Pengalaman Interview Kerja Maybank Bahagian Sales - RINA ZUL

Isnin, 10 Mei 2021

Pengalaman Interview Kerja Maybank Bahagian Sales

Pada tahun sejurus selepas graduate dari UITM, rina masih hantar resume ke sana sini, masih emel ke rata-rata company dan berharap pada kerja kerajaan. Tapi sangat lambat kalau nak duduk dan tunggu sahaja, selagi tak dapat selagi tu rina terus pergi Interview terbuka dan sebagainya.


Sehinggalah satu hari, rina terima Mesej untuk Interview terbuka Maybank sebagai Sales Executive. Pada waktu itu, rina terus cakap dalam hati! This is my journey and my career. Dan ambil keputusan untuk buat yang terbaik nak dapatkan kerja tu.


Pada waktu tu actually rina tak ready langsung untuk kerja bahagian sales dan banking sektor. Tapi sebab pada waktu itu cuma fikir nak cari duit, nak kerja dan nak ada banyak duit. Yes I do. So, dipendekkan cerita, Interview terbuka tu dibuat di salah sebuah hotel dekat dengan Komtar dan Prangin Mall di Penang.


Jadi, dari Teluk kumbar nak ke sana, rina naik bas Rapid. Ini zaman memang sangat-sangat berdikari. Selalu nak ke mana-mana pun pada umur 21 tu memang rina naik bas rapid jer. Ohh pasti ramai tertanya tanya kenapa rina habis belajar degree sangat awal. 



Alkisahnya sebab rina buat Fast Track (Program uitm bagi pelajar yang dekan dalam 1-3 semester berturut-turut). Tak ramai student yang accept nak buat fast tract ni sebab ada risiko dan kelebihan masing-masing. Contohnya kalau kita dari semester 1-3 dapat anugerah Dekan, pointer tinggi so kita diberi pilihan selepas semester 3 untuk kita terus naik ke Degree dalam bidang yang sama atau teruskan diploma masuk semester 4 pula. Jika kita pilih nak fast tract terus ke degree, maka kita takkan grade atau dapat sijil Diploma. Kita cuma terus ada degreee dan grad degree. Tapi risikonya adalah jika kita gagal atau tak tamat belajar degree nanti, maka dua-dua sijil kita tak ada.


Itu yang ramai student takut. Tapi Bagi rina pada waktu itu, sangat-sangat tak suka belajar, rina suka life yang bebas sangat ketika itu dan dah fikir kalau aku tak ambil fast track, aku memang malas dah nak masuk sambung belajar degree dan sebagainya pula nanti . Habis diploma aku nak kerja jer. Jadi, sebab pemikiran cengginilah buat rina ambil fast track dan alhamdulillah rina dapat tamatkan Degree dalam tempoh 2 tahun sahaja Graduate dalam Kelas Pertama.


Ok so habis belajar tu dalam umur 22 tahun macam tu, itulah masanya rina pergi interview Maybank. 


Sebelum tu, Rina dah siap awal-awal dengan yakinnya sebab nak iv sales ni kenalah penampilan elok sikit, Yang menarik! tak lupa dengan gaya shawl dan mulut merah kegemaran. Dulu memang suka gila mekap sejak keluar universiti especially bahagian mata dan shawl tu.


Kemudian, rina gayakan baju kemeja putih bersama skirt hitam panjang serta tudung shawl kegemaran warna coklat cair. 


SUASANA SEBELUM INTERVIEW


Sesampai dekat sana, MasyaAllah memang ramai sangat-sangat manusia yang nak interview ni. Tapi rasa lagi nerves la. Sebab kita taktau macam mana gaya interview maybank ni. Company besar kot! Nama seorang demi seorang dipanggil dan mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Kira-kira ada 5 bilik kat situ.Yang ada situ memang ramai gila, macam orang pergi ujibakat akademi fantasia dah nampaknya. 


Dari jam 9 pagi rina kat situ, sampailah jam 4 petang. Allahuakhbar. Barulah rina diinterview. sepanjang belum interview atau masa rehat tu, pergi duduk surau berdekatan dan jalan dekat bustop komtar, lepak situ makan roti. Inilah life rina dulu, komtar tu dah sebati, hari-hari balik sekolah memang singgah situ untuk tukar-tukar bas rapid. 


So, bila masuk 4 petang, alhamdulillah turn rina sampai. Memang buat betul-betul.


SOALAN YANG DITANYA SEMASA INTERVIEW


Jawatan yang rina pohon untuk bekerja di Maybank ini adalah Sales Executive. Tapi soalan yang ditanya tu rupa-rupanya general sangat seolah olah interview ni dia cuma nak tengok macam mana you boleh handle soalan dan bawa diri, boleh sesuaikan diri dengan orang dan ada otak yang macam mana untuk solve probrem. And the main things is you punya skill marketing.


Sebab rina disoal oleh seorang lelaki yang sangat tegas orangnya. cuma bersyukurlah dia cakap bm, rina kalau english tu nak cakap tak fluent sangat. Soalannya macam seolah kami ni tengah bersembang sahaja.


1. Kenalkan diri anda

2. Sebelum ni kerja mana dan kenapa nak datang interview ini

3. Kenapa minat bahagian sales

4. Bolehker kerja lebih masa, berjumpa orang atau balik lambat

5. Ada transport atau pergi kerja macam mana

6. Apa yang you boleh buat untuk capai target 1 juta sales asb dan loan rumah

7. Kenapa kami perlu pilih you


Sumpah, tu antara soalan yang ditanya kepada Rina. MasyaAllah senang sangat bila kita kena diri kita dan minat kita. tapi sebenarnya mencabar sangat-sangat dan tips nya adalah YAKIN JER. walaupun rina pun tatahu apa nak buat untuk capai target, tapi apa sahaja idea rina all out semua.

Tapi harap maklum, soalan ni mungkin tak sama macam soalan yang ditanya kepada orang lain. Wallahualam. atau mungkin sama. Itu Rina taktahu. tapi rina just kongsi pengalaman interview kerja Maybank bahagian sales dulu.


MOMENT YANG PALING TERKEJUT DAN GILAAAA!


Adalah bila mana dah nak habis interview, dia tanya rina soalan ini:


AGAK-AGAK BILA AWAK BOLEH MASUK KERJA?

Allahuakhbar., rasa seronok n syukur sangat kalau dapat. Rina terus jawab minggu depan! hhehee.. So dia bagi satu borang terus isi dan awak diterima bekerja. Alhamdulillah. Itu yang rina alami. Tapi takpasti kalau orang lain ada yang balik dulu dan akan diberitahu dalam call dan lain-lain tu. Maka tamat sesi interview, yang mana dapat, mereka semua isi borang diterima dan baru pulang.


Tapi Rina tak dapat jawatan Sales Executive, Rina dapat jawatan Consumer Sales Executive. alhamdulillah, dia lebih besar tanggungjawabnya, lebih besar amanahnya. sangat-sangat takut nak hadap tapi Insyallah ini adalah kerja pertama selepas grad, apapun Rina cuba buat yang terbaik.



Sekian kisah pengalaman interview kerja Maybank bahagian Sales yang rina alami. Thank you sudi baca, semoga bermanfaat untuk anda semua.



Tiada ulasan: