lagi dah rasa panas. tapi ku anggap ni semua sebab cuaca. Sejak dua tiga hari ini, habis je raya pertama rin tak buka fb lama-lama, kalau tidak 24 jam aku online. tapi rasa macam ada benda yang tak buat lagi. Cuma taktahu apa yang tak buat tu. Last online sebab nak jawab komen kawan-kawan dekat gambar raya pertama, nak update story fb / ig dan buat live dekat personal fb dengan seorang kawan Elite X dari Singapore.


Selepas tu memang rasa berat benar hati ni nak online dekat media sosial. Macam tak ada mood, ntah kenapa. Malam semalam, lepas teman mak mertua tengok TV, rin masuk tidur jam 11.30 malam. Tapi tak boleh tidur. Mata kuyu sangat nak lelap tapi dalam hati ni berombak-ombak rasa macam ada benda yang tak selesai lagi dan tak boleh tidur. Dah banyak kali perasaan macam ni hadir sejak seminggu akhir puasa lagi.


Tasbih tahmid zikir dan doa kubaca dalam hati, adakala suara keluar dari bibir. Suami sibuk layan Game Online dia dengan kawan-kawan walaupun lampu bilik dah tutup, dia main game di PC. maklumlah sejak raya sampai ke harini tak keluar mana-mana dan kawan-kawan dia semua jenis kaki game. termasuklah dia , bila duduk di rumah ni.


Dari jam 12 malam Akhirnya Rin tengok jam dan pukul 2.45 pm.. Ku nekad dalam hati tidur tidur tidurlah wahai hati. Lalu akhirnya tertidur. BacaaBISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM  menyelimuti tidur malamku.


Jumaat, 14 Mei 2021

Kisah TTC: Ku Minta Suami Kahwin Lagi

8:11 PTG 2
Kisah TTC:  Ku Minta Suami Kahwin Lagi

Dalam kehidupan yang ceria dan bahagia bersama suami tercinta, aku selalu rasa sedih sebab tak ada anak macam kawan-kawan lain. Setiap kali kawan hamil, dengar cerita dapat beby dan sebagainya, alhamdulillah memang rasa happy sangat untuk kawan-kawan yang lain. Tapi hanya ttcian yang tahu rasa hiba tu macam mana bila fikir.. kenapa aku masih belum ada anak.


Selalunya bila orang berkahwin ni, lepas 6 bulan jer mesti mengandung. tapi ada juga yang lepas setahun baru ada nak, selepas 2 atau 3 tahun pun baru ada anak. Tapi, aku dah masuk 4 tahun masih belum ada rezeki anak. Namun aku tahu ini semua Rezeki dari Allah SWT.


Kadang-kadang, ada kawan yang merungut dan meluahkan dimana dia belum bersedia nak ada anak kedua ketiga dan sebagainya. sebab anak pertama masih kecil dan menyusu lagi. Tiba-tiba dapat anak kedua pula. Dia merungut. Bagi aku yang masih belum ada anak ni, rasanya itu rezeki yang patut dia syukuri. Bukan merungut. Tapi kita tak tahu masalah orang lain, so nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga.


Kadang-kadang hati ni macam tisu, mana taknya, pergi mana-mana jer, ada mulut cakap dan bercerita, A mengandung 3 bulan. B mengandung lah, C dah bertambah anak, D baru kawen tuptup dah muntah-muntah dan mual... so cuba korang bayangkan, dalam masa 3 hari jer, orang cerita macam tu dekat aku, apa perasaan kita dengar? benda tu dimasuk-masuk dalam kepala ni.

Of course kita rasa syukur. Dalam masa yang sama kita nak positif kan diri sentiasa tetapi akan jadi hati tisu bila balik rumah. lahai! memikirkan macam mana aku ni nak dapat anak. Susahnya Allah nak bagi rezeki anak ni pada aku, sebab dosa-dosa lalu akukah? Astagfirullahaladzim. Suami marah bila aku cakap macam tu. Sampai jadi macam histeria menangis-menangis isteri dia ni stress berfikir.


Masa tu sungguh-sungguh sedih, berjurai-jurai air mata tak kira apa, stress sangat. Suami selalu bagi kata positif dan cakap pasal ini semua rezeki. Dan aku percaya pada rezeki Allah SWT cuma bila hati terlampau sedih, meroyan dan rasa macam stresss sangat-sangat, aku jadi makin redha dan ku pasrah. 


Aku take time sekejap sampai stop menangis, lepas beberapa minit, ku pergi dekat suami dan cakap, " I Rasa u Kena kawen lain lah". Lepas tu suami tanya, "Apa dia?" Ku ulang lagi, "I rasa u kawen lain lah, cari orang lain jerlah". Dia jawab:


"U jangan macam ni, kita dah bahagia. Tak ada anak pun kita bahagia. Tapi sebab u suka tengok life orang lain, jeles dengan life orang lain, ini yang boleh buat hidup u musnah, kebahagiaan kita boleh musnah kalau kita terlalu overthinking. Sedangkan kita sangat-sangat bahagia sekarang ni". Kata suami kepadaku.


Ya Allah, apa yang aku buat ni, Memang betul apa yang dia cakap. Kenapa aku ni tak bersyukur, Rezeki bahagia bersama suami, rezeki ada keluarga yang sangat supportive, baik hati dan semuanya faham. Allahuakhbar. Astagfirullahaladzim. 

Bila jadi terlalu stress dan dah cool down, ku fikir balik. Allahu, Allah. Betapa Allah ni sayangkan diri aku, sebab Dia tahu yang terbaik kat aku, Aku tak layak untuk tentukan apa yang aku nak, tapi sebaliknya Allah sebaik-baik perancang. Sebab ini bukan masa yang sesuai untuk aku, ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah Kau sedarkan aku atas apa yang aku tertanya-tanya.


Suami cakap dia dari dulu sampai sekarang tak kisah pasal bab anak, kalau ada rezeki tu ada lah rezeki kita. Dia kawen dengan aku sebab sayang sebab cinta. Bukan sebab nak anak semata-mata. Dia syukur sangat sebab dapat isteri yang betul-betul memahami dan menerimanya seadanya. 


Sebab bagi dia, kalau belum ada anak ni, bukan masalah isteri, tapi masalah suami juga. Dan sehingga hari ini, rawatan ikhtiar zuriat untuk suami pun tak selesai lagi sebab covid, so hospital pun apointment lewat dan sebagainya.


Jelas dekat sini, sama2 perlu ikhtiar dan yang paling penting, suami sangat memahami. Walaupun ku cakap pasal kahwin lagi, lagi dia kata sampai mati pun takkan nak orang lain. Allah maha merancang, Allah Ya Bari'.


Apapun, aku berserah pada Allah SWT. 


Mulai hari ini, aku dah tak nak fikir dah bab ni semua. Aku nak go thru life ini dengan sabar dan enjoy for every moment yang aku hadapi. Aku bersyukur ada seorang suami yang sangat-sangat Allah beri untuk melengkapi dan menjaga diriku. Sesungguhnya, Allah maha baik sebab kurniakan aku kebahagiaan dunia akhirat yang aku inginkan. Amin ya Rabbal Alamin.