Rina Zul : Projek Penulisan
Memaparkan catatan dengan label Projek Penulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek Penulisan. Papar semua catatan

Ahad, 3 Februari 2019

1:11 PG

CARA BUAT DUIT DENGAN PENULISAN DAN NOVEL/CERPEN

CARA BUAT DUIT DENGAN PENULISAN DAN NOVEL/CERPEN
Image result for PENULIS NOVEL

Pernahkah anda mendengar nama-nama besar dalam penulisan misalnya Stephen King, J.K Rowling, James Patterson, Paulo Coelho dan penulis tempatan nombor 1 di Malaysia Ramlee Awang Mursyid? Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mampu menempah nama mereka di persada dunia penulisan malah mereka berjaya mendedikasikan hidup mereka dengan menulis.

Image result for PENULIS NOVEL RAMLI AWANG

Bahkan dengan hanya duduk diatas bangku sambil menaip setiap hari mereka mampu menyara hidup dan mendapat hasil yang lumayan. Namun begitu, tidak hanya bakat dan latihan menulis sahaja anda boleh menjadi seperti mereka, anda harus tahu cara yang betul bagaimana membuat duit dengan menulis novel, cerpen dan seangkatan dengannya.

Image result for PENULIS NOVEL


1. HASILKAN DAN JUAL KARYA ANDA


Pastinya cara terbaik adalah menghasilkan serta menerbitkan karya anda. Tak kisahlah sama ada dalam bentuk novel, kumpulan cerpen atau sajak, buku cerita dan macam-macam lagi. Untuk menerbitkan sesebuah novel anda mempunyai 2 pilihan iaitu terbitkan sendiri buku anda atau mencari syarikat penerbitan buku.

Related image

TERBITKAN NOVEL DENGAN SYARIKAT PENERBITAN

Pertama cara menerbitkan melalui syarikat penerbitan, anda harus menyiapkan manuskrip mengikut ciri kriteria atau format  yang ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan misalnya bilangan jumlah huruf, tema cerita, gaya bahasa dan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Pastikan anda buat sehabis baik dan sebelum menghantar karya anda, sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu. Bukan senang untuk ambil hati penerbit, bahkan novel Harry Potter yang ditulis oleh J.K Rowling juga ditolak hampir 13 kali oleh penerbit.


TERBITKAN NOVEL SENDIRI

Selain itu anda juga boleh menerbitkan novel anda dengan sendiri atau dikenali sebagai self publish. Secara ringkasnya cara self publishing adalah anda perlu siapkan manuskrip anda dan melalui proses suntingan terlebih dahulu kemudian memilih cover serta melalui proses layouter.

Sememangnya cara ini memerlukan modal yang cukup. Jika karya anda berkualiti anda akan mendapatkan royalti yang berbaloi mengikut jumlah cetakan. Itu belum kira jika ada pengarah ingin mengadaptasikan novel anda ke filem ataupun drama.


2. MENJADI GHOSTWRITER BAGI PENULIS LAIN


Ghostwriter? Bunyinya amat menyeramkan bukan? Jangan risau ia tidak melibatkan mana-mana makhluk halus ataupun Hantu Kak Limah. Ghostwriter adalah penulis profesional  yang bekerja dan dibayar untuk menulis disebalik bayangan nama penulis lain. Tak kiralah novel, cerpen, artikel dan apa saja jenis buku. Sudah banyak tokoh besar mahupun penulis hebat menggunakan jasa ghostwriter.

Antara buku yang menggunakan jasa ghostwriter adalah buku autobiografi Henry Ford. Jika anda mampu menulis mengikut lenggok perkataan, gaya bahasa dan format orang lain mungkin pekerjaan ini sesuai buat anda. Di luar negara perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantu seseorang penulis itu menyiapkan 2-3 naskah dalam setahun.


3. MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS


Di Malaysia, saban tahun dan tempat akan diadakan pertandingan menulis. Bahkan sejak dari sekolah rendah lagi pertandingan menulis sudah dipupuk. Jangan memandang remeh pada pertandingan penulisan kerana seorang penulis yang baik akan mengambil peluang keemasan ini.

Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Jika kemenangan menjadi milik anda, bukan sahaja hadiah anda akan menangi malah nama anda juga akan melonjak di dalam dunia penulisan. Bukan itu saja, sesetengah syarikat penerbitan seperti Buku Fixi misalnya akan menerbitkan karya yang memenangi pertandingan sekaligus memberikan royalti buat anda.


4. MENULIS DI BLOG


Jika anda benar-benar menulis secara konsisten, blog juga boleh menjadi platform buat anda untuk mendapatkan duit. Kebanyakan pendapatan dari blog yang paling besar datangnya dari mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate.

Sedikit tips buat anda, sekiranya anda ingin menjana pendapatan melalui program affiliate dinasihatkan agar jangan memfokuskan pada satu program semata-mata. Sebaiknya buatlah seberapa banyak program yang anda mampu. Mungkin kedengaran agak meletihkan, namun seseorang yang mencintai dunia penulisanan tidak akan jemu melakukannya dan pasti bermanfaat buat anda.

5. MENJADI PENULIS FREELANCE ATAU MENULIS IKLAN

Walaupun ia agak lari daripada tajuk tetapi menulis iklan dan artikel sambilan masih berada di dalam cakupan industri penulisan. Ini adalah cara yang paling mudah dan selalunya pelajar universiti suka melakukannya. Anda boleh mengambil upah daripada usahawan untuk menulis iklan atau copywriting.
Di samping itu, anda juga boleh bekerja untuk menulis artikel bagi blog-blog yang menawarkan perkhidmatan ini. Dan bayarannya pun tak kalah hebatnya. Pekerjaan seorang penulis hanyalah mencari idea dan terjemahkan dalam bentuk pengolahan kata. Senang bukan.



Untuk ingin terus maju dan melihat wang dibank anda bertambah dengan hasil penulisan, seharusnya anda mesti mempunyai tekad dan semangat yang kuat. Jika anda seorang pemula jangan bermimpi dan bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh penulisan terkemuka, anda tidak tahu betapa sulitnya mereka melalui jerih payah sebelum membuahkan hasil.

Untuk berjaya membuat duit dengan novel dan cerpen anda tak perlu menghadiri kelas teknik penulisan yang mantap atau menjadi anak murid kepada penulis novel terkemuka, cukuplah anda mempunyai dua ini. Iaitu doa dan keghairahan dalam menulis.



Sabtu, 26 Januari 2019

10:50 PG

PROJEK PENULISAN NICHE 'TRAVEL' RM4K SEBULAN

PROJEK PENULISAN NICHE 'TRAVEL' RM4K SEBULAN
Salam semua pembaca,

Apalah nilai $ bagi seorang writer picisan seperti saya? Pastilah nilai 10 sen pun sangat-sangat berharga! Bagaikan durian runtuh, saya telah dilamar oleh sebuah site/website untuk menulis artikel berkaitan niche Travel (Tempat menarik di Malaysia dan Seluruh Dunia) secara full time bersama mereka. Sekarang baru ada masa free nak update this projek.

Full time tidak bermakna harus pergi ke pejabat dan harus menulis setiap hari.  Tawaran diberi untuk menulis lebih kurang 35 artikel sahaja sebulan dan publish ke website mereka. Dengan pengalaman yang telah ada, alhamdulillah 35 artikel bukanlah satu masalah bagi saya. Ia boleh dilakukan dalam masa dua minggu sahaja atau weekend sahaja pun masih sempat.  Cuma selepas ini, Rina kena manage dan schedule jadual semula supaya masih lagi konsisten menulis di sini.

 


Alhamdulillah Payment pertama telah saya terima dari client Travel ini. Sekarang akan terus sambung tulis untuk bulan februari, march dan sebagainya. Oh ya, ramai tertanya-tanya macam mana boleh dapat job ini? Sebagai penulis, pentingnya portfolio penulisan korang. Ramai blogger minta nak jadi penulis tapi hanya provide link blog sahaja untuk tatapan client, sebenarnya Rina amat-amat tak prefer langsung cara tu.

Buatlah 1 portfolio korang sendiri kerana client top akan melihat portfolio penulisan dan juga resume korang untuk hire sebagai penulis. Insyallah dalam kesempatan lain, rina akan ajar cara buat portfolio penulis dan lain-lain lagi.

Pengalaman menulis niche travel yang dah Rina dapat memberi banyak pengajaran dan inspirasi pada masa akan datang sebab Rina pun masih belajar lagi dan dalam masa yang sama masih improve (dari masa ke semasa) Alhamdulillah client berpuas hati dan suka berkongsi ilmu untuk Rina lebih improve atau menulis dengan baik lagi.

Ok. After tulis entry ni, mulalah kerja hari ni Rina nak siapkan artikel niche Travel tu. 

Semoga semua urusan Rina dan korang dipermudahkan. Amin.


Jumaat, 12 Oktober 2018

8:36 PG

Projek Penulisan RM280 Seminggu

Projek Penulisan RM280 Seminggu


Hari ini genap minggu ke-3 Rina menyiapkan projek penulisan RM280 untuk seminggu.  Projek penulisan RM280 seminggu ini memang berbaloi sebab terasa sangat bebas dan boleh bernafas untuk menulis. Tajuk pilihan yang bebas mengikut kehendak penulis sendiri tetapi harus ada keyword yang diberi.  Mudahkan? Kalau seminggu RM280, sebulan anda dah dapat RM1200. 

Rina mengambil masa menulis untuk projek ini setiap isnin sehingga jumaat pada jam 3 petang sampai 6 petang sehari. Kalau tak siap, kadang-kadang Rina sambung tulis pada waktu malam dalam 11 malam sehingga 12 malam. Projek penulisan RM280 Seminggu ni sangat fleksibel kerana waktu penulisan adalah bergantung kepada diri kita sendiri, nak tulis bila-bila masa pun boleh.

So, I able to manage lah daripada tak sempat, yang penting semuanya disiap dalam masa seminggu. Dan sehari atau dua hari lepas tu payment mingguan akan masuk.  Projek penulisan RM280 Seminggu ni Rina ditawarkan oleh seseorang yang merupakan Marketing Department daripada salah sebuah syarikat kereta sewa di Malaysia ni.  






Penulis bebas freelance macam kita ni pada mulanya tak ada job dan cari job. Selepas tu, job pun jadi banyak sampai tak sempat nak buat kerja lain. Jadi penting sangat nak kena uruskan masa dan macam-macam lagi.  By the way, Rina lebih suka projek ini sebab ia ada jadual bila duedate., jadi kita boleh plan sendiri bila kita nak siapkan. Macam sesetengah penulisan memerlukan kita menulis dalam masa  3 - 5 jam dan nak kena hantar. Rina pernah experience penulisan yang macam tu. Alhamdulillah ok je. Cuma kena fokus dan tak boleh keluar rumah, nak curi waktu masak pun tak sempat kalau nak segera.  Apapun, memang sangat enjoy nak menulis.




Bagaimana Nak Dapatkan Projek Penulisan RM280 Seminggu?

Rina pernah rekemenkan orang lain atau kawan-kawan sendiri untuk job-job menulis ni. Tapi akhirnya apabila tajuk diberi, kawan mengeluh cakap susah, tak reti nak tulis dan sebagainya. Akhirnya memberikan bad reputation kepada client yang memberi job menulis. Sampaikan aku sendiri dah fedup gitu nak tolong . hehe. tapi apapun insyallah kalau boleh memang Rina nak bantu ramai yang mencari job-job menulis ni sebab Rina pun macam korang dulu. Suka cari job menulis dan suka menulis.  

Cara mudah nak dapatkan Job projek penulisan RM280 seminggu ni adalah korang kena buat 2 artikel ringkas dan padat dalam anggaran 300 - 500 words. Kemudian jika okey, nanti korang akan diminta buat artikel 1500 words pula dan bila dah dipersetujui dan berpuas hati dengan artikel korang tu, selepas itu baru akan diberi detail untuk konsisten buat RM280 seminggu.

Tapi ramai dalam kalangan anda yang baru nak menulis atau yang telah lama menulis sampai rasa nak muntah, kadang-kadang dah banyak menulis pasal produk-produk yang senang , contoh macam skincare, penjagaan diri dan sebagainya. Untuk projek ini, anda perlu tulis lebih detail pasal kereta sahaja, semua benda boleh tulis, tak kisahlah pasal enjin kereta ke, gear kereta ke, tayar kereta ke kereta pengantin ke atau apa-apa sahaja pun boleh asalkan mengikut keyword diberi. 

Image result for penulis


Persediaan Mendapatkan Banyak Projek Penulisan


Ingin mendapatkan projek penulisan yang banyak, secara konsisten dan berterusan, anda perlu buka ruang penulisan anda dengan lebih besar lagi.  Ramai orang menulis atas apa yang dia pakar, tetapi ada orang yang mempercayai kita dan percaya kita ada ilmu mengenai sesuatu, dia minta kita tulis. Adakah kita tolak? Kita boleh cuba. Sebenarnya, banyak membaca, mengkaji dan mengolah memudahkan kita menulis semua topik yang ada di dunia ni. Haaa gituh. Tambah-tambah kalau kita ni pernah ambil degree atau master yang kena buat Research dan Presentation akhir berdasarkan Research kita tu, sama sahaja prosesnya. Itu adalah pengalaman yang boleh kita kaitkan dengan menulis tanpa kita sedari.  

Selain mengembangkan skop penulisan kita, anda juga perlu mencari pelbagai gaya penulisan yang boleh anda cuba, Maksudnya, boleh belajar lebih lagi cara untuk menulis untuk sesuatu penulisan tu. Daripada tulis blog simple-simple, cuba buat artikel , daripada artikel, belajar pula buat report dan sebagainya. Dah macam kerja pejabat. Tapi itulah kenyataannya untuk korang bersedia mendapatkan pelbagai jenis projek penulisan. Sangat best!

Ramai yang bising, hilang keyakinan diri dan negatif sangat sebab tak yakin dia boleh menulis dengan baik. Penting untuk anda belajar menulis basic dulu sebelum anda betul-betul boleh menulis dengan lebih advance.  

Anda kena tahu banyak perkara seperti:

- 3 Fasa Penulisan 
- 3 Teknik menjadi pakar dengan pantas
- 37 Cara Cari Idea Penulisan
- Kesilapan yang perlu anda elakkan sebagai seorang penulis
- Cara dapatkan Job Penulisan yang konsisten dan buat duit

Kalau 4 benda penting ni anda dah tahu, insyallah mudah sahaja korang buat duit dengan menulis.  Semua benda penting ini anda boleh baca di Rahsia Penulis yang Rina sendiri gunakan dan berjaya menjadi seorang freelance writer Malaysia.