TAZKIRAH: Papa Kedana Sehingga "Bertelanjang" Dalam Pakaian

5:29 PG 0

Sahabat seakidah kesayanganku,

Muslim muslimah harapan ummah yang kini hidup bebas dan merdeka di tanah air kita yang aman dan dilimpahi kebahagiaan.  Jika di penjara sana atau mana2 pusat tahanan perang, muslimah yang beriman menangis mengharap secebis pakaian untuk menutup aurat, batin mereka terseksa untuk menjaga maruah.

Tubuh mereka merana kerana derita diperkosa.  Tapi keadaan sebaliknya berlaku pada remaja wanita muslimah kita di negara ini, disekitar kita.

Imej via [syahirul]


Sahabatku muslimah,

Apakah kita sudah tidak tahu erti pakaian sempurna menutup aurat itu untuk menjaga diri?  Tutup aurat dan tubuh sebagai perintah Allah.  Tergamakkah kita yang merdeka ini mendedahkan aurat dan diri "diperkosa" secara pandangan penuh noda mana- mana lelaki ?

Fikirkan lah,

Kita bukan la terlalu miskin hingga tak mampu membeli sehelai tudung menutup kepala. Kita bukan la terlalu fakir untuk membeli baju yang saiznya lebih besar longgar pada tubuh bila dipakai. 

Malah, kita bukan la terlalu papa untuk membeli kain yang tebal agar tidak nipis mendedah warna dan kulit pada tubuh.  Malah kita juga bukan terpenjara untuk " bertelanjang " tanpa mempedulikan maruah dan harga diri. 

Allah berikan kita aqal agar kita mampu berfikir dan membezakan tentang kejernihan dan kekeruhan disetiap perkara yang kita lakukan. Sedar la wahai sahabatku hawa..jaga aurat..jaga aurat..jaga lah aurat.

Imej via [mencarijalanbalik]

Tergamak juga kita abaikan perintah Allah kerana sedang asyik sibuk mengecap nikmat dunia. MasyaAllah..SOLAT.. Kita ada cukup masa, tempat dan segala kemudahan untuk sempurnakannya. Jadi, apa alasan kita?

Imej via [Sutera]

AL QURAN..

Bukan sekadar hiasan di hujung rak..... Atau didalam rumah membiarkan ia sepi tanpa disentuh dan dihayati samalah seperti kita melihatnya dicarik-carik syaitan dan nafsu dalam diri.

Astghfirullah halazim.

Maka, mari kita renung dan fikirkan lah.

Moga bermanfaat

#mogaAllahredha

SIAPAKAH ORANG YANG (BENAR-BENAR) BERPUASA?

5:10 PG 0

Zaman sekarang, ramai orang beramal secara membabi buta. Eh, macam tak kena ayat tu. Membuta tuli kot? Maksud yang nak disampaikan ni adalah ramai orang yang tak tahu bagaimana cara beramal yang betul. Sebagai contoh, Berpuasa!

Imej via [sunnionline]


TAHUKAH ANDA, SIAPAKAH ORANG YANG (BENAR-BENAR) BERPUASA?



Orang Yang Anggota Tubuhnya Turut Berpuasa dari Perbuatan Dosa

Al-Imām Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :

ﻭﺍﻟﺼَّﺎﺋﻢ ﻫﻮ ﺍﻟَّﺬﻱ ﺻﺎﻣﺖ ﺟﻮﺍﺭﺣﻪ ﻋﻦ ﺍﻵﺛﺎﻡ،

“Orang yang (benar-benar) berpuasa ialah orang yang anggota tubuhnya turut berpuasa dari perbuatan-perbuatan dosa;

ﻭﻟﺴﺎﻧﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻜﺬﺏ ﻭﺍﻟﻔﺤﺶ ﻭﻗﻮﻝ ﺍﻟﺰُّﻭﺭ،
ﻭﺑﻄﻨﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻄَّﻌﺎﻡ ﻭﺍﻟﺸَّﺮﺍﺏ،
ﻭﻓﺮﺟﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﺮَّﻓَﺚ؛



Lisannya Berpuasa 

Lisannya pun berpuasa dari perkataan dusta, keji, dan palsu,
begitu pula perutnya berpuasa dari makan dan minum,
serta kemaluannya berpuasa dari persenggamaan;

ﻓﺈﻥْ ﺗﻜﻠَّﻢ ﻟﻢ ﻳﺘﻜﻠَّﻢ ﺑﻤﺎ ﻳﺠﺮﺡ ﺻﻮﻣﻪ،
ﻭﺇﻥ ﻓﻌﻞ ﻟﻢ ﻳﻔﻌﻞ ﻣﺎ ﻳﻔﺴﺪ ﺻﻮﻣﻪ،
ﻓﻴﺨﺮﺝ ﻛﻼﻣﻪ ﻛﻠُّﻪ ﻧﺎﻓﻌًﺎ ﺻﺎﻟﺤًﺎ،

Jika ia berbicara, ia tidak berbicara dengan ucapan yang merusak puasanya,
bila berbuat, ia tak melakukan perbuatan yang merusak puasanya,
sehingga dari seluruh perkataannya akan terlahir ucapan yang bermanfaat dan baik;

ﻭﻛﺬﻟﻚ ﺃﻋﻤﺎﻟﻪ، ﻓﻬﻲ ﺑﻤﻨﺰﻟﺔ ﺍﻟﺮَّﺍﺋﺤﺔ ﺍﻟَّﺘﻲ ﻳﺸﻤُّﻬﺎ ﻣﻦ ﺟﺎﻟﺲ ﺣﺎﻣﻞ ﺍﻟﻤﺴﻚ،
ﻛﺬﻟﻚ ﻣﻦ ﺟﺎﻟﺲ ﺍﻟﺼَّﺎﺋﻢ ﺍﻧﺘﻔﻊ ﺑﻤﺠﺎﻟﺴﺘﻪ،
ﻭﺃَﻣِﻦ ﻓﻴﻬﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺰُّﻭﺭ ﻭﺍﻟﻜﺬﺏ ﻭﺍﻟﻔﺠﻮﺭ ﻭﺍﻟﻈُّﻠﻢ،



Amalnya Berpuasa

Begitu pula amal-amalnya, seperti semerbak harum yang tercium oleh orang yang duduk bersama ‘pembawa minyak wangi’,
orang yang bersama dengan orang yang berpuasa pun akan mendapat manfaat dari kebersamaan mereka,
kebersamaan itu juga terbebas dari ucapan palsu, dusta, kejahatan, dan kezaliman.

ﻫﺬﺍ ﻫﻮ ﺍﻟﺼَّﻮﻡ ﺍﻟﻤﺸﺮﻭﻉ ﻻ ﻣﺠﺮَّﺩ ﺍﻹﻣﺴﺎﻙ ﻋﻦ ﺍﻟﻄَّﻌﺎﻡ ﻭﺍﻟﺸَّﺮﺍﺏ ... ؛

Inilah puasa yang sesuai syariat, bukan sekedar menahan diri dari makan & minum...

ﻓﺎﻟﺼَّﻮﻡ ﻫﻮ ﺻﻮﻡ ﺍﻟﺠﻮﺍﺭﺡ ﻋﻦ ﺍﻵﺛﺎﻡ،
ﻭﺻﻮﻡ ﺍﻟﺒﻄﻦ ﻋﻦ ﺍﻟﺸَّﺮﺍﺏ ﻭﺍﻟﻄَّﻌﺎﻡ؛ 
ﻓﻜﻤﺎ ﺃﻥَّ ﺍﻟﻄَّﻌﺎﻡ ﻭﺍﻟﺸَّﺮﺍﺏ ﻳﻘﻄﻌﻪ ﻭﻳﻔﺴﺪﻩ،
ﻓﻬﻜﺬﺍ ﺍﻵﺛﺎﻡ ﺗﻘﻄﻊ ﺛﻮﺍﺑَﻪ، ﻭﺗﻔﺴﺪُ ﺛﻤﺮﺗَﻪ، ﻓﺘُﺼَﻴِّﺮﻩ ﺑﻤﻨﺰﻟﺔ ﻣﻦ ﻟﻢ ﻳﺼُﻢ 

Image result for ramadan
Imej via [Daily Express]

Karena sejatinya puasa adalah puasanya anggota tubuh dari perbuatan-perbuatan dosa, juga puasanya perut dari minum & makan;

Maka sebagaimana makan & minum memutus dan merusak puasa, begitu pula dengan dosa yang memutus pahala, dan merusak buah (tujuan) dari puasa, hal-hal inilah yang mengubah kedudukan orang yang berpuasa menjadi seperti orang yang tidak berpuasa”.
[📔 Al-Wābil ash-Shayyib hlm. 31-32]

Apa Produk Kesihatan Wanita Paling Laris Abad Ini?

12:13 PTG 0
Pernah terfikir tak apa produk kesihatan wanita yang paling laris masa kini? Maklumlah sis ni suka sangat jual produk kesihatan dan kecantikan wanita. By the way, ramai yang tahu sis telah keluarkan Jus Aimra'a iaitu jus kesihatan berasaskan herba dan makanan sunnah. 

Bermula bulan 5 2019 ini, sis akan pamerkan passionate sis di blog ini. wahh gitu! Maklumlah sis rasa dah sampai masanya untuk sis tonjolkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus dapat bantu semua wanita dengan lebih banyak lagi dengan medium blog ini.

Semuanya bergantung kepada manfaat produk yang sis jual juga. Sebab kalau produk bagus, rasa berdosa tau tak berkongsi kepada orang ramai. Alhamdulillah sis dah dapat bantu ramai wanita yang mempunyai masalah seperti sis juga suatu masa dahulu. 

Masalah dalaman dan luaran wanita ni terlalu banyak, kadang-kadang kita ingat kita sihat, tapi sebenarnya macam-macam risiko penyakit yang kita boleh dapat. Oleh itu, amat penting untuk kita mencegah dan mengatasi penyakit yang wanita cenderung ini. Semuanya bermula dari pemakanan, gaya hidup, keturunan dan lain-lain lagi.

 

Zaman sekarang, golongan berumur 28 - 50 sahaja akan mencari 'Produk Kesihatan Wanita' manakala wanita berumur 18-28 mungkin akan mencari produk kecantikan wanita. Biasanya yang muda-muda ini lah yang nak cantik, nak gebu, nak montok, nak montel..eh... macam-macamlah lagi. 

Tapi sis tak kisah apa yang korang nak tu, sis cuma nak korang tahu sis ada untuk guide korang lebih sihat dalaman dan luaran (khas untuk wanita sahaja ya). Alhamdulillah hampir setahun sis membantu ramai wanita untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. 

Untuk tahun ini, ada kezutan sikit. Sebab tu lama sis diam sekejap. Nanti sis akan update kezutannya. Insyallah. Semoga ia juga merupakan produk kesihatan yang paling laris masa kini. Nak tahu sesuatu produk tu terbaik atau tidak, pastikan ia adalah produk original dan mempunyai sijil KKM. Kalau boleh, check juga no kkm yang diberikan tu. Jangan main percaya je. Sekarang ramai dah tak kisah dosa pahala, asik nak menipu je. Maaflah ye terbebel pula.

So, korang rasa apa produk kesihatan paling laris abad ini? Tak pernah terfikir kan. Dunia sentiasa berubah, jadi nanti kita research sikit pasal ini dan kongsikan di komen dengan sis okey! Apapun, kalau korang sendiri teringin nak berbisnes dan tak tahu bagaimana nak mula bisnes, boleh ikut Step Mulakan Bisnes Dari Rumah ini.




Jom Baca Juga


Kerja Dengan Orang VS Kerja Sendiri - Pilih yg Mana? | Tips Mula Kerja Sendiri

7:02 PTG 0


Kalau koranglah, nak pilih kerja sendiri atau nak kerja dengan orang. Ok banyak pro and cons dia sebenarnya. Tapi mana satu yang elok. Sebenarnya kalau kerja sendiri pun mesti perlu ada fulus dulu. Betul tak?

Tapi kalau sudah mencukupi dan nak bekerja sendiri, pastikan fulus sedia ada tu dapat tampung belanja atau kos sementara kita nak setup kerja sendiri kita. Mestilah income paling penting sekali sebab zaman sekarang nak masuk toilet pun kena bayar beb.

Nak beli tisu pun kalau RM 1 tak ada, jangan harap boleh beli dengan harga 20 sen dah.

rinazul.com

Ya, aku pernah alami kedua-dua situasi ini. 

Bekerja dengan orang dan bekerja sendiri. Sebenarnya aku lebih suka kerja sendiri sebab ada masa sendiri dan sangat sangat tenang. Oh ya, aku ni jenis tak suka orang arah-arah aku, just beritahu kerja apa aku kena buat and leave me alone. Kalau sibuk bising-bising lagi waktu aku tengah buat sesuatu kerja tu, ha itu aku paling tak suka.

Kerja sendiri ni pula situasinya memerlukan planning dan duit. Bukan apa, sebagai backup maksud aku. Tapi alhamdulillah dan insyallah pasti akan cukup sekecil mana pun rezeki kita kerana Allah maha mencukupkan sesuatu. Dan yakinlah rezeki pasti akan ada.

So jangan takut untuk bekerja sendiri.

Tips Nak Mula Kerja Sendiri


1.  Fikirkan dan rancangkan apa yang akan anda lakukan. Sama ada meniaga produk atau menawarkan servis dan sebagainya.

2.  Jimat dan simpan duit sikit. Maklumlah tambah-tambah lagi kalau anda jenis yang ada komitment. So macam-macam nak guna duit nak bayar nanti.

3.  Survey dan buat kajian dulu. Kalau nak berniaga, semak dekat google trending, apa produk yang ramai orang cari sekarang. Kalau nak buat servis, semak juga kat google trending.

4.  Pastikan jiwa dan mental anda kuat. Maklomlah nanti orang kata anda menganggur atau tak bekerja pula. Tambah-tambah keluarga atau mertua anda yang perasan anda banyak habiskan masa di rumah.

5.  Jangan buang masa. Buat dan bertindak segera. Biar gagal tetapi usaha. Daripada gagal dan tidak usaha.

6.  Bina branding atau personal branding anda dalam masa anda memulakan servis atau perniagaan anda.

7.  Jangan takut untuk bertindak. Abaikan semua kata-kata negatif ok?

8. Belajar dari yang berpengalaman dan lebih baik fokus dan cari seorang sifu walaupun online. Sentiasa baca tips dan aplikasikan apa yang sifu tu ajar.

9.  Berdoa dan yakin kepada Allah SWT dan RezekiNya

10. Selalu buat solat Dhuha dan baca Yasin, Al-Waqiah dan Ar Rahman.

Imej via [Moneysmart]

Amacam? Semua tips ni simple dan mudah kan? Anda boleh praktikkan dari sekarang. Insyallah semuanya dipermudahkan. Sama macam rina mula-mula nak kerja sendiri, ikut tips ini. Cuma perlu baiki banyak lagi. Insyallah semuanya dipermudahkan. Amin. 

Pengalaman Sambut Anniversary Di Hotel Paradise Spa, Jacuzzi, Honeymoon Suite Murah Gila RM 350

11:08 PG 0


Assalamualaikum semua, serius Rina sangat teruja sebab dengan harga RM350 sahaja dapat celebrate anniversary yang romantis dan menyeronokkan gitu dengan Port Dickson.  Actually bajet hotel yang kami letakkan dalam lingkungan RM 1,000 macam tu sebab nak sangat bilik yang ada swimming pool gitu. 

Tapi dengan RM350 tak sangka boleh dapat bilik yang ada jacuzzi dan so romantik ni.


Image result for hotel paradise spa jacuzzi


27 April 2019

Rina dan suami bergerak dari KL ke Port Dickson pada 8 pagi. Kami tak terus ke hotel sebab check in lambat lagi. Kami jenjalan dulu ke sana sini dan bercengkerama. Ececewahh.

Bab hotel dah lama survey dan buat keputusan untuk pilih Hotel Paradise Spa sebab Hotel Grand Lexus amat penuh waktu nak booking hari tu. Ok sedikit sedih rasanya. Tapi pilih Hotel Paradise Spa sebab dia ada jacuzzi yang lebih besar daripada hotel-hotel yang lain. Kira oklah dan bestlah untuk berendam.

Untuk pengetahuan u all, Rina ni memang suka berendam dan hobi berenang. Tapi apa boleh buat, lepas pindah KL memang tak berenang di lautan nan luas lagi. Kalau dulu kat penang, seminggu sekali pasti terjun laut untuk berenang semata-mata dan mengkaburi orang dengan berkata nak mandi laut je. hehe. Sabar jelah.

Suami memang dah tahu dan no worries~ Dia pun tau ratu duyung ni dah rindu nak berendam. So kami masuk hotel dan check in pada 3 pm. Mula-mula rasa lamanya nak tunggu 3 pm tapi lepas jalan sini sana, sekejap je dah 3 pm.


Suasana Bilik Yang Romantis Dan Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan

Disebabkan kami pilih Suite Honeymoon, jadi decorationnya pun memang sweet sikit lah. Ada bunga ros yang wangi dan meresap baunya sehingga badan kita pun jadi wangi. gitu~
Rileks rileks dan tenang dengan aromaterapi bunga ros ini.




Saiz bilik ini tak besar sangat dan tak kecil sangat, Memang sederhana macam tu. Kiranya sesuaila untuk sepasangan, dua orang sahaja. Kalau ada anak-anak tu, memang rasa rimas lah ramai-ramai. Memang ia direka khas untuk berdua-duaan dengan suasana yang romantik. hehe.

Masuk je hotel ini, pelayan dah bagitau nanti dalam peti ais ada buah-buahan dan jus anggur. Boleh minum dan halal. Memang sedap dan segar buah dalam peti ni. Dapat pula kat rina yang suka buah-buahan ni. Memang habes dimakan ni.



Part yang paling Rina tak sabar pula adalah bermandi di Jacuzzi. Oh ya, apa itu jacuzzi?

Jacuzzi ini adalah mandian air panas atau suam, untuk dapatkan wap air dan air ke tubuh badan yang berfungsi membaiki tubuh badan untuk lebih sihat dan selesa. Semuanya dari atas sehingga bawah akan mengeluarkan toksid badan apabila kita berendam di jacuzzi selama 30 minit dan ke atas. Apa lagi, disebabkan sangap nak berenang, rina berendam kat dalam jacuzzi ini pun cukup bersyukur dan seronok. hehe.



Memang patutlah nama hotel ini Hotel Spa Paradise, sebab rupa-rupanya ia memang macam sebuah spa. Ada jacuzzi, ada ros lagi boleh buat mandian ros dan aromaterapi. ceh. Bukan tu sahaja, Masyallah Shampoo dia pun wangi sehingga rambut berbau wangian sampai 3 hari. Dah balik KL dan tidur hari ke 2 dan 3 pun suami cakap rambut bau wangi. Seronoknya.

Kat hotel ni, rina tak keluar langsung. Malam pun ada serve room yang hantarkan makanan western sebab kami malas keluar dan spend time together. Mula-mula tengok movie dalam bilik. Lepas tu mandi jacuzzi pada waktu malam. Cik abang pun dah bising isteri dia ni duk berendam pukul 9.30 malam sampailah 11 malam. Aduhai. Dia join sekali tapi tak lama macam kita yang eksaited tak habis ni.

Tapi serius la lepas mandi jacuzzi lama-lama ni, badan rina makin ringan, rasanya dah turun tau berat badan ni. Nanti rina timbang berat!


Untuk pengetahuan semua, jacuzzi ni bukanlah kolam yang kosong. Dia ada penukar suhu (temperature),  air pancut panas dan sejuk, pengawal segalanya. Boleh buka lampu lagi dalam jacuzzi ni memang meriah sangat kalau malam-malam mandi dalam gelap, lampu dalam air ni ada. Nak bagi air ni berombak pun boleh. Jangan lupa tekan juga butang radio, nanti ada radio berkumandang. Bolehlah anda mandi dan baring dalam ni sambil dengar lagu yang sedap-sedap.  Memang seronok!


Ok, ini pula kes isteri taknak keluar dari jacuzzi jadi makanan pun sampai depan bilik. Dan dihidangkan di tepi mandian jacuzzi yang ada kerusi romantik untuk dua orang tu. Kami pun makan kat situ. Pilih sahaja menu western atau masakan kampung apa yang anda nak. Semua ada. Asyik bosan makan nasi di rumah, kali ni rina taknak nasi. Nak layan chicken grill je.


Petang mandi, malam pun mandi.. akhirnya esok pagi-pagi sebelum chek out pun sempat mandi lagi.  Pakej RM350 ini termasuk dengan breakfast di hotel percuma. So kami turun pukul 8 pagi dan breakfast di hotel. Kemudian naik balik rehat-rehat dan rina layan jacuzzi lagi.  Sampai 11 pagi dan check out pada 12 tengahari.

Begitulah kisahnya aku dan jacuzzi di Hotel Paradise Spa ini. Jangan ingat mandi kat sini je. Bilik air biasa pun ada ok dan boleh mandi sana juga. hehe.

Oh ya, next time boleh datang sini lagi memang best. Tapi rasanya rina nak cuba hotel lain juga yang ada jacuzzi atau pool yang lebih besar. Itupun kalau ada la hua hua hua... Apapun selamat tinggal my best holiday. Tak sabar nak bercuti lagi nanti. Memang terapi dan spa betullah hotel paradise spa ni.

Hotel Paradise Spa terletak di Tanjung Gemok, Port Dickson. Banyak juga tempat menarik di sini. Nanti rina kongsikan di next entry.

Terima kasih sudi membaca. Jom tinggalkan komen di bawah ya. :)




20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan | Kalender Bulan Ramadan 2019

9:57 PG 0


Ramai yang menyangka nak raya kena bersiap sedia dan buat persiapan. Tapi ramai terlupa nak menyambut ramadan pun kena buat persiapan. Wau, apakah persiapan yang wajib anda buat tu?

Kalau tak buat persiapan ni, tak meriah puasa kau dek. Suasana tak best, pahala pun tak berapa lumayan sangat, kau pun akan terasa kesunyian dan kebosanan macam hari-hari biasa. Rugi sangat kalau korang tak tahu apakah persiapan menjelang Ramadan wajib korang buat tu.


Imej via [Finansialku]


Ramai orang mengalu-alukan bulan ramadan umpama nak dapat anak. Begitu gembira dan bersungguh-sungguh, ada pula yang ala kadar sahaja,. seronok tidak, apapun tidak.

Anda nak tahu apa momen-momen menyeronokkan di bulan ramadan ini yang secara zahir atau batin?

  • Setiap pahala untuk semua jenis kebaikan yang anda lakukan adalah berlipat kali ganda
  • Amal-amal ibadah dan kebajikan telah Allah SWT gandakan dimana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
  • Bulan ramadan mempunyai malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • Tak sabar nak buka puasa dengan kaum keluarga dan rasai suasana berbuka yang menyeronokkan.
  • Tak sabar nak buka puasa dengan makanan sedap dan air sejuk yang manisss gitu.
  • Tak sabar nak makan di restoran yang sedap2 dan masakan ibu yg lebih sedap!


Banyak lagi keindahan dan kelebihan bulan ramadan sebenarnya. Tapi anda akan merasainya sekiranya anda berpuasa dan menyediakan persiapan menjelang bulan ramadan ini.
Imej via [Blogkulo]



20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan


1. Jaga Pemakanan Dan Makan Makanan Seimbang


Penting untuk anda menjaga pemakanan bagi menyambut bulan ramadan. Takut nanti perut terkejut pula nak berpuasa. Jadi, sekarang kurangkan makanan manis dan jangan makan banyak sangat sehingga melahap. Makan ala kadar dan berhenti sebelum kenyang ok?


2.  Jaga Tidur Dan Mata 

Kenapa kena jaga tidur? Sebab bulan puasa ni kita nak bangun bersahur. Kalau hari biasa kita dah biasa bangun lewat, bulan puasa ni nak bangun awal, lebih baik kita tidur awal dan jaga tidur kita. 

Sebenarnya tak elok jika kita berjaga malam sehingga sahur. Adalah lebih baik kita tidur awal dan bangun sahur dan tak perlu tidur lagi selepas sahur dan subuh. Sekaligus dapat menjaga mata kita juga.


3.  Jaga Hati Dan Rohani


Apa kata kita mula hidup baru dengan bersihkan hati dan mantapkan rohani sempena datangnya bulan ramadan yang mulia ini. Zikirlah selalu dan niatkan yang baik-baik. Semuanya kita buat kerana Allah swt. Pasti senang hati!


4. Berdoa kepada Allah supaya Diberi Tubuh Badan yang Sihat untuk Menghadapi Bulan yang Mulia ini


Apabila badan kita sihat, kita akan dapat melakukan ibadah dengan maksima di bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu berpuasa, solat tarawih, zikir serta tilawah al-quran bersama keluarga ataupun saudara mara




5. Rancanglah Aktiviti untuk Mendapatkan Manfaat (pahala) Sebanyak Mungkin di Bulan Ramadan


Sebelum masuknya bulan yang mulia ini, apa kata kita semua merancang aktiviti-aktiviti yang membolehkan kita mendapat ganjaran pahala sebanyak mungkin kerana pahala di bulan ini dikatakan berlipat-lipat kali ganda.

Antara aktiviti yang mungkin anda boleh lakukan adalah bersedekah, memberi makanan kepada mereka yang memerlukan, bertadarus, solat tarawih dan sebagainya.


6. Menghiasi Rumah dan Diri Sendiri


Jom kita sama-sama menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan bulan Ramadan ini terserlah dan dapat menyemarakkan lagi kegembiraan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga yang hadir. Antara hiasan yang simple adalah dengan menggantung banner tertera “Salam Ramadhan”, “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan sebagainya.

Selain itu anda juga boleh men”deco” rumah anda dengan lampu-lampu yang indah. Hias diri sendiri adalah bermaksud memakai pakaian yang baik (menutup aurat), serta memakai wangi-wangian (perfume) yang segar ketika beribadah kepada Allah SWT.


7. Menghadiri Majlis Ilmu


Sebelum menjelangnya bulan Ramadan, apa kata kita menghadiri majlis ilmu yang dapat mendekatkan jiwa dan roh kita kepada tazkiyatun-nafs (menghiasi jiwa dengan sifat-sifat yang mulia).

Antara tajuk majlis ilmu yang dapat mendekatkan kita dengan  tazkiyatun-nafs adalah mengenai hikmah puasa, keutamaan berpuasa dalam islam dan sebagainya. Mesti anda tertanya-tanya kenapa kena menghadiri majlis ilmu ni kan? Supaya mental dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dengan lebih sempurna.


8. Niatkan diri (Bertaubat) untuk tidak mengulangi perkara-perkara buruk (meninggalkan kemungkaran) yang pernah dilakukan



Dari Surah An-Nur ayat ke 31 bermaksud :

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Dari Surah An-Nur diatas, kita ketahui bahawa bertaubat itu menguntungkan dan ahli ulama mengatakan bahawa bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu taubat seluas-luasnya daripada Allah SWT. Jadi bertaubatlah, semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT.


9. Tekad untuk Taat kepada suruhan Allah SWT di Bulan Ramadan



Jom sama-sama kita bertekad untuk mengisi waktu-waktu di bulan ini dengan hati yang jujur dan ikhlas, inshaallah mudah-mudahan Allah SWT akan membantu segala aktiviti-aktiviti kebaikan  kita.


10. Mempelajari Hukum Amalan Ibadah dalam Bulan Ramadan


Jom kita sama-sama memantapkan pengetahuan dalam hukum-hukum dalam ibadah puasa dan ibadah seharian sebelum Ramadan menjelma agar ibadah dan puasa kita diterima oleh Allah SWT.


11. Bergembiralah dengan Kedatangan Bulan Ramadan


Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datangnya bulan Ramadan. Para Salafussoleh sangat gembira dengan kedatangan bulan Ramadan dan tiada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan yang mulia ini.

Jadi, anda juga kena gembira juga tau. Anda boleh post apa-apa yang berkaitan dengan kedatangan bulan Ramadan di laman media sosial anda.


12. Kongsikan Takwim Ramadan bersama jiran-jiran dan sahabat


Bagi yang terrer dalam bidang edit gambar, buat je takwim bulan ramadan versi sendiri dan kongsikan bersama kawan-kawan anda. Insyaallah nanti pahala pun dapat.


13. Merancang agar tidak membazir semasa berbelanja di Bulan Ramadan


Ni benda yang paling mustahak kita semua kena ambil serius. Biasanya pada bulan Ramadan ni ramai yang berbelanja berlebihan. Bila pergi bazar ramadan, nampak makanan sedap-sedap, kuih berwarna-warni terus angkut beli semua.

Tapi bila berbuka, dua orang je makan, last-last tak habis buang macam tu jer. Jadi, anda haruslah merancang awal-awal agar bila bulan Ramadan datang nanti, anda berbelanja dengan bak kata lagu iwan dangdut ‘sedang-sedang saja’.


14. Ganti puasa tahun Lepas bagi yang Puasa Tak Penuh


Haa… siapa kat sini tinggal puasa tahun lepas? Jika anda salah seorang yang tinggal puasa di tahun lepas atas dasar uzur dan kerja yang membuatkan anda terpaksa cuti puasa, segerakan untuk qadha (ganti) puasa tahun lepas agar amalan Ramadan tahun ini lagi membawa barokah kepada anda.

Kepada yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur hingga ramadan berikutnya adalah berdosa besar. Jadi anda kena tetap qadha puasa tersebut dan membayar fidyah menurut sebahagian ahli ulama.


15. Berpuasa di Bulan Syawal sehingga Syaaban


Pernah tak anda tengok mak, ayah atau siapa-siapa dikalangan anda yang apabila masuk waktu bulan Syawal sehingga Syaaban, mereka akan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis? Pernah tak anda terfikir kenapa mereka berpuasa pada bulan tersebut?

Amalan ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk persiapan jasmani dalam kedatangan bulan Ramadan agar tubuh menjadi sudah terbiasa dengan puasa dan puasa di bulan Ramadan pasti mudah dilakukan.


16. Solat tahajud setiap malam


Solat tahajud setiap malam pula sering dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mempersiapkan rohani. Jadi anda juga boleh melakukan sunnah Rasulullah SAW ini juga untuk mempersiapkan rohani anda serta zikir kepada Allah SWT.


17. Qiamulail


Qiamulail ditengah malam juga boleh dilakukan untuk menambahkan lagi persiapan menjelang Ramadan. Biasanya dengan Qiamulail, suasana akan sedikit sunyi, jadi tumpuan untuk berdoa pasti lebih qusyuk kan?


18. Menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata yang sia-sia


Jaga tutur kata dari perbuatan mencaci, mencela serta mengumpat. Haa.. kepada makcik-makcik bawang tu, mulai sekarang jangan pot pet pot pet benda yang sia-sia tau? Nanti pahala kurang.


19. Sering Praktis untuk Bangun Malam


Yang ni benda yang paling kita semua kena praktis, agar kita tidak liat untuk bangun malam pada bulan Ramadan nanti. Tahukah anda, bangun tengah malam juga bagus untuk kesihatan tubuh badan anda.


20. Membuat persiapan kewangan untuk bersedekah bagi yang mampu


Bagi anda yang mempunyai rezeki lebih, ni masanya untuk anda membuat persiapan kewangan bersedekah. Inshaallah nanti rezeki anda akan datang berlipat-lipat ganda.

Kesimpulannya, seseorang muslim haruslah sentiasa bersedia untuk kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak yang hanya datang setahun sekali ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membuat persiapan menjelang Ramadan ini.

Imej via [Tribunnews]

Mudah sangat kan antara persiapan bulan ramadan yang wajib kita lakukan ni. Semuanya membolehkan kita mendapat manfaat ganjaran pahala dan juga suasana berpuasa yang menyeronokkan.

Alhamdulillah kerana kita semua diberi kesempatan menyambut bulan Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan ya semua. Jom kita ikuti persediaan yang telah dikongsikan. Semoga semuanya bermanfaat. Amin.


Kalender Bulan Ramadan 2019



Imej via [mysumber]




Apakah Yang Anda Cari Dalam Kehidupan Sementara Ini?

12:04 PG 0
Menulis bukan sebab nak buat duit semata-mata. Menulis bukan untuk dikenali sebagai penulis atau blogger. Menulis juga bukan sekadar suka-suka dan meluahkan. Menulis untuk kepuasan.

Menulis ibarat seperti menuangkan air sedikit demi sedikit di dalam cawan untuk diminum. Sama ada ia diminum atau tidak, bergantung kepada jenis air. Air yang sedap dan manis adakalanya menjadi pilihan, namun air yang suam dan tawar juga mungkin terbaik untuk seseorang.

Begitulah hidup ini. Adakala kita ingin jadi lebih sempurna, tetapi kita terlupa tahap diri kita dan siapa kita. Mungkin kita harus positifkan diri dan jadi lebih baik, ya tapi jangan lupa cabarannya tetap akan ada.

Hidup ini terlalu subjektif, pelbagai andaian, persoalan dan perkara yang sentiasa berlegar-legar dalam arus kehidupan. Apa jua bakal berlaku selalunya adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan.

Pujangga sendiri mengatakan cinta itu bahagia, lebih bernilai dari emas dan permata. Namun, takkan pernah kita mampu persadakan cinta tersebut selamanya. Kenapa? Kerana kehidupan dan realiti tak seindah yang kita inginkan.

Jika diberi kertas untuk anda menulis masa hadapan anda dan direalisasikan sepenuhnya, mampukah anda menulis dengan lengkap tanpa ada tertinggal? Yakinlah, sudah pasti tidak mampu kerana dunia ini tidak pernah cukup dengan kemewahan, harta dan keinginan.

Apakah yang anda cari dalam kehidupan yang sementara ini?

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...