Rina Zul

Rabu, 13 November 2019

12:37 PG

Pengalaman Ke PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW 2019 Di PWTC

Pengalaman Ke PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW 2019 Di PWTC
Tak pernah dengar suara, tak pernah jalan seiringan, tak pernah ada di zamannya, tak pernah meraguinya, tetapi dialah kekasih kita.. Itulah Al-Amin, Rasulullah SAW.


“ Beruntunglah sesiapa yang melihatku lantas beriman kepadaku dan beruntunglah (diulang perkataan beruntung sebanyak 7 kali) sesiapa yang tidak pernah melihatku tetapi mereka tetap beriman kepadaku.”

-Sabda Rasulullah SAW (HR Bukhari)


Kami bergambar depan Kiswah Pintu Kaabah, Sedangkan sebelum tu macam-macam kami dipertontonkan ketika berada di Pameran Artifak Rasulullah SAW di PWTC 2019 ini.

Sebak melihat Janggut, Rambut, Darah Bekam Rasulullah SAW depan mata sendiri. Beribu tahun lamanya, namun masih terpelihara. Yang tua, berkerusi roda, yang muda turut menangis melihatnya.

Jika ada ibu bapa di sini, bawa mereka. Biar mereka saksikan. Mereka juga rindu Rasulullah SAW. Terharu rina lihat ibu bapa tua yang hanya berkerusi roda dan uzur, semua datang sini nak tengok barangan Rasulullah SAW.




Air Mata mula bergenang tatkala melihat Tapak Kaki Nabi Muhammad SAW yang sebenar-benarnya. Begitu besar dari kita, sangat gagah orangnya. Allahuakhbar. Dengan perwatakannya yang terpuji tiada tandingannya.

Ya, sayu hati melihat lebih 40 artifak Asli Rasulullah SAW di Pameran Artifak Rasulullah SAW 2019 bertempat di PWTC td.




Barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah semua boleh dilihat di Pameran ini. Allahummasollialasaidinamuhammad, waalaalihiwasahbihiwasallam.  Alhamdulillah Allah izinkan, last minit kawan ajak ke sana, sempat kami pergi sana. 

Pertama sekali, kami nampak kiswah kaabah, permaidani Taman Raudhah, memang speechless beb, speechless. Rasa jauh sangat kita hari ini dengan zaman Rasulullah SAW.


Seterusnya, kami melihat sendiri Kunci Makam Ashabul Kahfi yang kisahnya tercatat dalam Surah Al-Kahfi (Ayat 9 - 26) pun dah rasa lain macam.. Selalu kita hanya mendengar kisah Ashabul Kahfi sahaja. Bila tengok kuncinya, terkenang kisahnya kembali.

Barang lain yang kami lihat adalah...


Cop Mohor Rasulullah SAW, Pedang Amr Al-Aas, Bekas air zamzam Rasulullah, Karung air yang sering nabi gunakan, Beras sekecil-kecil yang dicatatkan surah Al-Ikhlas (kami tengok guna teropong disediakan) dan lain-lain lagi di sini.

Sebelum ini, saya pernah menulis artikel berkaitan kisah Al-Fatih yang telah menakluki Constantinopel, kali ini dapat lihat sendiri pedangnya. Oh, itu sangat terkesan. Dapat membayangkan sedikit sebanyak perjuangannya berdasarkan kisahnya.


Malah pedang Ali Bin Abi Thalib dan pejuang lainnya turut dapat kita saksikan. Sejarah Islam sangat menarik untuk dihayati.



Cukup terkesan lagi melihat semua ini:





Antara lain-lain artifak dapat disaksikan di sini adalah:

- Capal/Kasut Rasulullah SAW


- Tongkat Rasulullah SAW


- Serban Rasulullah SAW


- Pedang Muaz bin Jabal


- Pedang Sultan Al-Fatih


- Kiswah Kaabah Merah


- Kiswah Kaabah hijau


- kunci Makam Saiditina Fatimah

- Artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah (kunci, baju perang, tandu, al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki)

- Busur atau anak panah yg digunakan Rasulullah SAW ketika berperang serta bekas busur yang dihiasi dengan emas dan perak.


- Permaidani di Taman Raudhah

Banyak lagi..




Tapi lebih sebak sekali bila melihat penutup Makam Rasulullah SAW, berwarna hijau, amat harum sekali baunya.


Semua 40 artifak yang dipamerkan termasuk darah bekam Nabi berusia 1400 tahun adalah ASLI – Ia telah dinilai oleh pakar etnologi, Prof Dr Abd Manan Embong.  

Yang nak Melihat Sendiri, Boleh datang ke sini:



Tarikh : 22 Julai – 4 Ogos 2019

Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Lokasi : Dewan Tun Razak, Tgkat 4, PWTC

DAH TERLEPAS? JANGAN RISAU, TIAP TAHUN AKAN BUAT LAGI PAMERAN NI! KORANG LIKE PAGE DIA UTK TAHU TARIKH2 TAHUN DEPAN PULA.

Harga Tiket

Harga tiket:

Dewasa: RM20

Student: RM10

Kanak-kanak : RM5


RIN Sempat Beli ni.. Boleh lekat kat rumah.. tanda kita ingat nabi selalu.. senang nak ajar-ajar anak nanti..








Dalam pameran ini tidak dibenarkan ambil gambar, jadi saya kongsikan apa yang boleh dikongsikan.  Semoga bermanfaat.

Lebih baik pergi sendiri dan lihat. Bukannya gambaran menjadi tatapan, tetapi penghayatan sebenar apabila melihat secara real. Kita akan lebih kenal Rasulullah SAW dan terasa sangat dekat dengannya.

Share jika bermanfaat utk lebih ramai yg tahu dan mendapat kebaikan.
Sebarkan ajaran Baginda sepertimana sabdanya yang bermaksud: “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” (Riwayat al-Bukhari)

Follow IG @pameranartifak




12:19 PG

PD OSTRICH SHOW FARM - Tempat Menarik Di Port Dickson Untuk Pasangan

PD OSTRICH SHOW FARM - Tempat Menarik Di Port Dickson Untuk Pasangan
Disebabkan rina nak clearkan segala gambar-gambar yang memberatkan fon memori, maka satu demi satu akan diselitkan menjadi entry di blog ini. Wah gitu! 

Kira macam throwback la jadinya sebab baru nak story kat sini. 29 April 2019 yang lepas, adalah tarikh anniversary Rina dan husband. Kitorang buat pilihan untuk ke Port Dickson sahaja memandangkan itu yang terdekat juga la dengan KL ni sebab suami cuti 2 hari je. Sabtu ahad je ok sedih. 

Jadi bermalam di PD pun satu malam je, ha tak boleh nak lebih-lebih. Lagipun rina asyik masuk Jakuzi je maklumlah bilik ada jakuzi besar. eh, terriak pula. haha. Gurau je. Sebelum pulang ke KL, rina nak melewat-lewatkan masa untuk pulang. Bosan rasanya nak balik KL awal ni, jadi Rina pun google tempat menarik di PD (Port Dickson).

Akhirnya yang macam terdekat juga dengan penginapan kami adalah PD Ostrich Show Farm.  Jadi suami pun kena melayan kehendak isteri dia nak datang ke PD Ostrich Farm ni. Setibanya kami di sini... jeng jeng jeng...

Setibanya di PD Ostrich Farm



Kami terfikir, eh betul ke ni tempatnya. Macam malu pula nak masuk ni. Ramai benar kanak-kanak dan budak tadika ni. Boleh ke orang dewasa datang sini? Bila perhatikan lama-lama, rupa-rupanya ibu bapa yang bawa anak-anak datang sini, eh eh rina.. kau jangan macam-macam rina oii. Memang bolehlah datang sini. Alalala.

So kitorang mendapatkan tiket yang berharga RM 15 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak, tiket berharga RM 10. Selepas menyerahkan tiket untuk masuk ke Farm, kami disapa oleh staff mereka yang menjaga pintu masuk. Sama ada nak beli sayur dan makanan untuk haiwan-haiwan di Farm atau tidak. Kalau beli makanan dan sayur tu, bolehlah beri haiwan-haiwan makan.

Suami beli kedua-dua makanan tu, katanya nak bagi haiwan makan. Okeylah rina pun teruja nak bagi juga si comel ni makan. Untuk pengetahuan anda, bukan ada ostrich je, tapi macam-macam binatang ada kat sini.  Antaranya adalah kambing, lembu, kuda, ostrich (burung unta), burung, ikan, itik dan lain-lain lagi. 


Kami mulakan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengikut laluan perjalanan yang disediakan. Wah, mula-mula jumpa kambing-kambing yang sangat comel dan kecil. Kat sini pun kami dah bagi makan kambing-kambing tu hehe. tapi macam-macam ragam jugalah time nak bagi makan tu, tambah-tambah makanan yang bulat-bulat tu, mulut kambing kena dekat tangan. geli je rasa.

Kami terus berjalan dan melalui semua binatang. Paling best dan dinanti-nanti, akhirnya sampai juga dekat Cik Ostrich atau burung unta ni. Memang tinggi cik ostrich ni takut-takut disepaknya pula kita ni.  Nasib baik ada cik abang yang bertugas tolong ajar kami cara duduk dekat ostrich dan pegang ostrich. Husband sempat bagi makan ostrich tapi rina dah surrender. Takut ostrich gigit tanganlah apa lah. 


Ok abaikan badan waktu ni, time ni masih belum on diet dan tak jaga makan. Gemuks pulak ohohoh.  Sekarang tidak lagi hokey.. Tunggu gambar aniversary tahun 2020 pula ya.

Selepas puas memberi makan ostrich dan lain-lain tu, kami ke sudut telur ostrich pula. Amboi, akak tu suruh rina berdiri atas telur ostrich. Takut pecah tau. Tapi rina berdiri cepat-cepat je. Dah, taknak diri lama-lama kang tak jadi ostrich pula telur tu. 


Kata kakak tu, telur ostrich ni dapat menampung berat seberat 100kg. ye ke tu? Tak sure la. dah lupa hahah. Nanti kena search balik ataupun korang pergi sana dan tanya dia nanti waktu nak berdiri atas telur tu. 

Okey akhir sekali, ramahlah mesra dengan haiwan-haiwan di situ, dorang memang perlukan kasih sayang dan amat peramah.. Asyik bunyi je panggil orang yang lalu lalang. Kalau datang ke sini, belilah makanan mereka yang disediakan dan beri mereka makan ok. Pasti seronok.

Kenapa sesuai datang dengan pasangan juga?


Kat sinilah anda boleh lihat perangai pasangan anda yang penyanyang dan sukakan haiwan. Malah boleh bermanja-manja dengan pasangan untuk beri haiwan makan. Ececeewah. Takkan menyesallah.

Kalau ada anak, boleh bawa anak-anak ke sini. Dorang pun mesti excited ya amat tu.

Ini Info Berkaitan Ostrich Farm PD

Imej via [Tripadvisor]

Alamat:  Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hours: 
Wednesday9:30am–6pm
Thursday9:30am–6pm
Friday9:30am–6pm
Saturday9:30am–6:30pm
Sunday9:30am–6:30pm
Monday9:30am–6pm
Tuesday9:30am–6pm

Jumaat, 8 November 2019

5:59 PTG

Amalan Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran - Perkongsian Dari Guru Tahfiz

Amalan Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran - Perkongsian Dari Guru Tahfiz
Cara membaca Quran ini dikongsikan oleh seorang guru Tahfiz yang tidak disebutkan namanya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam perjalanan menjadi seorang umat yang berjaya dunia akhirat.

Selama ini kita ambil dan baca Quran begitu sahaja, malah kita lupa adabnya. Sedangkan terdapat amalan yang boleh kita amalkan sebelum dan selepas membaca al-Quran. Mudah-mudahan dengan amalan ini, kita menjadi insan yang dirindui Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semoga dipermudahkan ke syurga tanpa hisab juga.

CARA BACA AL-QURAN


📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.


Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri. Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:

📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya. 

1. JUNJUNG📗

[Letak atas kepala}
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. CIUM📗

Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah ﷺ kerana memberi kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. PELUK📗

[Letak di dada dengan erat]
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita.

Amalkan CARA ini InsyaAllah.

Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Ahad, 27 Oktober 2019

11:13 PG

Pulang Bercuti, Terjumpa Lelaki Misteri Tak Bermaya Dalam Rumah

Pulang Bercuti, Terjumpa Lelaki Misteri Tak Bermaya Dalam Rumah
Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat.Saya ibu kepada 2 orang anak..Saya dan suami bekerja shif(perhotelan).Kami bekerja nun di atas bukit genting.Tapi kami tinggal di batang kali.Setiap hari kami berulang.30-35 minit setiap hari..Cara bekerja di genting ni lain. Kami bekerja 3minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus.Tiap bulan begitu.

Saya,suami dan anak2 memang dah biasa rutin kami memang begitu.3minggu bekerja dan 1minggu cuti.Selalu nya cuti seminggu tu kami akan tinggalkan rumah.Pergi bercuti.Sebab tak ada banyak masa dengan anak2.Time cuti saja lah boleh nak spend time.

Ceritanya begini,rumah kami memang ada cctv,suami pasang sebab kami bekerja shif dan selalu tinggal rumah lama2 hampir setiap bulan untuk bercuti.Nak dijadikan cerita.satu hari lepas kami balik bercuti,saya bukak saja pintu rumah saya nampak ada lelaki dalam rumah saya.Keadaan dia tak bermaya.Boleh dikatakan separuh sedar.


Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak2,dan saya nak telefon polis.Tapi suami cakap tak perlu telefon lagi.Biar dia jumpa lelaki tu dulu..Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi air,lepastu bagi pulak makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu.Lepas dia selesai makan,suami mula menyoal.Buat apa di rumah kami?? Dia kata dia memang mark rumah kami.Tiap bulan mesti akan kosong lama.So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak..Ye rompak.

Menggigil tangan saya admin nak telefon polis.Suami tak izinkan.Suami saya tanya apa yang terjadi?Kenapa tak rompak?Kenapa masih di dalam rumah?Kenapa lemah tak bermaya?Lelaki tu kata dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung.Dia cari jalan nak keluar tak jumpa2.Dah 3hari dia dalam rumah saya.Tak jumpa jalan keluar.Kaki tangan macam dipasung langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,

Suami saya kata niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan.Suami saya kata dia pernah terbaca.Kalau kita nampak seseorang tu susah,dilanda musibah,sebenarnya Allah tu bukan saja sedang uji dia,tapi sedang uji kita juga.Bagaimana kita tangani perkara tu.Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa2 barang pun lagi.

Selesai semuanya,suami saya bukak cerita.Dengan wajah gembira dia kata malam ni dia nampak kuasa Allah.Dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah,bacalah satu ayat dari surah yasin(ayat 9)..Bukan saja nak keluar rumah,tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya.Anak2 pun suami saya ajar doa ni..Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi..Disini saya kongsikan sekali ayatnya.. Semoga bermanfaat.Semoga diri kita dan orang2 kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada..Amin...





P/s:  Kisah ini dicopy paste dari sumber Whatsapp/Facebook untuk iktibar.
12:29 PG

Solat Tahajud Untuk Siapa?

Solat Tahajud Untuk Siapa?

Assalamualaikum semua, Harini sis kongsikan info dari Group Whatsapp Kuliah Agama berkaitan SHOLAT TAHAJUD. Semoga bermanfaat.


"Sholat tahajud adalah sholat untuk orang orang yang terpilih dan yang ALLAH rindukan.

di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar." (QS. Az-Zariyat : 17-18)

"Allah menyukai orang orang yang sedikit tidurnya hanya kerana ingin selalu dekat kepada maha pencipta alam semestra.  Maka dari itu allah memberikan hadiah yang terbaik dunia dan akhirat kepada orang orang yang mengerjakan sholat tahajud" (surah Az-zariyaat : 15 - 18)


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar."

Selasa, 22 Oktober 2019

8:19 PTG

15 Tips Memilih Produk Wanita Yang Berkesan, Selamat Dan Dipercayai

15 Tips Memilih Produk Wanita Yang Berkesan, Selamat Dan Dipercayai


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Adapun tidak menggunakan produk kecantikan,
pasti seseorang itu menggunakan tips-tips semulajadi yang tersendiri. Ada juga yang mencipta
jamu daripada herba-herba asli apatah lagi jus kesihatan. Tapi semua itu memerlukan
semangat yang tinggi dan kerajinan yang berpanjangan.

Tidak sempat nak buat sendiri, beli sahaja di pasaran, berlambak-lambak produk kesihatan
wanita yang menarik dan sesuai dengan apa yang anda inginkan. Masalah yang melanda
ramai wanita pada hari ini adalah tidak tahu produk yang berkesan, selamat dan dipercayai
ramai.


Jika diikutkan, berjuta-juta produk pil dan lain-lain lagi dalam dunia ini, tapi mana satu yang
betul. Bagaimana harus kita memilih?


Wanita perlu peka dalam memilih setiap produk wanita sama ada produk perlu dimakan,
ditelan, diminum atau disapu sekalipun.  Bagi mengelakkan kesan negatif dan kesan
sampingan, jom ikuti tips memilih produk wanita yang berkesan, selamat dan dipercayai.




Tips Pilih Produk Wanita #1:  Bukan Timbang Kilo


Untuk memilih produk wanita yang berkesan, selamat dan dipercayai, tolong elakkan produk
timbang kilo. Bagaimana nak kenal produk timbang kilo? Lihat ciri-ciri produk tersebut, selalu
krim-krim bewarna lusuh dan tidak sekata. Jika nampak teksturnya pelik, semak pula alamat
kilang tersebut. Boleh juga google terus alamat kilang tersebut (jika dipamerkan).

Kalau seller tak pamer alamat kilang, jangan beli. Sebab nampak macam mereka sorok je kan.

Wallahualam.


Tips Pilih Produk Wanita #2:  Ada Kelulusan KKM


KKM adalah lesen utama sebelum anda membeli sesuatu produk. Tanpa KKM, jangan
senaraikan produk tersebut untuk kegunaan anda. Dengan adanya KKM, ia menunjukkan
produk wanita tersebut berkesan, selamat dan dipercayai kerana telah disahkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. KKM juga adalah pengesahan bahawa produk
tersebut bebas dari dadah.




Tips Pilih Produk Wanita #3:  Ada Lab Test Produk


KKM saja tak cukup, pengguna juga perlu peka lebih lagi di zaman sekarang ni. Pastikan
produk wanita yang anda pilih mempunyai lab test. Jika diterangkan oleh seller tersebut,
maka ia selamat digunakan kerana mempunyai prosedur yang betul.



Tips Pilih Produk Wanita #4:  Ada R&D Produk


R&D produk penting untuk setiap produk yang dikeluarkan tambahan lagi kalau produk
kesihatan wanita. Kenapa ramai seller tak cakap produk dia ada R&D, dia pun taktahu agaknya.
Kalau dibuat di kilang, ada R&D dan Lab Test, itulah yang terbaik!



Tips Pilih Produk Wanita #5:  Kilang Bertaraf GMP


Produk wanita yang dihasilkan dari kilang haruslah bertaraf GMP (Good Manufacturing Practise)
.  GMP menunjukkan bahawa produk wanita ini mencakupi aspek tiada bahan terlarang,
bahan yang digunakan halal dan bersih, packaging berkualiti dan selamat, kebersihan staff
terjaga dan lain-lain lagi.








Tips Pilih Produk Wanita #6:  Packaging Yang Bersih Dan Tertutup

Tips memilih produk wanita yang berkesan, selamat dan dipercayai juga adalah
pastikan packaging produk tersebut bersih dan tertutup. Walaupun sekadar botol, pastikan
ia lengkap dengan kotak untuk mengelakkan kerosakan dan botol produk tersebut tidak bersih,
terkena habuk dan sebagainya.




 Tips Pilih Produk Wanita #7:  Halal Dan Suci Berdasarkan Kandungan


Kandungan produk mestilah halal dan suci serta mempunyai kandungan yang selamat
digunakan atau dimakan. Perkara penting perlu dilakukan sebelum memilih produk wanita
juga adalah melihat apakah kandungan produk tersebut.



Tips Pilih Produk Wanita #8:  Nama Dikenali Ramai Atau Produk Trusted


Sekiranya produk wanita tersebut dikenali ramai atau sudah femes, ia adalah bonus.
Biarpun produk baru atau belum terkenal namanya, pastikan ia adalah produk trusted dan
dipercayai. Lihat butiran yang diberikan oleh seller atau testimoni.



Tips Pilih Produk Wanita #9:  Mempunyai Testimoni Dipercayai


Terdapat banyak produk yang mempunyai testimoni yang dipercayai. Tidak mengapa,
pilihlah produk yang anda benar-benar pasti dapat menyelesaikan masalah anda. Jangan rasa
ragu-ragu, kenali kandungan yang terbaik dan yakin pasti berkesan.



Tips Pilih Produk Wanita #10:  Bebas Bahan Kimia


Tips pilih produk wanita yang berkesan, selamat dan dipercayai adalah pastikan ia tidak
mempunyai bahan kimia sedikit pun. Bahaya bahan kimia seperti merkuri, hydroquen dan
lain-lain lagi. Jika produk organik, itu yang terbaik.





Tips Pilih Produk Wanita #11:  Bebas Dibawa Ketika Solat


Jika produk wanita tersebut adalah make up atau skincare, pastikan ia bebas dibawa dalam
solat, mesra wuduk dan juga tanpa alkohol. Ibadah anda akan selamat dan menjadi lebih
mudah. Untuk produk wanita yang digunakan untuk minum, makan dan telan, pastikan ia halal
dan tidak mudarat okey!



Tips Pilih Produk Wanita #12:  Berasaskan Air, Bukan Minyak


Produk yang berasaskan air adalah lebih semulajadi berbanding minyak. Produk skincare yang
berminyak dikhuatiri mengandungi bahan kimia dan bahan terlarang. Tetapi tak semua, cuma
untuk langkah keselamatan dan kesihatan, gunakan produk wanita berasaskan air, dan bukan
minyak.



Tips Pilih Produk Wanita #13:  Bebas Proses Bleaching / Agent Pemutih


Dewasa ini, kita digembar-gemburkan dengan pelbagai kes-kes menakutkan yang melibatkan
produk-produk pemutih atau bleaching. Sampai satu tahap, sudah ada produk yang
sapu-sapu, kemudian tarik kulit sendiri. Aduh, dah macam kena siat dah kulit tu semata-mata
nak putih. Jangan beb, tak takut ke? Walaupun produk makanan ke apa ke, pastikan produk tu
betul-betul bebas dari proses bleaching dan tiada agent pemutih.



Tips Pilih Produk Wanita #14:  Selamat Dan Tahan Dalam Jangka Masa Yang Panjang


Memilih produk wanita untuk kelihatan lebih cantik, perlulah produk yang berkualiti. Produk
yang berkualiti dan selamat juga memerlukan anda membuat semakan dari segi tarikh
ketahanan dan luput produk, takut-takut expired pulak nanti.  Pastikan produk tersebut selamat
dan tahan dalam jangka masa yang panjang.



Tips Pilih Produk Wanita #15:  Tanpa Alkohol


Sama ada produk wanita berasaskan minuman, skincare, penjagaan kesihatan dan lain-lain
lagi, pastikan ia benar-benar bebas dari alkohol. Mungkin produk tersebut mempunyai
kandungan alkohol yang sedikit, tetapi lebih baik lagi anda memilih produk wanita yang
100% tiada kandungan alkohol.



JUS AIMRA'A, Jus Kesihatan Wanita:  Selamat Semulajadi
dan Berkesan




Jus Aimra'a adalah Jus Kesihatan Wanita yang diformulasikan oleh herba dan buah-buahan
terbaik di dunia iaitu Delima, Kurma, Pueraria Mirifica dan lain-lain lagi.  Ia memiliki kandungan
herba semulajadi yang memberi 1001 khasiat kepada kesihatan dan kecantikan dalaman serta
luaran kaum wanita. Jus Aimra'a adalah keluaran Rihura Herbs Enterprise.






Selain mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jus Aimra'a lengkap
dengan proses R&D, Lab Test dan dihasilkan di Kilang yang bertaraf GMP.  Jus Aimra'a terbukti
keberkesanannya seawal seminggu, halal dan selamat diminum oleh semua wanita. 






Rasanya seperti pati delima dan kurma yang memberi zat secara semulajadi terus ke dalam
tubuh dengan mudah, tiada kesan sampingan dan tiada bahan terlarang.  Semua pengguna
Jus Aimra'a berpuas hati dengan kesan, tindakan Jus Aimra'a dalam membantu mereka
mendapatkan apa yang mereka mahukan. 




Kini, cantik dan sihat sehingga membuatkan suami terpegun bukanlah masalah lagi!


Jom Baca Juga:

 

Kelebihan Jus Aimra'a

Payudara Dan Punggung Besar Dan Bulat!

Payudara Besar, Memang Menjadi

Payudara Besar, Perut Kempis