Advertisement

Kisah Perjalanan Richworks 2021 [Lengkap] | Lahirnya Usahawan Jutawan

Kisah Perjalanan RichWorks 2021 [Lengkap] Lahirnya Usahawan Jutawan |  2021 dah habis, tapi kesannya masih ada dalam jiwa kita? Kini, 2022 menjelma. Adakah ada sinar harapan buat kita semua?

Pelbagai suka duka ditempuh menjadi iktibar buat kita semua. Terutamanya para usahawan di Malaysia. 2021 Bukanlah semudah yang kita sangka kerana ujian buat kita semua apabila berlakunya Pandemik Covid19 dan kemudiannya ditutup dengan musibah banjir pada akhir Disember 2021. 

Usahawan Terkesan Dan Struggle Dalam Bisnes

Sudah pasti ramai usahawan yang terjejas terutamanya mereka yang mempunyai premis yang turut terkesan, kemudahan logistik yang tidak dapat diteruskan, lokasi serta proses operasi perniagaan yang terganggu. 

Ramai juga rakyat Malaysia yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan setelah dibuang kerja kerana pandemik.


Antara Tragedi Dan Cabaran Usahawan 2021/2022

  • Terkesan dengan Pandemik
  • Tidak dapat beroperasi kerana PKP
  • Kenaikan harga barang | Masalah pembekal
  • Terkesan dengan Banjir
  • Kewangan dan bajet tidak mencukupi
  • Marketing yang tidak menjadi
  • Pengurusan kewangan tidak cekap
  • Tiada sumber pendapatan tetap
  • Tidak mempunyai ilmu perniagaan
  • Tidak mempunyai sistem perniagaan
  • Tidak mempunyai mentor dan guru
Banyak lagi cabaran yang dialami oleh para usahawan pada tahun 2021. Namun pada masa yang sukar tahun lepas, Richworks prihatin dan meneruskan perjuangannya tanpa henti. Sekiranya anda seorang usahawan, mungkin anda pernah dengan nama Richworks bukan?

Richworks juga turut terkesan dengan banjir baru-baru ini.



Kenali Richworks | Bantu Usahawan, Sampai Jutawan!


Richworks atau juga dikenali sebagai Richworks International ini merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan sangat berjaya di Malaysia. Sebut sahaja Richworks, orang lama kenal. Orang muda pun kenal. 

Richworks fokus kepada penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan. Cuba fikirkan semula, pernahkah anda sertai mana-mana seminar yang Richworks anjurkan pada tahun-tahun sebelum ini?

Dari dahulu sehinggalah perjalanan Richworks 2021 ini, mereka giat berkongsi ilmu dan membimbing usahawan. Makin hari, makin dikenali di Malaysia dan juga luar negara kerana kejayaan dan pencapaian Richworks saban hari.



Latar Belakang RichWorks 


Sejak 2008 lagi, Richworks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman. Waktu ini belum dijenamakan dengan nama Richworks lagi. Tak lama lepas tu, barulah Richworks International Sdn Bhd ditubuhkan. 

Seramai 1,500,000 peserta terlibat dalam 1,500 acara dan seminar live dan virtual online.  Ramai sungguh kan! Cuba bayangkan sehingga 1 juta lebih usahawan yang belajar online dengan Richworks. 



Kenapa Nama Richworks Sangat Terkenal Di Seluruh Malaysia? Kenapa terlalu ramai sertai program perniagaan anjuran Richworks? Betulkah boleh berjaya dengan Richworks? 

Asbab Dari rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, Richworks telah berjaya melahirkan usahawan dan jutawan berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Jutawan? Iya, usahawan menjadi jutawan.

Terlalu banyak inisiatif dilakukan oleh Richworks International untuk memastikan usahawan menerima ilmu perniagaan yang berkesan memberi kejayaan. Richworks prihatin dengan usahawan dan Richworks bantu rakyat Malaysia dalam berbisnes! 

Selari dengan visi RichWorks untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan result dan penyelesaian yang dipercayai di platform talian RichWorks.com. Tujuan Richworks.com adalah untuk inspire, educate dan add value kepada komuniti di seluruh dunia.

Kenali Pengasas Richworks | Datuk Wira Dr Azizan Osman


Siapa di sebalik Richworks ini sebenarnya? Sudah tentulah Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan Pengasas yang menubuhkan Richworks pada tahun 2008.




Sehingga perjalanan Richworks 2021, Datuk Wira masih membimbing usahawan secara dekat walaupun sepatutnya beliau sudah boleh bersara, berehat dan menikmati keseronokan bersama keluarga. Masih lagi bersama membantu usahawan sehingga sekarang.

Mungkin ada juga yang lebih mengenali Richworks International ini dari nama Pengasasnya sendiri iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ya, dari zaman Rina sendiri berumur 18 tahun pun sudah pernah ke seminar Dr Azizan Osman pada waktu itu.


Bagaimana RichWorks Bermula | Perjalanan Richworks 2021


Siapa sangka, Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, yang pada waktu itu merupakan seorang Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. 

Setelah menubuhkan Richworks International Sdn Bhd, dalam beberapa tahun sahaja ia berkembang dengan sangat maju. Richworks juga telah menjadi sebuah syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan serta Latihan profesional terbesar di Malaysia.



Apabila diimbas kembali Perjalanan Richworks tahun 2008 sehinggalah 2021, sis sangat terinspirasi dengan Dr Azizan Osman. Beliau seorang yang biasa-biasa tetapi menjadi luar biasa kerana ilmu dan pengalamannya dan telah melahirkan ratusan jutawan bersama Richworks.

Beliau membina jenama RichWorks dengan penuh kejayaan. Richworks juga sudah berada di tahun yang ke-13 serta merupakan peneraju dan no. 1 untuk syarikat bimbingan usahawan di Malaysia.



Pengasas RichWorks Dijangkiti Covid19, Allah Bagi Peluang Kedua 


Tahun 2021 bukan sahaja ramai usahawan terjejas, tetapi ramai yang turut diuji dengan masalah kesihatan. Begitu juga dengan Pengasas RichWorks ini. Pada tahun lepas juga, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah dijangkiti Covid19 bersama dengan 31 ahli keluarga terdekatnya. 

Sangat mendukacitakan, Ibu mertua Datuk Wira meninggal dunia. Manakala Beliau pula hampir maut dan doktor mengesahkan bahawa tiada harapan lagi jika bantuan pernafasan juga tidak berjaya. 

Subhanallah dengan Izin Allah SWT, Alhamdulillah Dr Azizan Osman diberi peluang kedua. Sejak itu, beliau bertekad untuk membantu usahawan dengan bimbingannya lebih baik lagi.



Agak mengejutkan, walaupun dalam proses pemulihan, Beliau komited menjalan program usahawan percuma yang dihadiri oleh ribuan orang. 

Beliau peruntukkan masa selama 98 jam untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan dalam 7 program percuma ketika itu. Tidak dikira dengan program-program RichWorks yang lain yang berlangsung pada tahun 2021.

Hebatkan kisah cabaran yang Datuk Wira Dr Azizan Osman lalui ketika itu, tetapi sedikit pun tidak menjatuhkan beliau. Malah, beliau bersama RichWorks International meneruskan perjuangan Richworks sehinggalah pada hari ini.



3 Sebab Richworks Pilihan Terbaik Usahawan



  • Richworks Faham Keadaan Anda Semua

Apa sahaja yang berlaku, itu adalah cabaran berniaga! Sama ada PKP, Pandemik, Banjir, Masalah Marketing dan lain lagi, Richworks prihatin akan anda. Malah, mereka memberikan solusi terbaik untuk semua keadaan termasuklah cara berniaga ketika pandemik dan sebagainya.

  • Richworks Bantu Anda Bina Perniagaan Berjaya

Boleh dikatakan kepakaran Richworks adalah untuk melatih dan melahirkan usahawan jutawan serta membina perniagaan berjaya. 

Mereka sentiasa komited membantu usahawan serta rakyat Malaysia seluruhnya yang inginkan ekonomi kewangan diri yang lebih baik sehingga menjadikan mereka usahawan jutawan.

Bukan cakap kosong, tetapi sepanjang perjalanan Richworks 2021, antara jutawan kelahiran Richworks adalah seperti Nurraysa, Noir Beauty, Eskayvie, Jamumall, Sabella dan banyak lagi jenama lain yang dikenali ramai.

  • Richworks Anjur Program Percuma 

Terdapat banyak program percuma anjuran RichWorks seperti Bootcamp, Zero Kos Marketing, Bina Bisnes Berjaya, RichWell dan banyak lagi. 

Hampir 605,000 peserta yang telah dibantu program Percuma yang dianjurkan pada tahun 2021. Kelas Zero To Million juga sangat hebat. 

Anda juga boleh mendapatkan platform  Richworks Academy dalam kelas tertentu. Ini adalah salah satu cara Richworks bantu rakyat!


Inisiatif Dan Kejayaan RichWorks 




Dengan segala program, inisiatif dan kejayaan Richworks, hasil akan dilihat dari segi pencapaian anak didik mereka. Selain peserta yang menyertai program percuma seperti Bangkit, Bina Bisnes Berjaya dan sebagainya, Richworks International turut mempunyai Program usahawan bimbingan lebih dekat seperti Elite X, Spire dan Titan. 

Bukan itu saja, tetapi kejayaan Richworks juga dlihat berdasarkan nilai yang diterima oleh para peserta. Sepanjang perjalanan Richworks 2021, mereka sudah beri yang terbaik untuk usahawan.

Masa yang diberikan oleh Datuk Wira sendiri untuk membimbing usahawan adalah sesuatu yang amat luar biasa. Program mentoring seperti MMM, Elite X, Spire dan Titan juga sangat membuahkan hasil.

Bayangkanlah kebanyakan syarikat bermula dari kosong sehinggalah tahap expansion, mempunyai kilang, wisma, billboard di tepi highway dan beriklan di radio, kebanyakannya adalah usahawan jutawan yang dibimbing oleh Datuk Wira. Asbab belajar, mereka menjadi usahawan jutawan berjaya.

 

Berikut adalah antara Kejayaan Perjalanan Richworks 2021


  1. Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan dan disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  2. Mendapat penghargaan dari YB Datuk Seri Rina Harun.
  3. Pertubuhan Kebajikan Richwell menyumbang kebajikan kepada Rakyat Malaysia.
  4. Kempen #RichwellBantu yang dimulakan pada Julai lepas, berjaya mengumpulkan RM 501,497 sumbangan yang dapat membantu seramai 2,000 keluarga.
  5. Sumbangan sebanyak RM 500,000 dari usahawan Richworks dan pihak Richworks sendiri terkumpul dalam masa 24 jam.
  6. Ahli Titanium dan Spire telah menyumbang dalam ibadah korban sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160.
  7. Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM 180,000 sempena Maulidur Rasul.




[Wajib Tonton] Video Perjalanan RichWorks 2021 




Apa perasaan anda bila tonton Video Perjalanan Richworks 2021 ini? Sangat inspirasi kan! Sebenarnya ramai yang tercari-cari syarikat yang support usahawan berbisnes, beri ilmu dan tunjuk ajar, ada aktiviti dan program-progam percuma dan paling penting dapat manfaat.

Subhanallah Alhamdulillah semoga berkat usaha Richworks ini, memberi manfaat seluruh masyarakat. Begitula prinsip mereka yang berdasarkan Hadis Nabi SAW. 

Sabda Rasulullah SAW (Hadis Riwayat at-Thabrani):

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."


Itu adalah antara apa yang mereka lakukan. Tetapi jika anda pernah bersama belajar dalam kelas Richworks, anda akan tahu bagaimana rasanya mendapat nilai atau manfaat. Segala ilmu dan kesungguhan yang team Richworks bagi memang sangat berguna. Rina cakap dari pengalaman Rina.

Hasil & Kejayaan Usahawan Richworks 2021

 
Jom lihat antara bukti Richworks Prihatin dan Richworks bantu rakyat Malaysia terutamanya para usahawan yang sedang struggle dalam bisnes. Bila struggle dan stuck dalam bisnes, kita perlukan lonjakan untuk menaikkan kita, salah satunya memerlukan aktiviti atau program usahawan. 

Disinilah Richworks bantu kita, iaitu dengan memberi bimbingan, tunjuk ajar, kelas, seminar dan lain-lain. Richworks prihatin dan sentiasa memastikan usahawan mendapat manfaat. Setelah berusaha dengan ilmu yang betul dan mentor yang sanggup membimbing kita, pasti ada hasilnya.



  • Peserta Kelas Mentoring Richworks yang terdiri dari ahli Titanium, Spire dan Elite X yang berjumlah 1,855 orang telah berjaya mengumpulkan jualan RM 3.7 Bilion.
  • Jumlah jualan terkumpul bagi 312 ahli titanium (RM 3.2 Bilion), Spire (RM 495 Juta) dan Elite X (RM 46.9 Juta)
  • Program Spire yang bakal membimbing usahawan capai 1 Juta pertama telah menjayakan seramai 72 orang capai jutawan dalam jualan mereka.
  • Lebih mengejutkan, anak didik Richworks / perniagaan yang mencapai jualan lebih 10 juta (77 Bisnes),  RM 50 juta ke atas (5 Bisnes) dan RM 100 juta ke atas (5 Bisnes) yang mencapainya pada tahun 2021.


Komited bantu usahawan berjaya adalah perjalanan RichWorks 2021 yang telah diusahakan. Mereka sedang giat usahakan lebih lagi untuk membantu rakyat Malaysia khasnya usahawan. Peluang anda juga untuk mempunyai circle, mentor dan ilmu perniagaan yang berjaya.

Semoga usaha Richworks untuk beri manfaat dan bantu bangsa usahawan dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.  Ini bukan sekadar perjalanan Richworks 2021, tapi fikirkan juga apakah perjalanan anda sebagai usahawan atau seseorang yang ingin berjaya.

Richworks ingin membantu para usahawan atau sesiapa sahaja yang benar-benar serius mahu berjaya dalam perniagaan. Anda juga boleh menyertai program percuma yang dianjurkan mereka, boleh juga dapatkan update program perniagaan di sini.


Umur Dan Masa Terus Berlalu, Kejayaan Takkan Tunggu Kita


Sebagai usahawan, rina faham ramai usahawan struggle di luar sana.  Perjalanan RichWorks ini mengajar kita untuk buka mata dan lihat, walaupun PKP, Pandemik, anak didik Richworks sangat berjaya dalam bisnes, sehingga boleh jadi jutawan! Semuanya adalah Real Case dan Real People. 

Syukur sangat bila selalu Rina dapat join kelas percuma Richworks ni, memang sangat berbaloi. Bukan kaleng-kaleng orang yang ajar kita. Nak dapatkan guidance pun boleh, semuanya ada di Richworks. Cuma beritahu saja mereka.


Akhir kata, kejayaan takkan tunggu kita. Kita pula tunggu apa? Jangan tunggu apa-apa, terus buat tindakan untuk pilih kejayaan. Dengar kata, Richworks nak bantu kita semua buat persediaan perniagaan Tahun 2022 ni! Anda jangan terlepas pula ya.

Semoga kisah perjalanan Richworks 2021 ini memberi manfaat kepada anda semua. Jom kongsi Artikel ini juga sekiranya bermanfaat buat anda dan orang lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan