Kelebihan Mengamalkan Ayat Al-Kursi. 70,000 Malaikat Turut datang Untuk...

6:58 PTG 4





Maksud Terjemahan Ayat Kursi

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 

Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. 

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)





1.    Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w

2.    Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.

3.    Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.

4.    Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

5.    Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.

6.    Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.

7.    Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.

8.    Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.

9.    Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.

10.    Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.

11.    Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

12.    Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.

13.    Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak

6:42 PTG 0
Pernah tak anda beri salam kepada kanak-kanak? Kadang-kadang nak beri salam, tapi rasa janggal dan tak kena pula, hanya sebab dia kanak-kanak. Yeke?

Tapi, anda kata kita tahu apa kelebihan bagi salam pada kanak-kanak ni, mesti kita nak bagi salam pada kanak-kanak selalu!




HADITH FADHILAT AMAL


Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak


Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”

 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 Huraian Hadith:

1.Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik mereka dan membaikkan hati mereka.

2.Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan yang secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

3.Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada mereka yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti oleh umat Islam.

(Sumber : Jakim -  Kitab Riyadhus Salihin)

Lelaki Penuh Motivasi Ini Berkongsi Kehidupan Peribadinya OKU Sejak Kecil - Inspirasi Semua

9:40 PTG 1
Terbaca sebuah status dari seorang kawan di Facebook. Rasanya ini sudah beberapa kali terserempak status-statusnya di Facebook.  Kadang kala si dia berceloteh gembira, kadang kala si dia suka mengarang, seolah-olah tiada masalah dalam hidup. Namun, siapa tahu dalam dirinya.

Rina tertarik satu post yang ditulis oleh dia berkaitan 'Kenapa OKU Cepat Meninggal?' dan beberapa post advice atau nasihat yang dituju khas kepada rakan-rakan OKU yang lain.  Rajinnya dia bagi motivasi dan semangat untuk mereka yang perlukan. 

Usai membaca postingnya, sajalah Rina throwback semula macam mana boleh kenal dengan dia. Yang pasti, kami telah berkawan lama di media sosial sejak sekolah menengah lagi, cuma zaman dulu tak ada facebook. Zaman sekarang dah ada facebook. Zaman dulu guna fon nokia puluh sen tu. Hehe. Maklumlah generasi 90-an.

Berbalik kepada kisah kawan di facebook ini, dia lebih dikenali dengan nickname 'Michael Norzaidi' atau nama sebenarnya Shakirin Norzaidi. Dari dulu sampai sekarang, Rina panggil dia Shakirin sahaja sebab dah terbiasa. 

Rina masih ingat waktu chat zaman sekolah dahulu, dia dah cerita kepada Rina tentang dirinya. Hanya berkerusi roda keluar rumah, di rumah ada cara lain untuk dia bergerak. 

Sehinggalah apabila kami yang sebaya ni sudah dewasa, Rina ada bertanya khabar dia.  Alhamdulillah sihat dan masih sama seperti dahulu. Maklumlah lama tak contact beberapa tahun dan bila dikira-kira balik, sudah hampir 11 tahun kami bersahabat.

Rina salute dan sanjung sangat sebab dia sangat positif, penuh inspirasi dan motivasi. Kenapa? Tak ramai orang OKU atau kurang upaya yang boleh positif dan kuat sebegitu. 
Nak tahu kisah Michael Norzaidi? Ini sedikit perkongsian kehidupan peribadi dari Beliau.





Saya dilahirkan pramatang seberat 0.95 kg dan merupakan "top 50 dalam dunia - bayi terkecil di dunia setakat ini yang lahir pramatang" (mengikut sumber Guiness World Record) yang survive hidup sampai sekarang. 

Sekiranya didaftarkan dengan Malaysia Book Of Record, mungkin Beliau dikategorikan sebagai bayi pramatang terkecil di Malaysia yang masih survive hidup sehingga hari ini.



saya mula2 lahir mmg struggle pada awal kelahiran untuk hidup
Zushazrinamcm mana
Michael Norzaidi

doktor jangkakan hidup dalam masa 3 hari

tapi alhamdulillah dgn kuasa Allah sampai sekarang boleh bertahan












Beliau dilahirkan dirumah ketika itu namun dibawa ke hospital dan ditahan di wad bayi pramatang. Ramai jururawat tidak percaya dengan berat beliau 0.95kg ketika itu. Ia terlalu kecil dan ringan. Kurangnya bernafas sewaktu itu menyebabkan beliau terpaksa dibawa berulang alik ke Hospital Kota Bharu.



Kata Shakirin, Sejak lahir lagi, Doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai implikasi saraf di bahagian otak.  Masalah saraf otak dimana ia tidak dapat memberi arahan sepenuhnya kepada tubuh badan iaitu kaki. Beliau telah menjalani rawatan terapi tetapi tidak menjalani rawatan scanner kepala kerana kepercayaan atok dan nenek yang risau kesannya terencat akal (Ia adalah kerana kepercayaan mereka terhadap teknologi moden banyak memudarat daripada menyembuhkan). Namun begitu, rawatan terapi diteruskan seawal umur 2 tahun sehingga 7 tahun.

Cuba anda bayangkan, anda mempunyai deria rasa untuk bergerak tetapi kemampuan bergerak adalah terbatas, seolah-olah kaki tidak kuat untuk bergerak. Itulah yang dialami oleh Michael Norzaidi.  Ketika beliau berumur 7 tahun, doktor menyarankan untuk menjalani pembedahan pada bahagian saraf kaki. Namun sekali lagi tidak dibenarkan oleh atok dan neneknya kerana terdapat kesan operate yang memudaratkan terhadap kaki beliau. Dan sememangnya betul, risikonya ada.


Tahukah anda, atok dan nenek Michael juga telah banyak menghabiskan wang ringgit dengan membawanya untuk menerima rawatan tradisional. Cakap sahaja semua negeri, Penang, Terengganu, Perak, semuanya pernah mereka pergi. Dalam sebuah negeri Kelantan tu, tak ada satu pun yang tak pergi. Tetapi Allah lebih mengetahui, hasilnya tetap sama.



Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2010, Michael terpaksa melakukan operation atas sebab penyakit dalam perut. Sehingga sekarang, Beliau meneruskan kehidupannya dengan berkerusi roda di luar rumah, manakala di dalam rumah bergerak secara duduk atau merangkak.

Beliau sangat kuat semangat dan berfikiran positif sejak dahulu lagi kerana mempunyai pembakar semangat yang tidak jemu menyokong. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapanya.  Kedua ibu bapa menjaga dan mendidiknya siang malam, kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab menjaganya. Betapa Shakirin sangat hargai pengorbanan kedua ibu bapanya. 💕



Biarpun mempunyai kekurangan diri, Michael sangat kaya dengan jiwanya yang rendah diri, baik hati, berdikari dan paling penting, sangat rajin berusaha serta mempunyai keazaman yang amat kuat dalam membuat sesuatu perkara. 

Selepas tamat persekolahan dan SPM, Michael gigih menuntut ilmu berkaitan Multimedia dan IT secara online sehingga beliau berjaya menjana pendapatan sendiri dengan bekerja sendiri di rumah. Untuk pengetahuan semua, beliau juga adalah seorang designer dan ghostwriter iaitu penulis upahan freelance.

Minat mendalam dalam bidang Multimedia membuatkan Michael menyimpan harapan untuk membuka sebuah studio rakaman atau set penggambarannya sendiri untuk memberikan khidmat edit video kepada sesiapa yang perlukan iklan video.

Apabila ditanya berkaitan Harapan beliau untuk pada masa yang akan datang, jawapannya penuh motivasi dan adakalanya membuatkan kita tersenyum melihatnya yang lebih kuat daripada kita. Jika mereka sendiri ada harapan dan usaha, malunya kita pada diri kita yang sempurna tetapi tidak menghargai dan berusaha.



Harapan saya untuk sembuh supaya dapat membantu umi dan abah saya

Umi dan abah tak pernah malu untuk membawanya ke mana sahaja malah berbangga mempunyai anak sepertinya walaupun pernah diejek dan dihina oleh masyarakat akibat kurang upaya, ujarnya lagi. Beliau sangat berterima kasih dan bersyukur dikurnia umi dan abah yang sangat prihatin dan menyayanginya.

Dia turut berkongsi akan mentaliti masyarakat dan kisah benar yang pernah terjadi dimana hanya 30% sahaja ibu bapa yang tidak menyembunyikan anak mereka berstatus OKU. Malah masih ada ramai ibu bapa yang malu dengan keadaan anak yang kurang upaya. Masih ada lagi mentaliti ibu bapa dan masyarakat sebegini, ia harus diberi perhatian dan kesedaran.

Saya juga ingin membantu dan memahami oku yang lain mengharungi segala cabaran hidup mereka sebab saya tahu, jadi O.K.U ni mngkin satu hal yang kecil dimata orang normal, tapi mmg amat sukar.

Michael banyak memberi motivasi dan pandangan terhadap masalah kawan-kawan oku yang lain dan membuatkan beliau disenangi ramai.  Sebenarnya, kita semua sama. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang. 

Semua manusia di muka bumi ini diciptakan sempurna di mata Allah SWT. Terima kasih Shakirin Norzaidi yang sudi berkongsi kisah kehidupan peribadi OKU sejak kecil lagi. Rina doakan semoga urusan Shakirin dipermudahkan dan memperoleh kejayaan dunia akhirat. 


Sedikit Titipan Atau Perkongsian Dari Shakirin (Michael Norzaidi)







ada satu post di kwn fb aku topik bertajuk "kenapa o.k.u cepat meninggal?".. aku taknak komen di ruangan fb dia sbab aku rasa hal ni perlu di share kan kpd golongan insan2 yg normal.. 70% kwn fb aku alhamdulillah (praise to god) sebab normal anggotanya..

1- Faktor Kesihatan (dari segi saraf) - ada satu kawan o.k.u pertama aku msa aku kecil.. nama ariff mninggal pada usia 12 tahun or 13 tahun akibat serangan kejang (nyetok).
apa yg aku nak ulas sikit kat sini, tubuh para o.k.u ni tidaklah sekuat org normal. Jika anda ada saudara mara or adik beradik yg slalu kejang (nyetok) please... bagi diorang rest cukup2.. jangan ganggu rehat mereka,. Aku sendiri pun pernah buat satu test nk tgk tahap tubuh aku ni blh ke tak setanding badan org normal.. mmg rasa perlu 100x tenaga bru setanding dgn org normal.. mmg bg diorang, thats just small matter, but kpd org mcm aku... berat.. btw aku sendiri pun sering kejang (nyetok)..


2 - Faktor Pergerakkan (kurang / tidak mampu bersenam)

yg ni pula, salah satu faktor yg boleh mendatangkan penyakit.. tak kira la penyakit apa sekali pun,. Mmg org o.k.u kurang dari 40% mmpu utk bersenam.. selebihnya mngalami masalah kesihatan.. ada yg kencing manis, darah tinggi dan sebagainya..



3 - Stress (tekanan / pressure)

tekanan / pressure juga merupakan salah satu ancaman bagi para o.k.u.. cer anda tanya o.k.u yg anda kenal "adakah mereka stress?" Mungkin ramai yg tak mengaku.. jawapannya mmg stress.. stress para o.k.u dia tak sama dgn stress org normal.. btul aku ckp ni.. aku penah ada kwn o.k.u dan dia pernah cerita, bila dia stress dia akan cederakan diri dia.. jadi mesti nyawa terancam jugak klau tak dibendung kan? Bagi mereka yg ada saudara mara o.k.u, klau blh jgn sesekali membuatkan mereka stress dgn keadaan mereka / keadaan sekeliling,, cari cara untuk bantu mereka hilangkan stress mereka.. mana tak stress kan, nak bergerak atau buat sesuatu pun sukar... btw... aku pun klau blh nk join rehab tu sbab aku stress ugak weyy sbab tak blh bntu fmily aku,,, hahaha... pstu nk buat aktiviti pun terhad.. (nak naik kerusi sendiri pun tak boleh)



4 - Faktor Kelahiran

yg ni memang slalu kita tgk kt akhbar, majalah, televisyen... jadi tak perlulah aku hurai byk2... ada yg pramatang dan sbgainya.. aku juga salah sorg bayi pramatang tersebut dan struggle byk bnda utk rasa mcm skrg.. tp credit kpd my mom, my dad yg slalu jaga siang mlm.. smpai x tidur mlm pn ada..
Tu antara 4 faktor utama "kenapa o.k.u cepat meninggal" .. tu cuma faktor2 je... tp semua tu sudah tertulis di luth mahfuz sejak azali lagi.. allah yg tentukan semua tu.. kpd kwn fb aku yg post topik ni tadi, jgn putus semangat,, keep strong,..  




Itulah sedikit perkongsian daripada Shakirin, anda boleh ke Facebook beliau di sini.

Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi.

10:48 PG 1
Dipetik dari Wardatus Solehah di Facebook Beliau, ini pendapat dan kisahnya berkaitan 'Jangan Kahwin Perempuan Ada Degree, Master & Phd, Ego Mereka Lebih Tinggi.'



Ada orang kata,

"Jangan kahwin dengan orang yang ada degree, master & phd, ego mereka lebih tinggi.
Susah nak tegur dan susah nak didik."

I'm disagree this statement.
Tak setuju, sebab bukan semua macam tu.
Bukan majoriti begitu. Saya rasa sebahagian kecil sahaja.
Supervisor saya kahwin dengan sama doktor.
Dia bernikah lewat umur 29 tahun, masa itu beliau tengah sambung belajar phd.
Tunang (suami dia sekarang) pun sama tengah belajar phd time tu.

Saya tanya dia,

"Doktor tak kisah ke orang cakap anak dara tua?"

"Mulut orang sampai bila tak boleh tutup, yang penting kita jelas matlamat.
Kita tahu nilaian ilmu. Nak bina rumahtangga yang terbaik pun dengan ilmu.
Lewat takpe, sama-sama bina diri sebaiknya."

Subhanallah. Sejuk hati dengar perkongsiannya.
Dia seorang wanita kuat dan tabah.
Pelajar cemerlang setiap semester dan seorang yang sangat rajin mengkaji ilmu.
Maka tak peliklah dia dapat pegang jawatan Ketua Jabatan, walaupun umur baru 40-an.
Seseorang yang terdidik dengan ilmu yang benar, tak kisah ilmu agama atau ilmu apapun.

"Semakin dalam dia belajar, semakin dia kenal Tuhannya."

Itu baru benar-benar berilmu.
Semakin dia belajar, semakin dia tunduk, patuh, tawaduk, rendah diri, rendah hati dan jauh dari sifat takabbur.  Jauh dari sifat egois dan sikap ingin berbahas untuk berbalah.
Dia bersikap menerangkan, bukan memerintahkan.
Dia bersikap walau tegas tapi tetap lembut, tolak ansur dan berhikmah. Jauh dari panas baran dan cepat melatah.
Dia menyuarakan pandangan bukan untuk merendahkan orang lain, tapi untuk memperbetulkan apa yang tersilap kefahaman atau pegangan.
Itu sikap sebenar orang berilmu.

Jika sebaliknya, maka ilmu itu tak menjadi manfaat padanya. Sia-sia jika hanya nak tunjuk hebat.
Sedangkan ALLAH yang paling hebat, sudi berikan secicip ilmu tu pada manusia.
Manusia tak punya apa-apa, semakin banyak belajar, semakin fahamlah dia bahawa dia cuma hamba yang kerdil, lemah dah hina.
We are nothing.

Pasangan tidak mahu menerima teguran itulah sebenarnya yang ego.
Tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu memperbaiki kesilapan.
Tegur sikit dah melenting.

Salah sebab sijil atau sikap peribadi ?

Maka usahlah disalahkan sebab seseorang itu ada pangkat "degree", "master" atau "phd".
Tapi soal tolak ansur, komunikasi dan perbincangan antara pasangan itulah paling terpenting dalam keharmonian rumahtangga.




Biasa perempuan zaman sekarang belajar lebih 'tinggi' sikit dari lelaki.
Namun bukan semua perempuan yang belajar tinggi tu susah nak diajar.
Sebab sifat wanita fitrahnya lembut dan mudah dididik jika kena cara dan gayanya.
Sifat mendidik dan memimpin tu ada pada lelaki sebagai ketua.
Tinggi mana belajar seorang perempuan, tetap wajib dia hormat dan taatkan suaminya.
Martabat seorang suami lebih tinggi dari segala sijil-sijil yang ada.
Buanglah persepsi tersebut.

Ramai kenalan saya yang belajar degree, master, phd sangat-sangat baik akhlak dan peribadi.
Malah jauh lebih bagus akhlak dan sikap rendah hati mereka sebab ketinggian ilmu mereka.
Humble, mudah berbincang, mudah ditegur, pandai berkomunikasi, berpandangan jauh.
Bertuah sebenarnya siapa miliki mereka-mereka ini.
Tak ramai, ibarat permata tersembunyi.

Maka, kenali dulu mereka sebelum 'judge' begitu begini.
Kenal dulu, baru tahu setara mana.💁


Dipetik Dari:  Wardatus Solehah

12 Tanda Peranakan Wanita Jatuh Dan Cara Kenalpasti Peranakan Anda Jatuh

8:44 PG 4
Kadang-kadang rasa tak selesa, tambah-tambah lagi selepas melakukan kerja berat, angkat barang berat, bersukan, lepas mengalami keguguran dan lain-lain lagi.  Rasa something je dekat peranakan ni. Mungkin tak selesa kot.

Tapi dalam masa yang sama, terasa mengalami tanda-tanda yang tak pernah dialami. Susah hati dibuatnya. Terfikir macam-macam pula. Salah satu darinya mungkin peranakan wanita kita ni dah jatuh tak?


Pentingnya untuk kita semua kenalpasti sama ada peranakan kita jatuh atau tidak. Jom lihat 12 tanda peranakan jatuh wanita wajib tahu.

Tanda Peranakan Jatuh #1:  Kencing Tidak Lawas


Apakah maksud kencing tidak lawas? Kencing memang tidak lawas jika selepas anda kencing, terasa tidak puas, ingin kencing lagi dan lagi. Tetapi air kencing nak keluar pun macam tak banyak pun. Asyik-asyik terasa nak kencing lagi setiap masa. Ia juga berkait dengan kencing kotor. Ada orang bila nak kencing asyik terasa sakit sahaja, seolah-olah ada tulang dalam vagina tu. Wallahualam.


Tanda Peranakan Jatuh #2:  Sakit Tumit


Terasa tak selesa bila berjalan. Asyik sakit tumit je. Sakit tumit secara tiba-tiba dan berpanjangan juga adalah disebabkan oleh peranakan anda yang telah jatuh. Ia dipengaruhi oleh urat-urat atau saraf dari sistem peranakan hingga ke tumit.


Tanda Peranakan Jatuh #3:  Paha Dan Betis Terasa Kebas


Tanda peranakan jatuh seterusnya adalah anda akan mengalami kebas di bahagian paha dan betis. Dah rasa macam nak period pain pun ada, tapi ini sebab peranakan jatuh, paha dan betis asyik kebas je.


Tanda Peranakan Jatuh #4:  Rasa Berat di Bahagian Ari-Ari


Ari-ari terasa padat dan berat. Sebenarnya itu adalah tanda-tanda peranakan jatuh. Bahagian perut dan paha terasa berat justeru menyebabkan paha anda kebas pula. Memang tak selesa dibuatnya. Kita sendiri boleh bezakan itu sebab kita dah gemuk atau sebab lain.


Tanda Peranakan Jatuh #5:  Sakit di Bahagian Tapak Kaki


Pernah tak rasa tapak kaki menyucuk-nyucuk dan sengal-sengal kaki bila berjalan? Hati-hati, itu juga tanda peranakan jatuh. Adududu. Bahaya tu. Tapi selalunya rasa sakit kat bahagian tapak kaki tu adalah sebab kesan dari perut dan rahim yang menolak jatuh tanpa kita sedari.

Tanda Peranakan Jatuh #6:  Rasa Senak Dan Tak Selesa Di Bahagian Perut


Tanda peranakan jatuh seperti rasa senak dan tak selesa di bahagian perut ini kerap dirasakan oleh wanita yang peranakannya jatuh. Sikit sikit tak selesa dan senak. Kadang-kadang wanita yang mengalaminya mungkin terfikir ia disebabkan oleh sakit perut senggugut. Tetapi mereka silap. Sebenarnya ia kerana peranakan mereka telah jatuh.



Tanda Peranakan Jatuh #7:  Sakit Ketika Bersetubuh


Ketika bersama suami, isteri kerap berasa sakit terutamanya di bahagian ari-ari. Kadang-kadang, perkara ini mengganggu persetubuhan dan membuatkan isteri cuma terasa sakit. Sebenarnya, sakit ketika bersetubuh juga adalah tanda peranakan anda telah jatuh.



Tanda Peranakan Jatuh #8:  Kentut Vagina Sering Berlaku


Apakah kentut vagina? Vagina anda akan sering mengeluarkan angin. Ini terjadi kerana vagina anda sudah kembang dan kemungkinan peranakan anda telah jatuh. Bahaya jika kentut vagina sering terjadi dengan kerap.

Tanda Peranakan Jatuh #9:  Miss V Sering Basah Dan Berbau


Jika basah sahaja tak mengapa, tetapi jika miss v anda sering keluarkan bau, ia sangat bahaya. Ia juga merupakan tanda bahawa miss v anda sudah berkembang dan peranakan jatuh sudah. Sedihnya. Jangan risau, anda harus kenali tanda-tanda peranakan lebih awal supaya anda dapat atasinya.

Tanda Peranakan Jatuh #10:  Sakit Pinggang Sentiasa


Sakit pinggang berlaku ketika anda tidak mengalami haid sekalipun. Sakit pinggang bermula dari depan perut, belakang pinggang hingga ke urat belikat. Pasti tidak selesa setiap kali melakukan apa pun. 

Tanda Peranakan Jatuh #11:  Kerap Kembung Perut


Kerap kali terjadinya kembung perut. Ia disebabkan oleh angin mudah masuk dari perut dan dari rahim anda. Sehingga badan anda berangin dan kerap sangat kembung perut. Perut juga terasa seperti dicucuk kerana angin dalam perut dan rahim yang menyebabkannya.

Tanda Peranakan Jatuh #12:  Badan Demam Selepas Asar


Pernah tak demam selepas asar? Ya, mungkin ia normal. Ia juga adalah tanda dimana peranakan wanita jatuh.  Selepas asar adalah masa yang segala penyakit kita hadapi akan dirasai oleh tubuh badan. Segala kepenatan akan dilepaskan selepas asar. Sebab itulah setengah orang akan mudah tidur malam dan setengah orang tidak mudah ketika penat.


Itulah dia tanda peranakan jatuh bagi wanita. Amat bahaya jika anda menghadapi tanda-tanda yang saya kongsikan tadi. Segeralah berjumpa doktor atau pakar untuk membuat rawatan dan mengenalpasti masalah yang anda hadapi.



Mitos Makan Leher Ayam Penyebab Leher Anda Teleng / Senget

6:14 PG 2
Mitos Makan Leher Ayam Penyebab Leher Anda Senget

Boleh percaya ke? Mari kita fikirkan sejenak. Ramai orang tua dan mak-mak yang cakap, kalau makan leher ayam, nanti kepala boleh jadi teleng atau senget. Ye ke? Mazhab mana yang mereka guna dan ada tak fakta sains yang mengatakan mengenai kajian tersebut?



Setakat masa sekarang, belum jumpa lagi kajian yang menunjukkan aliran darah kepala yang senget terjadi sebab makan leher ayam.  Semua ini kita anggap mitos sahaja sebab mak-mak zaman dahulu tak galakkan anak makan leher ayam. 

Leher ayam ini adalah salah satu bahagian ayam yang juga mendapat suntikan atau yang ada kolestrol (tak elok) dimakan oleh anak-anak. Ia juga mengandungi kandungan virus dan bakteria yang amat tinggi. 

Juga sebab mereka geram tengok leher ayam yang panjang sangat tu, mereka tak galakkan anak-anak makan leher ayam.  Itu yang saja cakap makan leher ayam menyebabkan leher anda senget.



Sama juga macam orang tua dulu-dulu selalu cakap, jangan potong kuku malam-malam, nanti mak mati. Amboi, teruk betui tu. Sebenarnya mereka tak bagi potong kuku malam-malam sebab gelap dan takut terluka. Itu saja.

Sebenarnya Rina makan leher ayam dan sangat kerap, tapi tak da la teleng pun. Kepala senget tak la sangat. huuhu. 



Ini sekadar pendapat rina, kalau korang ada apa-apa bukti, kajian scientifik dan juga pendapat boleh berkongsi ya.  Terima kasih kerana membaca. Jemput komen di bawah. 😄

Maksud Nama Kayyisa - Rinazul Kayyisa

5:55 PG 2
Assalamualaikum Semua, 

Tergerak hati rina memikirkan nama 'Kayyisa'. Rasa macam sedap sangat pada mulanya.
Jadi Rina agak tertanya-tanya apa maksud nama Kayyisa. Apabila disemak, nama Kayyisa sebenarnya membawa maksud:

Wanita Cerdik Dan Bijaksana

Sesuailah dengan apa yang Rina fikirkan, ia adalah makna yang positif dan baik-baik. Sebagai seorang wanita yang pentingkan hal-hal dan kehidupan kewanitaan orang lain juga, tak salah nak menggunakan nama itu sebagai kekuatan dan semangat.

Semoga kita juga menjadi seorang Kayyisa yang hebat-hebat dalam apa jua kehidupan kita.



Cerdik dan bijaksana dalam segala hal. Hal-hal yang sering wanita alami seperti masalah peribadi, hal rumah tangga, hal kerjaya, hal keluarga, hal kewangan, perniagaan dan lain-lain lagi. Semuanya dapat diatasi dengan mudah dan kekuatan.

Bukan apa, banyak sangat kisah rumah tangga yang Rina baca akhir-akhir ini. Tetapi bukan Rina fobia, Rina risau wanita-wanita tu yang fobia, sedih, negatif dan sebagainya. Nak juga rasanya bina 1 group untuk luah perasaan wanita, tapi rasanya cukup la ada page Rumah Tangga untuk korang membawang tu. hihi.

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...