Pengalaman Bercuti di Kea Garden Guest House, Cameron Highland


Last minit Rina dan suami datang bercuti ke Cameron Highland itupun sebab kakak bagi tiket penginapan percuma suruh ganti dia. Dipendekkan cerita, kami pun daftar untuk menginap di Kea Garden Guest House. Seriusly Rina tak boleh nak brain tempat ni macam mana. Maklumlah, selama ni duduk hotel je kalau jalan-jalan., tak pernah pula datang tempat yang ada nama 'Guest House' ni.

Jalan nak masuk ke Kea Garden Guest House kena melalui pasar Kea dulu. Pasar Kea atau Kea Farm ni memang terkenal tau kat Cameron Highland ni, orang akan datang sana beli strawberry atau sayur-sayur dan juga bunga. Tepi Kea Farm tu betul-betul jalan masuk ke Kea Garden Guest House. 

Masuk Ke Kawasan Kea Garden Guest House


Alhamdulillah, yang paling Rina nak puji sangat-sangat, parking dia sangat selesa, kosong sebab terlalu besar dan memang dalam kawasan Guest House tu sendiri. Jadi, sangat dekat dengan bilik kita menginap. Sangat-sangat mudah. Kalau ada anak kecil ke, mengandung ke, orang tua ke, memang tak jauh nak berjalan pun ke bilik penginapan.

Image may contain: outdoor

Mula-mula nak check in tu, boleh ke Receptionist dia di sini. Pondok atas tu sebenarnya kedai dan juga receptionist, seriusly sangat unik dan cantik atas tu. Jangan risau, tak semua kena naik tangga ni, bertentangan dengan tangga tu korang tak perlu naik tangga. Ada laluan sebelah tu terus ke bilik. 

Yang nak pergi chek in tu je naik kejap situ. Kalau taknak naik situ, ikut laluan satu lagi tak yah guna tangga. Tangga ni untuk jalan shortcut je.

So nampak kereta kitorang je kat situ. Heaven sungguh. Orang lain ada je ramai, tapi parking depan kitorang tu. Parking dia terlalu besar.

No photo description available.

Inilah dia tepi tempat parking tu..senang je kan? Takyah naik tangga ke apa ke untuk ke bilik. Oh ya, korang boleh jalan ke tepi tu sikit, ada taman-taman bunga, garden dan macam-macam lagi. Jom kita tengok.

Image may contain: plant, table and outdoor
View petang lepas kami sampai tu.

Hasil carian imej untuk Kea Garden Guest House
View pada malam hari
Hasil carian imej untuk Kea Garden Guest House
Boleh duduk-duduk kat sini
Berdekatan kawasan bilik juga, terdapat beberapa port indah untuk anda amati, bergambar. Sangat cantik! Idea-idea dekorasi Kea Garden Guest House ni memang releven dan cun.

Image may contain: outdoor
Kea Garden Mini Chalet
Hasil carian imej untuk strawberry farm Kea Garden Guest House

Image may contain: outdoor

Hasil carian imej untuk Kea Garden Guest House

Hasil carian imej untuk Kea Garden Guest House

Hasil carian imej untuk Kea Garden Guest House

Hasil carian imej untuk strawberry farm Kea Garden Guest House

Pemandangan Pada Malam Hari Sangat Mengasyikkan

Pada malam hari, pemandangannya amat menguja dan mempersonakan! Sebab banyak cahaya lampu-lampu yang unik, cantik dan sangat kreatif di Kea Garden Guest House ni. Rasa seriusly sangat-sangat sweet dan romantik tau tambah-tambah kalau datang berdua je ngan pasangan.

Menang seronok Rina celebrate anniversary kat sini. Kiranya tak sama macam sebelum ni, kat hotel macam kecil sangat. Tak dapat lepak-lepak luar sangat bila di hotel dan tak ada tempat-tempat indah nak tengok pada malam hari yang terdekat dengan penginapan.

Tapi dekat Kea Garden Guest House, Cameron Highland ni, buka je tingkap bilik tu (Ada tingkap cantik okey), Buka je tingkap tu tengok pemandangan lampu-lampu cantik walaupun kami dapat duduk tingkat bawah sekali. Keluar je dari bilik, dapat lihat keindahan malam yang sangat-sangat hebat, mengcengkam jiwa gitu. Ceewahh!

Bilik Penginapan Di Kea Garden Guest House, Cameron Highland

Hasil carian imej untuk strawberry farm Kea Garden Guest House

Biliknya pula memang sejuk tak boleh nak cakap apa. Memang tak ada aircond kat cameron ni, banyak hotel tak letak aircond langsung. Sebabnya, Kea Garden ni kawasan memang atas bukit sangat. Masuk bilik pun dah sejuk sangat-sangat tak tahan. 

Nak kencing atau masuk toilet apatah lagi, boleh menyanyi atau jerit lagi kalau kena air atau mandi kat sini. Sangat-sangat sejuk sampai nak beku rasanya. Suami tu tahan sejuk, tapi kat sini pakai sweater tak bukak-bukak! Nak tidur pun nak kena pakai stokin rasa.

Menariknya Kea Garden Guest House ini berkonsepkan kayu-kayu tau. Perabot dia, tiles, dinding dan kebanyakan hiasan tu ala-ala kayu. Cantik kan! 

Hasil carian imej untuk strawberry farm Kea Garden Guest House

Memang best! Tiada masalah nak gathering bersama keluarga atau kawan-kawan ramai-ramai pun boleh. Atau nak buat tempat honeymoon atau anniversary pun boleh ja! Selain dari bilik katil queen/king, boleh dapat 1 bilik ada 2 katil besar. Banyak lagi pilihannya. 

Nak mudah, korang tengok dekat laman web Booking atau Agoda je. Murah je tau! Rin dapat bilik macam tu pun RM 400 kalau tak silap untuk 2 Malam 3 Hari. Berbaloi. Boleh je dapat murah dari tu, ikut hari yang ada promo kat website korang booking tu.

Hasil carian imej untuk strawberry farm Kea Garden Guest House

Okeyy takat ni dulu, lepas dah masuk bilik tu Rina berangan nak gi makan dekat Abang Strawberry pulak!


Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...