Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Selalu kalau sis dekat RNR je sis singgah masuk kedai roti Harolds' Bread ni.  Ada dua RNR yang selalu singgah ada Harolds' Bread iaitu RNR Rawang dengan apatah. Tak ingat dah haha. Tapi roti dia tu yang buat kita takkan lupa. Pelbagai aneka roti Harolds' Bread yang sedapppp amat.

Antaranya adalah roti pizza, tart, coklat, kaya, chicken floss dan lain-lain lagi. Memang tak dinafikan Harolds' Bread ini kaya dengan pelbagai jenis roti yang sedap, enak dan lazat. Kalau masuk ke sini, semua roti kita kena selidik dulu, baru boleh beli.

Lihat gambar dibawah untuk jenis-jenis roti yang dijual di Harolds' Bread.

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Erm, banyaknya roti. Nampak soft dan gebu je kan. Sedap tu kalau masuk mulut, rasa dia dan bau pun mesti harum. Favourite sis adalah roti yang perisa pizza tu, ada sosej dan sos merah.. Ermm. Kalau singgah sini wajib beli yang tu. Selain tu, Harolds' Bread ini juga menjual pelbagai jenis kek. Wah, peminat kek pun kena singgah sini.

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Potato Bread tu yang ada kuning-kuning sikit. Yang tu, kanak-kanak memang suka, Dahlah sedap, bau harum, tak pedas. Memang boleh makan sahaja je macam tu, tak perlu cicah-cicah milo lah , apalah.

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap

Yeeee, Kalau makan roti kosong macam ni makan sahaja pun dah sedap. Serius tak tipu. Kelembutan adunan roti ni memang buat kita semua terpukau dan berselera. Erm. Apa kata korang beli satu yang ni kalau datang ke Harolds' Bread!

Hasil carian imej untuk Roti Harolds' Bread Pelbagai Aneka Dan Sedap


Sis singgah situ beli kegemaran ni, apa lagi kalau bukan Kek Newyork Cheese Cake. Masyallah. Ini kalau dah ambil gambar, kena update di blog dulu, baru tak rasa bersalah nak padam gambar dari fon. hehe. So, inilah dia my penawar hati duka yang laaraa. Emm sedap.

No photo description available.

Image may contain: food

New york cheese cake macam ini juga la rupanya. Sama macam secret recipe punya. Tapi yang ni macam besar emmmm. Excelly sama je tau.


Okey, bayangkan roti-roti tu 2 orang je makan. Haa, apa lagi sampai malam tak abes-abes. Makan dalam hotel sambil tengok movie.  Yang kanan tu memang feveret i, wajib beli! 

Hermm bilalah nak makan lagi ni.. Tak sabarrrrr.

Catat Komen

2 Ulasan

Umi Nazrah berkata…
Allahu. sangat menggoda. terus lapaq roti. haha
Rina Zul berkata…
haha kan...mmm roti ni sangat sedappla tambah2 klau perut lapaqqq.