RINA ZUL

Ahad, 3 Februari 2019

CARA BUAT DUIT DENGAN PENULISAN DAN NOVEL/CERPEN

1:11 PG 0
CARA BUAT DUIT DENGAN PENULISAN DAN NOVEL/CERPEN
Image result for PENULIS NOVEL

Pernahkah anda mendengar nama-nama besar dalam penulisan misalnya Stephen King, J.K Rowling, James Patterson, Paulo Coelho dan penulis tempatan nombor 1 di Malaysia Ramlee Awang Mursyid? Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mampu menempah nama mereka di persada dunia penulisan malah mereka berjaya mendedikasikan hidup mereka dengan menulis.

Image result for PENULIS NOVEL RAMLI AWANG

Bahkan dengan hanya duduk diatas bangku sambil menaip setiap hari mereka mampu menyara hidup dan mendapat hasil yang lumayan. Namun begitu, tidak hanya bakat dan latihan menulis sahaja anda boleh menjadi seperti mereka, anda harus tahu cara yang betul bagaimana membuat duit dengan menulis novel, cerpen dan seangkatan dengannya.

Image result for PENULIS NOVEL


1. HASILKAN DAN JUAL KARYA ANDA


Pastinya cara terbaik adalah menghasilkan serta menerbitkan karya anda. Tak kisahlah sama ada dalam bentuk novel, kumpulan cerpen atau sajak, buku cerita dan macam-macam lagi. Untuk menerbitkan sesebuah novel anda mempunyai 2 pilihan iaitu terbitkan sendiri buku anda atau mencari syarikat penerbitan buku.

Related image

TERBITKAN NOVEL DENGAN SYARIKAT PENERBITAN

Pertama cara menerbitkan melalui syarikat penerbitan, anda harus menyiapkan manuskrip mengikut ciri kriteria atau format  yang ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan misalnya bilangan jumlah huruf, tema cerita, gaya bahasa dan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Pastikan anda buat sehabis baik dan sebelum menghantar karya anda, sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu. Bukan senang untuk ambil hati penerbit, bahkan novel Harry Potter yang ditulis oleh J.K Rowling juga ditolak hampir 13 kali oleh penerbit.


TERBITKAN NOVEL SENDIRI

Selain itu anda juga boleh menerbitkan novel anda dengan sendiri atau dikenali sebagai self publish. Secara ringkasnya cara self publishing adalah anda perlu siapkan manuskrip anda dan melalui proses suntingan terlebih dahulu kemudian memilih cover serta melalui proses layouter.

Sememangnya cara ini memerlukan modal yang cukup. Jika karya anda berkualiti anda akan mendapatkan royalti yang berbaloi mengikut jumlah cetakan. Itu belum kira jika ada pengarah ingin mengadaptasikan novel anda ke filem ataupun drama.


2. MENJADI GHOSTWRITER BAGI PENULIS LAIN


Ghostwriter? Bunyinya amat menyeramkan bukan? Jangan risau ia tidak melibatkan mana-mana makhluk halus ataupun Hantu Kak Limah. Ghostwriter adalah penulis profesional  yang bekerja dan dibayar untuk menulis disebalik bayangan nama penulis lain. Tak kiralah novel, cerpen, artikel dan apa saja jenis buku. Sudah banyak tokoh besar mahupun penulis hebat menggunakan jasa ghostwriter.

Antara buku yang menggunakan jasa ghostwriter adalah buku autobiografi Henry Ford. Jika anda mampu menulis mengikut lenggok perkataan, gaya bahasa dan format orang lain mungkin pekerjaan ini sesuai buat anda. Di luar negara perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantu seseorang penulis itu menyiapkan 2-3 naskah dalam setahun.


3. MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS


Di Malaysia, saban tahun dan tempat akan diadakan pertandingan menulis. Bahkan sejak dari sekolah rendah lagi pertandingan menulis sudah dipupuk. Jangan memandang remeh pada pertandingan penulisan kerana seorang penulis yang baik akan mengambil peluang keemasan ini.

Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Jika kemenangan menjadi milik anda, bukan sahaja hadiah anda akan menangi malah nama anda juga akan melonjak di dalam dunia penulisan. Bukan itu saja, sesetengah syarikat penerbitan seperti Buku Fixi misalnya akan menerbitkan karya yang memenangi pertandingan sekaligus memberikan royalti buat anda.


4. MENULIS DI BLOG


Jika anda benar-benar menulis secara konsisten, blog juga boleh menjadi platform buat anda untuk mendapatkan duit. Kebanyakan pendapatan dari blog yang paling besar datangnya dari mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate.

Sedikit tips buat anda, sekiranya anda ingin menjana pendapatan melalui program affiliate dinasihatkan agar jangan memfokuskan pada satu program semata-mata. Sebaiknya buatlah seberapa banyak program yang anda mampu. Mungkin kedengaran agak meletihkan, namun seseorang yang mencintai dunia penulisanan tidak akan jemu melakukannya dan pasti bermanfaat buat anda.

5. MENJADI PENULIS FREELANCE ATAU MENULIS IKLAN

Walaupun ia agak lari daripada tajuk tetapi menulis iklan dan artikel sambilan masih berada di dalam cakupan industri penulisan. Ini adalah cara yang paling mudah dan selalunya pelajar universiti suka melakukannya. Anda boleh mengambil upah daripada usahawan untuk menulis iklan atau copywriting.
Di samping itu, anda juga boleh bekerja untuk menulis artikel bagi blog-blog yang menawarkan perkhidmatan ini. Dan bayarannya pun tak kalah hebatnya. Pekerjaan seorang penulis hanyalah mencari idea dan terjemahkan dalam bentuk pengolahan kata. Senang bukan.



Untuk ingin terus maju dan melihat wang dibank anda bertambah dengan hasil penulisan, seharusnya anda mesti mempunyai tekad dan semangat yang kuat. Jika anda seorang pemula jangan bermimpi dan bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh penulisan terkemuka, anda tidak tahu betapa sulitnya mereka melalui jerih payah sebelum membuahkan hasil.

Untuk berjaya membuat duit dengan novel dan cerpen anda tak perlu menghadiri kelas teknik penulisan yang mantap atau menjadi anak murid kepada penulis novel terkemuka, cukuplah anda mempunyai dua ini. Iaitu doa dan keghairahan dalam menulis.



Sabtu, 2 Februari 2019

Jangan Minum Kopi Dan Kafein! Ini 7 Sebab Anda Perlu Elak Minuman Berkafein

11:16 PG 0
Jangan Minum Kopi Dan Kafein! Ini 7 Sebab Anda Perlu Elak Minuman Berkafein


Related image


Kopi merupakan sejenis minuman yang terkenal dalam populasi umum dan kebiasaannya diminum pada waktu pagi. Buat sesetengah invidividu, minum kopi dikira sebagai rutin harian kerana ia mampu memberikan kecergasan sesudah bangun dari tidur berikutan ia mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai kafein. 

Walaupun kafein sangat dikenali sebagai salah satu daripada bahan yang terkandung di dalam biji kopi, minuman lain seperti teh, coklat dan sebagainya juga mengandungi kafein.


Image result for kopi 

Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 telah menempatkan Malaysia di tangga ke 45 dalam carta 50 buah negara yang banyak menggunakan biji kopi iaitu sebanyak 1.3 kilogram per kapita.  

Walaupun terdapat pelbagai jenis kesan baik yang mampu dirasai oleh peminum kopi, ia juga mempunyai pelbagai jenis kesan sampingan negatif. Bersama dengan artikel ini, kami sertakan beberapa sebab anda perlu elakkan minuman berkafein.


7 Sebab Anda Perlu Elakkan Minuman Berkafein

Image result for kafein

#1  Tingkatkan Hormon Tekanan

Minuman kopi boleh meningkatkan tahap hormone tekanan (katekolamin dan kortisol) dan insulin di dalam badan anda. Ini akan mengakibatkan kemurungan , keradangan dan peningkatan selera makan seterusnya masalah obesiti.  

#2  Turunkan Kepekatan Insulin

Apabila badan anda sudah biasa dengan kehadiran kafein, ia mampu menurunkan kepekatan insulin buat sel-sel badan. Ini akan menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk dan digunakan oleh sel dan ia mampu menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik yang lain seperti kencing manis (diabetes mellitus) dan penyakit jantung.

#3  Ketagihan Kafein Dalam Badan

Peminum kopi yang tegar tidak dapat menggunakan sumber asli di dalam badan untuk kekal bertenaga sepanjang hari berikutan kebiasaannya mereka lebih bergantung kepada kafein untuk kekal bertenaga.  Apabila mereka berhenti minum kopi, mereka akan merasai kepenatan yang luar biasa bersama dengan simptom-simptom lain.


Image result for kafein



#4  Ketidakseimbangan Elektrolit

Peminum kopi terdedah kepada risiko untuk mendapat ketidakseimbangan elektrolit sepeti natrium dan kalium berikutan pembuangan jumlah urin yang lebih banyak berbanding dengan orang yang tidak minum kopi. Ketidakseimbangan elektrolit boleh mengakibatkan komplikasi sistemik yang serius.

#5  Gangguan Metabolism Dan Detoksifikasi

Kandungan dalam kopi boleh mengganggu metabolisme dan proses detoksifikasi sehingga sukar untuk mengatur proses detoksifikasi normal di hati (liver). Satu lagi isu yang diketahui berkenaan dengan kesan buruk kopi terhadap metabolisme hati adalah bagaimana ubat-ubatan tertentu seperti levothyroxine (untuk penyakit kelenjar tiroid) serta antidepresan trisiklik tidak diserap dengan baik, mengakibatkan gejala-gejala yang lebih buruk bagi pesakit. 



Image result for kafein


#6  Cenderung Kemurungan Dan Tidur Tidak Berkualiti

5-HIA atau lebih dikenali sebagai serotonin merupakan komponen neurotransmitter yang penting untuk otak. Ia diperlukan untuk kitaran tidur, fungsi usus, mood dan tenaga yang normal. Peminum kopi mempunyai urin yang tinggi dengan kandungan serotonin bermakna mereka berisiko untuk mempunyai tahap serotonin yang lebih rendah di dalam otak. 

Ini bermaksud mereka akan mempunyai masalah untuk mendapat tidur yang berkualiti, kemurungan dan kerisauan berlebihan seterusnya mengakibatkan tahap tenaga yang jauh lebih rendah dari populasi yang tidak minum kopi. 

Related image

Kopi mempunyai kadar keasidan yang tinggi. Ia selalunya dikaitkan dengan ketidakselesaan pencernaan, senak, GERD (gastrointestinal reflux disease) dan ketidakseimbangan dalam flora usus anda (dysbiosis). Jangan minum kopi dan kafein, inilah sebabnya anda perlu elakkan minum minuman yang berkafein.

Selasa, 29 Januari 2019

BYE JAN! NEW FEBRUARY 2019 COMING!

2:24 PTG 0
BYE JAN! NEW FEBRUARY 2019 COMING!
Sudah masanya mengucapkan selamat tinggal kepada Januari 2019, sekejap sahaja kan kita bersiaran pada Januari ini. Masa berlalu begitu pantas. Daku masih lagi belajar untuk menghargai masa dan mereka yang bernilai dalam hidup ini. wahh gitu!

Image result for februari 2019 mac

So apa progress JANUARI 2019 ini?

- Done Coaching Business dengan Pakar Digital Marketing No.1 Malaysia iaitu Profhariz.
- Done maintain / expand writer career
- Done new planning dan organize utk next plan for Rihura 

Apa Planning utk FEBRUARI 2019 ini?

- Lengkapkan all sosial media / medium marketing for business
- Lengkapkan any plan for Rihura
- Photoshoot new Rihura
- Marketing plan and everything 

dan banyak lagi sebenarnya. Saja lah taip kat sini, baru bersemangat sikit buat kerja, 1st time update hal-hal begini kan. Bukannya apa, sama juga utk anda semua, nak buat sesuatu wajiblah ada planning all the time. Barulah semuanya berjalan lancar.

Korang pula apa planning utk FEBRUARI 2019 ini? Jom kongsi di sini.

Sabtu, 26 Januari 2019

PROJEK PENULISAN NICHE 'TRAVEL' RM4K SEBULAN

10:50 PG 0
PROJEK PENULISAN NICHE 'TRAVEL' RM4K SEBULAN
Salam semua pembaca,

Apalah nilai $ bagi seorang writer picisan seperti saya? Pastilah nilai 10 sen pun sangat-sangat berharga! Bagaikan durian runtuh, saya telah dilamar oleh sebuah site/website untuk menulis artikel berkaitan niche Travel (Tempat menarik di Malaysia dan Seluruh Dunia) secara full time bersama mereka. Sekarang baru ada masa free nak update this projek.

Full time tidak bermakna harus pergi ke pejabat dan harus menulis setiap hari.  Tawaran diberi untuk menulis lebih kurang 35 artikel sahaja sebulan dan publish ke website mereka. Dengan pengalaman yang telah ada, alhamdulillah 35 artikel bukanlah satu masalah bagi saya. Ia boleh dilakukan dalam masa dua minggu sahaja atau weekend sahaja pun masih sempat.  Cuma selepas ini, Rina kena manage dan schedule jadual semula supaya masih lagi konsisten menulis di sini.

 


Alhamdulillah Payment pertama telah saya terima dari client Travel ini. Sekarang akan terus sambung tulis untuk bulan februari, march dan sebagainya. Oh ya, ramai tertanya-tanya macam mana boleh dapat job ini? Sebagai penulis, pentingnya portfolio penulisan korang. Ramai blogger minta nak jadi penulis tapi hanya provide link blog sahaja untuk tatapan client, sebenarnya Rina amat-amat tak prefer langsung cara tu.

Buatlah 1 portfolio korang sendiri kerana client top akan melihat portfolio penulisan dan juga resume korang untuk hire sebagai penulis. Insyallah dalam kesempatan lain, rina akan ajar cara buat portfolio penulis dan lain-lain lagi.

Pengalaman menulis niche travel yang dah Rina dapat memberi banyak pengajaran dan inspirasi pada masa akan datang sebab Rina pun masih belajar lagi dan dalam masa yang sama masih improve (dari masa ke semasa) Alhamdulillah client berpuas hati dan suka berkongsi ilmu untuk Rina lebih improve atau menulis dengan baik lagi.

Ok. After tulis entry ni, mulalah kerja hari ni Rina nak siapkan artikel niche Travel tu. 

Semoga semua urusan Rina dan korang dipermudahkan. Amin.


MENANG MACBOOK AIR 13-INCH DARI BLOG REVIEW | 1ST WINNER OPERASI X MOVIE

10:27 PG 0
MENANG MACBOOK AIR 13-INCH DARI BLOG REVIEW | 1ST WINNER OPERASI X MOVIE


Assalamualaikum Semua



Alhamdulillah tak sangka sangat Rina menang Operasi X Movie Tempat Pertama (Review Blog).  Sungguh tak sangka sebab blog ini baru sahaja dibuat beberapa minggu, tak banyak post pun dan rina nak join juga review sebab terma dan syaratnya adalah suka menulis dan tak kisah blogger baru atau lama. Betul kata team penganjur, ini adalah masa untuk menunjukkan bakat menulis kita!

And I did it!  Inilah hasilnya Rina menang Macbook Air tempat pertama pilihan penganjur dan pilihan syarikat produksi Operasi X iaitu Dream Pictures Production.




Masih ingat lagi tak contest REVIEW OPERASI X MOVIE anjuran PHProjectbase dan Dream Pictures Production tempoh hari?  Mestilah filem Operasi X lakonan awie, aaron aziz, hanna aqeela, Nasir Bilal Khan dan lain-lain lagi tuh!


Image result for operasi x

Ini adalah link Review dari Blog Rina yang Rina tulis dimana terdapat 2 task review yang wajib di tulis.. Task pertama tulis review dari Video Preview sebelum keluar wayang. Task kedua pula tulis review dari Movie kita tengok di Wayang.


 [Task 1] Review Video Preview Operasi X Hasil Penulisan Rina 

http://www.rinazul.com/2018/11/win-komen-terbaik-netizen-trailer.html


[Task 2] Review Operasi X Movie Hasil Penulisan Rina

http://www.rinazul.com/2018/11/kupasan-tontonan-operasi-x-movie-untuk.html


Selepas diumumkan nama pemenang, Rina dijemput ke syarikat Produksi di Penang untuk mengambil hadiah, memang best sangat sebab alang-alang tu Rina balik kampung Penang sekali.  Dan layanan mereka sangat best. Dengan kemenangan ini, Rina rasa lebih inspired dan motivated lebih lagi untuk terus menulis dan be somebody since sekarang dah meningkat 26 tahun. I challenged my self for more better then now!





Ini adalah apa yang Rina terima dari mereka. 

> Macbook Air
> TShirt Operasi X 
> Jiwa dan keseronokan untuk terus menulis





Thank you Dream Pictures Production dan Ph Projecbase yang menjemput Rina sertai Operasi X Movie Blog Review. Boleh dikatakan ini adalah kejayaan awal tahun rina dalam 2019 ini. Semoga Rina dan anda juga akan sukses lebih lagi pada masa yang akan datang. Amin.

Thanks semua sudi membaca!