BERURUT DENGAN IBU NISA

Assalamualaikum wbt. semua. Alhamdulillah, dah lama rina nak tulis entry ini. Untuk berkongsi kepada ramai kawan-kawan di luar sana yang TTC (Try to conceive) atau mencuba untuk hamil. 

Semua orang ada kisah masing-masing, ada masalah masing-masing, macam-macam di benak fikiran kita semua, itu memang tak dinafikan sama sekali. Ada orang kahwin 10 tahun belum ada anak, 5 tahun pun belum, 2 dan 3 tahun pun belum ada anak. 

Sedih adalah perasaan pertama yang kita rasa kerana sebagai manusia, kita pun tak lepas dari rasa teringin nak jadi seorang ibu dan ada anak. Allah. Allah. Allah. Sayu hati bila bercakap pasal anak dan melibatkan ramai orang.

Adik beradik, mak ayah kita, mak mertua, ipar duai dan lain-lain. Mereka sama sekali tak pertikai pun kenapa rina belum ada rezeki zuriat. Tapi biasalah mulut orang luar yang lain pula kadang-kadang pedas. Itu bukan persoalannya. 

Untuk pengetahuan korang, Rina berkahwin pada bulan 5 tahun 2017. Sekarang dah nak masuk 2020. Kiranya usia perkahwinan sudah nak hampir 3 tahun. Eleh, baru 3 tahun dah risau sangat. Aduhai korang. Sebenarnya, macam-macam yang rina alami sebelum kahwin dan selepas kahwin ni.

Kalau korang tak ada apa-apa penyakit, korang tak perlu risau. Yang mana ada penyakit tu pun, kenalah ikhtiar dan yakin pada Allah SWT. Alkisahnya Rina sebelum berkahwin lagi selalu mengalami pendarahan berlebihan iaitu haid yang berlebihan juga dipanggil istihadah. 



Masalah Misteri, Pendarahan Berpanjangan, Mimpi

Setiap kali period, ia akan melebihi 15 hari. Kadang-kadang sampai sebulan tu, hanya seminggu sahaja tak berdarah. Walaupun ustazah kata lepas 15 hari tu, boleh solat macam biasa. Tapi, tetap rasa tak selesa la kan. 

Oh ya, bagi rina, ini adalah ujian. Rina pernah datang haid atau darah 3 bulan berturut-turut  tanpa henti.  itu dah ke doktor itu ini, semua kata masalah hormon.  Sejak tu, rina betul-betul buat kajian, apa makanan untuk pulihkan sepenuhnya masalah hormon.  Kajian rina bukanlah hanya melihat produk wanita di pasaran tau, tapi rina kaji dari herba dan buah-buahan. Untuk pengetahuan korang, mak rina ni suka sangat makan ulam, tok pula suka cari herba ulam semua tu.  Duduk kampung, insyallah kalau teringin nak ulam apa ke, nasi ulam ke apa ke, nak mandi herba lepas bersalin semua tu, mesti semua tanya tok.  

Jadi, Rina dapati perkara yang mungkin membantu stabilkan hormon rina yang amat bermasalah ni adalah delima, ginseng, kacip fatimah, manjakani.  Dari situ Rina minta tolong seseorang yang rina jumpa untuk bantu rina.  Hasilnya adalah satu pati atau minuman yang ada kandungan tersebut.  Alhamdulillah sejak rina amalkan jus aimra'a yang penuh khasiat delima, kurma, madu, ginseng, kacip fatimah, manjakani ni, sebulan selepas itu haid datang secara normal. Alhamdulillah sangat-sangat. 

Memang rina tak sangka. Asbab minuman yang kita usahakan, Allah bantu selesaikan masalah rina. Sebab tu ramai tertanya, macam mana rina boleh jual atau jadi owner jus Aimra'a pula. Sebab rina nak bantu orang yang hadapi masalah macam rina. Alhamdulillah dalam ramai-ramai orang minum jus Aimra'a untuk hormon stabil sebab tak datang period, yang mereka ada period berlebihan turut beri feedback, period dah stabil datang tepat masa, tak de darah lebih-lebih dah. KKM LULUS. Lab Test, RnD semua ada. Jadi tak perlu risau.

Image result for jus aimra



Kejadian Aneh

Okey, selepas selesai masalah hormon tu, kiranya dah hampir setahun kahwin tau. Tiba-tiba satu hari tu, tarikh nak dekat-dekat period, Rina mimpi bayi kejar rina. Bayi pun bukan macam bayi dalam mimpi tu, ia amat menakutkan. Allah. Bangun-bangun tengok pukul 3, perut tak sedap sangat. Pergi toilet, tengok berdarah banyak, ketul-ketul semua keluar. Takpala, sebab tarikh dekat period, rina anggap period la tu baru keluar.

Kemudian, bulan seterusnya, tarikh terlebih dari tarikh period, Kiranya patut period tapi belum datang lagi.  Malam tu, Rina termimpi lagi. Mimpi bayi kejar rina. Kali ini bayi tu jenis ketawa menakutkan, Suara garau tapi itu bayi. Dia bayi kecil tapi kejar orang kuat sambil merangkak. Allahuakbar. Terbangun dari tidur rina tengok pukul 3 pagi juga. Perut sakit sangat. Pergi toilet, tengok berdarah keluar. Ya Allah, rina rasa period la baru datang. Nak datang period pun kenapa nk kena mimpi bayi .Allahu.

Dan bulan seterusnya, kejadian itu berulang lagi. Mimpi itu berulang juga. Memang dah baca dan ruqyah diri sendiri semua, tapi benda tak baik macam ni terjadi. Selalunya kalau bab mimpi baby ini, orang kata saka atau benda2 mistik. Wallahualam.

Akhirnya, suami dan rina decide pergi Ruqyah dekat Ustaz Malek Salleh. Femes kat youtube sebab ada video dia. Selepas selesai ruqyah, kami beli minyak bidara, dan garam mandian tu. Setiap hari sapu minyak bidara Baba Jabbar tu. Tak panas pun, sedap pakai. Ustaz juga bantu bacakan ayat-ayat, di kelapa yang dia suruh bawa. Kemudian balik rumah, kami bakar kelapa tu dan minum air nya. Kiranya buat air kelapa bakar lah. Itu bukan sekali tu je minum.

Ada juga berubat dengan sepupu sebelah mak mertua ni, dia ni perawat Islam juga. Katanya benda tu selalu makan bila time nak menjadi janin. Allahuakhbar. Tak tau nak percaya atau macam mana. Tapi rina ni jenis apapun nak pikir positif, tak nak taksub dan takut sangat. Cukuplah berhati2, dekatkan diri dengan Allah, jangan tinggal Al-Quran dan Zikrullah.

Sejak tu Alhamdulillah tak ada lagi mimpi pelik-pelik. Kami juga jadikan air bidara sebagai pendinding rumah (Spray di setiap tepi dinding dalam rumah). Begitulah hingga ke hari ini. Kami pun hidup normal selama hampir setahun selepas semua kejadian ini.


Pindah Rumah, Renovate Rumah, Kejadian Tak Diingini Berlaku

Disebabkan nak renovate rumah sepenuhnya, jadi kami sekeluarga berpindah selama dua bulan. Duduk rumah lain dlu. Selepas siap rumah direnovate, kami pindah semula ke rumah ini. 

Ketika berpindah tu, rina saja lah check upt sebab period dah lewat dekat 2 bulan. tak datang pulak haih. Rasa rimas. Awatlah ni. Tapi lagi sedih bila upt negatif. Tahla, memang susah nak jumpa double tu. 

Jadi rina anggap tu masalah hormon datang balik la kot. Walaupun encik suami tak bagi angkat barang berat. memang la tak angkat. Cuma nak percepatkan kerja, ada la kerja-kerja rina buat . Kiranya memang tak duduk saja. Kita ni yang berkemas bagai nak rak, tak henti-henti. Mop lantai, kemas rumah, angkat barang semua lah. Duduk rumah tinggi ni payah sikit, nk angkat barang dari tempat parking naik ke tunggu lift lagi. Dari lift nak ke rumah lagi. Macam tulah situasinya.

Jadi, bila dah masuk rumah balik .. duduk sana. Tinggal nak kemas-kemas barang je lagi. Pada malam tu, rasa tak sedap perut sangat. Perut sakit sangat-sangat tiba-tiba. Rasa macam ada benda melambung-lambung dalam perut. Masa tu rina terbayang macam cyst, ketumbuhan, fibroid lah dan macam-macam dalam perut. Terbayang-bayang kat mata. Apalah yang melambung atau macam tercabut dari dalam perut tu.

Ya Allah, esoknya bangun pagi rasa tak sedap badan. Rasa macam basah sangat dah kat bawah ni. Tengok-tengok pendarahan banyak. Bila basuh, terjatuh satu ketul. Allah. Time tu menangis sepuas-puasnya sebab takut, terkejut. Sepanjang rina hadapi masalah period yang panjang dulu, tak pernah rina tengok ketulan yang macam ni. Diselaputi lapisan putih sedikit macam tu.

Terus suami bawa pi klinik swasta. Sebab kerajaan memang lambat. Kalau kecemasan pun memang lambat (berdasarkan pengalaman lalu). Jadi doktor cakap, tu janin. Kalau itu period pun, mungkin lapisan rahim yang terlekat pada ketulan darah tu. Doktor scan perut, macam biasalah kena sapu gel semua tu dan baring. Bila scan je perut, ada benda dalam rahim tu lagi. Tak keluar habis tapi tinggal sikit je tu. Tak perlu dia keluarkan. Nanti benda tu keluar sendiri.


Image result for keguguran

Sebenarnya ni kali ketiga rina scan, dulu time masalah period yang panjang tu selalu je g klinik scan rahim sebab risau fibroid apa semua tu, tapi doktor banyak yang cakap, Rahim clean, bersih dan cantik sangat, tak ada aapa masalah. Kali ini ja memang tengok kat cctv scan tu ada benda. Kena kuarkan.

So balik tu, memang bermulalah kehidupan pantang sekejap selama 2 minggu. Oh ya, time ni rina minum air kurma (buat sendiri dan beli kat Food Pantang KL). Makanan lauk-lauk makan yang pantang kejap. Dan dalam 3 hari rina pakai bengkung untuk lancarkan darah. Memang betullah, terkeluar darah berlebihan sikit tu.


Kejutan Sangat

Tapi apa-apapun rina memang terkejut, sebab taktahu aku ni boleh mengandung. Allah. Suami pun kata sebenarnya ada hikmah walaupun keguguran kecil tu. Sebab kita tahu kita boleh berusaha. Allah pun nak kita usaha lebih lagi. 

Memang. Rina pun hapy juga. Sekurang-kurangnya sejak kejadian tu, suami kata dia nak stop rokok. dia ni heavy smokey gila-gila. Dan sekarang daripada sekotak habis 2-3 hari, akhirnya sekarang seminggu 2-3 batang je dia isap. Kurangkan dulu, lama-lama insyallah abeslah sangap rokok tu.huhu. Cuma tulah, vape pulak dah. Sekarang ni dok fikir nak bagi hilang rasa vape. Tapi dalam diam2 rina beli cuka epal, malam je suruh dia kumur air putih rina campurkan 1 sudu cuka epal. Tu untuk hilangkan rasa nak rokok dan vape. Dia ingat tu nak bagi mulut tak bau rokok n vape. huhu.


Kena Buat Sesuatu, Sampai Bila Macam Ni

Sejak kejadian-kejadian yang menimpa rina saban hari, rina fikir kena buat sesuatu. Allah bagi hint-hint semua ini untuk apa kalau kita tidak berusaha. Ya, setiap masalah yang kita alami haruslah kita selesaikan dengan sabar dan solat, itulah ciri-ciri orang yang berjaya. Begitulah petikan Al-Quran serta tafsir.

Dalam tafsir Ibnu Kathir beliau mengatakan:



يقول تعالى آمرًا عبيده ، فيما يؤمّلون من خير الدنيا والآخرة ، بالاستعانة بالصبر والصلاة



"Allah subhanahu wata'ala memerintahkan hamba-hamba Nya untuk meraih kebaikan di dunia dan akhirat yang mereka harapkan, dengan cara menjadikan kesabaran dan solat sebagai penolong."


Yakin yakin dan yakin, Tapi tetap sedih bila upt negatif kan. Yakin yakin yakin, tetapi tetap sedih bila belum ada rezeki zuriatkan. Stoplah semua tu. Sekarang ni, rahsia dia adalah: REDHA.



Mula Berurut Dengan Ibu Nisa


Rina pernah pergi urut dengan orang lain, tapi dia betulkan peranakan. Katanya peranakan dulu jatuh. Punyalah sakit makcik tu urut tapi orang lain boleh tahan. Adoi. Mungkin sebab tu first time urut. lagipun dia kata badan rina ni banyak angin. Yeke . hihi. 

Bagi menyelesaikan masalah semua ini, rina nekad nak pergi berurut dengan Ibu Nisa pula. Itupun sebab rina banyak baca dalam website orang lain berkaitan pengalaman urut dengan ibu Nisa. Cara urut tak sakit dan sebagainya.

Mula-mula tu susah juga nak dapatkan contact nombor ibu nisa. tapi rina terjumpa di komen-komen netizen di blog lain, so dapatlah nak pergi urut.

Time tu macam takut juga sebab betul ke nombor ibu nisa ni. Takutlah orang tipu ke apa kan. Rina cari wasap tak jumpa. Rupanya ibu nisa memang tak guna wasap. Jadi guna mesej biasa sahaja. Mesej dan buat apointment untuk berurut akhirnya.

Ibu nisa minta bawa telur dan beras untuk buat sedekah, Bayarannya pula RM150 untuk 3 hari. Kena urut 3 hari berturut-turut. Kiranya 1 hari RM50 la. Terfikir pula telur dan beras tu untuk apa kan. Lepas tahu dia nak buat sedekah, kami beli beras 10kg dan telur 1 papan. Dia kata banyak sangat tu, jadi yang lebihnya dia minta halalkan untuk dia guna. 


Image result for telur dan beras

Setibanya di rumah ibu nisa, rasa tenang dan seronok pula bersembang dengan dia. Wajahnya seperti berusia 40 tahun lebih, loratnya dalam jawa macam tu, tapi paling rasa tenang sebab dia memang memahami.


Ketika Tengah Berurut Dengan Ibu Nisa

Ibu Nisa tanya dah berapa tahun kawen, rina cakap hampir nak masuk 3 tahun dah. Bila dia urut-urut perut, rina tanya dia,. Agak-agak rina ni ada penyakit lain tak? macam ketumbuhan, fibroid, cyst atau apa-apa tak? sebabnya perut kadang-kadang tak selesa. Sebelah kiri tu asyik bergerak, melambung dan macam-macam lagi tak tahu la.

Dia gelak je. Katanya "kau tak ada apa2 masalah pun. Tak lama lagi adalah ni. Moga Allah bagi zuriat 1,2,3,4,5,6,7 kat kau. Aamiin." Yakin dia cakap. Ya Allah, selama ni diri sendiri tak yakin, tapi ibu nisa yakin sangat rina boleh mengandung. Allahu. Tersentap pula. Rasa berdosa, kenapa kita tak yakin dan macam menidakkan kuasa Allah. Allah. Taubat. 

Ibu nisa kata ada 3 masalah: Pertama, angin dalam perut ni. Kedua: Peranakan rendah. Ketiga: Telur tidak matang. Oh barulah ku tahu. Selama ni tak pernah terbayang telur apa semua tu. Dan tak ambil peduli pun. Aduhai sebab itu ilmu tu penting walaupun kita bukan doktor. Semua kita pun ada semua perut dan sistem peranakan semua tu. 

Untuk itu, ibu nisa bagi jamu yang mak dia (keturunan) dia sendiri buat jamu tu, mereka ni keturunan keluarga pandai urut, macam bidan la gitu. Rina yakin bila urut dengan ibu nisa ni sebab memang betul, orang singapore, hongkong pun datang mengurut dengan dia. Ada yang semata-mata datang sini untuk mengurut dengannya. Tu semua rezeki dia la macam mana orang boleh kenal dia tu. Semua dari mulut ke mulut juga. 

Sepanjang 3 hari rina pergi rumah dia pun, ada india datang beli jamu. nampak la, ramainya orang guna khidmat ibu nisa. 

Kebanyakan mereka yang urut dengan ibu nisa, alhamdulillah berjaya hamil. Bagi rina, dia adalah asbab dan usaha untuk kita ikhtiar. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau belum ada juga, rina redha. 


Pantang Larang Dan Permintaan Ibu Nisa

Disebabkan peranakan terlalu rendah, ibu nisa dah naikkan dan betulkan. Untuk masalah angin dan telur tidak matang tu, kena makan jamu ibu nisa yang diberi tu sampai abes. Kiranya dalam 2 minggu gitu. 

Selama makan jamu, ibu nisa minta berpantang dari minum air sejuk dan ais untuk suami dan isteri. Nak kena ceramah gak kat suami ni sebab dia pantang kalau ada air sejuk dan ais. Alhamdulillah dia dengar cakap sebab ibu nisa sendiri pun dah pesan kat dia. 

Kemudian, para isteri jangan makan durian, kelapa, nenas atau benda-benda yang tajam ni. Haritu mak mertua masak gulai lemak pucuk ubi. Adui, serba salah rina dan konfius pula santan boleh makan ke tak. Sebab diperbuat dari kelapa. Ibu nisa kata boleh makan tapi sikit je, tak yah la sampai hirup kuah masak lemak tu satu mangkuk hehuhu. Maklumlah rina ni kaki makan. Mertua masak apa semua makan je.

Lagi satu, untuk pengetahuan korang, bermula dari hari pertama urut, ibu nisa buat permintaan suruh suami isteri bersama pada malam tu. dan juga hari kedua serta ketiga urut tu, kena bersama juga suami isteri pada malamnya. Bersama tu bukan duduk tengok tv sama2 tau. Kena buat projek anak. hehehe. nakalnya taip. Adoi.

Dan pemilihan hari urut tu pula haruslah ada hari jumaat. Sama ada korang nak pergi urut khamis, jumaat dan sabtu atau jumaat, sabtu dan ahad tu., terpulanglah.

Hari terakhir tu, terasa sedihnya nak tinggalkan ibu nisa. sebab bila sembang rasa seronok pula. dia kata muka rina macam anak dia. ala-ala mami penang gitu,hehe. memangla sebab orang penang. hihi.

Oh ya, ibu nisa ada cakap jangan langsung angkat barang berat-berat. Baju basuh nak sidai pun, suruh suami angkat.


Sebelum Pulang Dari Berurut

Hari terakhir urut tu, ibu nisa kata... nanti selepas datang period untuk bulan seterusnya, datang jumpa ibu sebab ibu nak urut 1 kali lagi. Lepas je abes period bulan seterusnya, mandi wajib, jangan bersama dulu. Terus pergi urut 1 kali. Baru bersama.

Tapi kata ibu nisa lagi, "Harap-harap kau ni tak datang lah period bulan depan". Aamiin. Maksudnya terus mengandunglah bulan depan tu. Waktu tu rina aminkan je. Sebagai pempuan yang suka fikir macam-macamni, rina fikir. 

1. Tak mustahil. boleh kot mengandung. Kalau ibu nisa yakin dan boleh kata, tak lama lagi rina akan mengandung, kenapa diri sendiri tak yakin? Allahu. Kena percaya dan yakin pada Allah sebab kita dah ikhtiar.

ATAU 

2. Macam biasa je, nanti datanglah tu darah period. Jangan main-main, dia sahaja nak bagi kita berharap. tup tup nanti keluarlah tu peyed.

Dua perkara tu yang rina fikir. Tapi rina berdoa agar no.1 tu dimakbulkan. Dalam pada masa yang sama juga, rina dah tukar cara berdoa. Cara berdoa yang lebih redha dan rendah diri seperti kawan-kawan share. Insyallah, ada rezeki nanti rina kongsikan.


Selepas Berurut Dengan Ibu Nisa

Selepas Berurut Dengan Ibu Nisa,. Sebulan telah berlalu.. Seperti yang dikatakan, rina kena pi urut dengan ibu nisa selepas datang period bulan ni dan habis period tu. Tapi sekarang rina belum pergi urut lagi..

Sebab... Tunggu period datang . Kalau datang pergi urut,. Kalau tak datang, doa-doakanllah ada isi iaitu zuriat yang soleh dan solehah. AAMIIN. Nak berharap lebih takut kan. Jadi kena berdoa yang lebih.


Cara Hubungi Ibu Nisa

Ramai orang tanya kat internet ni macam mana nak dapatkan nombor fon ibu nisa. Rina sendiri pun susah nak jumpa tu pun nasib baik terjumpa kat komen orang.  Rina pun dah minta izin juga kat ibu nisa untuk berkongsi nombor telefon ibu nisa kepada mereka yang memerlukan. 

Semoga yang mencari nombor fon ibu nisa, dipermudahkan segala urusan. Di sini Rina sertakan no fon beliau. Doakan Rina dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sempurna tubuh badan dan akal fikiran ya. AAMIIN. Semoga ikhtiar urut ini juga menjadi asbab untuk kita dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah. Amin ya Rabbal Alamin.


No Fon Ibu Nisa:  019-3086467

2 ulasan:

Mimie berkata...

ASSALAMMUALAIKUM PUAN RINA. BAGAIMANA DGN PENGAKHIRAN PENGALAMAN BERURUT INI. ADA SAMBUNGAN DIA KE ATAU TERHENTI DI SITU SAHAJA? TERIMA KASIH PUAN.

Rina Zul berkata...

Hai waalaikumsalam. Sambungannya belum sempat cerita. Memandangkan pkp terjadi, sy termiss urutan susulan bersama ibu nisa. Tetapi akan sambung semula nanti insyallah. Ada juga tersalah makan sebelum ni. Tapi apapun percaya pada rezeki masing-masing. Insyallah tak lama lagi kita akan mendapat zuriat soleh solehah. Ingat ayat ini, Allah SWT menurut sangkaan hambaNya. Apa yang kita fikir, insyallah kita akan dapat! amin :)

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...