Cara Buat Duit Dengan Menulis Blog - Rina Zul

Selasa, 30 Oktober 2018

Cara Buat Duit Dengan Menulis Blog




Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita buat untuk dapatkan duit daripada Blog. Pendek kata, buat duit dengan menulis blog merangkumi pelbagai jenis aspek pendapatan iaitu daripada menulis, mengiklan, posting semula dan lain-lain lagi. Banyak nak kena belajar ni, tapi jangan risau. Jom Rina explain satu persatu.  Mungkin kesemua aspek pendapatan ini boleh anda realisasikan dari blog anda.


Adakan 1 Blog Dan Tetapkan Niche Blog

Cara buat duit dengan menulis blog pertamanya, anda perlu mempunyai 1 blog yang mempunyai apa sahaja genre atau niche seperti makanan, bisnes, keagamaan, kesihatan, kecantikan dan lain-lain lagi. Nak buat banyak niche pun boleh tapi lebih baik fokus 1 dulu.

Kemudian, jom kita lihat aspek pendapatan yang boleh anda cipta daripada blog anda.

#1  Pengiklanan

Melalui blog, anda boleh buat duit dengan menulis tentang produk orang lain atau mengiklankan produk mereka di blog anda.  Terdapat 2 bahagian pengiklanan yang boleh anda lakukan iaitu menulis artikel tentang produk mereka dan juga mengiklankan iklan yang mereka berikan. Anda cuma post sahaja di blog anda. Mudahkan buat duit dengan menulis blog?

#2  Paid Review Atau Letak Banner Iklan

Jangan ingat instagram je ada paid review. Di blog pun korang boleh buat paid review.  Mudah sahaja. letakkan banner produk mereka yang berminat untuk iklankan produk mereka di blog anda. Anda boleh meletakkan harga yang setimpal dengan bayaran untuk meletakkannya di blog anda. Kiraan harga boleh dibuat berdasarkan sewa tapak iklan bulanan, harian atau tahunan.


 

  #3  Join Affiliate Program

Yang ini ramai orang buat sebab sememangnya untung dan mudah. Anda boleh mencari salah satu program affiliate untuk anda bermula menjana pendapatan secara online. Afilliate program juga sama seperti anda mengiklankan produk orang lain, namun bezanya adalah affiliate memudahkan anda mempromosikan link affiliate anda kepada seramai mungkin orang yang masuk ke blog anda di samping anda menulis blog berkenaan dengan produk affiliate yang anda promosikan.  

Salah satu program affiliate terbaik untuk anda join adalah klikjer.com
Boleh terus masuk ke link tu dan daftar.


#4  Buat Iklan Pay Per Click

Iklan PPC atau pay per click ini sangat femes untuk blogger apatah lagi newbie.  Ramai blogger yang akan jadikan blog untuk mereka letakkan banner atau link untuk ditekan, setiap kali bila pembaca tekan, blogger tersebut akan dapat duit. Pendek kata, sekali tekan..dapatlah beberapa puluh sen..Dan akhirnya ia akan jadi banyak. Macam tabung blog gitu terms nya.  Antara contoh iklan pay per click yang boleh anda daftar adalah nuffnang.com dan churpchurp.com.

#5  Adsense

Google Adsense adalah iklan-iklan yang boleh anda letakkan di blog anda berdasarkan iklan yang google bagi. haha. Faham ke tidak tu. Dan apabila ditekan iklan tersebut, anda juga akan mendapat komisen sebab orang tekan iklan tersebut setelah masuk ke blog anda.  Tak semua orang boleh apply untuk buat adsense ni , dia kena tunggu sampai dah approve dulu. Kemudian baru boleh jalan.  Ini adalah sesuatu yang penting untuk semua blogger jana pendapatan sebenarnya.  Nak kena belajar lebih ni pasal ni.

#6  Kontest

Contest adalah hobi atau minat bagi sesetengah blogger dimana mereka join dan bakal memenangi wang tunai, barangan elektrik, topup dan lain-lain lagi.  Contest ni pun merupakan salah satu cara buat duit dengan menulis blog. Selalunya contest akan mempunyai syarat seperti tulis blog tentang itu ini dan macam-macam lagi.  Ha, cakap pasal kontest, teringat satu contest ni hadiahnya bernilai lebih RM15,000.  Warghhh. korang taknak ke hadiah ni? Kalau nak, jom kita join !
Klik link ini



#7 Jual Barang

Anda boleh menjual barang di dalam blog. Senang sangat. Hari-hari anda cuma perlu update tentang barang anda , jadikan blog anda sebagai satu tempat untuk anda berceloteh mengenai barang yang anda jual. Anda juga boleh dapatkan database daripada blog anda bagi mereka yang berminat membeli atau membaca artikel berkaitan dengan barang jualan anda. Mudah kan?

#8 Tawarkan Servis Secara Online
Blog adalah medium duit yang boleh anda gunakan untuk memasarkan servis anda secara online. Antara contoh servis yang boleh anda buat adalah seperti servis menulis artikel, design blog, buat blog dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mengambil upah untuk design gambar, edit video dan lain-lain lagi. Sebenarnya, banyak cara buat duit dengan menulis blog ini, cuma kita perlu lebih kreatif dalam penyampaian di medium blog.


Jom buat duit dengan menulis blog!




Tiada ulasan: